You are on page 1of 4

SULIT 1103/1

BAHASA
MELAYU
Kertas 1

2 JAM

MODUL BERFOKUS KBAT SPM 2021

_________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU

Kertas 1

2 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Modul ini mengandungi 3 halaman bercetak.

[Lihat halaman
sebelah

1103/1 © https://cikgukumuzz.blogspot.com >> https://t.me/bahanbmkssm SULIT


SULIT 1103/1

BAHAGIAN A

[30 Markah]

Petikan dan maklumat di bawah berkaitan dengan kegiatan sukan.


Huraikan pendapat anda tentang kegiatan sukan kepada golongan mahasiswa.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 perkataan.

Para atlet juga memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana tahu
mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para atlet juga
berpendapat bersukan boleh membantu menyihatkan otak mereka. Oleh itu,
walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang
mengingati pelajaran. Mereka juga berpendapat sukan boleh menjamin masa
depan seperti untuk mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan
sebagainya.

(Dipetik daripada ‘Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif


dalam Bidang Sukan di Peringkat
Universiti dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik’
oleh Mohd Samri bin Mohd Noor)

1103/1 © https://cikgukumuzz.blogspot.com >> https://t.me/bahanbmkssm SULIT


SULIT 1103/1

BAHAGIAN B

[70 Markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
antara 350 hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN PERIBADI

MELAKA - Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini
dilanda banjir kilat pada petang Sabtu. Keadaan hujan sejak jam 5.30 petang turut
menyebabkan lima kenderaan pelbagai jenis terkandas dan tenggelam berdekatan
Taman Krubong Jaya, namun kesemua pemandu dan penumpang berjaya keluar
dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Selain itu, beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru
dan Cheng susulan banjir kilat.

(Dipetik daripada ‘Beberapa Kawasan di Melaka


Dilanda Banjir Kilat’ Sinar Harian Online)

Salah seorang rakan baik anda telah terlibat dalam bencana banjir seperti yang
dinyatakan di dalam keratan akhbar di atas. Anda ingin menghantar sepucuk surat
kepadanya untuk memberikan kata-kata semangat dan memberikan bantuan
kewangan.

Tulis surat anda selengkapnya.

DOMAIN AWAM
Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh dieratkan menerusi semangat
kejiranan. Sudah sekian lama kerajaan menyeru agar semangat kejiranan
diperkukuh terutama di kawasan bandar dengan pelbagai kaedah. Sudah sampai
masanya ketua-ketua penduduk di sesuatu kawasan memainkan peranan yang
lebih efisien agar matlamat ini tercapai.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kukuhkan Perpaduan Melalui Semangat Kejiranan’, Berita Harian)

Anda mendapati sikap mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan jiran
tetangga menjadi masalah besar dalam kalangan penduduk di kawasan kejiranan
anda. Oleh itu, anda merasakan hubungan kejiranan di kawasan tersebut mesti
dipertingkatkan supaya menjadi lebih baik dan mantap.

Cadangkan langkah-langkah untuk menangani masalah kejiranan di kawasan anda


itu.

1103/1 © https://cikgukumuzz.blogspot.com >> https://t.me/bahanbmkssm SULIT


SULIT 1103/1

DOMAIN KERJAYA

Kemunculan siri animasi popular seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Didi and Friends,
Ejen Ali serta Awang Kenit membuka mata generasi muda terhadap prospek cerah
bidang kreatif itu, sekali gus berminat menjadikannya kerjaya pilihan pada masa
depan. Tugas utama seseorang juruanimasi bergantung kepada jabatan disertai sama
ada prapenerbitan, penerbitan atau pascapenerbitan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kerjaya Bidang Animasi Kian


Berkembang, Berita Harian Online)

Berdasarkan petikan di atas, bidang animasi di Malaysia semakin meningkat naik. Hal
ini terbukti apabila filem animasi negara seperti Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal
tercalon dalam festival filem peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menceburi
bidang ini?

DOMAIN PENDIDIKAN

Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan


mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan
keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional.

(Sumber: Berita Harian Online)

Keamanan akan wujud jika tidak berlakunya jenayah dan hidup sesama ahli
masyarakat saling menghormati.

Bincangkan peranan institusi pendidikan dalam mewujudkan keamanan dalam


kalangan

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 © https://cikgukumuzz.blogspot.com >> https://t.me/bahanbmkssm SULIT

You might also like