You are on page 1of 48

Warna

Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikut
situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu
sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama
lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna.

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas
Warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan
warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya.

Warna Sekunder
Warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

1. Juga dipanggil warna kedua


2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru
Warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
Warna Panas & Warna Sejuk

Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga,
merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

Warna Sejuk
1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi,
kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti laut dan langit

Suhu Warna
1.Suhu warna merujuk kepada kesan pancaran cahaya panas atau cahaya sejuk

2.Warna panas (merah, kuning dan jingga) ialah warna yang mempunyai kesan terang atau panas
dan kurang selesa atau dipandang. Warna panas mempunyai nilai kehebatan tinggi.

3. Warna sejuk (hijau, biru dan ungu) ialah warna yang member kesan redup, selesa dan tenang
mata memandang. Warna sejuk memiliki nilai kehebatan rendah.

Ton Warna
1.Ton warna ialah nilai terang atau gelap sesuatu warna tertentu.

2.Ton warna dihasilkan dengan mencampurkan sesuatu warna dengan warna hitam atau putih.

3.Ton warna semakin gelap terhasil dengan mencampurkan warna hitam

4.Ton warna semakin cerah terhasil dengan mencampurkan warna putih

Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:


Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik,
jala, penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar


ii. Contoh Garisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di
lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
Jenis-jenis Garisan

1. Garisan halus 7. Garisan bersudut-sudut


2. Garisan tebal 8. Garisan bergerigi
3. Garisan beralun 9. Garisan berbiji
4. Garisan berpancar 10. Garisan berbulu
5. Garisan berlingkar 11. Garisan putus-putus
6. Garisan berserabut 12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa


garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan


garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak


Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan
ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan
menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan
dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih
tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah
menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
RUPA
A. Pengenalan
 Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
 Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
 Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan
lain-lain rupa yang bersudut.
 dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-
ukuran tertentu
rupa geometri

2. Rupa Organik
 Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
 Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif


 Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
 Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif

rupa negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak


 Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau
luakan ( pengurangan ).
 Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak
dan kedudukan tertentu.
 Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa
negatif.
 Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan
tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak


Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo


 Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan.
 Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

F. Rupa dan Muka Taip


 Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
 Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
 Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak
berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif


muka taip serif

muka taip san serif


Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat,
dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau
catan.

Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman


2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan
tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada
pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja


B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik catan


Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun,
batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:


a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan
catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan
seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan
batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti
capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan
seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil
dan sebagainya.

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang


2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
4. Pengaliran air dan udara

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu.
Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan
dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup


menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah
dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di
titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi
cat tersebut.

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta
kesan jalinan sentuh

kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-
bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam
sesuatu objek.

-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:


a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF

Ruang dan Perspektif

1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada
jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang
mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi
melalui 3 cara

a. Perspektif 1 titik lenyap


b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan
menjadi besar apabila hampir dengan kita.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap

Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah
yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyapBiasanya digunakan semasa menghasilkan


lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual

1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan

4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan
‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-
ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap
sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna
yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
1. Harmoni

* Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika tedapat ciri-ciri yang
bercanggah.
* Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman , tenang , teratur
dan damai.
* Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni
dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna

pada pandangan.

2. Kontra

* Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan atau


bercanggahan dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri
yang bertentangan akan menimbulkan perbezaan.
3. Penegasan

* Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu


yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
*.Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang.
*.Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam
sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.
*Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih
terhadap unsur seni tersebut.
4. Imbangan

* Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat , tarikan , dan
tumpuan perhatian.
*Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata pada hasil karya dengan
tidak membiarkan ruang kosong yang ketara.
*terdapat dua jenis imbangan :

1. Imbangan simetri – wujud apabila unsur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan
kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama. Aplikasi imbangan
simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.

2.Imbangan tidak simetri – wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur
yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya
5. Irama dan pergerakan.

* Irama dan pergerakan ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan
susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni
Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
*Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistikterhadap sesuatu gubahan.
*Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

6. Kesatuan.

* Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik.
*Penggabungan ini selalunya menjurus kepada tema dan idea yang sama yang
Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
*Fungsi Kesatuan

a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna.


b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa
c. Menjadikan karya lebih menarik.
d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.

CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.


7. Kepelbagaian

* Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai


gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai
gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.
* Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.
* Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat memberi
gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.
*Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat
menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih menarik,
menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang
lebih hidup dan realistik.
Makna Seni Halus

Lukisan yang menggunakan pensil & arang


Seni halus itu dapat ditafsirkan sebagai kegiatan melahirkan perasaan dan idea melalui rekaan
seni yang berbentuk lukisan, catan, cetakan dan binaan arca. Rekaan seni halus biasanya
dipamerkan di galeri seni, ruang tamu, dewan dan pelbagai tempat awam.
Karya lukisan (drawing) biasanya dilukis diatas permukaan kertas yang rata dengan
menggunakan arang, pensil, atau pena. Lukisan dihasilkan berasaskan tema yang dilukis secara
lakaran, lorekan, sapuan dan gosokan seperti bentuk model yang digunakan. Katakan jika model
yang digunakan beberapa biji buah dalam bakul, maka lukisan yang dihasilkan juga menggambarkan
benda yang sama. Ketika proses menghasikan karya itu pelukis akan menggabungkan perasaan, idea
dan imajinasi didalam karyanya. Kerana itu jika model yang sama dihasilkan oleh sepuluh orang
pelukis, maka kita dapat sepuluh lukisan yang berbeza dari segi bentuk, sudut pandangan, gaya
lorekan dan teknik sapuan yang digunakan. Keindahan sesuatu lukisan bergantung kepada kehalusan
serta ketelitian kerja yang dilakukan oleh pelukis.
Tema: Kota Melawati : Teknik Lukisan, yang menggunakan arang,
catan yang menggunakan warna akrilik, tema- pertarungan
Catan biasanya dilukis dengan menggunakan bahan bewarna seperti cat air atau cat
minyak. Cat air menggunakan kertas sebagai tapak karya. Manakala Cat Minyak menggunakan kain
kanvas yang dicat dengan undercoat, yang di regang pada pemidang kayu. Tiap karya catan dilukis
berasaskan tema seperti lanskap, binatang, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Yang membezakan
sesuatu karya catan itu adalah disebabkan kehalusan kerja seni yang dihasilkan oleh pelukis
melalui olahan teknik, tema, serta media cat yang digunakan. Beberapa pelukis agung Eropah yang
pernah menghasilkan karya yang hebat seperti Leodardo da Venci dengan catan Mona Lisa, Albert
Durer dengan cat air 'The Great Piece of Turf'. Di Malaysia diantara pulukis cat air yang
terkenal seperl Razali Buyong, Husssein Enas, Abdulah Arif , Tay Hoi Keat dan lain-lain lagi.
Cetakan adalah karya seni halus yang dihasilkan melalui terapan blok atau plat di atas
permukaan kertas, kain dan sebagainya. Seni ini telah berkembang di Eropah sejak abad ke 14.
lagi .Terdapat beberapa jenis plat yang digunakan untuk menghasilkan imej cetakan seperti kayu,
logam, getah, lino, playwood dan sebagainya. Untuk menghasilkan imej diatas permukaan plat ia
dilakukan dengan cara mengguris, mengukir, memotong, menebuk dengan pelbagai teknik supaya
menghasilkan imej yang cantik dan menarik.
Arca adalah karya seni halus yang berbentuk binaan. Karya arca boleh dinikmati dari
pelbagai sudut.Sejarah awal seni halus arca telah bermula sejak 4500 yang lampau dengan
penemuan patung CYCLADIC di sebuah pulau di Laut Aegean. Pelbagai teknik digunakan untuk
menghasilkan arca, seperti dengan cara memotong, mengukir, mengikat, menambah, mensepuh dan
sebagainya. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan arca seperti batu, kayu, besi,
kertas, logam dan sebagainya. Arca boleh dihasilkan secara statik, digantung atau bergerak.
SENI HALUS
A. LUKISAN

1. Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen,
pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan

2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak,
garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran

3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

B. CATAN

1. Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat
kilat)

2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal
ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme,
Ekspressionisme dan Kiubisme
- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme

3. Aliran seni lukis / gaya catan


a- Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar
b- Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan
c- Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan
d- Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic
f- Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan
ilusi 3 dimensi
g- Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan
h- Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial
i- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej
gerak pada penglihatan
4. Teknik Catan
a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau
palet ke atas kanvas
b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan
berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat,
menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar
untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan
tertentu
g- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya
untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca

C. ARCA

1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai

2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti
patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

3. Bahan binaan arca


- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan
tersebut

4. Teknik membina arca


a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu
sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil
yang dikehendaki
c- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk
membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah liat dsb
ke dalam acuan
e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa
diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat
daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding,
meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas
D. CETAKAN

1. Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau
bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli

2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak
cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan
dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak
dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan
kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto

3. Kaedah cetakan stensil


a- Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk
melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses
dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari

KOMUNIKASI VISUAL
A. REKA BENTUK GRAFIK

1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah
sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah,
pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan
dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan
sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu
seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan
sebagainya

5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli
e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah
dan sebagainya.

KOMUNIKASI VISUAL
Komunikasi visual adalah bidang seni yang berkaitan dengan Rekabentuk Grafik yang mencakupi
bidang rekaan yang berkaitan dengan identiti korporat, rekaan bahan penerbitan, tipografi,
rekaan iklan, poster dan pembungkusan.
contoh logo korporat syarikat.
 Rekaan identiti korporat: adalah penghasilkan rekaan yang boleh dijandikan lambang
kepada sesuatu organisasi atau badan korporat. Pegenalan atau identiti korporat dizahirkan
melalui logo, simbol, tanda dagang, kepala surat, rekaan bahagian luar kenderaan, penciptaan baju
korporat dan sebagainya. Melalui rekaan identiti korporat ia sangat berkesan sebagai pengenalan
dan imej organisasi.

 Rekaan bahan penerbitan:adalah proses menghasilkan bahan penerbitan seperti kulit


buku, rekaan halaman buku dan majalah, akhbar, kalender, poster,komik dan sebagainya. Melalui
rekaan bahan penerbitan yang baik ia akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada pembaca
untuk menikmati sesuatu bahan terbitan yang dihasilkan atau diterbitkan.

contoh rekaletak halaman


contoh rekaletak halaman

bilbod berfungsi sebagai pengiklanan produk atau perkhidmatan

 Rekabentuk pengiklanan dan papan tanda: adalah proses menghasilkan pelbagai jenis
tanda arah, bilbod, papan tanda perniagaan, pernyataan dan sebagainya.

 Rekabentuk pembungkusan: adalah proses mengasilkan pelbagai pembungkusan produk


perdagangan seperti produk pembungkusan makanan,minuman, penjagaan diri, elektrik, eletronik
dan sebagainya.
contoh beberapa bentuk pembungkusan

Poster yang digunakan sebagai bahan kempen dan maklumat


Ilustrasi ini boleh dijadikan sebagai kulit buku.

REKA BENTUK INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN


REKA BENTUK INDUSTRI

1. PENGENALAN
a. Seni reka bentuk industri melibatkan proses reka bentuk barangan elektrik dan elektronik,
perabot, kenderaan dan sebagainya.
b. Revolusi Perusahaan di Eropah yang muncul pada abad ke-17 telah menjadikan perkembangan
pesat industri reka bentuk.

2. MEMBUAT KEPUTUSAN
a) Perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa proses membuat keputusan ialah:
i. Keperluan – adakah produk baru ini dapat memenuhi keperluan pengguna
ii. Bentuk dan fungsi – setiap produk yang dicipta perlu mempunyai bentuk yang menarik tetapi
reka bentuk tersebut hendaklah sesuai dengan fungsinya pula.
iii. Bahan – bahan yang diguna mestilah sesuai, tahan lasak, jimat kos, mudah didapati dan menarik.
Antara bahan yang boleh digunakan ialah kayu, kaca, logam, plastik, tembikar dan bahan campuran.

3. PROSES REKA BENTUK


a) Mengenal pasti masalah yang dihadapi dan keperluan yang diperlukan untuk memudahkan
sesuatu urusan.

b) Mengumpul maklumat mengenai barangan yang akan direka dari pelbagai sumber.

c) Membuat kajian dan penyelidikan dengan membuat lakaran barangan yang akan dicipta.
d) Memperkembangkan idea dengan melakar dalam bentuk lukisan 2D dan 3D beberapa model.

e) Mengadakan persembahan dan perbincangan dengan rakan dan orang lain untuk mendapat
maklum balas/komen.

f) Menyempurnakan semula reka bentuk hasil dari perbincangan di atas untuk membuat prototaip.

g) Membuat prototaip iaitu reka bentuk sebenar ciptaan mengikut spesifikasi yang betul.

h) Membuat promosi terhadap produk baru yang dihasilkan kepada umum melalui media.

SENI REKA HIASAN DALAMAN

1. KATEGORI REKA BENTUK


Ruang
a ) Ruang Kediaman
- ruang tamu
- ruang makan
- ruang kerja / bilik bacaan
- bilik tidur
- ruang dapur
- bilik air
- anjung

b ) Ruang awam atau komersil


- ruang pejabat
- restoran
-bank
- bilik pameran

2. ASPEK ASAS REKAAN DALAMAN


a) Ruang – dapat dilihat dari aspek bentuk dan saiz, ruang perlu disesuaikan dengan
penggunaannya untuk kelihatan lebih luas, ceria dan selesa.

b) Peredaran udara – amat penting untuk menjamin keselesaan dan kesihatan penghuninya.
Penggunaan kipas dan penyaman udara dapat membantu peredaran udara.

c) Pengcahayaan – ia dapat menimbulkan suasana yang ceria, tenang dang romantik. Pengcahayaan
dapat ditentukan oleh kedudukan dan saiz pintu atau tingkap, lampu, dan penggunaan cermin.

d) Warna – merupakan unsur penting dalam kehidupan. Warna boleh menimbulkan kesan harmoni
dan ceria. Warna sejuk menimbulkan ketenangan serta luas manakala warna panas keceriaan.
Warna gelap akan menjadikan ruang kelihatan sempit.

e) Perabot – susun atur dan saiz perabot dapat mempengaruhi keluasan sesuatu ruang. Pemilihan
perabot penting dalam menentikan tema sesuatu ruang seperti gaya Inggeris, Tropika,
Kontemporary dan sebagainya.
3. PRINSIP REKA BENTUK
Prinsip asas reka bentuk hiasan dalaman adalah keseimbangan, harmoni, penegasan, kesatuan dan
keseragaman.

Reka Bentuk Hiasan Dalaman

Pengenalan
Seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia lebih
slesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya

Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan hiasan dalaman

i. Fungsi bilik
Sama ada bilik tersebut digunakan sebagai bilik pejabat, bilik tamu, bilik tidur dan sebagainya

hiasan dan perabot bergantung kepada jenis ruang dan kegunaannya

ii. Saiz bilik


Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan
digunakan

iii. Bentuk bilik


Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya

iv. Lokasi bilik


Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan dan pengudaraan dalam bilik
tersebut
Elemen-elemen hiasan dalaman

i. Elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan kecil yang digunakan, kolam air, akuarium, elemen haiwan seperti ikan
hiasan dan batu-batan

elemen semulajadi seperti tumbuhan, ikan dan air dijadikan hiasan agar hiasan tidak kelihatan
kaku disamping menambah oksigen

ii. Elemen buatan manusia


seperti perabot dan kabinet, barangan hiasan seperti lukisan, arca, jenis bahan yang digunakan
seperti simen, marmar atau kayu dan jenis kain yang digunakan

elemen buatan manusia seperti lampu, hiasan dinding, kabinet, hiasan seramik dan fabrik dapat
menambahkan suasana keindahan hiasan dalaman

Espek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman

i. Ruang
Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil akan kelihatan
lebih besar dan selesa

ii. Peredaran udara


Arah pergerakan angin dan udara harus diketahui
tingkap dapat memberi peredaran angin ke dalam dan luar sesebuah bilik

tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang

iii. Pencahayaan
Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik.

pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang

iv. Saiz perabot


Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan perabot
akan menentukan ruang dalam bilik.
susunan dan pemilihan perabot hendaklah bersesuaian bagi memastikan bilik yang kecil kelihatan
luas

v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-
bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan.
Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.

warna yang terang menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya

5. Lukisan Perspektif
Reka bantuk hiasan dalaman boleh dihasilkan dengan menggunakan lukisan perspektif 1 titik
lenyap dan 2 titik lenyap.

Proses Reka Bentuk Hiasan Dalaman

1. Menentukan tema dan tajuk


Mengetahui tujuan sesuatu rekaan dihasilkan

2. Persoalan mengenai keperluan dan senarai catatan harian pengguna


i. saiz ruang
ii. jenis ruang
iii. jenis perabot dan hiasan
iv siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.
v. jumlah penggunanya
hiasan dalaman sesebuah bilik bergantung kepada kepada kegiatan penggunanya sama ada
pengguna dewasa, kanak-kanak, remaja lelaki atau perempuan dan sebagainya

3. Membuat lakaran idea (sketsa)

4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)


contoh-contoh pelan tapak

5. Melukis lukisan perspektif

contoh lukisan perspektif

contoh lukisan perspektif ruang tamu

contoh lukisan perspektif ruang dapur

6. Proses membina model (hendaklah dibuat berdasarkan skala)


i. membina pelan lantai
ii. menyediakan tapak
iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan puntu dan
tingkap.
iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan

pembinaan model dengan menggunakan kad bod tebal / maunting bod

SENI REKA LANDSKAP


PENDAHULUAN
Landskap merupakan hiasan reka letak di luar rumah samada secara semulajadi seperti tumbuhan,
bukit, gunung, tasik dan buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

1. PERANAN TUMBUHAN LANDSKAP


a) Mengawal hakisan tanah
b) Memberi perlindungan dan teduhan
c) Merendahkan suhu persekitaran
d) Mengawal pencemaran udara dan bunyi
e) Menjadi pelindung bagi pemandangan kurang menarik
f) Sebagai penghalang dan mengarah pergerakan
g) Memelihara flora dan fauna

2. JENIS-JENIS LANDSKAP
a) Landskap lembut – terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
b) Landskap keras / kejur – terdiri daripada bahan buatan manusia seperti pergola, gazebo,
bangku simen, lampu taman, laluan pejalan kaki dan sebagainya

3. ELEMEN PENTING LANDSKAP


a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna dan fungsi
b) Bentuk mika bumi / topografi – seperti bukit-bukau, tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak bertakung. Air juga dapat memberi kesan
sejuk dan bunyi air membawa ketenangan
e) Cahaya – pastikan cahaya mengcukupi dan pokok-pokok tidak menghalang cahaya. Penggunaan
lampu taman dapat memberikan cahaya waktu malam
f) Angin – pastikan peredaran angin berlaku di sekitar kediaman

4. JENIS TUMBUHAN
a) Tumbuhan tutup bumi – tinggi antara 15cm hingga 30cm seperti kemunting cina, ros jepun dan
pentas
b) Tumbuhan melilit – sesuai ditanam di pergola dan pagar sepert i pokok bunga kertas, bunga
corong dan ara jalar
c) Pokok renek – tumbuhan kecil dan rendah ditanam secara berkelompok sebagai pagar hiasan
pejalan kaki dan sebagai pembahagi ruang
d) Pokok palma – berbatang tegak dan lurus, daun mempunyai pelepah dan membiak melalui
pembahagian rumpun seperti pinang raja, pokok serdang dan palma raya

5. HIASAN LANDSKAP
a) Perabot – bahan binaan daripada kayu, batu, konkrit, plastik seperti bangku, meja, dan arca
b) Kolam
c) Air terjun dan air pancut
d) Bekas bunga
e) Pergola
f) Gazebo
g) Laluan pejalan kaki
h) Lampu hiasan

6. PROSES REKA BENTUK LANDSKAP


Sebelum membuat reka bentuk landskap prinsip-prinsip rekaan seperti kesatuan, penegasan,
kepelbagaian, dan keseimbangan perlu diberi perhatian.
a) Menentukan tema dan fungsi landskap
b) Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi/topografi
c) Membuat lakaran tapak landskap
d) Membuat pelan awal dan pelan induk mengikut skala yang sesuai
e) Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
f) Membuat model 3 dimensi bagi projek besar
g) Membuat kemasan dengan meletakkan tajuk, arah mata angin, dan skala

You might also like