You are on page 1of 7

BAB 4: BENTUK

1. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu


permukaan.

2. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi


iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk
gambar)

Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang


digambarkan melalui lukisan atau catan.

3. Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik bentuk tangan dihasilkan melalui


lukisan teknik lukisan

4. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih


daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D).

5. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan


karya seni yang bersifat realistik.

6. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi


menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

7. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan
mata.
8. Ciri-ciri bentuk

Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar


dan kedalaman.

Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan


membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna.

Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu


permukaan.

Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

9. Jenis-jenis Bentuk

Bentuk Konkrit

i. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa,


disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.

ii. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di


hadapan mata)

iii. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu,


meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit - meja bentuk konkrit - bola

Bentuk Ilusi

i. Merupakan bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran


penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-
lain.

ii. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan,


catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat
dua dimensi).

iii. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati


melalui deria penglihatan.

iv. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta


bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan
faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer bentuk ilusi teknik catan


grafik
Vincent Van Gogh 'Still Life"

10. Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

i. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali),


lingkaran (dawai)

ii. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni


origami), teknik lipatan kain (topologi)

iii. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat,


plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu potongan dan lipatan kadbod


daripada teknik anyaman dapat mecipta bentuk kotak
menghasilkan bentuk konkrit
penggunaak kertas yang disulam lipatan-lipatan kertas mencipta
dan dilipat menghasilkan bentuk bentuk konkrit

seni origami bentuk yang dihasilkan daripada


bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of penggunaan kaca juga dapat


paris menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin ukiran bentuk arca menggunakan
sabun

AMALI SENI:

BAB 3: BENTUK

Hasilkan mana-mana bentuk origami berikut atau origami yang lain


(mengikut kreativiti masing-masing) dengan menggunakan kertas warna,
kemudian, masukkan origami anda ke dalam plastik jernih dan tampalkan
pada kertas lulkisan masing-masing.

You might also like