You are on page 1of 10

PENDIDIKAN

SENI VISUAL
TINGKATAN 1
BAB 4 : BENTUK

PDPR 30/7/2021
MAKSUD BENTUK
 Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
 Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

a) Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh,
dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b) Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui
lukisan atau catan.
CONTOH-CONTOH BENTUK
 penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

 bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan


1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu
permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang
bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 
CIRI-CIRI BENTUK
1) Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2) Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan
tepat dan sempurna
3) Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4) Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
JENIS-JENIS BENTUK
A. Bentuk Konkrit

 Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihatdaripada
pelbagai sudut.
 mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
 Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
 bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
 Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
 Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
 Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor
terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi Teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"


MEMBINA BENTUK
KONKRIT
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)

2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi)

3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun,
batu, kaca dan sebagainya.
Bentuk yang dihasilkan
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik potongan dan lipatan daripada bahan tanah
anyaman dapat menghasilkan bentuk kadbod mecipta bentuk kotak liat
konkrit

penggunaan kertas yang lipatan-lipatan kertas Seni origami


disulam dan dilipat mencipta bentuk konkrit
menghasilkan bentuk
bentuk dicipta daripada penggunaan kaca juga dapat
plaster of paris menghasilkan bentuk Penggunaan bahan lilin

Ukiran bentuk arca menggunakan


sabun

You might also like