You are on page 1of 36

SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022


TINGKATAN MENENGAH ATAS TIGA
BAHASA MALAYSIA KERTAS SATU

_____________________________________________________

Tarikh: 19. 05. 2022 (Khamis )


Masa : 7.40 pagi – 9.25 pagi
_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan

Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Kertas soalan ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:


Bahagian A : Karangan ( 80% )
Bahagian B : Penterjemahan ( 20% )

2. Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian.


3. Tulis nombor soalan yang telah anda pilih sebelum mula mengarang.

4. Tulis jawapan anda dengan pen berdakwat biru atau hitam.

5. Tulis jawapan dalam kertas jawapan yang disediakan.

6. Kertas ini mengandungi 2 halaman bercetak.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1
BAHAGIAN A KARANGAN ( 80% )
Arahan: Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Pembangunan yang semakin pesat di negara kita telah memberi kesan buruk terhadap alam
sekitar. Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil oleh semua pihak untuk menjaga alam
sekitar.

2. Belakangan ini, kenaikan harga barang-barang utama telah mengakbatkan pelbagai kesan negatif
terhadap masyarakat kita.
Bincangkan kesan-kesan yang timbul akibat kenaikan harga barang dan langkah-langkah yang
sesuai untuk menanganinya.

3. Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian,
pelbagai cara untuk menyuburkan permainan tradisonal perlu diusahakan.
Huraikan pernyataan di atas.

4. Penularan penyakit Covid-19 menyebabkan pembelajaran dalam talian telah diimplementasikan


di semua institusi pendidikan.
Bincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran dalam talian tersebut.

5. Baru-baru ini, anda menyertai aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh penduduk setempat
anda.
Ceritakan pengalaman yang anda dapati daripada aktiviti tersebut.

BAHAGIAN B PENTERJEMAHAN (20 % )


Terjemahkan petikan Bahasa Cina di bawah kepada Bahasa Malaysia.

房子是我们用来挡风遮雨的住所。因此我们应该注重住家的整洁。整洁的住所能够
塑造健康的家庭。此外,干净的住所也能让我们预防各种疾病。由于肮脏的环境和
到处积水,让蚊虫轻易繁殖,使骨痛热症及疟疾很容易传播。
2

SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022
TINGKATAN MENENGAH ATAS TIGA
BAHASA MALAYSIA KERTAS SATU

_____________________________________________________

Tarikh: 19. 05. 2022 (Khamis )


Masa : 7.40 pagi – 9.25 pagi
_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan

Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Kertas soalan ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:


Bahagian A : Karangan ( 80% )
Bahagian B : Penterjemahan ( 20% )

2. Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian.


3. Tulis nombor soalan yang telah anda pilih sebelum mula mengarang.

4. Tulis jawapan anda dengan pen berdakwat biru atau hitam.

5. Tulis jawapan dalam kertas jawapan yang disediakan.

6. Kertas ini mengandungi 2 halaman bercetak.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1

BAHAGIAN A KARANGAN ( 80% )


Arahan: Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Pembangunan yang pesat di negara kita telah mengancam flora dan fauna.
Bincangkan kesan-kesan yang wujud akibat kemusnahan flora dan fauna di negara kita.

2. Belakangan ini, harga barang-barang keperluan harian kita telah naik secara mendadak.
Bincangkan langkah-langkah sesuai perlu diambil oleh semua pihak untuk menangani masalah
tersebut.

3. Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian,
pelbagai cara untuk menyuburkan permainan tradisonal perlu diusahakan.
Huraikan pernyataan di atas.

4. Penularan penyakit Covid-19 menyebabkan pembelajaran dalam talian telah diimplementasikan


di semua institusi pendidikan.
Bincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran dalam talian tersebut.

5. Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir besar yang menyebabkan penduduk
dipindahkan ke pusat pemindahan
Perihalkan keadaan tersebut.

BAHAGIAN B PENTERJEMAHAN (20 % )


Terjemahkan petikan Bahasa Cina di bawah kepada bahasa Malaysia.

房子是我们用来挡风遮雨的住所。因此我们应该注重住家的整洁。整洁的住所能够
塑造健康的家庭。此外,干净的住所也能让我们预防各种疾病。由于肮脏的环境和
到处积水,让蚊虫轻易繁殖,使骨痛热症及疟疾很容易传播。

2
SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022
TINGKATAN MENENGAH ATAS TIGA
BAHASA MALAYSIA KERTAS DUA

_____________________________________________________

Tarikh: 03 JUN 2022 (JUMAAT)


Masa : 08.00 pagi – 10.00 pagi

_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan


Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Kertas soalan ini terdiri daripada empat soalan. Jawab semua soalan.

2. Tulis nombor soalan pada setiap jawapan anda.

3. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pen berdakwat biru atau hitam.

4. Kertas ini mengandungi LIMA (5) halaman bercetak.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1
SOALAN 1 RUMUSAN ( 30 markah )

Baca  petikan di bawah. kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor yang menarik kedatangan
pelancong dan usaha-usaha untuk meningkatkan industri pelancongan. Panjangnya rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai  satu daripada destinasi pelancongan utama dunia,
dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong. Sektor pelancongan merupakan
industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang
dapat membangunkan industri tersebut haruslah diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya
menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh, Malaysia memiliki
kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti Cameron Highlands dan Genting
Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga
sudah pasti menggamit hati para pelancong. Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah
pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di
Semenanjung ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor
pelancongan. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan
Iban telah mendapat tempat dalam hati para pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman
tanpa pencemaran di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang dan
bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa Malaysia
merupakan destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga
tertarik oleh  kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah Klang menjadi tumpuan kerana
terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi tinggi. Hal ini
ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta
industri kesihatan dan perubatannya melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf
dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum.
Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel
bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan pada
peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di luar tarikan
keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan
produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan
negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni
dan keselamatan yang baik menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing.
Kedatangan hampir 30 juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa
depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan Negara" oleh Danilah Kamarul)

2
SOALAN 2 PETIKAN KOMSAS 1 ( 15 markah )
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dua minggu sebelum peristiwa itu meletus, Hisyam telah menyerbu datang ke rumahnya dan
menumbuk seorang anak lelaki Inggeris berumur tujuh tahun kerana memegang tangannya. Hisyam
berlagak sebagai seorang hero yang mahu melindungi heroinnya daripada dicerobohi lelaki lain. Anak
lelaki Inggeris itu jatuh terlentang ke tanah. Hisyam lalu menarik tangannya ke belakang. Agak heboh
juga keluarganya dan keluarga anak lelaki Inggeris itu sejurus. Dia sedikit pun tidak marahkan Hisyam
menumbuk kawannya itu, malah terasa 1 bangga kerana mengetahui Hisyam mempedulikannya. Anak
lelaki Inggeris itu ialah kawannya waktu bapanya menjadi diplomat di London dahulu. Dia datang ke
mari kerana bapanya pula menjadi diplomat di sini. Di London dahulu mereka tinggal bersebelahan
rumah dan selalu bermain bersama-sama. Apabila bapanya sampai di Kuala lumpur mereka lalu
menghubungi keluarganya. Hisyam tidak tahu.
Dia seronok melihat Hisyam berlagak sebagai seorang lelaki tulen. Itulah Hisyam, anak minang yang
sejak kecil bercita-cita mahu menjadi askar andai kata cita-citanya mahu menjadi peguam tidak berjaya.
“Mei Mei! Kata Hisyam . “Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin. Mak aku pasti suka.
Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.senyumannya terhenti apabila
dia mengenangkan kehilangan Hisyam yang sangat tragis.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 161- 162)

1. Berikan maksud yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut mengikut petikan di atas.
a. Meletus b. menyerbu
c. berlagak d. mempedulikannya (4
markah )

2. Berikan maksud rangkai kata “mengenangkan kehilangannya” berdasarkan petikan di atas. ( 3


markah)

3. Apakah jasa Hisyam terhadap Mellisa menyebabkan gadis itu menganggapnya sebagai seorang hero?

( 3markah )

4. Mellisa teringat akan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya agar
rakan
kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa? ( 5
markah )
3

SOALAN 3 PETIKAN KOMSAS 2 ( 15 markah )

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi pada
kedana tahun itu.  Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba
belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua.  Tahun itu kami makan gadung
itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.

      Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk.  Naik angin dan
mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah.  Ibu akhirnya
mengalah tetapi ibu tidak kalah seterusnya.  Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal,
ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.

      Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga.  Kali ini bukan kerana
banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi.  Musim itu musim kemarau.  Tidak sangka kemarau
akan memanjang sampai berbulan-bulan.  Sawah habis kering.  Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper
saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering.  Baruh-baruh yang
dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

      Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan
terperangkap dan banyak juga yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana
najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air
Ceper betul-betul tohor.
(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
           
1. Berikan maksud yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut berdasarkan petikan di atas.
a. berdenak b. jahanam c. tohor ( 3 markah )

2. Berikan maksud rangkai kata “tidak berperikemanusiaan” berdasarkan petikan di atas. ( 3 markah )

3. Berikan kesan-kesan yang berlaku apabila Ceper menjadi tohor? ( 4 markah )

           
4. Sejauh manakah anda bersetuju pencemaran air sungai disebabkan oleh sikap manusia?
( 5 markah)  

SOALAN 4 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 40 markah )


a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan
perbezaan dan maksud penggunaannya.
1. mengelar
2. mencencang
3. menebas
4. menghiris ( 8 markah )
4
b. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di belakang rumah pada setiap bulan.
2. Pustakawan di Perpustakaan Awam Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa
kategori.

3. Pegawai polis Klang telah memfailkan pesalah lalu lintas itu untuk dibicarakan di mahkamah.
( 6 markah )
       
   c. Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.
1. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah
Saham Nasional.                                 
2. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di
bahagian pemprosesan.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
( 6 markah )

d. Bina ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang sesuai bagi frasa yang
dihitamkan.

1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak semalam.

2. Beberapa batang buluh digunakan oleh Pak Mat untuk memagarkan kebunnya.

3. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. ( 6 markah )

e. Setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan bahasa. Cari kesalahan tersebut dan betulkannya.
Anda hanya perlu menukis kesalahan dan pembetulannya sahaja.
1. Baju kemeja T yang dipakai oleh abang saya sangat mahal harganya.
2. Kita harus sentiasa membaca buku bacaan lain-lain agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
3. Puan Senah menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaiannya. 
4. Ayah tidak pergi bekerja selama beberapa hari kerana selsema dan demam.
5. Guru besar-guru besar dari daerah Klang sedang mengikuti kursus profesionalisme.
6. Kerja-kerja pedalaman dan pembersihan Sungai Klang membolehkan kejadian banjir kilat dapat
dielakkan.
( 6 markah)

f. Betulkan kesalahan ejaan-ejaan yang disenaraikan di bawah.


1. Yang Dipertuan Agong 2. nasi impit 3. spisis
4. naskah 5. pascamodenisma 6. tengahari
7. sterika 8. chef ( 8
markah )

5
SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022
TINGKATAN MENENGAH ATAS TIGA
BAHASA MALAYSIA KERTAS DUA

_____________________________________________________

Tarikh: 03 JUN 2022 (JUMAAT)


Masa : 08.00 pagi – 10.00 pagi

_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan


Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Kertas soalan ini terdiri daripada empat soalan. Jawab semua soalan

2. Tulis nombor soalan pada setiap jawapan anda.

3. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pen berdakwat biru atau hitam.

4. Kertas ini mengandungi LIMA (5) halaman bercetak.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1

SOALAN 1 RUMUSAN ( 30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa.
Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja
terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini
tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca
utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini
kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan
keadaan menjadi lebih parah.

Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia
muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan
sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan
yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan.
Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan
remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah
emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja
pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah.
Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran
yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran
pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu
sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.

Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang
berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja
mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada
kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan
dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu
impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya
sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan
masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli
komuniti, masyarakat, dan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan
Masyarakat, September 2015.
2

SOALAN 2 PETIKAN KOMSAS 1 ( 15 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman. “Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan
lelaki itu kepadanya. “Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia
menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah
tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di
mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada
Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya
pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat
khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya. Nama Syahid yang selalu muncul dalam akhbar itu
kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ
sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.
“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya.
Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap
kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak
mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya
suatu helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya
pun, dia sendiri sudah mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya.
Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu, bergerak-gerak
apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona.
Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di
situ tentulah mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan
mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa. Hisyam pun kalau ada
sekarang ini, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai
tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya. Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu
menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat
senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan
pertemuan pertama itu. Melihat gerak gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya.
(Dipetik daripada “Mellisa” dalam Antologi Harga Remaja, DBP, 2009)

1. Tuliskan maksud perkataan-perkataan berikut berdasarkan petikan cerpen di atas.


a. Menyapa b. tergugah
c. gugup d. mirip ( 4 markah)

2. Nyatakan maksud “mimik mukanya” berdasarkan petikan di atas. ( 3


markah )
3. Apakah perubahan emosi yang berlaku kepada Mellisa sebaik-baik sahaja dia diperkenalkan kepada
Syahid? (4
markah)

4. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan
hubungan persahabatan? (4
markah)
3

SOALAN 3 PETIKAN KOMSAS 2 ( 15 markah )


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi pada
kedana tahun itu.  Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba
belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua.  Tahun itu kami makan gadung
itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.
      Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk.  Naik angin dan
mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah.  Ibu akhirnya mengalah
tetapi ibu tidak kalah seterusnya.  Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu
kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.
      Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga.  Kali ini bukan kerana
banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi.  Musim itu musim kemarau.  Tidak sangka kemarau
akan memanjang sampai berbulan-bulan.  Sawah habis kering.  Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper
saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering.  Baruh-baruh yang
dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.
      Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan
terperangkap dan banyak juga yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana
najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air
Ceper betul-betul tohor.
(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
           
1. Berikan maksud yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut berdasarkan petikan di atas.
a. mengamuk b. jahanam c. tohor ( 3 markah )

2. Berikan maksud simpulan bahasa “naik angin” berdasarkan petikan di atas. ( 3 markah )

3. Apakah yang telah berlaku setelah Sungai Ceper menjadi tohor? ( 4 markah )
           
4. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan boleh timbul apabila pencemaran alam sekitar semakin
serius di dunia? ( 5 markah)  

SOALAN 4 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 40 markah )


a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan
perbezaan dan maksud penggunaannya.
1. mengelar
2. menghiris
3. memangkas
4. mencencang ( 8 markah )

4
b. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
1. Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis
tersebut
2. Pustakawan di Perpustakaan Awam Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa
kategori.

3. Pegawai polis Klang telah memfailkan pesalah lalu lintas itu untuk dibicarakan di mahkamah.
( 6 markah )

c. Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


1. Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah
padinya pada petang kelmarin.

2. Ibu dihadiahi oleh kakak sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun
kelahirannya.

3. Kakitangan awam diberikan ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada
setiap akhir tahun. ( 6 markah )

d. Bina ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang sesuai bagi frasa yang
dihitamkan.
1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak semalam.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Kami melukis gambar pemandangan air terjun itu kelmarin. ( 6 markah )

e. Setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan bahasa. Cari kesalahan tersebut dan betulkannya.
Anda hanya perlu menukis kesalahan dan pembetulannya sahaja.
1. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung telah pihak
berkuasa musnahkan.
2. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi
kepada murid- muridnya.
3. Puan Senah menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaiannya. 
4. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.
5. Guru besar-guru besar dari daerah Klang sedang mengikuti kursus profesionalisme.
6. Pedalaman dan pembersihan Sungai Klang membolehkan kejadian banjir kilat dapat dielakkan.

( 6 markah)
f. Betulkan kesalahan ejaan-ejaan yang disenaraikan di bawah.
1. Yang Dipertuan Agong 2. nasi impit 3. spisis
4. naskah 5. pascamodenisma 6. tengahari
7. sterika 8. chef ( 8
markah )
5

SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022
TINGKATAN MENENGAH ATAS DUA
BAHASA MALAYSIA KERTAS DUA

_____________________________________________________

Tarikh: 31 MEI 2022 ( SELASA)


Masa : 08.00 pagi – 10.00 pagi

_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan


Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy dan Cikgu Mujib

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Kertas soalan ini terdiri daripada empat soalan. Jawab semua soalan

2. Tulis nombor soalan pada setiap jawapan anda.

3. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pen berdakwat biru atau hitam.

4. Kertas ini mengandungi LIMA (5) halaman bercetak.


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SOALAN 1 RUMUSAN ( 30 markah )


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemerosotan
kualiti alam sekitar dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi
120 patah perkataan.

Isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah hangat dibicarakan sejak beberapa dekad yang lalu. Hasil
kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya
penurunan kualiti alam sekitar di negara kita. Penurunan ini berkait rapat dengan pencemaran alam yang
disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilihat semakin rakus.
Punca pencemaran udara yang utama di negara kita ialah pelepasan asap kenderaan dan asap daripada
sektor perkilangan. Dari setahun ke setahun, bilangan kenderaan bermotor di negara kita terus meningkat
sama ada kenderaan bermotor untuk kegunaan individu ataupun komersial. Pertambahan ini
menyebabkan semakin banyak asap dilepaskan ke udara. Pelepasan asap daripada sektor perkilangan
turut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat menyebabkan kualiti alam
sekitar semakin tenat. Selain itu, pembakaran terbuka tanpa kawalan juga menjadi punca pencemaran
udara di negara kita. Kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun 2014 dan 2015 kerana
pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan keseluruhan ruang udaramencatatkan IPU yang tidak
sihat, malah mencapai paras kritikal. Fenomena ini menyebabkan gangguan kepada aktiviti seharian
rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar.
Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran seperti sungai dan parit menyebabkan
berlakunya pencemaran air. Hal ini ditenatkan lagi oleh sikap pemilik kapal dagang dan bot nelayan
yang membuang minyak kotor ke dalam laut. Pencemaran laut yang keterlaluan akan menyebabkan
hidupan semula jadi di dalam dan pinggir laut musnah secara perlahan-lahan. Lebih menyedihkan
terdapat segelintir pengusaha sektor perladangan membuang baja kimia dan racun sampai ke dalam
sungai. Pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan sikap individu yang membuang sampah sarap
dan bahan buangan ke dalam sungai atau sistem saliran. Kajian mendapati bahawa 9 peratus atau 43
batang sungai di negara ini telah tercemar. Kebanyakan sungai yang tercemar terlekat di kawasan
bandar. Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat turut menjadi penyebab kualiti alam sekitar
semakin merosot. Kawasan bukit yang dahulunya subur menghijau ditarah dan diratakan untuk
digantikan dengan bangunan konkrit. Pembangunan dan proses pembandaran yang tidak terancang ini
menyebabkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah kepada penyebaran
maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnya sedar bahawa kita sama-sama menggalas obligasi
untuk menjaga kelestarian alam ini. Alam ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang untuk
memastikan mereka dapat menikmati keindahan dan kelebihan yang dianugerahkan Maha Pencipta.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’ oleh Nizar Parman, Dewan Siswa,
Julai 2016.)

SOALAN 2 PETIKAN KOMSAS ( 15 markah )

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah
menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan
akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing,
bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak
Timah memberi nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah
Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat
halus. Menurut doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa
satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya
amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah.
Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak
mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga
mati-mati.

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah.
“Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku,” fikir Mak Timah lagi.
Pungut telah dimandikan. Kini tiba masa untuk memberinya makan. Semasa menyuapkan Pungut, Mak
Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun yang lalu.
(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’Oleh Mohamed Latiff Mohamed,
Dirgahayu Bahasaku, DBP)

1. Berikan maksud perkataan-perkataan di bawah berdasarkan petikan di atas.


a. termengah-mengah
b. menguruskan
c. bergelumang ( 3
markah )
2. Berikan maksud rangkai kata “sehari suntuklah” berdasarkan petikan di atas. ( 3
markah )

3. Gambarkan keadaan diri Pungut semasa kecil. ( 3


markah )

4. Apakah kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh Mak Timah apabila menjaga Pungut?
( 3markah )

5. Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan satu nilai kemanusiaan daripada
keseluruhan cerpen. ( 3
markah )
3
SOALAN 3 PETIKAN KOMSAS ( 15 markah )

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang dipaya,


Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.

Anak merak mati tersangkut,


Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,


Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,


mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

(dipetik daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud kenang-kenangan berdasarkan pantun di atas. ( 2 markah )

2. Berikan maksud  baris resam  di dunia juga disebut    ( 3 markah )

3. Nyatakan dua kebaikan apabila kita berbudi terhadap seseorang. ( 3 markah )


4. Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang.   ( 3 markah )

5. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas?
( 4 markah )

SOALAN 4 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 40 markah )

a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan
perbezaan dan maksud penggunaannya.
1. wartawan
2. tatatertib
3. tatasusila
4. biduan ( 8 markah)

b. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


1. Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan
itu.
2. Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.
3. Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat pada setiap hari supaya kesihatan sentiasa
terjamin.

4. Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia.


( 8
markah)

c. Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


1. Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
2. Pelbagai jenis hidangan makanan Siam kami nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai makan
di
Hatyai.
3. Calon-calon SPM diseru oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan yang diadakan.
4. Pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan untuk membangunkan negara ini dengan lebih
maju. ( 8
markah)

d. Setiap ayat mempunyai satu kesalahan bahasa. Cari dan betulkannya. Anda hanya perlu tulis
kesalahan dan pembetulannya sahaja.
1. Berbagai-bagai jenis pakaian dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempuh hari.
2. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kalian dengan sungguh-sungguh.
3. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
4. Adik memanggil abang beberapa kali tetapi langsung tidak dibinakannya.
5. Mereka sedang membincangkan tentang masalah penduduk yang wujud baru-baru ini.
6. Beratus orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
7. Guru besar-guru besar dari daerah Klang sedang mengikuti kursus profesionalisme.
8. Ayah tidak pergi bekerja selama beberapa hari kerana selsema dan demam.
( 8 markah )

e. Betulkan kesalahan ejaan-ejaan yang disenaraikan di bawah


1. seMalaysia 2. mengfailkan 3. Yang DiPertuan Agong 4. species
5. paska modenisma 6. durhaka 7. sterika 8. Mengecop
( 8 markah )

SEKOLAH MENENGAH KWANG HUA PERSENDIRIAN KLANG


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SATU TAHUN 2022
TINGKATAN MENENGAH ATAS DUA
BAHASA MALAYSIA KERTAS DUA

_____________________________________________________

Tarikh: 31 MEI 2022 (SELASA)


Masa : 08.00 pagi – 10.00 pagi

_____________________________________________________

Nama:_________________________( ) Kelas:_________

Disediakan oleh: Cikgu Balan


Guru mata pelajaran: Cikgu Komathy dan Cikgu Mujib
ARAHAN KEPADA CALON:
1. Kertas soalan ini terdiri daripada empat soalan. Jawab semua soalan

2. Tulis nombor soalan pada setiap jawapan anda.

3. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pen berdakwat biru atau hitam.

4. Kertas ini mengandungi LIMA (5) halaman bercetak.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SOALAN 1 RUMUSAN ( 30 markah )


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemerosotan
nilai kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan
atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru
sesebuah kawasan kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan pangsapuri. Orang tua-tua
pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan
masyarakat serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk
semangat kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa
Sepakat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan
kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-
beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di
bandar.
Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan
hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja memaksa masyarakat keluar
pada awal-awal pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk
diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga
atau masa untuk berehat dan bersantai di rumah selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk
menyelesaikan pekerjaan. Jurang status sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk
mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri
dan berasa tidak selesa untuk bergaul dengan jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada
golongan berstatus yang tidak mahu bergaul dengan golongan yang berpangkat rendah kerana
menganggapnya tidak layak bergaul dengan mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang
berbeza.
Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap saling
tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama bangsa dan
agama juga berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk dengan
hal sendiri. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan sikap dengki atau benci-
membenci dalam kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud dalam kalangan masyarakat ,
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang
berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet dan aplikasi yang terkini, masyarakat lebih
taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Tambahan pula, struktur reka bentuk perumahan moden
yang berhalangan dengan pagar, tembok, dan pengawal keselamatan menambahkan sikap individualistik
yang sememangnya sudah tersemai dalam diri.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kemerosotan Nilai Kejiranan oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Mac 2017)
2

SOALAN 2 ( 15 markah )
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik jelas
kelihatan rasa cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anak sedang enak menggoreng pisang.
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan,” jawabnya lambat.
“Mengapa Siew Lan?” Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah
melopong melihat Bibik.
“Siew Lan sudah beranak,” jawab Bibik.
“Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina?” Tanya Mak Timah lagi.
“Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing,” jawab Bibik sedikit sinis.
“Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini,” kata-kata Bibik terhenti.
“Mengapa yang ini? Kenapa?” Mak Timah ingin tahu.
“Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik,” Bibik
memberi keterangan lanjut.
“Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang
Siew Lan susah hati,” Bibik memberi keterangan lanjut.
“Mana datok Bibik pergi tengok?” Mak Timah bertanya ingin tahu.
“Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok,
tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh,” Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan
melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’,Mohamed Latiff Mohamed,
Dirgahayu Bahasaku, DBP)

1. Nyatakan maksud perkataan-perkataan berikut berdasarkan petikan di atas.


a. tergesa-gesa
b. kesedihan ( 2 markah)

2. Terangkan maksud “memberi keterangan lanjut” berdasrkan petikan di atas. ( 3


markah)

3. Apakah berita yang disampaikan oleh Bibik kepada Mak Timah? ( 3


markah)

4. Nyatakan keadaan fizikal bayi tersebut. ( 3


markah )

5. Selepas Bibik melihat nujum, anak itu dikatakan boleh membawa sial. Sejauh manakah anda bersetuju
masyarakat pada era moden ini tidak harus percaya akan nujum? ( 4
markah )
3

SOALAN 3 PETIKAN KOMSAS ( 15 markah )

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang dipaya,


Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.

Anak merak mati tersangkut,


Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,


Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

(dipetik daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud kenang-kenangan berdasarkan petikan di atas. ( 2 markah )

2. Berikan maksud  baris ”orang yang mati meninggalkan nama”. ( 3 markah )

3. Nyatakan dua kebaikan apabila kita berbudi terhadap seseorang. ( 3 markah )

4. Mengapakah kita perlu menabur budi terhadap seseorang? ( 3 markah )

5. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas?
( 4 markah )

SOALAN 4 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 40 markah )

a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan
perbezaan dan maksud penggunaannya.
1. negarawan
2. tatatertib
3. tatasusila
4. wartawan ( 8 markah)

b. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya.

2. Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.
3. Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat pada setiap hari supaya kesihatan sentiasa
terjamin.
4. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya.
( 8
markah)

c. Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


1. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
2. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

3. Calon-calon SPM diseru oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan yang diadakan.
4. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara
yang
sedang menghadapi kemelut ekonomi.
( 8
markah)

d. Setiap ayat mempunyai satu kesalahan bahasa. Cari dan betulkannya. Anda hanya perlu tulis
kesalahan dan pembetulannya sahaja.
1. Beberapa buah rumah hangus dijilat api di dalam kebakaran itu.
2. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
3. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kalian.
4. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
5. Berbagai-bagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempuh
hari.
6. Mereka sedang membincangkan tentang masalah penduduk yang wujud baru-baru ini.
7. Guru besar-guru besar dari daerah Klang sedang mengikuti kursus profesionalisme.
8. Ayah tidak pergi bekerja selama berapa hari kerana selesema dan demam.
( 8 markah )

e. Betulkan kesalahan ejaan-ejaan yang disenaraikan di bawah


1. semalaysia 2. mengefailkan 3. Yang Dipertuan Agong 4. species
5. paska modenisma 6. durhaka 7. sterika 8. Mengecop
( 8 markah )

Jawapan

i. Berita yang disampaikan;

Siew Lan sudah bersalin


Anaknya perempuan
Anaknya ditahan di hospital
Anaknya kecil
Siew Lan susah hati.

ii. Keistimewaan kepada OKU;

Menyediakan laluan khas


Menyediakan tempat duduk khas di dalam kenderaan awam
Kemudahan tempat letak kereta khas
Kemudahan tandas OKU
Pekerjaan yang sesuai.
Potongan harga untuk semua urusan perkhidmatan

iii. Pengajaran daripada petikan;

Kita janganlah mempercayai perkara yang karut/tahyul


Kita hendaklah mengasihi anak sendiri.

Pengajaran daripada cerpen;


Kita hendaklah simpati terhadap orang kurang upaya.
Kita hendaklah saling membantu sesama jiran.

Set 2 senior 3

 Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang berikut .
     "Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik
menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah,
merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi
yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak
Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak
berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai
dibela akan besar juga nanti budak itu.
     "Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi
lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang
lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit
pada masa itu, lumayan betul.

i.    Berikan maksud pandai dibela.             - kena cara memelihara / betul asuhan                                               


[2 markah]

ii.   Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan?      - Mak Timah mahu
mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah dan Katijah merengek-rengek
memintanya berbuat demikian [3 markah]

iii.   Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda,        


[4 markah] Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakaN  
hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit.  Pendidikan tentang bahayA   pergaulan
bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.
Maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran ialah sepanjang hari Pungut tidak dibersihkan daripada
najisnya sendiri.
· bentuk fizikal Pungut sangat kecil, sangat halus.
· seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil.

·Jantungnya kecil
·Perutnya kecil

Dua nilai kemanusiaan daripada petikan ialah :


· nilai nilai kasih sayang.

Contohnya Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkan Pungut. Dengan termengah-mengah,
Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa.
· nilai bertanggungjawab.
Contohnya walaupun Mak Timah sakit tetapi dia tetap menjaga Pungut.

Dua nilai daripada cerpen ialah:


· nilai simpati.

Contohnya Bibik simpati terhadap Pungut dan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah.
· Nilai lain ialah nilai kerajinan.
Contohnya Mak Timah setiap hari membersihkan dan memandikan Pungut.

Jawapan

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai  satu daripada destinasi pelancongan
utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong.
Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang
maju di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut
haruslah diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik


tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.
Sebagai contoh, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu
sejuk, seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim
semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti
menggamit hati para pelancong. Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah
pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik,
sama ada di Semenanjung ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat
berharga kepada sektor pelancongan. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan
manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat dalam hati
para pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran di
negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang dan
bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa
Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar
tukaran asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di
negara ini juga tertarik oleh  kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah
Klang menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa
dan syarikat teknologi tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia
memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan
perubatannya melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf
dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan
sukan dan forum. Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat
Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf
lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai
perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen


di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan kepada
Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan
sektor pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan
ekonomi yang maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan
yang baik menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan
hampir 30 juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa
depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.

                       (Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik


Pendapatan Negara" oleh Danilah Kamarul

2. Mellisa
i. …dia menyerbu masuk ke rumah Mellisa dan menumbuk anak lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun kerana
memegang tangan Mellisa…apabila kanak-kanak itu jatuh terlentang ke tanah, Hisyam segera menarik tangan
Mellisa ke belakangnya.

ii. …kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan…kita perlu berani berterus-
terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan…kita
jangan sesekali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding
keperluan diri sendiri…tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.

Jawapan rumusan set 2 s3


SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 10 (NEGERI Sarawak – PPD LIMBANG)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan
dalam kalangan masyarakat / di negara kita / di Malaysia.

2
P2 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan semangat
kejiranan dan langkah-langkah/usaha-usaha mengatasi kemerosotan nilai kejiranan.
2
P3 Rumusan ini membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan semangat
kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan.

2
P4 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan kita. 1
P5 Petikan membincangkan punca-punca kemerosotan nilai kejiranan kita. 0
ISI TERSURAT (Punca-punca kemerosotan nilai kejiranan)
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Perubahan dalam kehidupan bermasyarakat 2
S2 Kesibukan bekerja dalam kalangan masyarakat 2
S3 Jurang status sosioekonomi masyarakat 2
S4 Sikap mengutamakan perkauman dalam kalangan masyarakat 2
S5 Sikap saling tidak mengenali antara jiran 2
S6 Sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain 2
S7 Sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat 2
S8 Faktor teknologi maklumat dan komunikasi 2
S9 Struktur dan reka bentuk perumahan moden 2
S10 Sikap individualistik dalam kalangan masyarakat 2
ISI TERSIRAT (Cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Pihak yang berkenaan mengadakan program berunsurkan kemasyarakatan dengan
lebih banyak

2
T2 Ibu bapa memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak sejak mereka masih
kecil

2
T3 Masyarakat mengetepikan kepentingan sendiri 2
T4 Setiap anggota masyarakat perlu menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan
Rukun Tetangga (RT)

2
T5 Kita berusaha untuk menjadi jiran yang baik 2
T6 Kita mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang menggores perasaan jiran 2
T7 Masyarakat saling menghormati 2
T8 Masyarakat bersikap toleransi antara satu sama lain 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, punca-punca kemerosotan nilai kejiranan dalam masyarakat perlu
diatasi agar/supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih sejahtera.

2
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk memastikan kemerosotan nilai
kejiranan dapat diatasi demi kesejahteraan masyarakat.

2
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk nilai kejiranan agar dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.

2
K4 Kesimpulannya, semua pihak harus memastikan kemerosotan nilai kejiranan dapat

Set 2 rumusan senior 3


SKEMA RUMUSAN – LATIHAN 16 (YIK)
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
dalam kehidupan manusia di dunia. (tulis di Malaysia – 1m sahaja)

2
P2 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
dalam kehidupan manusia di dunia dan tanggungjawab memelihara alam sekitar.

2
P3 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
dan tanggungjawab memelihara alam sekitar.
2
P4 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam
sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya.

2
P5 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam
sekitar dalam kehidupan manusia di dunia dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
menjaganya.

P6 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar. 1


P7 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar
di Malaysia.

1
P8 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
menjaganya.

0
P9 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar. 0
(Nota: terima pendahuluan yang lain jika bersesuaian)
ISI TERSURAT (Kepentingan alam sekitar)
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan 2
S2 penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara segar 2
S3 membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari 2
S4 dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat 2
S5 dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik 2
S6 dapat mengurangkan pemanasan global yang serius 2
S7 dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan 2
ISI TERSIRAT (masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 sikap masyarakat yang tidak mengambil berat terhadap kepentingan alam sekitar 2
T2 kos penjagaan alam sekitar sangat tinggi 2
T3 sering berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat 2
T4 sikap PBT yang tidak peka terhadap aduan rakyat 2
T5 penyelewengan yang berlaku dalam kalangan pegawai pelaksana 2
T6 sikap pengusaha yang ingin mengaut keuntungan berlebihan / kepentingan diri 2
T7 masyarakat berasa takut untuk melaporkan masalah pencemaran alam kepada pihak kerajaan 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjaga alam sekitar agar generasi masa
depan hidup dengan lebih selamat.

2
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar demi
menyelamatkan kehidupan generasi akan datang.

2
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup
generasi akan datang.

2
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar.
                                                                                                                                                               

Pada pendapat saya, masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas adalah kerana ada segelintir daripada mereka
bersifat materialistik, iaitu mereka mengharapkan ganjaran setelah menabur budi. Selain itu, ada juga antara masyarakat
kini yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh sehingga hilang nilai keikhlasan hati. Sebab lain ialah ada ibu
bapa yang tidak menerapkan nilai-nilai keikhlasan hati dalam diri anak sejak kecil lantaran kesibukan kerja menyebabkan
masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas.

(iii) Nyatakan persoalan berdasarkan pantun di atas.                                                                                                      [4


markah]

Persoalan berdasarkan pantun di atas ialah persoalan orang yang berbudi akan sentiasa dikenang serta persoalan mereka
yang berbudi akan meninggalkan nama walaupun telah meninggal dunia. Persoalan lain ialah persoalan budi yang ditabur
tetap menjadi kenangan walaupun sedikit. Akhir sekali persoalan budi yang ditabur tidak terbalas walaupun seribu tahun.

.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan alam sekitar
dan masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah kata.

Alam sekitar yang bersih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia di dunia.
Alam sekitar yang bersih akan menghasilkan suasana yang selesa dan menyamankan untuk kehidupan.
Aktiviti-aktiviti pembangunan negara akan terjejas sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik.
Amalan menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tuntutan semua pihak. Persekitaran yang bersih
sangat penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan.
Alam sekitar sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara yang
segar. Udara yang segar amat penting untuk kesihatan manusia. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuhan-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar
membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman itu akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan
aktiviti riadah secara selamat.
Alam sekitar sangat penting kerana dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat.
Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Sebagai
contoh, hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan
akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Alam sekitar terutama sumber
hutan yang tebal akan dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Selain itu,
hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi
canggih untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik.
Pemulihan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna di
dunia ini. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya
mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Kepupusan salah satu daripadanya akan
menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Keadaan ini akan menjejaskan pertumbuhan flora manakala fauna pula akan
kehilangan habitatnya. Alam sekitar yang dijaga secara terancang akan dapat mengurangkan pemanasan
global yang serius. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan
sekiranya kawasan tumbuhan hijau dapat dikawal. Beberapa buah negara di dunia termasuk negara kita
dijangka akan mengalami pemanasan global yang serius dalam tempoh 20 tahun akan datang jika
penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang.
Keindahan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. Hal ini
demikian kerana kawasan yang indah akan dapat memberi peluang kepada pelancong untuk
mengunjungi tempat-tempat menarik terutama di kawasan hutan rekreasi, air terjun, jeram, tasik, pinggir
pantai dan
taman negara. Dalam aktiviti pelancongan, kita akan mendapatkan hasil daripada pendapatan luar negara
untuk menambah sumber kewangan negara. Ini akan dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam
jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu, peluang pekerjaan
untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung akan dapat mengurangkan
pengangguran di sesebuah negara.

Kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini.
Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh
pelbagai pihak seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel,
pameran dan penerbitan bahan bercetak. Semuanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran
dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar menjadi
tanggungjawab bersama setiap generasi agar pembangunan lestari dapat dikekalkan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menjaga alam sekitar’ oleh Dr. Hazwan bin Harun, Berita Harian,
Mac, 2016)

SKEMA JAWAPAN

(i) Perubahan Emosi


- perasaannya tergugah/terkejut - mukanya merah padam
- perasaannya gementar/gugup
[Maksimum : 2
markah]
(ii) Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan;

- sentiasa membantu rakan ketika menghadapi kesulitan/membantu ketika susah


- sentiasa bertanya khabar/menelefon/menghubungi rakan
sentiasa mendoakan kesejahteraan
- memberi hadiah atas kejayaan/hari jadi - sentiasa bersedia untuk mendengar masalah/perasaan
[Maksimum : 3 markah]
(iii) Nilai

Nilai yang terdapat dalam petikan cerpen

- setia kawan Contoh: Mellisa menghargai persahabatannya dengan Hisyam


- tolong-menolong / bantu-membantu Contoh: Syahid menolong menyiarkan makalah yang
dihasilkan oleh Farid
- keyakinan Contoh: Mellisa yakin tentang anggapannya terhadap Syahid
- kerajinan/kegigihan - Contoh: Syahid rajin menghasilkan rencana untuk disiarkan dalam
akhbar.
[Maksimum : 2 markah]
Nilai daripada keseluruhan cerpen

- kasih sayang Contoh: Mellisa menyayangi Hisyam dan berjanji untuk mendirikan rumah tangga
apabila besar nanti.
- kesabaran Contoh: Mellisa sabar menyiapkan tesisnya tentang peristiwa 13 Mei 1969. - kesetiaan
Contoh: Mellisa setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam telah meninggal dunia.
- patriotisme / cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
dengan akhirnya menyertai angkatan tentera.
- keberanian Contoh: Pada zaman kanak-kanak, Hisyam berani melindungi Mellisa daripada
diganggu oleh seorang anak lelaki Inggeris. -
perpaduan Contoh: Peristiwa 13 Mei berlaku akibat tiadanya perpaduan antara masyarakat.

You might also like