You are on page 1of 30

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya
terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi
maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan
maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang
membentuknya.

Bunga-bunga bahasa dan bahasa kiasan atau istilah Inggerisnya idiom meupakan
ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna
perkataan itu sendiri ataupun susunan tatabahasa.Bentuk-bentuk kiasan dalam
Bahasa Melayu terdiri daripada peribahasa, perumpamaan, simpulan,
pepatah,bidalan, metafora,personafikasi dan hiperbola. Penggunaan peribahasa di
kalangan masyarakat Melayu khususnya, untuk memberi pengajaran atau teguran
dengan cara yang sopan dan halus.

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

SIMPULAN BAHASA

A
1. Abang angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian
darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.
2. Abang ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.
3. Ada angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia
marah-marah.
4. Abang kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa
mereka meninggal dunia.
5. Ada hati
Maksud: Ada kelebihan yang melebihi kesanggupan

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat:Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

B
6. Buah mulut
Maksud: Perkara yang menjadi sebut-sebutan.
Contoh ayat: Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah
membawa buah
mulut seluruh kampung.
7. Bawa alamat
Maksud: Memberi tanda.
Contoh ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.
8. Bulat kata
Maksud: Sepakat, sehati
Contoh ayat: Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong
membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.
9. Bekas tangan
Maksud: Hasil kerja tangan seseorang.
Contoh ayat: Pasu bunga ini adalah bekas tangan Marina.
10. Buah tangan
Maksud: Pemberian

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk
kami.

C
11. Cahaya mata
Maksud: Anak.

Contoh ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.
12. Cerai mata
Maksud: Berpisah.
Contoh ayat: Sejak berpisah dengan ibunya anak kecil itu sering menangis.
13. Cakap angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke
perpustakaan.
14. Cakap besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh ayat: Ayub suka bercakap besar tentang kekayaannya.
15. Cari salah
Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan
peribadi teman sekerjanya itu.

D
16. Dabik dada
Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.
Contoh ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani
menentangnya.
17. Datuk nenek
Maksud: Leluhur.

Contoh ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.


18. Dingin hati
Maksud: Tidak riang.
Contoh ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada.
19. Dagang piatu
Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.
Contoh ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.
20. Daki dunia
Maksud: Harta dunia.
Contoh ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.
21. Duit kopi
Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.
5

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

E
22. Ekor belangkas
Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
Contoh ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran
anak Kelantan.
23. Ekor lipas
Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.
Contoh ayat: Remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.
24. Ekor mata
Maksud: Sudut mata.
Contoh ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.
25. Embun betina
Maksud: Titisan embun yang kecil.

Contoh ayat: Embun betina yang turut mendinginkan lagi suasana itu.
26. Emas tempawan
Maksud: Orang yang dikasihi.
6

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

F
27. Faham kiri
Maksud: Berfikiran politik yang radikal.
Contoh ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.
28. Fajar menyingsing
Maksud: Awal pagi.

Contoh ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum
fajar menyingsing.

G
29. Gadai bergolok
Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.
Contoh ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak
tunggalnya.
30. Gadai nyawa
Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
Contoh ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam
kebakaran itu.

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

31. Gadis sunti


Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.
Contoh ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila
ibunya tiada di rumah.
32. Gigi air
Maksud: Tepi air laut.

Contoh ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.
33. Gaji pokok
Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.
Contoh ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

H
34. Habis akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.
35. Habis bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.
36. Hati kecil
8

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Maksud: Perasaan dalam batin.


Contoh ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan
bertemu dengannya.
37. Habis jadi abu
Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk
bergelar juara habis jadi abu.
38. Habis jodoh
Maksud: Bercerai.

Contoh ayat: Ramlan dan Minah telah habis jodoh setelah 10 tahun berkahwin.

39. Isi dada


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang
terpendam selama ini.
40. Ikat perut
Maksud : Mengurangkan makan kerana susah
Contoh ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu
memberikan wang saku kepadanya.
41. Ibu keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
9

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

42. Ikat diri


Maksud: Terlalu berat.
Contoh ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga tiada
masa untuk bersantai.
43. Iri hati
Maksud : Perasaan cemburu

Contoh ayat : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

J
44. Jalan belakang
Maksud: Menggunakan jalan yang tidak sah.
Contoh ayat: Ahmad memperoleh lesen perniangaan melalui jalan belakang.
45. Jatuh cinta
Maksud:

Menaruh cinta.

10

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.
46. Jejak bara
Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana
kerusi itu tinggi dan besar.
47. Jaga mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawankawan.
48. Jalan buntu
Maksud : Tidak mendapat kata sepakat
Contoh ayat : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu

K
49. Keras kepala
Maksud : Tidak mahu mengalah
Contoh ayat: Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia
itu keras kepala.
50. Kata putus
Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.
51. Khabar angin
Maksud : Khabar yang belum sah kebenarannya.
11

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar
angin tersebar tentang dirinya.

52. Kaki buli


Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiayai orang yang lemah.

Contoh ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang
diketuai oleh Hamdan.
53. Kaki bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh ayat: Hamzah kaki bangku kerana tidak pernah bermain bola sepak.

L
54. Langkah kanan
Maksud : Mujur atau bernasib baik
Contoh ayat: Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan
pengarang terkenal di pesta buku itu.
55. Laut lepas
Maksud: Tengah

laut.

12

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.


56. Lidah keras
Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang
diadakan.
57. Lidah panjang
Maksud: Suka menghasut
Contoh ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah
porak-peranda.
58. Lipas kudung.
Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkan dalam setengah jam kerana dia
membuat kerja seperti lipas kudung.
59. Langkah seribu
Maksud : Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut

Contoh ayat: Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah


seribu apabila disergah oleh ayah saya.
13

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

60. Mandi peluh


Maksud : Basah dengan peluh
Contoh ayat: Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun
sayurnya.
61. Mata duitan
Maksud: Orang yang mementingkan wang sahaja.
Contoh ayat: Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan sahaja tidak menjamin
kebahagiaan.
62. Mandi darah
Maksud: Berlumuran darah.

Contoh ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.
63. Muka papan
14

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Maksud: Orang yang tidak tahu malu, tidak menghiraukan teguran.


Contoh ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada
isterinya.
64. Mandi kerbau
Maksud: Mandi yang tidak bersih.
Contoh ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi
kerbau kerana kekurangan air.

N
65. Naik angin
Maksud : Terlalu marah
Contoh ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawannya mengusiknya.
66. Naik geram
Maksud: Menyampah
Contoh ayat: Naik geram saya melihat tingkah.
67. Nyawa-nyawa ikan
Maksud : Hampir-hampir mati
Contoh ayat: Pemandu motorsikal itu seperti nyawa-nyawa ikan setelah dilanggar
sebuah lori yang bertentangan arah.

O
68. Orang halus
Maksud: Roh, jin atau orang bunian.
Contoh ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untung mengusir orang halus yang
telah mengganggu penduduk kampung.
69. Orang kanan
Maksud: Orang yang diharapkan.
15

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Haliza menjadi orang kanan syarikat itu setelah Pengurus Besarnya
meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.
70. Orang harapan
Maksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan suatu tugas.
Contoh ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang merbahaya itu.

P
71. Pilih kasih
Maksud: Melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Contoh ayat: Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada para
pekerjanya.

72. Pekak badak


Maksud: Pura-pura tidak dengar
Contoh ayat: Sukar menasihati Kassim kerana dia pekak badak.
73. Putus kata
Maksud: Mendapat kata sepakat
Contoh ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melansungkan
perkahwinan antara Shahrudin dan Sharifah pada bulan Ogos ini.
74. Putus rezeki
Maksud: Hilang mata pencarian.
Contoh ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus
rezeki.
75. Perigi buta
Maksud: Perigi yang tidak berair.

16

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.


76. Puteri lilin
Maksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.
Contoh ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut,
kata ayah kepada kakak.

R
77. Raja sehari
Maksud: Pengantin.

Contoh ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.
78. Rambang mata
Maksud: Tidak tahu mana yang menjadi pilihan.
Contoh ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik
itu.
79. Retak tangan
Maksud: Nasib
Contoh ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia
yang begitu muda.
80. Ringan tangan
17

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Maksud: Suka menolong.


Contoh ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan
tulang.
81. Rezeki harimau
Maksud: Makanan yang banyak dan berbagai jenis
Contoh ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah
bak rezeki harimau.

S
82. Salah langkah
Maksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
Contoh ayat: Disebabkan salah langkah, hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat
pasaran yang baik.
83. Salah cakap
Maksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.
Contoh ayat: Jangan cepat percaya denga cerita Salmi kerana dia selalu salah
cakap.
84. Setengah akal
Maksud: Tidak bijak.
Contoh ayat: Sikap Devi yang singkat telah merugikannya apabila dia menjual
tanahnya dengan harga yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.
85. Sagu hati
Maksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.
Contoh ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila
rumah mereka dirobohkan.
86. Sakit
Maksud:

hati
Marah

18

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

T
87. Tahan hati
Maksud: Cekal.
Contoh ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.
88. Tulang kering
Maksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.
Contoh ayat : Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.
89. Tahi ketam
Maksud: Sisa kayu yang diketam.
Contoh ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.
90. Tahu ada
Maksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia
.
Contoh ayat: kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan
tahu ada sahaja.
91. Tahi air
Maksud: Sampah yang mengapung di atas air.

19

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Contoh ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di
kawasan sekitar.

U
92. Untung batu
Maksud: Nasib yang buruk.
Contoh ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang
lanun.
93. Ubat hati
Maksud: Penghibur hati.
Contoh ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi
pengubat hati Mak Tijah.
94. Untung sabut
Maksud: Nasib yang baik.
Contoh ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat
menguntungkan.
95. Ubat jerih
Maksud: Upah.
Contoh ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai
ubat jerih menyulam baju-baju itu.

W
96. Wang duka
Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
Contoh ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan
pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

20

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

97. Wang hantaran


Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

Contoh ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.
98. Wang suap
Maksud: Bayaran yang siberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya
secara tidak sah.
Contoh ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan
kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Z
99. Zaman bahari
Maksud: Zaman purbakala
Contoh ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman
bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

100 Zaman punting


Maksud: Zaman kuno.
Contoh ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai
petani dan nelayan.

21

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

PERIBAHASA
PERIBAHASA
Air yang tenang
jangan
disangka
tiada buaya

PENGERTIAN
Pendiam dan tidak
melawan kata jangan
disangka pengecut.

CONTOH AYAT
Mukhriz seorang yang pendiam,
tetapi air yang tenang jangan
disangka tiada buaya kerana dia
pernah menjadi juara dalam
pertandingan debat.

PERIBAHASA
Berat sama
dipikul, ringan
sama dijinjing

PENGERTIAN
Hidup Bantu membantu
antara satu sama lain.

CONTOH AYAT
Kampung Seduku berjaya terpilih
sebagai kampung contoh pada
peringkat kebangsaan kerana
penduduknya mengamalkan cara
hidup berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

22

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

PERIBAHASA
Cubit paha
kanan, paha kiri
pun terasa juga

PENGERTIAN
Setiap kesusahan yang
dialami oleh seseorang
dalam kehidupannya
akan turut dirasai oleh
ahli keluarganya yang
lain.

CONTOH AYAT
Siti berasa sedih melihat adiknya
yang menderita penyakit leukimia
kerana cubit paha kanan, paha kiri
pun terasa juga.

PERIBAHASA
Di mana bumi
dipijak, disitu
langit dijunjung

PENGERTIAN
Walau di mana kita
berada kita mesti
mematuhi adapt dan
peraturan tempat yang
kita diami.

CONTOH AYAT
Apabila berada dinegeri orang, kita
harus menghormati adat resam dan
cara hidup penduduk di
situ, bak kata pepatah di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung.

PERIBAHASA
Enggang sama
enggang, pipit
sama pipit,
baru boleh
terbang sama

PENGERTIAN
Pergaulan hanya dengan
orang yang sama taraf
saja.

CONTOH AYAT
Percintaan Dollah dengan
TengkuSuraya terhalang
disebabkan perbezaan taraf kerana
enggang sama enggang, pipit sama
pipit, baru boleh terbang sama.

PERIBAHASA
Fikir itu
pelita hati

PENGERTIAN
Daya berfikir seseorang
mampu menjadi

CONTOH AYAT
Setiap murid sentiasa diberi galakan
dan dorongan untuk berfikir dalam
23

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

penerang hidup.

PERIBAHASA
Gajah mati
meninggalkan
tulang, harimau
mati meninggalkan
belang, manusia
mati
meninggalkan nama

PENGERTIAN
Orang yang banyak
jasa tetap akan
dikenang meskipun
sudah meninggal
dunia.

membuat sebarang keputusan


dalam kehidupan mereka, bak kata
pepatah fikir itu pelita hati.

CONTOH AYAT
Jasa Allahyarham Tuan Haji
Kassim tetap dikenang oleh
orang-orang kampung kerana
beliau banyak berjasa bak kata
pepatah gajah mati
meninggalkan tulang, harimau
mati meninggalkan belang,
manusia mati
meninggalkan nama.

PERIBAHASA
Ikan pulang
ke lubuk

PENGERTIAN
Kembali semula ke
tempat asal.

CONTOH AYAT
Rashid tahu yang anaknya pasti
akan pulang ke rumah suatu hari
nanti kerana dia tahu ikan pulang ke
lubuk begitulah juga dengan
anaknya
.

PERIBAHASA
Jika tidak
dipecahkan
ruyung,
manakan
dapat sagunya

PENGERTIAN
Sesuatu kejayaan tidak
akan dicapai tanpa
usaha.

CONTOH AYAT
Chin Chin belajar dengan tekun dan
bersungguh-sungguh supaya citacitanya untuk menjadi doktor
tercapai kerana dia tahu jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.

PERIBAHASA

PENGERTIAN

CONTOH AYAT

24

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Kais pagi
makan pagi,
kais petang
makan petang

Orang miskin yang


rezekinya dicari hanya
cukup untuk makan pada
hari itu sahaja.

Kehidupan Pak Jamil anak-beranak


ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang
menyebabkan mereka perlu bekerja
keras setiap hari.

PERIBAHASA
Lembu punya
susu, sapi
dapat nama

PENGERTIAN
Seseorang yang
mendapat nama hasil
daripada kerja orang lain
atau orang lain yang
membuat kerja, orang
lain yang mendapat
nama.

CONTOH AYAT

PERIBAHASA
Membujur lalu
melintang pata
h

PENGERTIAN
Orang yang tidak takut
menghadapi sebarang
rintangan yang bakal
dihadapi.

CONTOH AYAT
Hang Tuah seperti membujur lalu
melintang patah walaupun
lawannya seribu.

Projek pembinaanbalai raya di


Kampung Kabong telah dijayakan
oleh semua penduduk kampong
tersebut namun hanya ketua
kampong yang mendapat nama
seperti lambu punya susu, sapi
dapat nama.

25

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PERIBAHASA
Nyiur setandan
tetapi
berlainan jadiny
a

PERIBAHASA
Orang berbudi
kita berbahasa,
orang memberi
kita merasa

PERIBAHASA

PPGJUN/2011

PENGERTIAN
Sikap atau perangai
tidak sama antara adik
beradik seibu sebapa.

PENGERTIAN
Kita sentiasa berterima
kasih ke atas kebaikan
orang terhadap kita.

PENGERTIAN

CONTOH AYAT
Walaupun Ani dan Ana adik beradik
tetapi mereka seperti nyiur
setandan tetapi berlainan jadinya
kerana masing-masing mempunyai
perangai yang berbeza.

CONTOH AYAT
Michael mengucapkan terima kasih
kepada jirannya setiap kali jirannya
memberi makanan kepadanya, bak
kata pepatah orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita
merasa.

CONTOH AYAT
26

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Pucuk dicita
ulam mendatan
g

Memperoleh sesuatu
yang dihajati.

Penyertaan Erra dalam


pertandingan mencari harta karun
itu seperti pucuk dicita ulam
mendatang apa bila dia telah
berjaya memenangi sebuah rumah
banglo baharu yang sudah lama
diidamkannya.

PERIBAHASA
Ringan sama
dijinjing, berat
sama dipikul

PENGERTIAN
Orang yang melakukan
kerja secara bergotong
royong.

CONTOH AYAT
Semua pendudukkampong Seri
Pinang bergotong royong
membersihkan kawasan kampong
mereka, bak kata pepatah ringan
sama dijinjing, berat sama dipikul.

PERIBAHASA
Sepandaipandai tupai
melompat,
akhirnya jatuh
ke tanah juga

PENGERTIAN
Bagaimana liciknya
seseorang, ada kalanya
dia tersilap juga.

CONTOH AYAT
Perbuatan Ali yang sentiasa
ponteng sekolah akhirnya diketahui
oleh keluarganya apabila guru
disiplin bertindak memanggil ibu
bapanya ke sekolah. Selama ini dia
telah menipu keluarganya namun
sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga.

27

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

PERIBAHASA
Takkan pisang
berbuah
dua kali

PENGERTIAN
Tidak akan mengulangi
kesilapan yang telah
dilakukan.

CONTOH AYAT
Ahmad berjanji untuk belajar
bersungguh-sungguh dalam
pelajaran matematik bagi
menghadapi peperiksaan akhir
tahun. Dia telah gagal beberapa kali
dalam setiap ujian dan kali ini dia
bertekad bahawa takkan pisang
berbuah dua kali.

PERIBAHASA
Ulat dalam batu
pun
dapat hidup

PENGERTIAN
Orang yang rajin
berusaha takkan mati
kelaparan.

CONTOH AYAT
Tak payahlah kamu bersusah
payah merantau keluar Negara
semata-mata untuk mencari
pekerjaan kerana di sini pun masih
boleh mendapat rezeki kerana ulat
dalam batu pun dapat hidup, kata
28

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

ayah kepada abang.

PERIBAHASA
Waktu itu wang

PENGERTIAN
CONTOH AYAT
Waktu itu sangat bernilai.
Rahim sentiasa berusaha dan
menggunakan setiap peluang yang
ada untuk memajukan
perniagaannya bak kata pepatah
waktu itu wang.

PERIBAHASA
Yang dikejar tak
dapat, yang
dikendong bercicira
n

PENGERTIAN
Mengharapkan
sesuatu yang belum
tentu dapat, barang
yang ada dihabiskan
atau dibuang.

CONTOH AYAT
Mendengar khabar bahawa dia
akan mendapat pulangan yang
lebih lumayan melalui pembelian
sahamnya, Rahim telah
mengelurakan semua wang
simpanan dan melaburkannya.
29

Simpulan Bahasa

Rohani binti Nan


BMM3

PPGJUN/2011

Namun dia sebenarnya telah


ditipu umpama yang dikejar tak
dapat, yang
dikendong berciciran.

PERIBAHASA
PENGERTIAN
Zaman beralih, Peredaran masa.
musim bertukar

CONTOH AYAT
Penggunaan teknologi pada masa
kini terus menjadi keutamaan dalam
pelbagai bidang kehidupan. Walau
zaman beralih, musim bertukar,
manusia tetap bergantung dengan
teknologi ini.

30

You might also like