You are on page 1of 24

Nota Seni

ASAS SENI REKA


A. UNSUR SENI

1. Garisan

- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai


jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.


Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka
wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula
dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama menyambung garisandengan mengenalpasti


bagi melakar struktur
garisan berikutnya bagi
arah cahaya dan
badan seekor ayam
struktur leher dan kepala
jalinan, maka

seterusnya menambah
garisan pada ekor dan
kaki

terbentuklah lakaran
seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:


-Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta,
corak fabrik, jala,
penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar


bangunan

garisan pada

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:


- Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali,
urat-urat daun, ombak
di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit
kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan


garisan pada kulit harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri

garisan pada urat daun

Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa


menimbulkan ilusi ruang,

garisan menghasilkan bentuk

garisan

cahaya dan baying

garisan menghasilkan jalinan


garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak

Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal
akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan
yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan
yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang


jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh


membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah
menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti
yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang
lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj

6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

penggunaan garisan dalam karya lukisan


Yusuf Ghani, Siri Topeng

Teknik Catan oleh

karya teknik resis / ikat dan celup jelas


juga mencipta garisan
memperlihatkan kesan-kesan garisan

aplikasi garisan dalam seni arca


pada karya anyaman

karya tenunan

garisan tampak jelas

2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu
dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan

b- Rupa negative ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.


Contoh-contoh Rupa :
RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA

A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan
permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan


rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga
segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri
dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa

geometri
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur
sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan

rupa organik
rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak


Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara
tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulangulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif
dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang
dalam susunan tertentu.
Contoh contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak :

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak


1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah
syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa


mata
bunga dan daun

logo daripada huruf


logo jenis representasi

logo simbol daripada rupa

jenis logo huruf

F. Rupa dan Muka Taip


Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san
serif( tidak berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif


serif

muka taip

muka taip san serif


hiasan

muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip


rupa muka taip

contoh-contoh rekaan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

karya yang
berasaskan rupa muka taip

3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh
disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan
melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk :

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan


melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada
satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya
seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan
bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau
isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat
daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.

bentuk konkrit meja


konkrit - bola

bentuk

B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan
unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi,
cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria
penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan
kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik


teknik catan

bentuk ilusi

Vincent Van Gogh 'Still Life"


Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran
(dawai)
2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami),
teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris,
kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada


potongan dan lipatan kadbod
anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
mecipta bentuk kotak

teknik

penggunaak kertas yang disulam dan


mencipta bentuk konkrit
dilipat menghasilkan bentuk

seni origami

bentuk dicipta daripada plaster of paris


menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas

bentuk yang dihasilkan daripada


bahan tanah liat

penggunaan kaca juga dapat

penggunaan bahan lilin


arca menggunakan sabun

ukiran bentuk

4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti
kolaj, arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai
dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
Contoh-contoh Jalinan :
Jalinan

Apa Itu Jalinan?


1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda,
seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit
kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan
tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok


harimau belang

jalinan pada kulit

jalinan pada kulit siput


Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi :

rekahan pada tanah


jalinan berduri pada kulit

jalinan kasar pada permukaan batu

durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia :

jalinan pada langit-langit rumah


Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan
seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa
teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang


motorsikal

Jalinan Sentuh - tayar

2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa
melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut
hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding


tembikai
Fungsi Jalinan

Jalinan Tampak - kulit

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda


belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding

corak
4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit
syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel
atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi
mendapat kesan jalinan.

capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan
bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang
bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup


menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat
bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan
getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye
mengikut warna yang dikehendaki

pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke
dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada
permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan
ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan
sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh
dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau
rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti
lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF

Ruang dan Perspektif


1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek
tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau
kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan
ilusi 3 dimensi melalui 3 cara :
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan
menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap


Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah
bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap


Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang
tinggi

6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna lain)

b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning,
Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru)
c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga,
selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada
terang kepada gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada
roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah
dsb)
b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni
yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan
yang berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau
ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan
mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan
bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

You might also like