You are on page 1of 2

Unsur Seni - Garisan

1. Garisan merupakan cantuman satu siri titik².


2. Garisan merupakan unsure seni terpenting dalam aktiviti melukis,
menggambar dan menulis.
3. Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan
atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.
4. Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen
memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat
memberi kesan garisan kasar.

Garisan halus Garisan tebal Garisanberalun

Garisan berduri Garisan bergerigi Garisan bepancar

Garisan berbulu Garisan berbiji Garisan berlingkar

Garisanputus-putus
Garisan zigzag Garisan berserabut
5. Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan
manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk
asalnya.Contohnya:
a. Pokok(garisan tebal)
b. ranting pokok( garisan kasar)
c. Urat daun(garisan nipis)
d. Titik hujan(garisan putus-putus)
e. Cendawan ( garisan berpancar )
f. Benang ( garisan berbulu)
g. Jejari roda basikal( grisan berpancar)
h. Racun nyamuk ( garisan berlingkar)
i. Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus)
6. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
a Garisan melintang -Memberi gambaran tenang
b. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
c. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
d. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga
7. Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan
garisan berulang-ulang.contohnya Garisan berlingkar - Garisan
beralun -Garisan bergetar

8. Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan


ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang
berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah

You might also like