You are on page 1of 8

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 Markah ]
1.Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan 4 kata kerja yang terdapat dalam petikan
berkenaan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
kata nama khas.

25 Kes Bencana Alam Akibat Hujan


Sebanyak 25 kejadian bencana alam dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur akibat hujan lebat yang
melanda ibu kota sejak 4.00 petang hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad
Dahlan berkata, statistik kejadian bencana alam itu membabitkan enam kes banjir jalan, satu kes banjir
tapak projek, satu kes tanah mendap dan 17 kes pokok tumbang serta dahan sekah.

Menurutnya, sehingga 8:30 malam ini hujan belum berhenti di beberapa kawasan di ibu kota. "Saya
turun melawat Sungai Toba, Segambut dan Masjid Jamek dan kemungkinan hujan lebat dan
berpanjangan menyebabkan keadaan ini berlaku. "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menggunakan semua anggota skuad task force bagi membantu bencana ini," katanya dalam satu
kenyataan, malam ini. Beliau berkata, kerja mengalih pokok yang tumbang sedang dilaksanakan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet (Harian Metro Sabtu, 18 Julai 2020)
[ 8 markah ]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti.Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang.Masyarakat Mesopotamia
telah memperkenalkan sistem barter.Bangsa Fenesia turut menerima pakai sistem ini dengan
menukarkan barang-barang penduduk di bandar.
Melalui sistem ini,pihak yang terlibat terpaksa mmembuat pilihan sesama mereka untuk memperoleh
barang perantaraan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka.Pembeli dan penjual boleh
mendapatkan barangan yang diperlukan tanpa melibatkan orang tengah.
Dipetik dan diubah suai daripada Barter Ria,
Buku Teks Bahasa MelayuTingkatan 1,m/s99
[ 6 markah ]

3.Dalam petikan 1,terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan.Anda tidak perlu
menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1:
Landak ialah sejenis hidupan liar yang dilindungi oleh akta Perlindungan Hidupan Liar.Landak
mempunyai habitat dikawasan hutan dengan membuat lubang dalam tanah.Makanan landak ialah
tumbuh-tumbuhan dan serangga.Jangka hayat landak ialah 2 tahun hingga lima
tahun.Kebiasaannya,berat landak ialah antara lima hingga 16 kilogram.Terdapat pelbagai jenis landak di

Smkpa/pat t.4/2020 1
Malaysia seperti landak raya,landak jawa,landak padi,landak nibung dan landak borneo.
[ 6 markah ]
Petikan 2:
Rakreasi atau riadah ialah kegiatan yang menyeronokan,yang boleh menyegarkan badan dan
melapangkan fikiran melalui istirehat dan aktiviti yang menghiburkan hati.Oleh itu,masyarakat hari ini
tidak boleh menjadikan kesibukkan bekerja sebagai alasan untuk tidak berekreasi.Kita akan memperoleh
berbagai manfaat apabila melakukan aktiviti rekreasi.
[ 5 markah ]

4.Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan
perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, "Hai ibuku,
ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?"
(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah ]
5.Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam dialog tersebut
Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya
dan adat resam mereka.
Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak,berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk
membangunkan negara.
Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah :Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-
banyaknya .
[6 markah]

Smkpa/pat t.4/2020 2
BAHAGIAN B:PEMAHAMAN
[ 35 Markah ]
6.Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti.Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1:

Redakan Kemarahanmu
Apabila anda marah,kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat.Selain
itu,tahap hormon tenaga,adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah.Oleh itu,anda
mungkin akan bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi.Kemarahan yang tidak
dikendalikan dengan baiknya boleh menimbulkan masalah yang lain pula.Perhubungan
silaturahim juga akan terjejas.
Kemarahan juga akan menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang.Bagi
mengurangkan rasa ketegangan tersebut,seseorang perlu kembali ke posisi normal.Sekiranya dia
sedang marah dan ketika itu dia sedang berdiri,maka dia perlu duduk.Seandainya kemarahan
tersebut sukar dikawal,dia perlu berbaring untuk menenangkan emosi.
Namun demikian ,dalam beberapa keadaan kita perlu menunjukkan perasaan marah.Kita perlu
marah dan tidak boleh berdiam diri dalam mencegah kebatilan.
(Sumber:www.myhealth.gov.my/pengurusan-kemarahan)

Bahan 2:

Mengurus Kemarahan Secara Bijaksana


Oleh:Nurul Zulaikha binti Zakaria
Kita dianjurkan agar mengawal atau mengurus perasaan marah.Perasaan ini perlu dikawal
untuk mengelakkan kesan buruk akibat kemarahan yang tidak dikawal.Terdapat beberapa langkah
yang boleh digunakan sebagai kawalan ketika marah.
Salah satu langkah untuk mengurus kemarahan adalah dengan cara bertenang.Semasa
marah,tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran.Tindakan ini mungkin dapat membantu anda
menenangkan diri.Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan suasana yang tenang
sambil menutup mata.Kemudian,lepaskan nafas perlahan-perlahan.
Dalam keadaan sedang marah,ambil masa untuk memberikan sebarang respons.Dengan cara
ini,anda lebih berpeluang untuk berfikir dahulu sebelum menyatakan sesuatu yang mungkin akan
membuat anda menyesal kemudiannya.Bak kata pepatah,terlajak perahu boleh diundur,terlajak
kata badan binasa.
Namun,jika seandainya anda masih juga tidak mampu untuk menguruskankan perasaan marah
itu dengan baiknya,anda perlu berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bantuan.

(Sumber:Saedah A.Ghani dan Rezki Perdani Sawai,Pengurusan Kemarahan:


Pengenalan&Latihan,2018,Universiti Sains Malaysia)

Smkpa/pat t.4/2020 3
(i) Berdasarkan Bahan 1,berikan maksud bertindak agresif . [ 2 markah ]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2,nyatakan perbezaan cara seseorang [ 3 markah ]
menguruskan kemarahan atau ketegangan mereka.

(iii) Sifat panas baran atau cepat marah bukan sahaja menjejaskan hubungan
malah merosakkan kesihatan.
Pada pendapat anda,apakah kesan-kesan perasaan marah kepada kesihatan
[ 3 markah ]
seseorang?

(iv) Guru anda telah memberikan tempoh masa sebulan untuk menyiapkan folio
komsas.Namun disebabkan sikap anda yang malas, anda terpaksa
bertungkus lumus sepanjang hari untuk menyiapkan tugasan sekolah yang
perlu dihantar pada keesokan harinya .Pada masa yang sama,adik bongsu
anda kerap menganggu anda daripada menyiapkan tugasan tersebut
sehingga mengoyakkan tugasan anda.Anda memukul adik anda dengan
sekuat hati.
Adakah tindakan anda itu wajar? Bagaimanakah anda akan memastikan [ 4 markah ]
situasi yang sama tidak berulang pada masa akan datang?

7.Petikan Sastera:
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1:
POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini. Kalau umur abang
macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah
payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua
boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah
bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan
pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi..ha..ha..ha
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikir
tentang duit dan makan minum itu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman
yang akan diperoleh nanti.
AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak
yang abang nampak.
Tak fahamlah saya, bang.
AIMAN
POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan,
banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu
Smkpa/pat t.4/2020 4
pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan sahaja. Tapi selepas tamat
program ini, abang tengak dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa
hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang
sendiri. Memamg bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.
(Dipetik daripada cerpen “Berkhidmat untk Negara” antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul,

Bahan2:
Aku anak merdeka Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka Harapan nusa dan bangsa
Berdiri megah di pentas wira Akan kutentang petualang negara
Inginku tebus maruah bangsa Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka Aku anak merdeka


Terjaga dari ranjang kecewa Di hati semangat waja
Berpaksi gagah di panggung perkasa Di dada penuh satria
Ingin ku bela nasib bangsa Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir
Wangsa Maju

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud tamat latihan? [ 2 markah ]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2,nyatakan perubahan positif yang terdapat [ 4 markah ]
dalam bahan-bahan tersebut.

(iii) Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak pada tangan remaja masa kini
kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anda menunjukkan perasaan cinta akan
[ 3 markah ]
negara? Kemukakan cadangan anda.
(iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama
satu minggu di luar kawasan. Adik anda menyatakan hasratnya untuk tidak
menyertai kem tersebut dengan alasan jauh daripada keluarga tetapi pada
masa yang sama takut untuk menyuarakannya kepada ibu bapa anda.
Sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat [ 4 markah ]
memujuknya untuk menyertai kem tersebut?

8. NOVEL

Smkpa/pat t.4/2020 5
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

....Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Kubaca halaman yang kutandai:

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya dengan
sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan
dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-
ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang, dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak
terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran.
Apabila pembangunan rancak dilaksanakan,banyak hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman
turut pupus.Berikutan itu,ulam-ulaman sukar diperoleh di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk
pasar tani.

(Dipetik daripada Jendela Menghadap Jalan,hal.9-10, KPM)

i) Nyatakan khasiat yang terdapat pada sayur-sayuran dan ulam-ulaman.


[4 markah]
ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel berikut:

a) Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Matdarin

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat


dijadikan teladan. 
[6 markah]

BAHAGIAN C
SOALAN 9 – RUMUSAN
Smkpa/pat t.4/2020 6
[30 markah]
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Satu daripada petunjuk atau parameter potensi kesejahteraan sosial ialah kepelbagaian biologi.
Kegagalan atau kedegilan manusia untuk melihat alam sebagai aset utama kesejahteraan sosial yang
terbatas ialah satu daripada faktor kemelesetan sumber alam dari sudut kuantiti dan kualiti yang kian
mengancam masa depan manusia. Pengabaian terhadap keupayaan tampung sumber alam untuk
mencapai pembangunan mengundang risiko yang sangat besar kepada alam. Dokumen terbitan Dana
Sedunia Alam Semula Jadi (WWF) juga menyatakan bahawa saiz populasi mamalia, burung, ikan, reptilia
dan amfibia merosot sebanyak 60 peratua dalam tempoh empat dekad sahaja.
Penebangan hutan untuk kegiatan pertanian menjadi punca kepupusan flora dan fauna. Apabila
hutan Borneo musnah untuk ditanam kelapa sawit, lebih kurang 100 ribu ekor orang utan hilang antara
tahun 1999 hingga 2015. Jumlah beruang kutub pula dijangka berkurang sebanyak 30 peratus pada tahun
2050 disebabkan pemanasan bumi yang mencairkan ais Artik yang menjadi habitat utama bagi spesies ini.
Jumlah gajah Afrika di Tanzania juga berkurang sebanyak 60 peratus dalam tempoh lima tahun sahaja,
iaitu pada tahun 2009 hingga 2014. Kebanyakannya disebabkan oleh pemburuan secara haram untuk
mendapatkan gading. Di samping iu, masalah pencemaran air dan udara juga menjadi ancaman
kepupusan flora dan fauna. Tambahan pula, sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata
turut menjadi ancaman kepupusan flora dan fauna. Berdasarkan laporan itu juga, 90 peratus burung laut
mempunyai plastik di dalam perutnya berbanding dengan hanya lima peratus burung laut pada tahun 1960.
Merujuk ekosistem yang sama, separuh daripada batu karang di perairan cetek di seluruh dunia hilang
dalam tempoh 30 tahun.
Selain itu,penularan wabak penyakit secara meluas seperti virus selesema burung dan bakteris E-
coli turut mendorong kepupusan hidupan terutamanya spesies burung. Jika dikaji secara terperinci, sikap
kepenggunaan manusia yang melampau menyebabkan permintaan terhadap makanan yang amat tinggi
juga menjadi puncanya. Keadaan ini menyebabkan kemusnahan habitat hidupan liar untuk dijadikan
sebagai ladang ternakan dan ladang tanaman . Kemusnahan habitat menjejaskan kehidupan lebih kurang
tiga billion manusia yang bergantung pada sumber alam dan hidupan liar secara langsung.
Dipetik dan diubah suai daripada “Flora dan Fauna bakal Pupus?”
oleh Amlir Ayat, Dewan Kosmik, Mac 2019
Bahan 2 – Petikan Akhbar

Hidupan Liar Malaysia di Ambang Kepupusan


…. Penaung Persatuan Pencinta Haiwan Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan
supaya segera mewujudkan satu pelan tindakan khas bagi menangani masalah kepupusan hidupan liar
termasuk harimau, gajah, badak sumtra dan pelbagai spesies haiwan lain yang kini di ambang pupus.
Beliau yang juga aktivis masyarakat, berkata kerajaan juga wajar mewartakan kawasan tertentu di taman
negara dan pusat perlindungan hidupan liar sebagai zon larangan.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan laluan khas bagi membolehkan haiwan liar melintas di kawasan jalan
dan lebuh raya bagi mengelak mereka turut menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

"Saya melihat langkah ini perlu kerana masalah kepupusan hidupan liar di negara ini semakin kritikal
berikutan pelbagai ancaman, termasuk kegiatan pembangunan tidak terancang, pembalakan dan
pemburuan haram serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang sedia ada

Smkpa/pat t.4/2020 7
Smkpa/pat t.4/2020 8

You might also like