You are on page 1of 7

BAB 2: GARISAN

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik atau satu deretan titik yang
bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.

sambungan siri titik-titik membentuk garisan

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang


bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga
terbina satu objek.

3. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan
untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

garisan bulatan utama bagi menyambung garisan-garisan


melakar struktur badan seekor berikutnya bagi struktur leher dan
ayam kepala

seterusnya menambah garisan dengan mengenalpasti arah


pada ekor dan kaki cahaya dan jalinan, maka
terbentuklah lakaran seekor ayam
4. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia

a. Contoh garisan pada sumber alam:

garisan pada titis hujan garisan pada urat daun

Garisan pada kulit harimau Garisan pada sarang labah-labah

b. Contoh garisan pada objek buatan manusia:

garisan pada anyaman tikar garisan pada bangunan


Garisan pada pagar rumah Garisan pada rim basikal

5. Jenis-jenis garisan:

Garisan halus Garisan tebal

Garisan beralun Garisan berpancar

Garisan berlingkar Garisan berserabut

Garisan berbulu Garisan putus-putus

Garisan zig-zag Garisan titik-titik


6. Fungsi garisan:
a. Garisan menimbulkan rupa

Garisan menghasilkan rupa

b. Garisan menimbulkan bentuk

Garisan menghasilkan bentuk

c. Garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menimbulkan ilusi ruang,


cahaya dan bayang
d. Garisan mewujudkan ruang

e. Garisan menghasilkan jalinan


Garisan menghasilkan jalinan

f. Garisan menghasilkan motif pada reka corak

Garisan yang mencipta corak

g. Garisan mewujudkan ton

h. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid

7. Garisan, Ton dan Ruang:

Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala


garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.

Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah


manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang
gelap.

Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh


manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang
hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan perbezaan jarak garisan juga boleh
boleh membezakan ruang yang membezakan ton yang cerah dan
jauh/belakang dan dekat.hadapan ton gelap

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah


menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau
kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan
pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

8. Aplikasi garisan dalam Karya Seni:

Penggunaan garisan dalam karya Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri
lukisan Topeng
Karya teknik resis / ikat dan celup karya tenunan juga mencipta
jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
garisan

Aplikasi garisan dalam seni arca Garisan tampak jelas pada karya
anyaman

You might also like