You are on page 1of 8

1

SULIT 1103/2
1
1103/2
1
Bahasa
0
Melayu
3
Kertas 2
2
Disember
2020
1 jam 30 minit
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PEPERIKSAAN SEMESTER II 2020

TINGKATAN 4

BAHASA MELAYU

Kertas 2

1 Jam 30 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan


Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.


Sekiranya kertas jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada
pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak


[Lihat halaman sebelah
1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT
SULIT 2 1103/2
Bahagian A : Sistem dan Aplikasi Bahasa
[31 markah]

Soalan 1 – Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan pilih empat kata dasar daripada kata
terbitan yang bergaris. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap kata dasar yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Taman Negara Mulu terletak di Negeri Sarawak. Gunung Mulu merupakan


gunung batu pasir setinggi kira-kira 2377 meter dan mempunyai sejarah yang berusia
lebih daripada 1.5 juta tahun lamanya. Gunung Mulu juga telah diisytiharkan sebagai
salah satu tapak warisan dunia pada tahun 2000 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Bagi individu yang
ingin melarikan diri daripada kesibukan kota, sememangnya Taman Negara Mulu amat
sesuai untuk percutian keluarga.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Taman Negara Mulu’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia 2019
[8 markah]

Perkataan Ayat

1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT


SULIT 3 1103/2
Soalan 2 – Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : _________________________________________
Predikat : _________________________________________

Negara sejahtera terbentuk daripada masyarakat yang mengamalkan penjagaan


kebersihan. Kebersihan yang membabitkan diri dan masyarakat setempat membawa
kepada kesejahteraan negara. Pemupukan masyarakat yang bersih bermula daripada
kebersihan diri sendiri. Amalan membasuh tangan memberikan impak yang besar
kepada masyarakat. Amalan ini dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Kanak-
kanak hendaklah diajar cara membasuh tangan dengan betul bagi mengelakkan
jangkitan penyakit berbahaya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Masyarakat Bersih, Negara Sejahtera’
oleh Zulfiqar Mohd Yusof
Dewan Siswa, Bil. 06/2018
[6 markah]

1
Subjek :

Predikat :

2
Subjek :

Predikat :

3
Subjek :

Predikat :

[Lihat halaman sebelah


1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT
SULIT 4 1103/2
Soalan 3 – Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Sukan elektronik atau e-sukan semakin mengembang di negara ini. Beberapa
dekad yang lalu, ramai pihak beranggapan bahawa permainan video hanya sekadar hobi.
Namun perkembangan dunia masa ini telah mengubah persepsi masyarakat dan e-sukan
mampu menjadi kerjaya berpendapatan mewah. Media sosial juga ada menyediakan
ruang penstriman video kepada para pemain. Mekanisma ini bertujuan untuk menjana
pendapatan melalui kiriman bintang. Oleh hal yang demikian, kerjaya baharu ini
membuka ruang kepada pemburu kerja terutama di kalangan lepasan universiti untuk
mencari sumber pendapatan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘E-Sukan sebagai Kerjaya’
oleh Muhammad Saufi Hassan
MyMetro, Selasa, 15 September 2020
[6 markah]

Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
6

1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT


SULIT 5 1103/2
Petikan 2
Mungkin ramai masih tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan seni kulinari.
Malaysia dikenali sebagai syurga makanan oleh pelancong daripada serata dunia kerana
mereka boleh merasai pelbagai makanan lazat di negara ini. Seni kulinari termasuklah
bidang masakkan seperti penyediaan makanan.
Pekerjaan sebagai seorang chef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam
industri restoran, perhotelan, kapal persiaran dan juga resort. Biarpun bekerja dalam
kumpulan, untuk menjadi seorang tukang masak memerlukan komitmen yang tinggi
kerana harus mengurus hidangan tepat pada masanya.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kulinari bukan Bidang Remeh’
oleh Fazurawati Che Lah
Harian Metro, Khamis 5 November 2018
[5 markah]
Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5

Soalan 4 – Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Setelah tamat pengajian di universiti, Kamarul sukar mendapat pekerjaan. Dia


berbincang dengan ibu bapanya dan nekad memulakan perniagaan keropok lekor secara
kecil-kecilan. Pada peringkat permulaan, Kamarul memulakan perniagaannya dengan
modal yang kecil. Berkat kesabaran dan kegigihan dalam menjalankan perniagaan,
akhirnya dia memperoleh hasil yang lumayan. Setelah melihat kejayaan Kamarul dan
peluang perniagaan yang luas, peniaga lain turut membuka gerai di kawasan tersebut.
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT
SULIT 6 1103/2

Bahagian B: Pemahaman
[13 markah]

Soalan 5 – Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara telah menjadi salah
satu usaha untuk mengekalkan perpaduan. Hal ini merujuk kepada Penyata Razak dan
Laporan Rahman Talib yang menjelaskan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar di sekolah. Melalui pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMuP) amalan sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia telah diterapkan
kepada murid-murid pelbagai kaum sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sehubungan
dengan itu, di persekitaran sekolah, murid-murid dididik memahami kepentingan
amalan semangat muhibah dan toleransi antara kaum dalam menjalani kehidupan. Hal
ini dapat menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka
berinteraksi dalam pergaulan menggunakan satu bahasa yang sama. Kesannya,
pembentukan keperibadian dan moral yang unggul akan terserlah daripada nilai-nilai
rohani dan budaya dalam kalangan pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum, Sekolah Sebagai Agen Penyatuan’
oleh Zulfazlan Jumrah
Dewan Siswa, Bil. 8/2017

Bahan 2
Malaysia memiliki masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang
menuturkan bahasa berbeza-beza. Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
negara telah menjadi agenda penting dalam usaha menyemarakkan semangat perpaduan
kaum. Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi organisasi pendidikan yang
bertanggungjawab mengembangkan bahasa dan persuratan kebangsaan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum. Pada setiap tahun, pihak DBP menganjurkan Festival
Bahasa dan Sastera untuk menanam rasa kebersamaan dan cinta akan bahasa dan sastera
kebangsaan. Festival ini menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat kekitaan
dalam kalangan masyarakat majmuk. Antara pengisian festival tersebut ialah
pertandingan koir, forum pelajar, deklamasi puisi, pidato dan bercerita yang disertai
oleh pelbagai pelajar daripada pelbagai kaum dan sekolah.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bahasa Menyemarakkan Perpaduan Bangsa’

1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT


SULIT 7 1103/2
oleh Lutfi Zahid
Dewan Siswa, Bil. 11/2019

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memupuk semangat. [2


markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan usaha
memupuk perpaduan kaum. [3
markah]

(iii) Usaha-usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memperkasakan


penggunaan bahasa Melayu. Namun, pelajar masih terpengaruh dengan
penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan sehari-hari.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor tersebut? [4


markah]

(iv) Semasa program minggu bahasa yang lalu, Kelab Pengucapan Awam sekolah
anda telah mengadakan pertandingan berbalas pantun namun kurang mendapat
sambutan. Sebagai presiden kelab, anda ingin mengadakan pertandingan pidato
sempena Bulan Membaca Kebangsaan pada semester akan datang.

[Lihat halaman sebelah


1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT
SULIT 8 1103/2

Cadangkan cara-cara untuk memastikan pertandingan tersebut dapat menarik


minat para pelajar menyertainya. [4
markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 © 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA. SULIT

You might also like