You are on page 1of 8

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Malaysia
Kertas 2
Peraturan
Pemarkahan
Pentaksiran Ketiga
2022

PENTAKSIRAN KETIGA
TINGKATAN 4 2022 SMK METHODIST, SIBU

BAHASA MELAYU KERTAS 2


PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.
Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.
Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan
percetakan.

1
MARKAH PENUH KERTAS 2 IALAH 100 MARKAH
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
MARKAH PENUH
Soalan 1: 6 markah
Soalan 2: 6 markah
Soalan 3: 11 markah
Soalan 4: 6 markah
Soalan 5: 6 markah
Soalan 1: Morfologi [6 markah]
Kata Ganda Contoh Ayat Markah
beribu-ribu Beribu-ribu orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil 2
untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak itu.
petani-petani Banjir yang melanda menyebabkan petani-petani di kawasan 2
utara tanah air mengalami kerugian yang banyak.
seolah-olah Dia bercakap seolah-olah dia seorang sahaja yang banyak 2
membantu Pak Kudin selama ini.

Soalan 2: Sintaksis [6 markah]


Ayat Majmuk Ayat Tunggal Markah
Kedatangan pekerja asing ke negara i. Kedatangan pekerja asing ke 2
kita telah meningkatkan kadar jenayah negara kita telah
dan masalah sosial. meningkatkan kadar jenayah.
ii. Kedatangan pekerja asing ke
negara kita telah
meningkatkan masalah
sosial.
Sebahagian daripada pendatang asing i. Sebahagian daripada 2
itu melakukan kegiatan tidak bermoral pendatang asing itu
yang menimbulkan kemarahan rakyat melakukan kegiatan tidak
tempatan. bermoral.
ii. Kegiatan tidak bermoral
menimbulkan kemarahan
rakyat tempatan.
Pihak berkuasa perlu mengambil i. Pihak berkuasa perlu 2
tindakan tegas kerana kegiatan tersebut mengambil tindakan tegas.
menjejaskan nama baik negara. ii. Kegiatan tersebut
menjejaskan nama baik
negara.

2
Soalan 3: Penyuntingan [11 markah]
Kesalahan Bahasa Pembetulan Markah
melalui mengatasi 1
ke di 1
adalah ialah 1
jabatan kerja raya Jabatan Kerja Raya
menyedar menyedarkan 1
agar supaya agar/supaya 1
berjaga jaga berjaga-jaga 1
kegunaan penggunaan 1
kelayuan keletihan 1
terkesan berkesan 1
mengelak mengelakkan 1
penyelenggaran penyelenggaraan
dengan oleh 1

Soalan 4: Bahasa Melayu Standard [6 markah]


Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 5 -6
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 4
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup, mengikuturutan dan ayat tidak gramatis 1
Ayat disalin bulat-bulat / Isi tidak mengikut urutan 0

Kemudian baginda bertitah kepada Temenggung, “Wahai Temenggung, suruh orang


berkawal dan semua saudagar juga berkawal di kampung masing-masing!” Temenggung
menyuruh orangnya memberitahu orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung
masing-masing. Setelah hari malam, Temenggung menyuruh orangnya berkawal, terlalu
banyak orang membawa lembing perisai ersama-sama dan saudagar berkawal di kampung
masing-masing.

3
Soalan 5: Peribahasa [6 markah]
Peribahasa Markah
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit 2
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Seperti tikus jatuh di beras 2
Jauh perjalanan, luas pemandangan 2

[Terima mana-mana peribahasa relevan]

4
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 6: 13 markah
Soalan 7: 12 markah
Soalan 8: 10 markah

Soalan 6: Petikan Umum [13 markah]


(i) Maksud merentas halangan dalam Bahan 2 ialah

• melintasi/melalui/menempuh
• rintangan/gangguan
[ Maksimum: 2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan dan perbezaan antara Dasar 1Murid 1Sukan
dengan aktiviti kokurikulum ialah
Persamaan
- murid-murid wajib menyertai satu aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum.
Perbezaan
- Dasar 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan
fizikal.
- Aktiviti kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan,
persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.

[Maksimum: 4 markah]

(iii) Faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini:
- murid menganggap penglibatan mereka dalam aktiviti ini hanya membuang masa
kerana tidak mendatangkan faedah kepada mereka
- jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu faktor
aktiviti ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid
- pelajar lebih menumpukan perhatian terhadap pencapaian akademik semata-mata
- ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
[Maksimum: 3 markah]

(iv) Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid
menyertai aktiviti-aktiviti tersebut:
• Pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti yang dijalankan dari
semasa ke semasa.

5
• Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu
sesuai dengan minat dan kemahiran para murid.
• Pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai program yang menarik kepada pelajar
untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang diadakan.
• Pihak sekolah haruslah prihatin akan kelengkapan atau kemudahan sukan di sekolah.
[ Maksimum: 4 markah]
Soalan 7: Petikan Sastera [12 markah]
(i) Berdasarkan Bahan 2, maksud membentuk perwatakan ialah

• mewujudkan/menjadikan
• tingkah laku
[2 markah]
(ii) Cara-cara mengekalkan kemerdekaan negara:
Bahan 1
- mengekalkan perpaduan antara kaum
- rakyat perlu bersatu hati menepis gangguan
- yang boleh menggugat kedaulatan negara
- rakyat juga perlu menyokong pemimpin yang adil supaya negara akan teguh dan
kemajuan negara akan berkembang
Bahan 2
- pihak kerajaan perlu melaksanakan program seperti PLKN untuk memupuk
semangat cinta akan tanah air
- generasi muda sentiasa mempertahankan negara daripada ancaman luar
[4 markah]
(iii) Punca semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan generasi muda:
- golongan remaja kurang menghayati semangat perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
- mereka leka dengan lambakan hiburan dan pengaruh media sosial yang disediakan
- mereka juga sibuk mencapai impian dan cita-cita atau mementingkan kerjaya tanpa
menghiraukan perkara lain
- mereka kini sedang mengalami penjajahan minda, melalui pengaruh budaya barat yang
semakin tersebar luas dalam media sosial
[Maksimum: 3 markah]

(iv) Tindakan yang wajar terhadap rakan yang tidak mengambil peduli tentang sambutan:
- menasihatinya tentang kepentingan sambutan
- mengajaknya menyertai aktiviti yang diadakan
- mengajaknya menonton filem dan drama tentang sejarah perjuangan tokoh negara
- menunjukkan kesan rakyat yang tidak memiliki semangat patriotik terhadap negara
- mencari maklumat tentang kepentingan semangat patriotik
[Maksimum: 3 markah]

6
Soalan 8: Novel [10 markah]
(i) Perkara-perkara yang dilakukan oleh Farisha setelah memasuki perut pesawat:
- menyimpan beg beroda di ruang simpanan
- mengambil tempat
- memasang tali pinggang keselamatan
- terus memejamkan mata
[4 markah]

(ii) Peristiwa yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup oleh pembaca ialah:

• Peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl. Karl meninggalkan wasiat
supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Karl meninggal dunia
di rumah agamnya. Medina dan Farisha sempat bertemu dengan Karl ketika Karl
sedang nazak. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup oleh pembaca agar pembaca
menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan atau ketua.

• Peristiwa keluarga Azraai menerima dan mendidik Farisha menjadi seorang


muslim. Seorang bayi luar nikah (anak Karl dan Medina/Marilyn) telah diserahkan
kepada keluarga Azraai oleh Doktor Maxi dan Akram untuk dibesarkan dengan
selamat. Walaupun anak angkat, namun keluarga Azraai membesarkannya
denganpenuh kasih sayang sebagaimana mereka membesarkan Azraai. Peristiwa ini
dapat dijadikan panduan hidup oleh pembaca agar pembaca bersikap adil dalam
melayani anak-anak walaupun anak itu ialah anak angkat.
[6 markah]

[Terima mana-mana peristiwa yang relevan]

7
BAHAGIAN C RUMUSAN (30 markah)
Rumusan membincangkan punca-punca berlakunya wabak denggi dan langkah-langkah untuk
menangani demam denggi.
BAHAN 1 (PETIKAN)
FOKUS 1- Punca-punca berlakunya wabak denggi
F1 (1) cuaca panas, kering dan suhu tinggi akibat fenomena El-Nino
F1 (2) masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian
F1 (3) keengganan masyarakat untuk bergotong-royong memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk
F1 (4) mereka juga enggan memberikan kerjasama ketika aktiviti semburan kabus
F1 (5) kerajaan dikatakan gagal melakukan semburan lebih kerap untuk mengawal
nyamuk Aedes
F1 (6) kekurangan pengetahuan masyarakat tentang cara menangani nyamuk Aedes

BAHAN 2 (GRAFIK)

FOKUS 2- langkah-langkah untuk menangani demam denggi


F2 (1) Meluangkan 10 minit setiap hujung minggu untuk mencari dan memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk Aedes.
F2 (2) Membuang bekas yang boleh menakung air.
F2 (3) Memastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup Bersama penutup.
F2 (4) Memastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya
seminggu sekali.
F2 (5) Memastikan saliran atap sentiasa mengalir.
F2 (6) Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
F2 (7) Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
F2 (8) Memastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
F2 (9) Sapukan krim/ubat penghalau nyamuk pada anggota yang terdedah kepada gigitan
nyamuk.
F2 (10) Memakai baju berwarna cerah dan berlengan Panjang dan seluar sewaktu keluar
rumah.
F2 (11) Memasang ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

BAHAN 1 (PETIKAN)
FOKUS 2- langkah-langkah untuk menangani wabak denggi
F2 (1) penguatkuasaan undang-undang dan denda
F2 (2) pihak-pihak yang terlibat perlu mengadakan kempen kesedaran
F2 (3) pemantauan secara berterusan juga perlu dilakukan oleh pihak berkuasa

Kesimpulanya, semua masyarakat hendaklah bekerjasama menangani penularan wabak denggi


agar kehidupan dan keselamatan lebih terjamin.
Kesimpulannya, wabak denggi haruslah ditangani agar kehidupan dan keselamatan lebih
terjamin.

You might also like