You are on page 1of 3

Latihan 1:

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.


“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata
Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya. Ani meminta penerangan tentang
rancangan yang ditanya Salleh. Salleh menjelaskan kepada Ani tentang rancangan
Ani mendaki gunung yang diberitahu Ani dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan
itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan
menyokong rancangan Ani. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat
karibnya itu.

Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang…”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti
mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu…”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi. Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk
tak ada,” jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.

Ani menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan. Tok Yahya
menjelaskan kepada Ani bahawa Ani tidak boleh tinggal di sini kerana bahaya sambil
meneliti mata belolok Ani. Ani merengek lagi mengatakan dia tidak mempunyai
sesiapa. Tok Yahya mengiakan kata-kata Ani. Ani hampir meraung menjelaskan
bahawa Ani tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana takut bom akan jatuh lagi.
Tambahan pula, datuk Ani sudah meninggal. Tuk Yahya memujuk Ani dengan
memberitahu Ani bahawa Ani masih mempunyai Tuk Yahya dan comot.

Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang
masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan
duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya
yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Nizam bertanya kepada Salim yang kelihatan muram tentang masalah Salim. Salim
dengan perasaan sayu memberitahu Nizam bahawa Cikgu Khairul bertanya tentang
yuran peperiksaan yang masih belum dibayar. Nizam terkejut dan hairan kerana Salim
mempunyai biasiswa tetapi duit biasiswa itu tidak digunakan untuk membayar yuran.
Salim menjelaskan bahawa duit biasiswa itu telah gunakan untuk perbelanjaan
rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan
Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya. Salim
enggan dan takut untuk berjumpa Cikgu Khairul kerana Salim mengatakan bahawa
beliau merupakan seorang guru yang amat garang.

Latihan 4:
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas. Memang pedas……… tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.
Mawi kagum dengan keenakan mi itu lalu bertanya akan nama mi tersebut. Felix
memberitahu Mawi bahawa nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengatakan dia tahu
bahawa mi itu pedas dan bertanya sekali lagi akan nama mi tersebut. Felix menjawab
bahawa nama mi yang pedas itu ialah Mi Pedas menurut Si Dollah. Mawi mengiakan
jawapan Felix lalu bertanya kepada Felix tentang kebenaran tujuannya masuk ke
kedai itu semata-mata untuk makan Mi Pedas sahaja. Felix mengiakan dan
menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

Latihan 5:
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-
samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Norhayati bertanya kepada Norsyikin tentang sebab dia tidak datang ke sekolah
semalam. Syikin meminta maaf lalu menjelaskan bahawa semalam dia mempunyai
hal di rumah. Norhayati bertanya akan hal tersebut dan meminta Syikin menceritakan
perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung
kesusahan kerana mereka sudah lama berkawan. Syikin menjawab bahawa ibunya
sakit.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Latihan 1:

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai
pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta
seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad
pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang
faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.

Kamariah : Negara Malaysia memang banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad : Betul. Negara ini ada pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
Aziz : Ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Pada pendapat saya,  mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya
promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan haruslah memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad : Selain itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah : Betul.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam
keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak
berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah
mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja
kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya
bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak
Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia
berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Mak Limah : Abang tergesa-gesa mahu keluar ke mana?


Pak Usop : Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Makanlah nasi ini dahulu walaupun sibuk dengan kerja, nanti kelaparan.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Selepas berhenti kerja mahu kerja apa?
Pak Usop : Abang hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli
sebuah bas.

You might also like