You are on page 1of 10

SULIT 1103/2

Bahasa Melayu

Kertas 2
NOVEMBER 2022

2 jam
SMK METHODIST
PENTAKSIRAN KETIGA TINGKATAN 4
TAHUN 2022

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Nama: ………………………………………………………………………………..

Arahan kepada calon :


Tingkatan : ……………………………………………………………
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi.

Disediakan oleh : .…....................................................................


(NURSYAIRAH BINTI SAILI)
GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Disemak oleh : …………………………………………………


(JAMIE CHIONG)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Disahkan oleh : ……………………………………………….....


(MOHD SYAHMIRZA ABDULLAH)
KETUA BIDANG BAHASA

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak termasuk muka surat hadapan

1
SULIT 1103/2

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

[ 35 markah ]
[ Masa yang dicadangkan: 45 minit ]

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Golongan belia perlu menceburi bidang pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana
bidang ini dilihat lebih kukuh berbanding dengan sektor lain yang terjejas teruk akibat
kemerosotan ekonomi. Buktinya, beribu-ribu orang telah kehilangan pekerjaan. Pihak
kerajaan menerusi institusi kewangan seperti Agro Bank hendaklah menyediakan
kemudahan pembiayaan khusus untuk usahawan muda dalam sektor pertanian. Teknologi
moden pula memudahkan petani-petani menguruskan kebun. Golongan petani muda tidak
perlu lagi kerap ke kebun. Mereka dapat memantau hasil tani melalui teknologi sedia ada
seperti satelit. Oleh itu, tiada alas an untuk belia memandang rendah akan sektor pertanian
seolah-olah sektor ini tidak menjanjikan apa-apa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Galak Belia Terlibat Sektor Pertanian’
oleh Zarul, Utusan Malaysia, 17 November 2020
[ 6 markah ]

Soalan 2: Sintaksis

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada
enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Kedatangan pekerja asing ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah dan masalah
sosial. Sebahagian daripada pendatang asing itu melakukan kegiatan tidak bermoral yang
menimbulkan kemarahan rakyat tempatan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas
kerana kegiatan tersebut menjejaskan nama baik negara.
.
[ 6 markah ]

2
SULIT 1103/2

Soalan 3: Penyuntingan

Petikan di bawah ini mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan
bahasa yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan tersebut.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk melalui masalah kemalangan jalan raya ke negara
kita. Langkah pertama adalah pihak jabatan kerja raya haruslah mengadakan kempen
kesedaran untuk menyedar masyarakat agar supaya sentiasa berjaga jaga semasa berada di
jalan raya. Langkah kedua, masyarakat hendaklah mengutamakan kenderaan awam. Hal ini
berlaku demikian kerana kegunaan kenderaan awam akan mengurangkan kesesakan lalu
lintas. Kesesakan lalu lintas dapat menyebabkan seseorang pemandu yang kelayuan
bertindak di luar jangkaan dan mengabaikan keselamatan diri. Misalnya, mereka mungkin
memandu kenderaan secara melulu. Oleh itu, penggunaan kenderaan awam merupakan
langkah yang terkesan untuk mengelak kemalangan jalan raya. Akhir sekali, penyelenggaran
kenderaan perlulah dilakukan dengan pemilik kenderaan secara berkala.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya di Negara Ini’
oleh Arfa Qasrina Iwan,
shazioshazo.blogspot.com, 10 Jun 2018
[ 11 markah ]

Soalan 4: Bahasa Melayu Standard

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung. “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada
kampungnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[ 6 markah ]

3
SULIT 1103/2

Soalan 5: Peribahasa

Baca petikan dialog di bawah ini dengan telitinya, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam petikan dialog tersebut.

Saufi: Wang yang saya kumpulkan sudah cukup. Benarlah kata orang, (i)_______________.
Naufal: Apakah yang akan kamu lakukan dengan wang itu, Saufi?
Saufi: Saya akan menggunakan wang itu untuk melancong ke Pulau Sipadan. Sudah lama
saya teringin hendak ke sana. Sebelum ini saya hanya berpeluang untuk melancong
ke tempat-tempat menarik di Semenanjung Malaysia. Misalnya, Bukit Bendera,
Teluk Batik, Tasik Kenyir, Gua Kelam dan Tanah Tinggi Cameron.
Naufal: Banyak sekali tempat menarik di dalam negara yang sudah kamu kunjungi.
Saufi: Ya, Naufal. Perasaan saya (ii)________________dapat mengunjungi tempat-tempat
tersebut.
Naufal: Ada orang lebih suka bercuti di luar negara kerana mahu melihat negara orang.
Saufi: Tidak ada salahnya melancong di luar negara kalau mereka mampu. Lagipun,
______(iii)_______________________.
[ 6 markah ]

Bahagian B: Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 6: Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudiannya jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada
tahun 2011 banyak mendatangkan faedah kepada murid. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan
setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong falsafah pendidikan kebangsaan yang juga selaras dengan Dasar Sukan Negara,
iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Setiap murid dikehendaki
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Sukan
yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan
pergerakan fizikal. Dasar ini bertujuan untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di
sekolah di Malaysia dan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan’,
oleh Haji Samat bin Buang, Fokus SPM, Februari 2011.

4
SULIT 1103/2

Bahan 2
Kokurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang tersusun dan terancang. Di Malaysia, kokurikulum merangkumi penyertaan
dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan
pakaian seragam. Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta
Pendidikan 1996. Aktiviti badan beruniform menekankan aspek pembentukan disiplin diri
murid. Pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, sentiasa bersedia
dan cergas, serta sentiasa bersemangat juang yang tinggi. Selain itu, murid juga diuji dengan
daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad dan merentas halangan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum’,
oleh Abd Ghani bin Abu, Dewan Siswa, Julai 2007.

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud merentas halangan.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara Dasar 1Murid
1Sukan dengan aktiviti kokurikulum.
[4 markah]
(iii) Dasar 1Murid 1Sukan dan aktiviti kokurikulum menjadi agenda yang sangat penting
dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Namun begitu, aktiviti yang dijalankan
mendapat sambutan dingin dalam kalangan murid.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan
diri dalam aktiviti ini?

[3 markah]

(iv) Dasar 1Murid 1Sukan dan aktiviti kokurikulum telah dianggap sebagai aktiviti yang
penting tetapi pembabitan murid agak mengecewakan.

Berikan cadangan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
menggalakkan murid menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
[4 markah]

5
SULIT 1103/2

Soalan 7: Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk nenek moyang
lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan
air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri,

kita pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’


oleh Onn Malini,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014

6
SULIT 1103/2

Bahan 2

SEMUA PELAJAR : Assalamualaikum dan salam sejahtera, cikgu.


CIKGU DAHARI : Waalaikumsalam dan salam sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah
baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk
menyertainya. Tak sabar rasanya.
CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti
kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang
baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan
untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah
bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar
kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang
ketiga membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’


Mohd Hashim Othman
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud membentuk perwatakan. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara mengekalkan kemerdekaan negara. [4 markah]

(iii) Semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang dapat
mempertahankan kemerdekaan negara.
Pada pendapat anda, apakah punca semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan generasi
muda? [3 markah]

(iv) Sekolah anda mengadakan majlis sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Anda
sangat teruja apabila melihat aktiviti yang diadakan semasa sambutan tersebut. Namun, seorang
rakan anda tidak mengambil peduli tentang sambutan yang diadakan.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, apakah tindakan yang wajar anda lakukan terhadap
rakan anda? [3 markah]

7
SULIT 1103/2

Soalan 8: Novel

(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Akhirnya, Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa
berlepas. Dia menyimpan beg beroda di ruang simpanan, mengambil tempat, memasang tali
pinggang keselamatan dan terus memejamkan mata. Seluruh sendi dan ototnya terasa lenguh.
Dia bangun jam 4:30 pagi tadi. Dia mengambil penerbangan paling awal dari Kuala Lumpur
ke Johor Bahru dan kini berada dalam penerbangan paling akhir untuk pulang. Untung juga
mesyuarat di Nusa Jaya berjalan lancar, jika tidak mungkin dia terpaksa menginap di hotel
untuk beberapa hari.
“Maafkan saya.” Suara lelaki itu mengejutkan Farisha yang hampir terlelap. Sudah
beberapa kali dia mendengar perkataan ‘maaf’ hari ini.

Dipetik daripada novel Disebalik Dinara


karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Farisha setelah memasuki perut pesawat.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:


a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, Karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang boleh
dijadikan sebagai panduan hidup oleh pembaca.
[6 markah]

8
SULIT 1103/2

Bahagian C: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan grafik.

Bahan 1- Petikan
Wabak denggi yang berlaku di beberapa buah negeri di negara kita telah membimbangkan
pelbagai pihak. Kes kematian akibat denggi juga dilihat semakin meningkat saban tahun.
Demam denggi juga dikenali sebagai “breakbone fever”. Salah satu punca berlakunya wabak
denggi ialah cuaca panas, kering dan suhu tinggi akibat fenomena El Nino yang melanda
negara. Keadaan ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kes denggi sehingga
sebanyak 50 peratus.
Fenomena kemarau akibat El Nino ini turut memaksa masyarakat menakung air bagi
menampung bekalan air harian sekali gus meningkatkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Selain itu, terdapat sesetengah masyarakat enggan bergotong-royong memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk turut menjadi punca wabak ini meningkat. Mereka juga enggan
memberikan kerjasama ketika aktiviti semburan kabus. Pada masa yang sama, kerajaan
dikatakan gagal melakukan semburan lebih kerap untuk mengawal nyamuk Aedes.
Kekurangan pengetahuan masyarakat tentang cara menangani nyamuk Aedes turut menjadi
punca peningkatan wabak ini.
Pelbagai usaha dilakukan untuk membendung masalah ini. Misalnya, penguatkuasaan
undang-undang dan denda. Masyarakat pada hari ini dilihat terlalu mengambil mudah
tentang kebersihan persekitaran mereka. Selain itu, pihak-pihak yang terlibat perlu
mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya wabak ini. Kempen-
kempen ini boleh dilaksanakan menerusi media-media massa dan elektronik. Pemantauan
secara berterusan juga perlu dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka boleh melakukan
pemantauan sekurang-kurangnya sekali seminggu di kawasan perumahan, permis
perniagaan dan sebagainya.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sikap Masyarakat Punca Kes Denggi Meningkat’
oleh Mohd Zin Ali,
Berita Harian, Februari 2016.

9
SULIT 1103/2

Bahan 2 - Grafik

-Kertas Soalan Tamat-

10

You might also like