You are on page 1of 2

15

PELAJARAN 6 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT


(Surah Al Fatihah : 1 - 7)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid


MAKSUD PETIKAN AYAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha     
Pengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah swt Tuhan yang     
memelihara dan mentadbirkan sekelian alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani   

Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (Hari    
Akhirat)

Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami sembah dan     
hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus    

Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada      
mereka ,bukan (jalan) orang yang Engkau murkai,
danbukan pula (jalan) orang yang sesat.     

2. Hukum bacaan Al Fatihah dalam solat : Wajib

3. Kepentingan ucapan BASMALAH:


Mengajar kita supaya melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah swt

4. Kepentingan ucapan ALHAMDULILLAH


Kata-kata pujian yang dikhususkan bagi Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta dan
mentadbir alam.

KUNCI ILMU : Nama-nama lain bagi surah Al Fatihah:

Al Quranul Adzim Al Hamdu Al Wafiah As Syukru


Fatihatul Kitab Al Ruqyah Al Waqiah As Syifa
As Sab’ul Mathani Ummul Kitab Al Kanzu As Solah

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


16

5. Maksud petikan ayat daripada surah Al Fatihah:

MAKSUD PETIKAN AYAT

     


Pujian kepada Allah swt
    

  

Beriman kepada hari Akhirat    

Memohon pertolongan hanya     


kepada Allah swt

Jalan yang diredai Allah swt    

   

     

6. Pengajaran Ayat :-
- Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca ‘Basmalah’
untuk mendapat keberkatan.
- Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ untuk
mensyukuri nikmat kurniaannya.
- Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah SWT pada hari kiamat
sebagai motivasi untuk beramal soleh dan menghindari kejahatan.
- Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT bagi menghindari
perbuatan syirik
- Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah SWT agar istiqamah
beramal dengan ajaran Islam

SOALAN KBAT:

Surah Al Fatihah satu-satunya surah yang wajib dibaca oleh setiap muslim
dalam solat.
Huraikan pandangan anda tentang hikmah di sebalik pensyariatan ini kepada
kehidupan umat Islam.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM

You might also like