You are on page 1of 4

Nama: ______________________________ Tingkatan 4____________

_______________________________________________________________________________

SULIT

UJIAN AKHIR TAHUN DALAM TALIAN 2021 1103


BAHASA MELAYU
Tingkatan 4
November
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 1 bahagian soalan : Sistem dan Aplikasi Bahasa.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

1103  2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 2 1103

Sistem dan Aplikasi Bahasa


[40 markah]
Jawab semua soalan.

Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata
ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Bidang keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Namun demikian, terdapat
ibu bapa yang tidak menyokong apabila mendengar bahawa anak-anak mereka ingin
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa
keusahawanan adalah satu kerjaya yang sukar, berisiko dan tidak terjamin berbanding dengan
bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja di sektor kerajaan. Perubahan dan kemajuan dalam
pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad belakangan ini telah banyak
melahirkan peluang perniagaan. Memandangkan banyak orang yang menjadi usahawan atas
pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai
usahawan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih banyak orang yang mula memahami dan
meminati bidang perniagaan sekali gus mengikis pandangan negatif mengenai kerjaya usahawan.
Walau bagaimanapun, pemilihan bidang perniagaan ini tidak boleh dilakukan secara semberono
atau ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Maklumat asas mengenai
produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan perlu dikaji sedalam-dalamnya. Di samping
melihat kepada pasaran yang hendak disasarkan, persaingan, serta maklumat mengenai bekalan
dan pengeluaran. Perkara asas ini dapat membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan
rintangan di dalam perniagaan.

[8 markah]

Soalan 2 : Sintaksis
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama,
Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama bagi setiap ayat yang bergaris.

(1) Pencakar rumput ialah sejenis alat tradisional yang masih digunakan sehingga kini. (2) Alat
ini dibuat daripada besi yang berbentuk seperti sikat dan disambung dengan kayu panjang lurus
yang berfungsi sebagai pemegang. (3) Fungsi pencakar rumput ini adalah untuk kerja-kerja
mengumpulkan sampah, daun-daun kering atau rumput rampai di kawasan halaman rumah
mahupun di kebun-kebun. (4) Saiz dan bentuknya sama ada panjang atau sederhana. (5) Cara
menggunakan pencakar adalah mudah. (6) Hanya perlu dicakarkan pencakar rumput untuk
mengumpulkan daun kering, rumput ataupun sampah. Pada masa sekarang, pencakar rumput ada
yang dibuat daripada plastik.
[6 markah]

1103  2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 3 1103

Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa
dan petikan 3 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Menerusi belanjawan 2021, diramalkan banyak lagi intensif dan insentif yang dijangka akan
diumumkan oleh kerajaan. Hal ini penting untuk membantu kelangsungan kehidupan rakyat
Malaysia bukan setakat dalam jangka pendek masa tetapi juga jangka masa panjang. Pelbagai
insentif yang diumumkan oleh kerajaan dalam pakej ekonomi berkenaan dijangka akan diteruskan
dalam perbelanjaan pada tahun 2021. Antaranya, bantuan diberikan untuk rakyat yang
dikategorikan sebagai golongan berpendapatan sederhana 40 peratus (M40) berkeluarga dan
bujang. Dana bantuan ini disalurkan oleh pelbagai agensi kerajaan di samping meningkatkan
kemahiran baharu kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, khususnya yang melibatkan
kemahiran menggunakan teknologi digital bagi meraih sumber pendapatan baru.

Dipetik dan diubah suai daripada


Belanjawan2021 Menangani Situasi Sukar Dijangka
oleh Rohami Shafie
Dewan Masyarakat, Bil. 11/2020, Hal. 50
[6 markah]

Petikan 2
Belakangan ini, kes buli dalam kalangan murid sekolah semakin jadi-jadian. Baru-baru ini, tiga
murid sekolah menengah ditahan selepas video mereka yang sedang membelasah seorang murid
tular di media sosial. Tidak cukup dengan itu, satu lagi video menjadi tular apabila sekumpulan
murid sekolah asrama membelasah seorang murid yang gagal membelikan ayam goreng untuk
kumpulan pembuli tersebut. Berbagai pihak sedang berusha untuk mencari penyelesaian demi
keselamatan anak-anak di sekolah.

Dipetik dan diubah suai daripada


Pengajaran Besar untuk Pembuli
oleh Fatimah Ahmad
Dewan Masyarakat, Bil. 11/2020, Hal. 24
[5 markah]

1103  2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 4 1103

Petikan 3
Apabila disebut sahaja negeri Pulau Pinang, pasti ada yang teringat dengan keenakan nasi
kandarnya. Hal ini tidak dapat dielakkan sebab disinilah tempat lahirnya sajian yang enak itu.
Sejarah nasi kandar ini bermula di pelabuhan kerana pelanggan nasi kandar merupakan para
petugas di pelabuhan Pulau Pinang. Nasi kandar juga adalah antara makanan yang amat popular
yang bukan sahaja di Pulau Pinang, malah boleh ditemui di beberapa negeri lain di Malaysia.
Pada waktu dahulu, nasi kandar merupakan makanan ruji untuk memenuhi keperluan pekerja
kelas bawahan. Nasinya disediakan dengan banyaknya, berlaukkan ikan kari bersama-sama ikan
goreng dan bendi. Itulah menu asal nasi kandar, iaitu ringkas tetapi mengenyangkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Keenakan Nasi Kandar Pulau Pinang
oleh Rasfan Abu Bakar,
Dewan Siswa, Bil. 09/2020, Hal. 52
[5 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis petikan tersebut
semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah habislah dikenali segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut, kemudian berikan maksudnya.
Walaupun Encik Gopal selalu menasihati anaknya supaya jangan merokok, beliau sering
merokok di hadapan anak-anaknya. Akibatnya, nasihat yang diberikan oleh beliau kepada anak-
anaknya tidak diendahkan. Akhirnya, anak beliau ditangkap kerana terlibat dalam gejala
penagihan dan pengedaran dadah. Selepas anaknya dijatuhi hukuman gantung sampai mati, Encik
Gopal menyesal dan menyalahkan dirinya sendiri.
[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103  2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT

You might also like