You are on page 1of 34

MODUL SOALAN BERFOKUS

BMSPM 2020
BAHASA MELAYU
KERTAS 1 & 2
SET 3

KUMPULAN TELEGRAM GURU


BMSPM
2

PRAKATA

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-
Nya, modul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya menyedari bahawa
terlaksananya tugas menyiapkan modul ini,berkat permuafakatan dan sumbangan
ahli-ahli dalam Grup Telegram Guru BMSPM.
Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu,
pengalaman dan bahan PdPc. Kerjasama secara maya dalam penghasilan modul
Bahasa Melayu dapat dilaksanakan.
Penghasilan Modul ini merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru
BMSPM. Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah
sempurna. Oleh sebab itu, saya berharap rakan guru yang budiman dapat
menambahbaik kekhilafan yang terdapat dalam modul ini.
Semoga sumbangan rakan penyumbang Modul BM Set ketiga ini memberi manfaat
kepada guru-guru dan calon-calon SPM 2020. Akhir kata, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Telegram Guru BMSPM yang telah membina
modul berfokus set 3 ini untuk memanfaat calon SPM 2020.
Sekian.
Faizah binti Abdul Akib
SMK.Datuk Syed Ahmad,
06300 Kuala Nerang,Kedah
Admin Grup Telegram BMSPM
Ogos 2020
Sekalung Penghargaan

BI NAMA SEKOLAH
L
1 MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN
77500 SELANDAR MELAKA
2 FAIZAH BINTI ABDUL AKIB SMK DATUK SYED AHMAD
3 WAN BUANAN BIN WAN HUSSAIN, MAKTAB RENDAH SAINS MARA
ALOR AKAR 25050 KUANTAN,
PAHANG
4 SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMKSIJANGKANG JAYA
SELANGOR
5 TUAN JAMIL BIN TUAN MUHAMMAD SMK DATO' AHMAD MAHER
JLN LONG YUNUS,15200 KOTA
BHARU
KELANTAN
6 JAYA HJ MASIR SMK LABUAN,PETI SURAT 81094
87021 WILYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

7 THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA (CF) MIRI


8 HASLINA BT EDROS@MOHAMED SEK SUKAN TUNKU MAHKOTA
ISMAIL
9 HAJI MOHD KHAIRUL ANUAR SMK GUM GUM SANDAKAN
ABDULLAH SABAH
10 NORZARINI AH.NURDDIN SMK KOTA MASAI, PASIR
GUDANG
11 MARIAH BINTI SAID SMK LALOH 1800 KUALA
KRAI,KELANTAN
12 JOEY TAN PESARA
13 MOHD BAHARUDDIN BIN MOHAMAD
ZIN SMK KUALA LANAR, 27200 KUALA
LIPIS, PAHANG
14 SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU ,KLANG
15 TAN C.L PENULIS BUKU & PENCERAMAH
MODUL SOALAN BERFOKUS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2020

BAHASA MELAYU
Kertas 1
2 ¼ jam Dua jam lima belas
minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.


Bahagian A
[ 30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kebaikan koperasi sekolah.


Huraikan pendapat anda tentang kebaikan koperasi sekolah. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN
KOPERASI SEKOLAH

memahami menyediakan memupuk


aspek perniagaan peralatan persekolahan nilai-nilai murni
Bahagian B.
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 Jam 15 minit]

1. Kemajuan dunia kini memerlukan setiap remaja mempelajari pelbagai bidang


ilmu untuk
bersaing dalam dunia global.

Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

2. Semangat kejiranan merupakan satu amalan yang amat penting dalam


kalangan masyarakat majmuk di negara kita . Oleh itu anda ingin menulis
sebuah rencana dalam majalah sekolah anda bertajuk’ Manfaat Semangat
kejiranan’.
Sediakan rencana anda selengkapnya

3. Ketidakprihatinan masyarakat terhadap penyakit berjangkit seperti demam


denggi dan pandemik COVID-19 telah menyebabkan berlakunya penularan
yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen
anda.

4. Kehadiran pelabur asing ke sesebuah negara banyak mendatangkan


kebaikan berbanding dengan keburukan.Bincangkan.

5. Ada pendapat mengatakan bahawa membaca novel banyak membawa


kebaikan.
Jelaskan kebaikan-kebaikan hasil daripada membaca novel.

SOALAN TAMAT
SET 3

BAHASA MELAYU 1103/


Kertas 2 2
Dua jam tiga puluh
minit
2 ½ jam

Modul ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c),


soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Sastera Melayu
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku


jawapan yang disediakan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau


Jawi.

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA


DIBERITAHU
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berlakunya kes keracunan makanan dan impaknya kepada masyarakat.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan media


sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukanlah suatu perkara yang baharu, tetapi telah menjadi
satu isu yang telah lama diperbincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan
makanan bukan hanya akan berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja apabila
berlaku pencemaran terhadap makanan yang dimakan. Malah keracunan makanan juga
boleh berlaku di rumah jika cara penyediaan makanan tidak dijaga.

Antara faktor terjadinya keracunan makanan adalah apabila pengendali


makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan. Mereka menjalankan kerja-kerja
pengendalian makanan dengan tangan serta kuku yang kotor dan panjang. Keadaan
rambutnya tidak terurus serta memakai pakaian yang tidak sesuai. Pemilik premis juga
membiarkan premis makanan berkeadaan kotor dan tidak membuang sampah-sarap
dengan sempurna serta tidak menutup makanan. Selain itu, perbuatan menghisap
rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan atau mengendalikan makanan juga
akan menyebabkan keracunan makanan.

Makanan tidak dimasak dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya


pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya pada bahan makanan yang
berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur dan hasil tenusu. Jika
seseorang mengalami muntah dan cirit-birit, suhu badannya hendaklah diperiksa untuk
menentukan sama ada seseorang itu mengalami demam. Pesakit juga hendaklah
berehat dengan secukupnya dan elakkan mengambil sebarang makanan. Keracunan
makanan yang teruk akan mengakibatkan gejala yang teruk serta berpanjangan dan
dalam keadaan ini pesakit perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan
yang lebih sempurna.

Isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan
yang sewajarnya. Yang paling penting, utamakan kebersihan dalam apa-apa jua
tindakan yang melibatkan makanan dan minuman persis slogan mencegah lebih baik
daripada mengubatinya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


“Rencana Keracunan Makanan,”
Dewan Siswa, Oktober 2007)
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan gejala?

[2 markah]

(ii) Nyatakan langkah-langkah yang harus diambil oleh seseorang itu jika
mengalami keracunan makanan?

[3 markah]

(iii) Jikalau anda sebagai pengusaha premis makanan, apakah langkah-langkah


yang harus diambil untuk menjaga kebersihan premis oleh anda.

[3 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama
bertulisan di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya
pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi
baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin
menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa
sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-
moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa
saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“ Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik
bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata.
Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.”Bonda merenung mata saya dengan ekor
pandangan yang penuh prejudis . Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum
bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta.
Bangsa yang membaca dan mengaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan
keturunannya.”
(Dipetik daripada cerpen “ Munsyi”
Oleh Husna Nazri, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”
Dewan Bahasa dan Pustaka.,2014,hal. 58&59)

(i) Apakah harapan bonda kepada Mel ?

[2 markah]
(ii) Kemerosotan pencapaian pelajar semasa peperiksaan SPM dalam mata pelajaran
sejarah baru-baru ini mengundang pelbagai persoalan.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk


memastikan pelajar minat akan mata pelajaran Sejarah di sekolah?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen, dan satu pengajaran
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2 ( c ) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Laksamana pun berdatang sembah, "Ya tuanku, adapun penjurit yang datang
ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. jika ada derma kurnia,
patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu."
Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah
Laksamana." Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis
kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata
lagi.
Maka sembah Laksamana, "Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit
itu ke istana kita ini."
Maka titah raja, "Apa bicara kita supaya penjurit itu tidak beroleh masuk ke istana
ini?"
Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada
penjurit yang tahu patik peroleh"

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud rangkai kata hendak cuba bermain ?

[2 markah]

(ii) Mengapakah Laksamana memohon kebenaran daripada Raja Melaka untuk


mengatasi masalah kecurian di Melaka?

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda ialah Raja Melaka, apakah tindakan yang patut anda lakukan
selepas menerima aduan daripada segala orang kaya-kaya dan saudagar?

[3 markah]
Soalan 2 (d) Puisi Moden / Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul


Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas?


[2 markah]

(ii) “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” bertemakan kepentingan menjaga
anggota diri. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjaga anggota
diri?
[3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada gurindam di atas.


[4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) asak – mengasak

(ii) bendung – membendung

(iii) sebut – menyebut


[6 markah]

(b) Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam perbualan ini.

Nizam: Mengapa kamu nampak sedih sejak kebelakangan ini ?

Azril: Akhir-akhir ini, fikiran aku tidak tenteram dan perasaan aku sering
terganggu.

Nizam: Apakah yang sedang kamu fikirkan ? Bertahulah, mungkin aku


dapat membantu kamu.

Azril: Selepas pepriksaan SPM pada awal tahun depan, berakhirlah sesi
persekolahan kita,

Nizam: Oh, itu pula yang engkau risaukan !

Azril: Aku rasa persahabatan kita selama lima tahun akan tinggal
kenangan selepas itu. Hubungan baik yang kita bina selama ini pasti
akan terlerai. Jasa baik guru-guru kita akan tetap aku kenang
sampai bila-bila.

[6 markah]

(c ) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga


kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.

Masalah obesiti yang dihadapi oleh masyarakat kini berpunca daripada


pemakanan yang mengandungi kolestrol dan kurangnya amalan bersenam.
Umum mengetahui bahawa kerajaan telah menjalani pelbagai program kesihatan
untuk peningkatan taraf hidup masyarakat. Walaubagaimanapun, masyarakat kini
lebih gemar mengabaikan kesihatan diri kerana terlalu sibuk mengejar meterial
demi keselesaan hidup.

[6 markah]

(3d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata


atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i. Seorang kakitangan syarikat terkemuka itu telah didakwa di mahkamah di atas


tuduhan menyenyakkan wang syarikat tersebut.

ii. Buku-buku keluaran Syarikat Puncak Makmur paling laris sekali jualannya


kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

iii. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh masyarakat setempat, akhirnya


penjenayah berbahaya itu berjaya disekat dan didakwa di mahkamah.

[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa lain yang sama maksu dengan peribahasa di bawah ini.

i. Seperti abu di atas tunggul


ii. Seperti hujan jatuh ke pasir
iii. Umpama si buta baru celik
Soalan 4 : Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani karya Beb Sabariah
vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

a) Tema amat penting dalam sesebuah novel kerana tema merupakan persoalan
pokok sesebuah karya.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang ingin
diketengahkan oleh pengarang novel tersebut.
(7 markah)

b) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca sesebuah
novel kerana pembaca akan tertanya-tanya tentang peristiwa seterusnya yang
akan berlaku.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan unsur saspens yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

(8 markah)

Soalan Tamat
SKEMA KERTAS 1

Karangan Bahagian A

CADANGAN JAWAPAN

Tugasan : Kebaikan Koperasi Sekolah


Idea : a. Memahami aspek perniagaan
b. menyediakan peralatan persekolahan
c. memupuk nilai-nilai murni

CARA PEMERIKSAAN
 Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan.
 Isi/idea – 3 isi/ idea penting (tidak termasuk pendahuluan dan penutup)
dan mesti berdasarkan tugasan yang diberikan.
 Karangan mesti ditulis dalam jumlah kata yang ditetapkan (antara 200-250 pp)
 Karangan yang tidak memenuhi kepanjangan yang ditetapkan tidak boleh
dimasukkan dalam tahap cemerlang.
 Kesalahan ejaan tidak dipotong markah.
 Karangan yang tiada kata-kata puitis seperti peribahasa, kata-kata hikmat,
cogan kata dan lain-lain - markah maksimum 25 sahaja.

1. Kemajuan dunia kini memerlukan setiap remaja mempelajari pelbagai bidang ilmu
untuk
bersaing dalam dunia global.

Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Kehendak Tugasan :
1. Murid dapat menghuraikan kepentingan ilmu kepada generasi muda.

Cadangan Isi
1. Menjamin masa depan yang cemerlang – mudah mendapat pekerjaan – pandai
merealisasikan impian sendiri.
2. Mampu menyelesaikan masalah – mengaplikasikan ilmu untuk selesaikan masalah
dalam
pekerjaan - masalah keluarga – masalah dalam kehidupan .
3. Melahirkan insan yang bermoral – mempunyai jati diri yang terpuji – mampu
membimbing
orang lain ke arah kebaikan.
4. Memajukan diri dan negara.
5. Menguasai pelbagai bidang ilmu.

2. Semangat kejiranan merupakan satu amalan yang amat penting dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara kita . Oleh itu anda ingin menulis sebuah rencana dalam
majalah sekolah anda bertajuk’ Manfaat Semangat kejiranan’.
Sediakan rencana anda selengkapnya
ANALISIS SOALAN:

1.Karangan berformat : rencana (tajuk dan nama penulis


2.Tema : semangat kejiranan
3.Kehendak soalan :
- bincangkan manfaat semangat kejiranan

ISI-ISI PENTING :
a..dapat membantu ketika kecemasan
b.dapat menjamin keselamatan
c.dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum
d.dapat mencegah gejala negatif
e.dapat memupuk amalan kerjasama

3. Ketidakprihatinan masyarakat terhadap penyakit berjangkit seperti demam denggi


dan pandemik COVID-19 telah menyebabkan berlakunya penularan yang
membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen anda.

TUGASAN : Calon dapat menulis komen tentang ketidakprihatinan masyarakat


terhadap penyakit berjangkit seperti demam denggi dan pandemik COVID-19
menyebabkan berlakunya penularan yang membawa pelbagai kesusahan kepada
banyak pihak.

Format : Tiada

Cadangan isi :
1. Ramai anggota masayarakat bersikap acuh tak acuh mengenai penjagaan
kesihatan.
2. Penularan penyakit berjangkit seperti demam denggin dan pandemic COVID-19
masih banyak.
3. Masyarakat mesti mengubah sikap mengamalkan kebersihan diri secara
berterusan.
4. Masyarakat mesti bekerjasama memastikan kawasan persekitaran sentiasa
bersih dan selesa.
5. Masyarakat mengurangkan aktiviti luar kecuali mempunyai urusan penting.
6. Semua pihak wajib bekerjasama untuk membentung penularan penyakit dengan
segera demi kesejahteraan hidup Bersama

Unsur Bahasa Menarik :


1. Mencegah lebih barik daripada mengubati
2. Sudah terhantuk baru tengadah
3. Biar titik jangan tumpah
4. Ibarat aur dengan tebing
5. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

4. Kehadiran pelabur asing ke sesebuah negara banyak mendatangkan


kebaikan berbanding dengan keburukan.

Bincangkan.

Isu : Pelabur asing.


Fokus : Kebaikan pelabur asing dalam sesebuah negara.
Format : Karangan perbincangan.
Kebaikan pelabur asing dalam sesebuah negara.
 Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
 Meningkatkan dan menukarkan kepakaran teknologi.
 Menambahkan pendapatan kepada ekonomi negara.
 Memberi peluang untuk menambahkan kemahiran kepada pekerja.
 Membantu dalam pembangunan infrastruktur dalam negara.
Pendahuluan :

 Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia Negara perindustrian.


 Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing
untuk mengatasi masalah kekurangan modal
 Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.
 Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.
 Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan
pelaburan asing.

Kepentingan Pelaburan asing

Kemasukan pelaburan asing ke Negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam


Negara

 Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.


 Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah
penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
 Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam
sektor industri berat.
 Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan
kepakaran.
 Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan
pasaran.
 Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan
dan pasaran.

Memindahkan teknologi moden dan terkini.

 Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta


kepakaran dari luar Negara.
 Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.
 Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja
tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
 Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri
tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.

Menambahkan kemahiran kepada pekerja tempatan.

 Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam


Negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.
 Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.
 Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.
 Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat
Malaysia.
Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam Negara
kita.

 Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan


menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.
 Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih,
lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan /
perkhidmatan yang lebih baik.
 Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha
sama.
 Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah
dieksploitasi.

Perindustrian Negara berasaskan eksport

 Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan


 Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan
dalam Negara.
 Menambah pendapatan Negara melalui eksport
 Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil da
pasaran global

5. Ada pendapat mengatakan bahawa membaca novel banyak membawa


kebaikan.

Jelaskan kebaikan-kebaikan hasil daripada membaca novel.

Isu : Membaca novel.


Fokus : Kebaikan membaca novel

Kebaikan membaca novel.


 Membina nilai-nilai murni dan sahsiah terpuji.
 Melahirkan modal insan minda kelas pertama.
 Berperanan untuk membentuk emosi seseorang.
 Dapat meneladani dan menambah ilmu pengetahuan.
 Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam diri seseorang.
 Dapat menggilap potensi murid.
Kepentingan Membaca Novel.

Pendahuluan.
 Jika asal benih yang baik tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke darat
menjadi permata, terawangan di angkasa menjadi kejora. Ungkapan keramat
tersebut dapat direalisasikan apabila murid dapat menghayati, memahami dan
mendalami teks KOMSAS. Salah satu daripada teks KOMSAS tersebut ialah novel.
Apakah kepentingan membaca novel?

Isi-isi :
 Kepentingan signifikan termasuklah melahirkan modal insan berminda kelas
pertama. Jalan cerita dalam novel menjadi pemangkin pembinaan sahsiah dan
memperkembang potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Secara
relatifnya, unsur-unsur sastera memainkan peranan yang tinggi dalam membentuk
budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab dan berkeupayaan bagi
mencapai kesejahteraan dan citra diri. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Dengan itu, para pelajar harus menjadi modal insan yang berguna agar
slogan tersebut dapat direalisasikan.

 Murid-murid berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah


yang mulia. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana murid-murid lebih
memahami maksud karya yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan.
Individu yang membaca teks-teks komsas akan berasa seronok dengan karya
tersebut. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap kesusasteraan melayu
menjadi punya utama baginya untuk membaca karya kesusateraan Melayu lain
seterusnya. Sebagai qudwah, pelajar dapat menghayati dan menyelami perasaan
insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang
dibacanya itu, lebih-lebih lagi apabila bentuk, isu dan mesejnya yang berkaitan
dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Persis kata mutiara,
bagaimana kuih begitulah acuannya. Sesungguhnya, unsur KOMSAS dapat
membina nilai-nilai murni terhadap diri pelajar.

 Membaca novel juga mempunyai peranan penting dalam pembentukan emosi. Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini demikian, novel merupakan
wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan
murid-murid sedar akan perasan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan
orang lain. Novel memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara,
menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.
Jelaslah bahawa novel berupaya untuk membentuk diri agar menghormati orang
lain, membina sahsiah yang elok dan bersikap toleransi malah mewujudkan jati diri
murid serta berlimu pengetahuan.

 Pembacaan teks-teks sastera terutamanya novel dalam mata pelajaran Bahasa


Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini
dapat menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan
dan nilai kemanusiaan dan estetik. Bahan-bahan yang bertemakan moral dapat
membantu murid menghayati nilai-nilai murni.

 Berdasarkan kajian yang dibuat, membaca novel dapat membentuk konsep-konsep


kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan muid-murid.
Benarlah kata peribahasa, membaca jambatan ilmu. Dengan membaca novel,
murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Memang tidak  dapat
dinfikan lagi, kesusasteraan Bahasa Melayu bersesuaian dengan Dasar Pendidikan
Negara untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

 Kepentingan terakhir yang ditelusuri termasuklah mampu menggilap potensi diri


murid. Seseorang murid yang menghayati watak dan perwatakan dalam sesebuah
karya yang dibacanya dapat berkembang emosinya. Pembaca yang menjiwai
sesuatu karya akan turut beremosi dan bersimpati terhadap watak. Sebagai tamsil,
unsur sastera diterapkan melalui teknik-teknik yang digunakan oleh guru seperti
teknik penggunaan deria, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan waima secara
spontan atau berskrip, pentomin, boneka dan kuiz. Bertepatanlah dengan kata
mutiara, ada kemeyan sebesar lutut tidak dibakar tidak akan berbau. Oleh itu, guru
perlu menerapkan unsur sastera dalam diri pelajar supaya bakat yang terpendam
dapat dicungkil dan dikomersialkan.

 Secara holistiknya, pembacan novel dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur sastera mampu melahirkan murid yang
memiliki keterampilan dalam bahasa dan menghargai serta menghayati Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Sememangnya, pembacaan novel perlu
dijadikan sebagai wahana ilmu, fikiran dan perasaan bagi pelbagai bangsa di
Malaysia. Hal ini bertepatan dengan Dasar Pendidikan kebangsaan yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1996. Sesungguhnya, pendidikan sastera merupakan modal
insan yang cemerlang. Ingatlah, hanya jauhari yang mengenal manikam!

SKEMA KERTAS 2

RANGKA JAWAPAN:

Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya kes-kes


keracunan makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia [2m]

Rumusan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya kes-kes


keracunan makanan dan impaknya kepada masyarakat. [2m]

Salah satu faktor berlaku kes keracunan makanan termasuklah sikap pengendali
makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan. [2m]. Mereka menjalankan kerja-
kerja pengendalian makanan dengan tangan serta kuku yang kotor dan panjang.[2m]
Selanjutnya, keadaan rambutnya tidak terurus serta memakai pakaian yang tidak sesuai.
[2m] Pemilik premis juga membiarkan premis makanan berkeadaan kotor. [2m] Mereka
tidak membuang sampah-sarap dengan sempurna serta tidak menutup makanan. [2m].
Perbuatan menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan atau
mengendalikan makanan juga akan menyebabkan keracunan makanan.[2m].

Antara impaknya kepada masyakarat termasuklah masyarakat akan terdedah


kepada penyakit.[2m] Seterusnya, mereka akan hilang kepercayaan kepada peniaga
makanan.[2m]

Kesimpulannya, para pengusaha makanan haruslah mengutamakan kebersihan


dalam penyediaan makanan agar kes keracunan makanan dapat dibendung. [2M]

2(a)

(i) Maksudnya rangkai kata gejala ialah ialah tanda. [2m]

(ii) Langkah-langkah yang harus diambil oleh seseorang jika mengalami


keracunan makanan termasuklah suhu badan hendaklah diperiksa
untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami demam atau
tidak. Selain itu pesakit juga hendaklah berehat dengan secukupnya
dan elakkan mengambil sebarang makanan. Seterusnya keracunan
makanan yang teruk akan mengakibatkan gejala yang teruk serta
berpanjangan dan dalam keadaan ini pesakit perlu dimasukkan ke
hospital bagi mendapat rawatan yang sempurna. [3m]
(iii) Jikalau saya sebagai pengusaha premis makanan, antara langkah yang harus
saya ambil untuk menjaga kebersihan premis ialah saya akan menjaga
kebersihan kawasan premis perniagaan daripada sebarang sampah sarap
yang mengundang binatang seperti lalat dan tikus sebagai agen penyebaran
penyakit. Selain itu saya akan mengutamakan kebersihan dalam penyediaan
makanan kepada para pelanggan. Seterusnya makanan yang akan saya
sediakan kepada pelanggan mestilah daripada bahan mentah yang bersih dan
segar seperti sayur-sayuran, ikan dan daging. Akhirnya para pekerja saya
haruslah mempunyai sijil kursus penyediaan yang diakui oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. [4m]

Jawapan
2(b) – Cerpen Munsyi
(i) Harapan bonda kepada Mel adalah menghidupkan roh patriotisme dan jati diri
dalam diri. Selain itu, bonda juga mahu Mel menjadi pejuang yang berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa.

(ii) Pada pendapat anda, langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan pelajar
minat akan mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah guru menggunakan teknik
pengajaran yang lebih menyeronokkan. Selain itu, guru-guru perlu memberi
dorongan kepada murid agar mereka minat akan mata pelajaran Sejarah. Di
samping itu, buku teks Sejarah juga hendaklah lebih menarik dengan adanya
kartun mahupun cetakan yang berwarna.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah Kita hendaklah berjiwa patriotik
dan jati diri. Sebagai contoh bonda mahu Mel memiliki sifat patriotik dan jati diri.
Selain itu, kita haruslah belajar daripada sejarah silam . Bangsa yang mengkaji
sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua.

Manakala, satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat
dalam petikan ialah Kita perlulah hidup berdikari. Mel mahu meninggalkan
kampung halaman dan berhijrah ke kota besar untuk berdikari. Selain itu, kita
sewajarnya bersikap jujur terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Contohnya, Mel menunaikan permintaan ibunya yang menyuruhnya menyerahkan
buku-buku lama kepada sahabat lama ibunya, Munsyi.

2c
( i ) Maksud rangkai kata hendak cuba bermain ialah mahu cuba bertarung .
( ii ) Laksamana memohon kebenaran daripada Raja Melaka untuk mengatasi masalah
kecurian di Melaka kerana Laksamana mendapati penjurit itu bukan penjurit yang
sembarangan. Selain itu, Laksamana yakin akan kebolehan dirinya untuk menangkap
penjurit tersebut. Laksamana turut mahu menyelesaikan masalah kecurian yang telah
menghantui rakyat Melaka.
( iii ) Sekiranya saya ialah Raja Melaka, tindakan yang patut saya lakukan selepas
menerima aduan daripada segala orang kaya-kaya dan saudagar ialah saya akan
segera memperkuat sistem pertahanan negara agar masalah kecurian yang berlaku
dapat diatasi dengan segera. Saya juga akan mengatur strategi dengan Laksamana dan
beberapa orang hulubalang yang lain agar pencuri tersebut dapat ditangkap.Selain itu,
saya juga akan menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang dapat membekalkan
maklumat tentang identiti pencuri tersebut atau berjaya menangkap penjurit tersebut.

2 (d) Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)


(i) Rangkap kedua gurindam di atas bermaksud telinga hendaklah dijaga supaya
terhindar daripada mendengar hasutan atau perbuatan yang keji.

Rangkap kedua gurindam di atas bermaksud penyair menasihati kita supaya


menjaga pendengaran daripada mendengar berita palsu atau khabar angin
yang tidak berasas.
[2markah]

(ii) Pada pandangan saya, antara sebab kita perlu menjaga anggota diri ialah
untuk memelihara maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu,
untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji atau perkara
yang negatif. Seterusnya, kita perlu menjaga anggota diri agar dihormati atau
disanjungi oleh rakan atau masyarakat. Akhir sekali, kita menjaga anggota diri
kerana perbuatan itu sebagai sebahagian tuntutan agama.

[3 markah]
Isi Cukup 2

(iii) Dua pengajaran yang diperoleh daripada gurindam tersebut ialah kita perlu
berhemah tinggi. Contohnya, penyair mengingatkan kita agar menjaga
pertuturan daripada berakap tentang perkara yang negatif. Selain itu, kita
hendaklah tekun ketika melakukan sesuatu. Contohnya, penyair menyeru
supaya kita bersikap tekun dengan semangat tinggi dalam menghadapi
cabaran tanpa mudah berputus asa. Akhir sekali, pengajaran yang kita
peroleh ialah kita haruslah bersederhana dalam menjalani kehidupan.
Contohnya, penyair menasihati kita agar bersederhana dalam setiap
perjalanan kehidupan supaya tidak mendatangkan kerugian terhadap diri
sendiri.

[4 markah]
Isi Cukup

(b) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(iv) asak – mengasak

(v) bendung – membendung

(vi) sebut – menyebut


[6 markah]

SKEMA

3(a) Bina ayat;

(i) asak
- padat, sesak
mengasak
- mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal
- mendesak, menolak (dan menghimpit)
- menganjak, memindahkan
- menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak.

(ii) bendung
- bendungan permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke
arah lain), empang

membendung
- menghalang arus air, mengempang;
- menghalangi, menahan, merintangi

(iii) sebut
- menyebut

menyebut
- menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang tertentu)
- memanggil, menyeru (nama dll)
- melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkataan, kalimah, dll)
- memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu

Jawapan 3b
1. Nizam bertanya kepada Azril sebab/punca/faktor dia kelihatan/ Nampak sedih
belakangan itu.
2. Azril berkata akhir-akhir itu, fikirannya tidak tenteram/ tidak tenang dan
perasaannya sering/ sentiasa terganggu,
3. Nizam ingin tahu tentang perkara yang difikirkan oleh Azril dan merayu/ meminta
Azrin memberitahu masalahnya kerana mungkin dia dapat membantu.
4. Azril menjelaskan bahawa selepas peperiksaan SPM pada awal tahun depan,
sesi persekolahan mereka akan berakhir.
5. Nizam memahami masalah yang difikirkan oleh Azril.
6. Azril berasa persahabatan mereka selama lima tahun sebelum itu akan tinggal
sebagai kenangan dan hubungan baik yang telah dibina oleh mereka mereka
selama itu pasti akan terlerai. Tambahan pula, jasa baik guru-guru meraka akan
tetap dikenang oleh Azril samapai bila-bila.

Pemarkahan
Markah isi – 4 markah
Markah bahasa – 2 markah

Markah isi
1. Semua isi yang terdapat dalam soalan ditulis dalam jawapan – 4 markah
2. Hanya 4 atau 5 isi diambil – 3 markah
3. Hanya 2 atau 3 isi diambil – 2 markah
4. Hanya 1 isi yang diambil – 1 markah

Markah bahasa
1. Ayat-ayat gramatis dan hanya terdapat kesalahan minimum – 2 markah
2. Kesalahan bahasa sangat jelag dan kenyakan ayat tidak gramatis -1 markah
Jawapan 3c

SALAH BETUL
KESALAHAN EJAAN
i) kolestrol kolesterol
ii) Walaubagaimanapun Walau bagaimanapun
iii) meterial material

SALAH BETUL
KESALAHAN IMBUHAN
i) bersenam senaman
ii) menjalani menjalankan
iii) peningkatan meningkatkan

Jawapan 3d

i. Seorang kakitangan syarikat terkemuka itu telah didakwa di mahkamah di


atas tuduhan menyenyakkan wang syarikat tersebut.

di atas - atas
menyenyakkan - melesapkan

ii. Buku-buku keluaran Syarikat Puncak Makmur paling laris sekali


jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu
mengutamakan kuantiti.

paling laris sekali - paling laris / laris sekali


kuantiti - kualiti

Iii. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh masyarakat setempat,


akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya disekat dan didakwa di
mahkamah.

kepada - daripada
disekat - diberkas / ditahan

Jawapan 3e
i)Seperti telur di hujung tanduk
ii)ibarat mencurah air ke daun keladi
iii)umpama si buta mendapat tongkat

SKEMA ZON 1
Novel Jendela Menghadap Jalan
Tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan
tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya. Lili cekal menghadapi dugaan semasa
dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di
dalam hutan di Kampung Sentosa Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung
yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana
kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk
membina masjid baharu.Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu
dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan
akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu..
Novel Songket Berbenang Emas
Tema ketabahan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan
dalam kehidupannya.
Dahlia tabah menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib
malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh
semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental. Dahlia tabah menghadapi
dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian
dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat
menghadapi penyakit kemurungan. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton
yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta
kenalanramai lelakinya. Ketabahan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia
dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga
dengan tenang. Akhinya dengan berkat ketabahannya, Dahlia berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Jepun selama 4 tahun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat
Ijazah pertama.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Unsur Saspens
1. Peristiwa kehilangan kubah surau.Pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah
surau tersebut dan beranggapan Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau
tersebut.Rupa-rupanya Seman yang mencuri kubah tersebut.

2. Peristiwa Danel menyelamatkan Lili.Pembaca ingin tahu apakah yang akan terjadi
kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya
berjayakah Danel menyelamatkan lili.Rupa-rupanya Danel berjaya
menyelamatkan dengan Dahlia.

3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya.Pembaca tertanya-


tanya apakah tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung
datuknya seorang diri.Rupa-rupa ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan
neneknya serta belajar hidup berdikari.

4. Peristiwa datuk hilang pada suatu waktu malam.Pembaca tertanya-tanya ke


manakah datuk menghilangkan diri pada malam tersebut..Rupa-rupanya datuk
masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.

5. Peristiwa datuk berceita tentang jendela mengahadap jalan tetapi tidak


menjelaskan rahsia tersebut.Pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina
menghadap jalan.Rupa-rupanya Jendela Menghadap Jalan merupakan satu
strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera
Jepun.

6. Peristiwa Che Jah tidak mesra semasa kunjungan lili kali kedua ke
rumahnya.Pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan lili.Rupa-
rupanya che Jah bimbang Lili akan membuat laoran polis atas salah laku anak-
anaknya.
Novel Songket Berbenang Emas
Unsur suspens
1. Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.Pembaca tertanya-
tanya apakah akan terjadi kepada Dahlia .Rupa-rupanya Dahlia selamat dan
berjaya menjumpai Said di dasar sungai

2. Peristiwa Embong membawa ular sawa balik ke rumah.Pembaca tertanya-tanya


apakah tujuan Embong membawa balik ular sawa yang telah dibunuh itu ke
rumahnya.Rupa-rupanya Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan
bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.

3. Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia.Pembaca tertanya-tanya


apakah akan terjadi antara Najib dan Azhari.Rupa-rupa Azhari cemburu kepada
Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.

4. Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur


busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah
rumah.Pembaca tertanya-tanya siapakah yang meletakkan bungkusan tersebut
dan apakah tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong

5. Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke
rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya.Pembaca
tertanya-tanya apakah akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot
penyelamat tidak sampai ke rumah Embong.Rupa-rupanya bot penyelamat
sampai sebelum paras air meningkat ke paras berbahaya.

6. Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan
mereka.Pembaca tertanya-tanya apakah punca kelewatan tersebut.Rupa-rupanya
kereta rombongan peminangan rosak.

7. Peristiwa cemas semasa paras air naik dan Kiambang tiba-tiba hilang daripada
pandang Embong kerana terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh.Pembaca
tertanya-tanya sama ada Kiambang Selamat atau tidak.Rupa-rupanya Bakar
berjaya menyelamatkan adiknya apabila memegang dan menarik kayu beluti
serta menarik naik Kiambang.
Tema Peristiwa
Novel : Leftenan Adnan
Wira Bangsa
Jumlah askar Jepun yang menyerang Bukit Candu
- Keberanian dan kegigihan lebih ramai daripada askar Melayu yang diketuai oleh
seorang pemuda Leftenan Adnan. Askar Jepun telah menawarkan askar
mempertahankan negara Melayu supaya menyerah diri tetapi Leftenan Adnan
daripada serangan musuh. tidak mahu. Walaupun telah kehabisan peluru,
Leftenan Adnan dan askar Melayu telah menentang
askar Jepun dengan bayonet hingga ke titisan darah
yang terakhir.

Novel : Tirani
Peristiwa 1
- Kecantikan fizikal bersifat
Zahid telah mengahwini Waheeda kerana
sementara tetapi ilmu yang
kecantikannya tanpa mengenali wajah asal Waheeda
dimiliki oleh seseorang
sebelum peristiwa serangan monyet Belanda.
dapat melindungi
Kelahiran Izzati telah menyebabkan penceraian
kelemahan diri.
berlaku kerana wajah Izzati tidak secantik Waheeda.
Kekecewaan Waheeda dalam perkahwinan telah
ditutup dengan kejayaannya dalam bidang perniagaan
apabila dia berani membuat pinjaman untuk meluaskan
perniagaan keluarganya dengan membeli Chalet Iwana
Iwani.

Peristiwa 2
Waheeda sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya
kerana hidung pesek sehingga dia menyampaikan
keinginannya untuk melakukan pembedahan pada
wajahnya. Hasratnya telah dihalang oleh ibu bapanya
dan ustazah Ruqaiyah dengan alasan perbuatan itu
salah disisi agama. Waheeda telah membuat
keputusan untuk mengutamakan pelajarannya hingga
dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
SPM lalu menyambung pelajaran ke Universiti
Teknologi Malaysia.

Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa

P1 – Adnan dalam diam-diam telah mengikuti latihan Alasan saya mengatakan


ketenteraan untuk menjadi tentera demi terdapat unsur saspen dalam
memenuhi peristiwa ini apabila Adnan
cita-citanya sejak kecil lagi. Dia pergi menjalani ternanti-nanti jawapan daripada
ujian ketenteraan di Port Dickson tanpa Mak Milah dan Pak Saidi apabila
pengetahuan ibu dan ayahnya. Setelah dia dia memberitahu mahu menjadi
berjaya dipilih untuk mengikuti latihan ketenteraan, askar. (1M)
Adnan terpaksa memberitahu keluarganya. Pak
Saidi dan Mak Milah. Adnan tahu bahawa ibunya
pasti tidak bersetuju dengan keinginannya untuk
menjadi tentera tetapi dia tidak mahu menjadi
tentera tanpa keizinan ibu dan ayahnya. (2M)
Alasan saya mengatakan
P2 - Pada suatu malam, rumah Pak Saidi telah terdapat unsur saspens dalam
didatangi pencuri. Adnan yang sedar akan peristiwa ini apabila walaupun
kehadiran pencuri itu telah bertindak mengejar telah dihalang oleh Pak Saidi,
pencuri itu apabila sedar kehadirannya disedari Adnan tetap masih mahu
oleh mengejar pencuri itu. (1M)
Pak Saidi dan Adnan. Adnan yang gagal
menangkap pencuri itu telah bertindak membaling
kayu dan balingan itu terkena pada kaki pencuri itu.
Pak Saidi mendapati bahawa pencuri itu telah
memotong tayar basikalnya. (2M)

Novel : Tirani

P1 – Waheeda yang berjalan-jalan di Chalet Tajau Alasan saya mengatakan


Emas tiba-tiba telah diserang oleh monyet peristiwa itu mempunyai unsur
Belanda yang terkejut dengan kehadiran Waheeda saspens kerana ahli keluarganya
lalu menyerangnya. Akibat serangan itu, Waheeda terkejut melihat kecederaan teruk
telah mengalami kecederaan pada bahagian muka. pada wajah Waheeda dan
Ayah dan abangnya telah menyelamatkan tertanya-tanya bagaimanakah
Waheeda daripada serangan monyet Belanda. wajah Waheeda nanti. (1M)
Mereka terkejut melihat kecederaan pada wajah
Waheeda dan terus membawanya ke hospital
untuk mendapatkan rawatan. (2M)

P2 - Waheeda telah melahirkan seorang anak Alasan saya mengatakan


perempuan tanpa kehadiran Zahid kerana Zahid peristiwa itu mempunyai unsur
tidak mengakui bahawa anak itu anaknya akibat saspens ketika Zahid melihat
cemburu. Waheeda telah bertindak melakukan wajah Izzati yang tidak secantik
ujian DNA untuk membuktikan bahawa Izzati ialah Waheeda dan tindakan Zahid
anak Zahid. Zahid pergi melawat Waheeda dan menceraikan Waheeda tanpa
apabila melihat wajah Izzaty, dia pasti bahawa mahu melihat keputusan DNA.
tuduhannya terhadap Waheeda benar. Waheeda (1M)
cuba menjelaskan keadaan sebenar dan ingin
menunjukkan keputusan DNA itu tetapi tidak
diendahkan oleh Zahid. (2M)

SKEMA ZON 3
Novel: Di Sebalik Dinara
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Pokok
persoalan atau tema yang dipaparkan dalam novel tersebut ialah ketaasuban manusia
terhadap dunia sains dan teknologi sehingga mengabaikan sifat kemanusiaan.
Tema ini jelas dapat dilihat melalui perwatakan Dr. Karl yang sanggup
menjalankan pelbagai uji kaji terhadap manusia termasuklah terhadap keluarganya
sendiri. Dia sanggup memasukkan pelbagai cip mikro ke dalam badan anak
perempuannya iaitu Farisha tanpa menggunakan sebarang ubat bius sedangkan pada
ketika itu Farisha masih kecil lagi. Tindakannya ini hanya untuk membuktikan kepada
dirinya dan kepada orang lain bahawa dia merupakan seorang saintis yang hebat
sedangkan perbuatannya tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan hidup
Farisha. Di samping itu, dia juga sanggup memindahkan minda banduan kepada Medina
hanya kerana dia risau bahawa Medina akan menyainginya dalam bidang sains dan
teknologi pada suatu hari nanti. Sifat obses Dr. Karl terhadap bidang sains dan
teknologi jelas membuktikan tema untuk novel ini.
Selain itu, tema ini juga turut dapat dipaparkan melalui watak Medina atau
Marilyn. Sifatnya yang ingin bersaing dengan Dr. Karl dan membuktikan bahawa dirinya
ialah saintis yang terhebat juga turut menyebabkannya menjadi seorang yang taasub
terhadap sains dan teknologi. Dia sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan dan
menyaingi Dr. Karl. Lantaran sikap tersebut, dialah yang paling disyaki sebagai pihak
yang meletakkan virus dalam sistem Dinara. Tindakannya ini dikhuatiri akan
melumpuhkan sistem Dinara yang telah dibina oleh Dr. Karl dengan bersusah payahnya.
Selain itu, tujuan Medina untuk mendapatkan dan berjumpa dengan Farisha hanyalah
untuk membuktikan kepada Dr. Karl bahawa dia merupakan seorang saintis yang lebih
hebat daripada Dr. Karl. Sungguh sedih untuk melihat Medina kehilangan sifat
keibuaannya kerana kerana perasaan taasub terhadap sains dan teknologi dan
perasaan ingin bersaing telah mengambil tempat di dalam hatinya.
Oleh itu, amatlah jelas bahawa tema ketaasuban manusia terhadap dunia sains
dan teknologi sehingga mengabaikan sifat kemanusiaan menjadi tulang belakang
kepada novel ini.

Soalan 4a
Novel: Silir Daksina
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Pokok persoalan
atau tema yang dipaparkan dalam novel tersebut ialah kekeluargaan.
Tema ini jelas dapat dilihat melalui jalan cerita novel ini. Masalah rumah tangga
yang berlaku antara Umi (Rafiqah) dengan Abdullah bin Kayan yang berakhir dengan
perceraian telah menyebabkan Abdullah bin Kayan terpisah daripada anaknya Haiqal.
Walaupun perceraian ini berlaku tanpa kerelaan Abdullah bin Kayan, dia terpaksa akur
dengan keputusan Rafiqah memandangkan mereka tidak sehaluan dalam matlamat
hidup mereka.
Perceraian ini telah menyebabkan Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayah
kandungnya iaitu Abdullah bin Kayan selama beberapa tahun kerana arwah balik ke
kampung halamannya di negeri Johor manakala Haiqal pula mengikut Uminya ke
Terengganu. Walaupun Haiqal pernah bertanya kepada Umi tentang ayahnya, Umi
sentiasa enggan menceritakan perkara tersebut dengan jelas bahkan hanya
memberitahu Haiqal bahawa Haiqal akan memahami dan mengetahui segala peristiwa
yang berlaku apabila meningkat dewasa nanti. Kata-kata Umi inilah yang merupakan
antara pencetus dan menyebabkan Haiqal bertekad untuk menjejaki arwah ayahnya
semasa dia menunggu keputusan STPM. Kata-kata Umi inilah juga yang menyebabkan
Haiqal akhirnya bertelingkah dengan Umi ketika berumur 19 tahun iaitu satu tahap umur
yang sudah boleh dianggap sebagai matang dan dewasa. Pada umur inilah, dia
berhasrat ke kampung halaman arwah ayahnya di Johor demi memahami dan
mengenali ayahnya dengan lebih mendalam selepas membaca manuskrip arwah.
Pertelingkahan antara seorang anak dengan seorang ibu tidak dapat dielakkan lagi dan
berakhir dengan kemarahan dalam hati Umi dan kesedihan dalam jiwa Haiqal yang rindu
akan arwah ayahnya. Peristiwa pertelingkahan dan perpisahan sentiasa berkisar dalam
keluarga ini.
Oleh itu, amatlah jelas bahawa tema kekeluargaan menjadi tunjang kepada jalan
cerita dalam novel ini.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan di makmal Soft Lab. Farisha yang sihat tiba-tiba
pengsan di Soft Lab menimbulkan prasangka buruk pada fikiran Dr. Maxi yang
kemungkinan Farisha mengandung. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila pembaca
mengetahui punca Farisha pengsan adalah kerana dia telah diserang oleh virus yang
digodam oleh musuh mereka dan bukannya disebabkan oleh mengandung atau sakit.

SILIR DAKSINA
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu
Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada
siapa yang mengetahui identiti Aiman. Akhirnya, perasaan ingin tahu terjawab apabila
identiti Aiman didedahkan oleh penulis. Aiman dan Haiqal ialah orang yang sama iaitu
anak yang sangat dirindui oleh Abdullah bin Kayan atau Cikgu Zam.
SKEMA JAWAPAN ZON 4
4(a) Huraikan tema yang ingin diketengahkan oleh pengarang novel tersebut.

Novel Pantai Kasih


Tema- Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
i. Ketabahan seorang wanita menghadapi masalah rumah tangga.
- Doktor Raiha tetap tabah menghadapi masalah rumah tangganya
bersama Doktor Sadiz walaupun Doktor Sadiz membiarkan status
perkahwinan mereka seperti gantung tak bertali.
ii. Ketabahan seorang wanita mengejar cita-citanya walaupun ditegah oleh
bapanya.
- Doktor Raiha tetap dengan pendirian untuk menjadi pakar bedah
seperti bapanya walaupun bapanya tidak bersetuju dengan pilihannya
kerana dikatakan tidak sesuai kepada seorang wanita.
iii. Ketabahan seorang wanita menerima ketentuan Ilahi.
- Doktor Raiha tetap reda dengan peristiwa kematian Rohayu walaupun
dia akhirnya tahu bahawa Felicia Landosi bersubahat dengan bekas
suaminya sehingga terjadinya peristiwa kematian yang cukup tragis itu.
iv. Ketabahan seorang wanita menerima tugasan melakukan pembedahan ke
atas pesakit.
- Doktor Raiha tetap menerima tugasan untuk membedah Unong Siron
untuk kali keenam walaupun hatinya agak pelik kerana Unong Siron
masih belum sembuh setelah banyak kali dibedah di tempat yang
sama.

Novel Bimasakti Menari


Tema- Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
i. Kegigihan seorang pegawai sains mengotakan janjinya kepada pelancong
cilik
- Nurul Hafsa berjanji bersungguh-sungguh di hadapan Pn Maryam
Wickham dan pelancong cilik dari Jepun bahawa bintang bakal dapat
dilihat di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
ii. Kegigihan anak muda menyelamatkan populasi kelip-kelip.
- Muhammad Taufik gigih berusaha untuk menyelamatkan populasi kelip-
kelip dengan memagar kawasan sungai agar habitat kelip-kelip tidak
diganggu oleh manusia.
iii. Kegigihan anak muda mengurangkan impak pencemaran cahaya.
- Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berkolaboratif menjayakan program
pengurangan impak buruk terhadap alam sekitar dengan
memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Projek ini
dibentangkan di hadapan Pegawai Daerah dan Menteri Besar sehingga
mendapat kelulusan.
iv. Kegigihan seorang bapa membesarkan anak.
- Tan Sri Muhaimin gigih membesarkan anaknya sendirian walaupun
dirinya terlalu sibuk dengan pekerjaannya selepas perkahwinannya
bersama Maryam Wickham menemui kegagalan.

[Jawapan lain yang sesuai diterima]


2 isi = 4 markah
Bahasa = 3 markah
Maksimum = 7 markah

4(b) Satu peristiwa yang menggambarkan unsur saspens yang terdapat dalam
kedua-dua novel tersebut.

Unsur saspens bermaksud pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu


Novel Pantai Kasih
i. Peristiwa ayah Doktor Raiha menentang perkahwinannya dengan Doktor
Sadiz. (1 markah)
- Pembaca tertanya-tanya sebab ayah Doktor Raiha tidak menyukai
Doktor Sadiz. Mungkin kerana usia Doktor Sadiz dan ayah Doktor
Raiha sebaya atau ayah Doktor Raiha sudah mengetahui latar
belakang Doktor Sadiz yang tidak baik. (2 markah)
ii. Peristiwa tragedi kematian anak Doktor Raiha. (1 markah)
- Pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu individu yang menjadi punca
kematian Rohayu dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz.
(2 markah)

Novel Bimasakti Menari


i. Peristiwa Muhammad Taufik meminta Nurul Hafsa berjanji dengan dirinya
akan meneruskan kerja-kerja pencerapan populasi kelip-kelip. (1 markah)
- Pembaca tertanya-tanya mungkin akan ada peristiwa yang terjadi pada
masa hadapan memandangkan Muhammad Taufik bersungguh-
sungguh mendapatkan persetujuan Nurul Hafsa agar meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepadanya.
(2 markah)
ii. Peristiwa Nurul Hafsa yang tidak berjaya menyusuri sungai untuk melihat
kelip-kelip kerana kawasan sungai berpagar. (1 markah)
- Pembaca tertanya-tanya sebab sungai dipagar dan peristiwa ini telah
menimbulkan kemarahan Nurul Hafsa kerana menganggap perbuatan
tersebut ialah tindakan yang tidak wajar. (2 markah)

[Jawapan lain yang sesuai diterima]


1 isi setiap novel = 6 markah
Bahasa = 2 markah
Maksimum = 8 markah
Disediakan oleh
Mohd Baharuddin bin Mohamad Zin
SMK Kuala Lanar, 27200 Kuala Lipis, Pahang
bahazinothman@gmail.com
013-9779876

You might also like