You are on page 1of 5

Bidalan

Definisi Bidalan Bidalan sering digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah melekat di mulut orang ramai. Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata- kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu. Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis. Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati. Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bidalan merupakan kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap

digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usaha dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. Seni kita berdasar bidalan, bidalan dalam kata-kata adalah teka-teki.. and jawapannya juga ada dalam bidalan tersebut.. begitu halusnya budaya penulisan Melayu Contoh-contoh bidalan: (a) Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya bermaksud kerja yang mula hendaklah diselesaikan. (b) Tujuh kali pindah jadi papa bermaksud perbuatan suka berpindah randah dan bertukar-tukar kerja tidak mendatangkan sebarang keuntungan. (c) Ukur baju di badan sendiri bermaksud lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.

Dalam Bidalan Melayu ada memaparkan sikap orang Melayu yang positif seperti mementingkan sifat sabar dan bertolak ansur: Kerana mata, buta; kerana hati, mati. (Apabila ikut hawa nafsu, akhirnya binasa atau ditimpa kesusahan)

Padi muda jangan dilurut, kalau dilurut patah batangnya, Hati muda jangan diturut, kalau diturut susah datangnya,

Perasaan marah, benci dan dendam adalah emosi yang lebih bersifat negatif dan jika tidak dapat dikawal membawa akibat yang buruk. Oleh itu masyarakat Melayu sering diingatkan supaya tidak terlalu cepat marah dan sakit hati kerana perbuatan itu satu perbuatan yang buruk dan keji. Besok hari Khamis, Lusa hari Jumaat, Kalau hati kita bengis-membengis, Hidup kita tidak selamat. Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. (Orang muda mudah marah)

Seperti pasir di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah ( Jangan dibantahi orang yang sedang marah, tunggu sampai reda)

Sungguhpun begitu sifat sabar dalam masyarakat Melayu ini ada batasannya. Sifat sabar tidak ada pada semua tempat dan ketika. Apabila berlaku kemungkaran seperti kezaliman, masyarakat Melayu tidak lagi boleh bersabar. Mereka bertindak mencegahnya. Hal ini ditegaskan dalam peribahasa berikut: Hutang darah dibayar darah Hutang nyawa, nyawa padahnya Berani kerana benar, takut kerana salah

Seperti pasir di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah ( Jangan dibantahi orang yang sedang marah, tunggu sampai reda)

Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus. Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati. Contoh-contoh bidalan yang lain: 1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang,

biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk. 4. Besar periuk, besarlah keraknya Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.5. Biar tersengat, jangan tertiarap Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit. AKTIVITI BIDALAN: Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. 1. Bertemu buku dengan ________. 2. Ada _______ ada semut. 3. Ada udang ________ batu. 4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______. 5. Belum duduk sudah ________. JAWAPAN Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. 1. Bertemu buku dengan ruas. 2. Ada gula ada semut. 3. Ada udang disebalik batu. 4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. 5. Belum duduk sudah belunjur. Berikan maksud bidalan di bawah. 1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 2. Alah bisa tegal biasa.

3. Bumi mana tidak ditimpa hujan. 4. Biar genting jangan putus. 5. Biar lambat asalkan selamat. JAWAPAN 1. Air yang tenang jangan disangka: tiada buaya jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya. 2. Alah bisa tegal biasa: pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan. 3. Bumi mana tidak ditimpa hujan: setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan. 4. Biar genting jangan putus: lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar. 5. Biar lambat asalkan selamat: membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati Rumusan Sebagai rumusan, Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati. Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka. Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.

You might also like