You are on page 1of 8

1103/1

BAHASA MELAYU
Kertas 1
November 2020
2 jam

SEKOLAH MENENGAH

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKHIR TAHUN (SET 2)


TINGKATAN 4
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab bagi Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.
Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan
daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

NAMA:MOHD NAFIZ ZUHAIREE BIN MOHD NEEZAR


KELAS:4 IBNU HAITHAM

1
BAHAGIAN A
[30 markah]
(30 Minit)

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.

Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.

Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1
Daripada : Ikazira@gmail.com

Kepada : Intanadlina@gmail.com

Subjek : Kebaikan bidang pertanian

Intan Adlina,

Apa khabar Intan sekarang di sana? Saya mengharapkan Intan dan keluarga sihat sejahtera. Bagaimana
kehidupan Intan setelah berpindah ke Tanah Rata Cameron Highland? Semoga Intan seronok menetap di
sana.

Intan, tahniah atas kenaikan pangkat dan menjadi pegawai pertanian di MARDI Cameron Highland. Banyak
manfaat yang bakal kita peroleh apabila berbudi kepada tanah. Betul tidak Intan? Oleh itu, saya mohon
bolehkah Intan menerangkan dan menjelaskan kebaikan-kebaikan bidang pertanian secara terperinci
kepada masyarakat dan negara?

Saya akan menanti e-mel daripada Intan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Ikazira

e-mel 2

Daripada : Nasiruddin@gmail.com

Kepada : Amarajdi@gmail.com

Subjek : Usaha-usaha memajukan bidang perikanan dan penternakan

2
Amar Ajdi,

Apa khabar Amar Ajdi yang kini berada di Terengganu? Saya mengharapkan Amar Ajdi dan keluarga sihat
sejahtera. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menghantar e-mel kepada Amar Ajdi.

Sebenarnya, saya sedang menyiapkan satu kerja kursus tentang bidang Perikanan dan Penternakan.
Kebetulan pula, keluarga Amar Ajdi terlibat dalam bidang ini dan telah berjaya menjadi usahawan yang
dikagumi dalam bidang perikanan dan penternakan.

Bolehkan saya mengetahui usaha-usaha yang dilakukan oleh keluarga Amar Ajdi sehingga menjadi
usahawan yang berjaya dalam bidang perikanan dan penternakan.

Saya sangat menanti e-mel daripada Amar Ajdi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Nasiruddin

BAHAGIAN B
[70 markah]
(1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1 DOMAIN AWAM

Kurikulum baharu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang telah diperkenalkan
disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam usaha membudayakan keselamatan sejak
usia kanak-kanak.

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee
Lam Thye berkata, nilai murni seperti menghormati undang-undang, memandu secara
berhemah dan menghormati pengguna jalan raya yang lain perlu disemai di peringkat
sekolah.

Sumber : BH Online, Sabtu, 2 Februari 2019

Petikan akhbar di atas memaparkan sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan di jalan raya yang seperti tiada kesudahannya.

3
Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam
majalah sekolah anda.

Soalan 2 DOMAIN PENDIDIKAN

Kehidupan norma baharu, situasi sosial dan ekonomi global yang tidak menentu,
menyaksikan manusia menjadi semakin kreatif menjanakan pendapatan melalui pelbagai
platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube. Hanya dengan cara
menzahirkan bakat dan mempersembahkan kreativiti dalam laman web itu dan kata
kuncinya – viral, mampu menjanakan wang atau menggemukkan dompet sesiapa sahaja.
Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
mempengaruhi pertambahan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial?

Soalan 3 DOMAIN KERJAYA

Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) dan
Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang kepada anak muda
untuk mendapatkan maklumat pekerjaan.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Program Bimbingan Tatacara Temu duga dan
Taklimat Industri. Pengunjung mendapat beberapa tip untuk temu duga, antaranya
termasuklah penyediaan resume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching dan
etika berpakaian. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel
penganjur membolehkan para pengunjung mendapatkan panduan dan latihan temu duga
sebagai persediaan untuk temu duga sebenar.
Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019

Petikan di atas menerangkan persediaan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam
memilih kerjaya yang sesuai.

Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang remaja dalam


memilih kerjaya yang diminati.

Soalan 4 DOMAIN PERIBADI

4
“Daripada menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti tidak berfaedah, lebih baik
habiskan masa dengan mendaki. Mendaki bukan sahaja boleh menambah kenalan dan
menghilangkan tekanan tetapi juga dapat menjadikan seseorang lebih berani.” Menurut
Aimi Syazwani, “Pada masa yang sama kita akan belajar menghargai alam dan
Petikan akhbar menerangkan bahawa sukan lasak seperti mendaki gunung, berkayak, lumba
basikal dan kembara, dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani
menghadapi cabaran.

Ulas pernyataan tersebut.

JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian A
Daripada intanadlina@gmail.com
Kepada ikazira@gmail.com
Subjek Kebaikan-kebaikan bidang pertanian

Ika Zira,
Assalamualaikum WBT, apa khabar juga Ika Zira di tempat kediaman kita bersama-sama dahulu
iaitu di Kulim,Kedah.Saya juga berharap agar Ika Zira dan keluarga sentiasa berada dalam
keadaan sihat dan sejahtera di sana.Kami di sini sihat juga.
Alhamdulillah,terima kasih atas ucapan tahniah kamu kepada saya yang berjaya naik pangkat
dan menjadi pegawai pertanian di MARDI Cameron Highland.Seterusnya,saya akan
menceritakan kebaikan-kebaikan bidang pertanian kepada masyarakat dan negara.Antaranya
ialah dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarkat seperti remaja,pelajar lepasan
universiti,pekerja dan sebagainya.Dengan ini,peratusan masalah pengangguran masyarakat
dapat dikurangkan sekali gus memberi punca rezeki dan pendapatan kepada mereka.
Selain itu,dengan adanya bidang pertanian,negara kita dapat memajukan ekonomi di Malaysia
melalui penjanaan pendapatan dalam bidang pertanian.Negara kita dapat memperolehi

5
kewangan yang tinggi dan lumayan melalui hasil jualan daripada eksport dan dalam
negara.Akhir sekali,negara kita dapat meningkatkan makanan atau produk keluaran Malaysia
melalui bidang pertanian ini.Dengan ini,semua produk keluaran negara kita dapat dieksport ke
luar negara dan menjadikan negara kita terkenal di persada dunia.
Sampai di sini sahaja penerangan saya pada kali ini,saya berharap ia dapat memberikan info
yang berguna kepada kamu.Semoga kita dapat bertemu lagi di lain lebaran.Sekian,Terima kasih.

Yang Benar
Intan Adlina

(189 patah perkataan)

BAHAGIAN B (SOALAN 2:DOMAIN PENDIDIKAN)

MANFAAT MEDIA SOSIAL

Sedesawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
mempengaruhi pertambahan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di negara
ini.Sekiranya diteliti berdasarkan hakikat hakiki.Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita
semakin menghampiri ambang 2021,Keadaan ini menandakan titik permulaan sebagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat para remaja dalam melakukan perkara yang bermanfaat dalam
era globalisasi ini.Sejajar dengan hal ini,telah muncul satu tempat perhubungan yang bernama
media sosial pada abad yang lalu.Lalu,golongan yang paling ramai menggunakannya ialah golongan
remaja,persoalannya,bagaimanakah golongan remaja ini dapat memanfaatkan keberadaan media
sosial di tahap paling maksimum.
Antaranya ialah manfaat yang paling banyak diambil dalam media sosial ini iaitu golongan
remaja dapat memanfaatkan media sosial dengan menjana pendapatan melalui pelbagai medium
dalam media sosial seperti Whatsapp,Telegram,Youtube,TikTok,Instagram,Facebook dan
sebagainya.Penjanaan pendapatan melalui media sosial boleh dilakukan dengan pelbagai
cara.Antaranya juga ialah dengan menjalankan perniagaan atas talian seperti menjual produk
kosmestik,makanan,barangan harian dan sebagainya.Perkara ini sangat sesuai dengan mereka
kerana ia boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa saja memandangkan mereka masih memiliki
tanggungjawab dan kewajiban sebagai seorang pelajar.Selain daripada menjalankan perniagaan
atas talian, terdapat cara dengan hanya golongan remaja ini menzahirkan bakat dan

6
mempersembahkan kreativiti dalam laman web itu dapat juga menjanakan wang dan
menggemukkan dompet mereka.Contohnya,apabila seorang “streamer” memiliki ramai pengikut
dan penonton di Youtube,syarikat akan memberikan hasil yang sangat banyak dan lumayan kepada
mereka.Jelaslah bahawa media sosial dapat dimanfaatkan oleh golongan remaja dengan menjana
pendapatan
Selain itu,golongan remaja juga dapat memanfaatkan penggunaan media sosial dengan
berdakwah,menyebarkan maklumat yang berguna,berkongsi perkara manfaat dengan semua orang
sama ada orang yang dikenali ataupun orang awam.Perbuatan ini sangat mulia kerana kita juga
dapat berkongsi manfaat dengan orang lain.Sebagaimana yang kita sedia maklum,tidak semua
orang memiliki kemampuan dan masa untuk menuntut ilmu kerana banyak masalah,antaranya
ialah sibuk bekerja,tidak mempunyai duit untuk menghadiri kelas tusyen dan sebagainya.Sebagai
contoh,kita menghasilkan satu medium perkongsian ilmu dengan kata-kata atau dakwah di
Instagram,jadi,ramai orang boleh mendapatkan maklumat dan info yang berguna kepada
masyarakat,malahan terdapat juga orang bukan Islam yang masuk Islam atas dakwah-dakwah
mereka di media sosial.Bak kata peribahasa,ada ubi ada batas,ada budi ada balas.Oleh sebab
itu,izharlah penggunaan media sosial sangat bermanfaat kepada remaja untuk nerkongsi manfaat
dengan masyarakat

Lanjutannya,sebagai seorang insan yang bergelar pelajar,golongan remaja dapat memanfaatkan


media sosial dengan menggunakannya dalam hal berkaitan pelajaran.Perkara ini dapat
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan kepada golongan remaja kerana terdapat pelbagai
medium dalam media sosai yang ada seperti kumpulan belajar mengikut subjek masing-masing di
Telegram,tusyen secara atas talian dan sebagainya.Golongan remaja juga dapat mengikuti kelas
yang dibuat oleh guru sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)
memandangkan kita sedang berada dalam musim pandemik covid-19 yang berkunjung datang
tidak henti.Dengan ini,golongan remaja dapar mencapai keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran dengan menjadikan median sosial sebagai solusi bagi masalah ruang dan masa semasa
dunia sedang melanda wabak covid-19 persis kata mutiara iaitu “genggam bara api biar sampai jadi
arang”.Jelaslah sekali lagi bahawa golongan remaja dapat membuktikan mereka mampu berjaya
dalam pelajaran dengan adanya media sosial di dalam hidup mereka.
Akhir sekali,dengan adanya media sosial,golongan remaja dapat berkomunikasi dengan orang
lain dengan sangat mudah dan cepat sekali.Hal ini menunjukkan bahawa media sosial memberikan
impak yang sangat besar dalam aspek perhubungan dalam kehidupan alam
maya.Contohnya,seorang remaja dapat bermesej dengan orang lain yang sedang berada di kejauhan
seperti seorang pelajar di luar negara tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana situasi
covid-19 yang sedang melanda dunia dapat menghubungi dan melepaskan kerinduan yang teramat
kepada orang tuanya di Malaysia melalui panggilan video dalam Whatsapp.Di dalam contoh
lain,seorang remaja dapat bersembang dan membuat kumpulan belajar di dalam media sosial
bersama rakan-rakannya untuk saling belajar dengan mereka.Bak kata orang-orang tua “di mana
ada kemahuan,di situ ada jalan”.Dengan ini sudah terbukti bahawa media sosial merupakan satu
medium perhubungan dan komunikasi yang sangat baik bagi golongan remaja untuk memberikan

7
pelbagai manfaat kepada mereka seperti bermesej dan berhubung untuk mencapai tujuan masing-
masing.
Tuntasnya,berdasarkan perbincangan gagasan minda di atas,dapatlah simpulkan bahawa
terdapat banyak manfaat yang dapat dikutip oleh remaja dalam penggunaan media sosial pada hari
ini.Oleh sebab itu,semua remaja perlulah mengambil inisiatif dan tindakan yang tepat dalam
menggunakan media sosial kerana terdapat banyak kebaikannya.Sebaliknya,mereka perlulah
berhati-hati juga dalam menggunakannya kerana takut terpesong dan jatuh dalam ketagihan
melakukan perkara negatif atau tidak berfaedah seperti mencuri maklumat dan menyebarkan aib
orang lain.Besarlah harapan saya agar golongan remaja perlulah bijak dan sentiasa mengambil
peluang untuk memperoleh manfaat dalam setiap apa yang dilakukan seperti kata pepatah “yang
bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang”.

You might also like