You are on page 1of 6

LATIHAN 1

Bahagian A (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan pusat sumber sekolah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pusat sumber merupakan satu sistem yang tersusun dan berpusatkan pelajar,
fleksibel serta mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi pusat sumber kepada
pelajar, prasarana itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri
selari dengan kehendak penggunanya, khasnya guru dan pelajar. Dalam pengajaran
bahasa, pusat sumber berfungsi sebagai tempat untuk merujuk kepada koleksi
pemelajaran kendiri pelajar seperti buku.

Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa, , seseorang guru


boleh memberi suatu tugasan, sama ada secara individu ataupun kumpulan dan
menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan. Dalam hal tersebut, pelajar akan
mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada di pusat sumber
untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Namun demikian, peranan pusat sumber amat berbeza. Peranan pusat sumber
bukanlah semata-mata untuk memberikan kemudahan pengajaran yang utama, tetapi
berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah pengajaran
yang berlainan. Terdapat juga sesetengah pusat sumber yang mengadakan pameran
untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang bahasa. Guru dan pelajar yang
menjadi ahli kelab bahasa dapat turut serta dalam pameran tersebut. Selain pameran,
aktiviti lain dapat juga dilakukan dalam bentuk kuiz, permainan, soal jawab,
perbincangan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu.

Selanjutnya, pusat sumber boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan


pembelajaran. Penukaran suasana ini, dapat membantu pelajar untuk merangsang
minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza. Jika diamati, biasanya
suasana pusat sumber jauh lebih kondusif berbanding bilik darjah. Kadang kala di pusat
sumber terdapat kemudahan seperti komputer, projektor paparan hablur cecair dan
televisyen. . Oleh itu, kewujudan pusat sumber sekolah sedikit sebanyak membantu
tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran mereka. Tuntasnya,
peranan pusat sumber hendaklah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa sejajar
dengan kepentingannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


‘Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa’ Pelita Bahasa, Mei 2009)
Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “lebih kondusif”? [ 2 markah ]


2. Berdasarkan petikan, nyatakan kaedah yang boleh dilakukan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber?
[ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk menarik minat
pelajar ke pusat sumber [ 4 markah ]
LATIHAN 2

Bahagian A (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-
tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh tempat
peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau
Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat banyak
terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu, tempat tersebut
tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu layar dan scuba.

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara.


Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan
modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih meluas.
Keadaan ini menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia dalam
industri pelancongan. Secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pendapatan
negara.

Selain itu, tempat-tempat yang menarik di Malaysia merupakan daya tarikan


kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh memperkenalkan
budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata dunia. Di samping itu,
industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampong.
Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi pekerjaan kepada penduduk
kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul, rotan, dan tikar mengkuang.
Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu,
kedatangan pelancong juga menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan
hal ini dapat memajukan industri perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan
bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen
Budi Bahasa Budaya Kita. Usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan
pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan infrastruktur yang lebih
baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


“Faedah Industri Pelancongan” Dewan Siswa, Mei 2007)
Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “mendatangkan faedah”? [ 2 markah ]


2. Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Malaysia menjadi tempat
pelancong yang menarik? [ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan industri
pelancongan? [ 4 markah ]
LATIHAN 3

Bahagian A (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang faedah-faedah menguasai bahasa pertama . Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 Patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Bahasa pertama ialah bahasa yang diperoleh secara semula jadi sejak seseorang Itu
kecil lagi. Bahasa pertama terdiri daripada bahasa ibunda atau bahasa lain yang diperoleh hasil
pendedahan daripada bahasa yang dituturkan oleh keluarga seseorang kanak-kanak itu.
Menguasai bahasa pertama mempunyai pelbagai kelebihan. Sejajar dengan itu, program
sesuatu bahasa pertama tidak terlepas daripada memberikan penekanan terhadap aspek
kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa. Di samping itu, tujuan
menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan
mengamalkan nilai hidup yang murni.

Penggunaan bahasa pertama juga membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya


Melayu ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hal ini sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang bertujuan melahirkan warganegara yang
berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung akan
mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan hidup harmoni.

Pada masa yang sama, penguasaan bahasa pertama juga dapat melengkapi seseorang
murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Hal ini demikian kerana
dengan menguasai bahasa pertama seseorang itu akan dapat memenuhi keperluan diri,
menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan urusan harian. Contohnya, dalam negara
yang berbilang bangsa seperti Malaysia penggunaan bahasa pertama amat diperlukan. Di
negara Korea, Jepun dan Rusia, penggunaan bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa
untuk menguasai ilmu bagi melebarkan ilmu pengetahuan moden.

Pada keseluruhannya , dengan menguasai bahasa pertama, seseorang itu dapat


mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran
seseorang. Tanpa bahasa seseorang tidak dapat memenuhi keperluan interaksi sesama
mereka. Malahan , penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan dan
kecekapan komunikatif dalam kalangan murid. Keupayaan komunikatif merangkumi
keseluruhan fungsi bahasa yang meliputi komponen makna dan linguistik. Pelbagai kajian
menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik
dalam bahasa ibundanya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah Menguasai


Bahasa Pertama’ ,Pelita Bahasa, Februari 2008)
Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A (i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata memenuhi keperluan?


[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan
pada murid-murid?
[4 markah]

3 Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan
penguasaan bahasa dalam kalangan murid?
[4 markah]

You might also like