You are on page 1of 5

Nama: Kelas:

TUTORIAL 3 (26 JULAI 2021)


BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
(SOALAN 6: PETIKAN UMUM)

TEKNIK & PETUA

1. Anda hendaklah membaca setiap bahan sama ada Bahan 1, Bahan 2, atau Bahan 3 dengan
telitinya untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh dengan baiknya dan jelasnya.

2. Anda digalakkan untuk membaca soalan sepintas lalu sebelum membaca petikan supaya
pembacaan anda lebih berfokus.

3. Teliti kehendak soalan dan baca bahan-bahan yang diberikan semula dan gariskan frasa atau
bahagian yang mempunyai jawapan

4. Soalan (i) maksud literal:


- Cari kedudukan rangkai kata berkenaan dalam bahan yang berkaitan dan tentukan
maksudnya (perkataan yang sinonim) berdasarkan konteks ayat dan petikan tersebut
secara keseluruhan.
- Tulis jawapan anda dengan lengkap. Contoh: Rangkai kata ______ bermaksud ______.

5. Soalan (ii) beza banding/ pemindahan maklumat


- Anda perlu mengemukakan jawapan pemahaman yang terdapat dalam setiap bahan.
- Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk memperlihatkan kesinambungan antara
jawapan.
- Anda mestilah mengemukakan jawapan betul dengan isi yang cukup dan ayat yang
gramatis untuk memperoleh markha penuh.
- Soalan 3 markah beri 2 isi minimum, soalan 4 markah beri 3 isi minimum.

6. Soalan (iii) KBAT/ pemikiran kritis/ pendapat


- Anda diminta untuk supaya memberikan pendapat atau pandangan berkaitan dengan
isu yang dikemukakan dalam soalan.
- Kemukakan pendapat atau pandangan yang munasabah serta berkaitan dengan
kehendak soalan.
- Jumlah isi bergantung dengan jumlah markah.

7. Soalan (iv) KBAT/ penyelesaian masalah


- Kemukakan jawapan yang logik dan rasional dengan masalah yang dikemukakan
- Tulis jawapan dalam ayat yang lengkap dan gramatis. Ambil sebahagian daripada ayat
dalam soalan, diikuti dengan kata hubung atau pemeri, seterusnya gabungkan dengan
jawapan yang sebenarnya.
- Jumlah isi bergantung dengan jumlah markah.

8.
LATIHAN 1

Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang dan


mendatangkan keuntungan yang besar dalam bentuk tukaran mata wang asing serta
menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Pelancong yang datang dari negara luar
menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh
berbelanja di sini.
Sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Hal ini
disebabkan pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan,
makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, jurupandu pelancong dan
perkhidmatan yang lain.
Selanjutnya, pelancongan juga turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan
yang aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam
modal di negara ini. Industri pelancongan bukan hanya untuk pelabur yang berkaitan
dengan aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusaha taman tema, dan
pengusaha pusat beli-belah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Industri Pelancongan di Malaysia’ oleh Ahmad Zamane Omar,
tourismahmadzamane.wordpress.com, 1 Ogos 2016

Bahan 2

Pada hakikatnya, pembukaan Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada pertengahan


tahun 2019 yang lalu telah mengubah corak kedatangan pelancong ke negeri itu yang
sebelum ini hanya tertumpu di kawasan pulau peranginan. Dengan adanya ikon baharu
ini, pastinya produk pelancongan di kawasan daratan, khususnya di Kuala Terengganu
dapat menumpang tuah kedatangan pengunjung yang mahu melawati jambatan angkat.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan pelancong di daerah itu
hingga mendorong berlakunya pertambahan tempahan bilik penginapan. Maka, tidak
hairanlah kedatangan pelancong dari dalam dan dari luar negara ke negeri ini semakin
meningkat, dengan jumlah 5.3 juta pelancong pada tahun 2019 berbanding dengan 4.8 juta
pelancong pada tahun 2018. Ternyata kedatangan pelancong ke negeri ini melimpahkan
rezeki kepada peniaga atau pengusaha tempatan yang terlibat dalam sektor pelancongan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Jambatan “Tuah” Masyarakat Terengganu’ oleh Muhammad Lutfi Zaid,
Dewan Budaya, Bil 7, 2020
Bahan 3

Satu daripada sektor ekonomi yang mendapat perhatian utama oleh pihak kerajaan ialah
sektor yang berasaskan perindustrian, termasuklah industri pelancongan. Industri
pelancongan telah menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan
pertukaran mata wang aing di sesebuah negara. Dalam hal ini, Malaysia berjaya
meletakkan diri setanding dengan negara lain.
Selain itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik
lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini bersangkut paut dengan keunikan penduduk
Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sumbangan Sektor Pelancongan’ oleh Michelle Toi Tze Ching,
Dewan Siswa, Bil 8, 2015

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menumpang tuah. [2 markah]

Berdasarkan Bahan 2, menumpang tuah bermaksud ______________.

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan-kepentingan industri pelancongan


kepada sesebuah negara. [4 markah]

Berdasarkan semua bahan, antara kepentingan industri pelancongan kepada


sesebuah negara termasuklah (Bahan 1) _____________________. Selain
itu, kepentingan pelancongan ialah (Bahan 2) ________________________.
Seterusnya, industri pelancongan dapat (Bahan 3) _____________________.

(iii) Ekopelancongan merupakan produk pelancongan yang semakin popular.


Pada pendapat anda, apakah impak ekopelancongan terhadap ekonomi, sosial dan alam
sekitar? [3 markah]

Pada pendapat saya, antara impak ekopelancongan terhadap ekonomi, sosial


dan alam sekitar termasuklah __________________________. Selain itu,
ekopelancongan turut memberikan impak iaitu ________________________.
Seterusnya, keadaan ini menyebabkan ____________________________.

(iv) Kelab pelancongan dan rekreasi sekolah anda akan menjalankan aktiviti ekspedisi dan
eksplorasi ke sebuah kawasan ekopelancongan yang popular.
Sebagai ketua kumpulan aktiviti ekspedisi dan eksplorasi tersebut, cadangkan langkah-
langkah yang akan anda ambil sebagai persediaan bagi menjayakan aktiviti tersebut.
[4 markah]

Sebagai ketua kumpulan aktiviti ekspedisi dan eksplorasi tersebut, langkah


pertama yang akan saya ambil sebagai persediaan bagi menjayakan aktiviti
ini ialah __________________________________. Selain itu, saya akan
___________________________________________________. Seterusnya,
saya akan _________________________________________________.
LATIHAN 2

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum


dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.
Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff
berkata, kunci kepada perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum antaranya adalah
dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, dalam kehidupan
masyarakat majmuk yang diamalkan di negara ini, semua pihak perlu memahami asal
usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap bangsa.
“Sekiranya kunci ini disematkan dalam dada setiap insan yang berada di bumi bertuah ini,
sudah pasti keharmonian dapat berkekalan.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir golongan yang bersikap dan
bersifat ekstremis yang bertindak menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api
perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan
peribadi,” Menurut beliau lagi sekiranya semua rakyat berpegang kepada kunci tersebut
maka golongan yang sering mencetuskan perkauman dapat dibendung.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Perpaduan Kunci Keharmonian’ oleh Syajaratulhuda Mohd Rosni,
Sinar Harian, Feruari 2020

Bahan 2

Mahasiswa perlu menjadi penggerak dalam memperkasakan semangat integrasi nasional


dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan penyatuan erat masyarakat berbilang kaum
di negara ini.
Walaupun kebelakangan ini sering kali tercetusnya isu yang boleh mengeruhkan
hubungan antara kaum, mahasiswa perlu rasional dengan membuat penilaian bijak agar
persengketaan yang berlaku tidak berlarutan lama sehingga menjejaskan keharmonian dan
kestabilan negara.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pulau Pinang, Amirul Muhamad Afif berkata, sebagai golongan intelektual dan
berpelajaran, mahasiswa tidak seharusnya terlalu taasub dalam sesuatu perkara
terutamanya apabila timbul persengketaan yang melibatkan perbezaan fahaman serta
pendapat. Menurutnya, isu perkauman, agama dan politik sempit sering menjadi modal
tercetusnya ketegangan dan sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan berhemah boleh
mengundang kehancuran sekali gus merugikan masa depan golongan muda.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Mahasiswa penggerak usaha perkasakan integrasi nasional”
oleh, Amirul Muhamad Afif, Sinar Harapan, Februari 2020

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyemarakkan api perkauman. [2 markah]


(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan usaha mengekalkan keharmonian
negara? [3 markah]

(iii) Dewasa ini, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sangat dititikberatkan dan
dipelihara oleh pelbagai pihak agar keadaan negara dalam keadaan harmonis.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak
untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu? [3 markah]

(iv) Keluarga anda akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya
Aidil Fitri. Majlis tersebut akan diadakan di kawasan perumahan tempat tinggal
keluarga anda yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
Cadangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada anda dan keluarga anda lakukan ketika
majlis rumah terbuka diadakan supaya majlis tersebut berjalan lancar. [4 markah]

You might also like