You are on page 1of 19

TEORI SENI

Teori ialah serangkaian bahagian atau variabel, definisi dan dalil yang
saling berhubungan yang menghadirkan sebuah pandangan sistematis
mengenai fenomena dengan menentukan hubungan antara variabel,
dengan maksud menjelaskan fenomena alamiah.

Unsur seni mempunyai 6 elemen asas yang penting dalam penggubahan


seni visual antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan
warna. Keenam-enam unsur ini mempunyai ciri-ciri serta peranan yang
berbeza.

Elemen asas yang pertama ialah unsur seni garisan. Garisan merupakan
cantuman dari satu titik ke satu titik yang lain dimana mempunyai jarak-
jarak tertentu. Aplikasi ini dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta
menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
Terdapat pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media. Jenis-jenis garisan yang boleh dihasilkan
ialah garisan tebal, garisan nipis, garisan berlingkar, garisan berpancar,
garisan bengkang-bengkok, garisan beralun, garisan melintang, garisan
tegak dan garisan condong. Garisan-garisan ini memainkan peranan
dan tujuan dalam sesebuah lukisan. Mislanya, olahan dalam garisan
melalui karya seni dapat menimbulkan perasaan. Sebagai contoh,
garisan tegak dapat menimbulkan perasaan teguh dan gagah. Berbeza
pula dengan garisan melintang, iaitu dapat menimbulkan perasaan
tenang dan damai. Manakala garisan beralun pula menimbulkan
perasaan cemas. Untuk kesan yang menarik ialah garisan berpancar
kerana ianya dapat menimbulkan tenaga dan kuat. Garisan bengkang-
bengkok pula menimbulkan pergerakan yang mantap terutamanya
dilihat pada objek alam semulajadi. Garisan-garisan ini memiliki fungsi
yang tersendiri iaitu garisan yang bercantum akan menimbulkan suatu
rupa. Bukan itu sahaja, garisan yang ada dapat mewujudkan bentuk
yang pelbagai. Olahan teknik garisan juga dapat menimbulkan ton pada
suatu bentuk. Malah, garisan mewujudkan ruang melalui saiz, jarak dan
intensiti yang berbeza. Garisan-garisan ini dapat diaplikasikan dalam
karya seni, contohnya pada lukisan, catan, anyaman, tenunan, kolaj,
pulaman, arca, gurisan, cetakan dan resis (ikat celup/batik).

Elemen asas yang kedua ialah rupa. Rupa ialah hasil pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya. Aplikasi dapat dilhat melalui rupa
garisan, warna dan jalinan. Rupa mestilah mempunyai garisan luar
(outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ia dapat dikategorikan
kepada 2 iaitu rupa geometri dan organik. Rupa geometric lebih kepada
rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Contohnya pada bentuk
segitiga, pyramid, segi empat dan sebagainya. Manakala rupa organik
pula mempunyai rupa bebas yang tidak bersudut dan tidak terikat pada
bentuk yang khusus. Contohnya daun, buah, batu dan sebagainya. Rupa
juga satu kawasan yang berbeza dari ruang sekeliling dan bersifat 2-D
(tidak berjisim). Ia merupakan hasil pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.

Selain itu, rupa juga boleh diolah dalam 2 bentuk iaitu rupa positif dan
rupa negative. Rupa positif ialah rupa objek yang terletak di suatu
kawasan. Rupa negative pula ialah ruang disekeliling rupa sesuatu
objek.
Rupa positif

Rupa negatif
Bahkan rupa juga dapat dilakukan dalam aktiviti mencorak. Hal ini kerana rupa
boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan,
luakan atau tambahan. Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan
susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan
tertentu. Jenis-jenis susunan dalam corak ialah susunan selang-seli,
susunan turun separa, susunan batu bata, susunan sisik ikan dan lain-
lain lagi. Apa yang menarik ialah rupa dapat dihasilkan melalui dalam
bentuk symbol dan logo. Rupa diolah dijadikan sebagau lambang atau
symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan atau pertubuhan. Selain
itu, rupa boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

Simbol daripada rupa mata


Jenis logo huruf

Unsur seni yang ketiga ialah bentuk. Bentuk ialah lanjutan daripada
pemahaman rupa. Bentuk memiliki ketinggian, keluasan, jisim dan
biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk
mempunyai sudut dalaman serta menggabungkan rupa untuk
menghasilkan bentuk. Antara ciri-ciri bentuk ialah bersifat tiga dimensi
(3D, berstruktur, boleh dilihat dari semua arah, dan terdapat bayang.

Penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

Unsur seni yang keempat ialah jalinan. Jalinan merupakan sifat


permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara
penglihatan (tampak) atau sentuhan. Contohnya dapat dilihat pada
kesan permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu,
belang harimau dan bulu kucing.

Jalinan pada kulit harimau belang


Unsur seni yang kelima ialah ruang. Ruang ialah jarak diantara objek
yang wujud di alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Malah, objek
yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan
objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang wujud
apabila kawasan kosong di sekeliling suatu objek, jarak antara dua
objek dan di dalam suatu objek. Terdapat 2 jenis ruang iaitu ruang fizikal
dan ruang ilusi. Ruang fizikal ialah wujud di persekitaran sebenar dan
terbahagi pula kepada 2 iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup.

Ruang terbuka

Ruang tertutup
Ruang ilusi pula wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan
grafik. Ruang ilusi terbahagi kepada 3 iaitu ruang dalam, ruang cetek
dan ruang rata.
Unsur seni yang terakhir ialah warna. Warna ialah tindakbalas cahaya ke
atas sesuatu permukaan. Sesuatu objek dikenalpasti menerusi warna
yang adanya seperti merah, biru, kuning, hijau, jingga, ungu, dan lain-
lain lagi. Jenis-jenis warna ialah warna asas atau primer, warna
sekunder, dan warna tertier.

Warna primer : Merah, biru, dan kuning


Warna sekunder : Jingga, ungu, dan hijau

Warna Tertier
Setiap warna yang ada mempunyai fungsi dan peranan iaitu warna dapat
menimbulkan bentuk. Selain itu, warna juga dapat menimbulkan ruang
serta dijadikan sebagai teknik penyamaran. Contohnya, penyamaran
melalui warna badan haiwan adalah bertujuan untuk melindungi diri
daripada musuh.

Sesumpah bertukar warna


Bagi prinsip rekaan pula terdapat 7 jenis antaranya ialah harmoni,
kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian, dan
kesatuan. Prinsip rekaan ini merupakan kaedah atau pengolahan unsur
seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
Prinsip rekaan yang pertama ialah harmoni. Harmoni ialah bermaksud
aman dan damai melalaui istilah bahasa. Manakala, dalam istilah seni
pula bermaksud hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang. Bukan itu sahaja, harmoni wujud dalam penggunaan warna
dan garisan serta tidak wujud dalam unsur-unsur yang bercanggah
dimana ia wujud dalam kesesuian, keselesaan, ketenangan,
keseragaman dan kesatuan. Harmoni ini dapat dilihat pada alam
sekeliling seperti susunan pokok, kedudukan corak bunga dan banyak
lagi.

Harmoni dapat diaplikasi pada wau

Prinsip rekaan yang kedua ialah kontra. Kontra ini wujud sekiranya ada
unsur-unsur seni yang bercanggah atau bertentangan dalam sesuatu
gubahan. Fungsi penegasan kontra ini ialah untuk memberi fokus,
menarik perhatian,mengelakkan kebosanan serta kesan pergerakan.
Penegasan inilah dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan. Misalnya, kontra
dapat dilihat dalam pengolahan papan tanda jalan raya. Pemilihan warna
yang kontra dapat membezakan kapsyen dengan latar belakang.

Papan tanda jalan raya


Seterusnya ialah penegasan. Penegasan wujud apabila terdapat unsur
yang menonjol atau ganjil dalam suatu gubahan. Fungsinya ialah untuk
menarik perhatian dan memberi fokus. Contohnya, bunga rafflesia
menunjukkan penegasan berwarna merah (warna garang) pada objek
bunga tersebut.

Rafflesia
Disamping itu, imbangan juga merupakan prinsip rekaan dalam seni
visual. Imbangan dimaksudkan sebagai kesamaan dan kesepadanan
dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu
imbangan simetri dan imbangan bukan simetri Imbangan simetri ialah
unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah.
Imbangan tidak simetri pula ialah unsur seni yang tidak sama pada
kedua-dua bahagian namun mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan
kesan keseimbangan.

Prinsip rekaan yang lain ialah irama dan pergerakan. Pergerakan ialah
gerakan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar
dan sebagainya. Fungsi bagi prinsip rekaan ini ialah memberikan kesan
yang realistik dan memberikan gambaran yang sebenar. Pergerakan
seperti ini dapat dilihat pada angin, ombak, taufan dan lain-lain.

Ombak
Kepelbagaian pula ialah wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai,
dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat
memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti
garisan, rupa dan warna yang yang pelbagai dalam suatu gubahan.
Prinsip rekaan yang terakhir ialah kesatuan. Kesatuan bermaksud satu
tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan ini dapat berfungsi sebagai menghidupkan suasana yang
tenteram, teratur dan selesa.

Kesatuan tema

Jelaslah, unsur seni dan prinsip rekaan ini mempunyai kepentingan


serta peranan masing-masing. Kebergantungan kedua-dua ini dapat
menghasilkan satu seni yang lengkap dan sempurna. Malah, elemen ini
dapat mencetuskan nilai estetika dan apresiasi dalam seni lukisan.
Maksud teori dan pilih 10 teori yang terbaik.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi keempat pada


halaman 1659, teori dapat didefinisikan sebagai pendapat iaitu bersifat
pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya serta
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Malah, ia turut
dimaksudkan sebagai prinsip-prinsip am atau asa-asas kasar yang
menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan.

Menurut tokoh John W Creswell, teori merupakan bahagian atau


variabel, definisi, dan dalil yang saling berhubungan yang
menghadirkan sebuah pandangan sistematik mengenai fenomena
dengan menetukan hubungan antara variabel, dengan maksud
menjelaskan fenomena alamiah.

Setiap pandangan tokoh memiliki pendapat yang berbeza. Ini dapat


dilihat dari sudut pandangan Sternberg & Lubert 1996 dimana teori
merupakan satu pandangan karya atau produk atau ciptaan asli dan
sesuai. Asli merujuk kepada karya yang original, atau ciptaan yang tidak
dijangkakan, Sesuai merujuk kepada karya atau produk atau ciptaan
terhadap suatu keperluan.

Tokoh Paul E Plsek, 1997 pula berpendapat bahawa teori ini dijadikan
sebagai idea kreatif. Pemikiran kreatif memerlukan individu berfikir
dalam arah atau hala yang baru, meninggalkan corak pemikiran yang
sedia ada dan kearah corak yang baru.
Terdapat 10 jenis teori yang terdapat dalam seni. Teori-teori ini dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah teori
warna, teori keindahan, teori ikonografi dan banyak lagi.
Teori pertama yang telah saya dapati ialah teori warna. Warna dapat
didefinisikan secara objektif atau fizik sebagai sifat cahaya yang
dipancarkan atau secara subjektif atau psikologi sebagai sebahagian
daripada pengalaman pancaindera iaitu penglihatan. Fungsi warna ini
dapat dikenali oleh manusia kerana warna menimbulkan kesan yang
berbeza, dan dengan memahami pelbagai hal mengenai warna akan
memudahkan kita untuk mendapatkan pandangan yang tepat mengenai
warna akan memudahkan kita untuk mendapatkan pandangan yang
tepat mengenai tatawarna itu sendiri. Teori warna ini mempunyai 3
tokoh yang berbeza iaitu Isaac Newton, Brewster dan Munsell.

Isaac Newton David Brewter Albert Munsell

Newton melakukan percubaan dan menyimpulkan, apabila dilakukan


pemecahan warna spectrum dari sinar matahari, akan ditemukan
dengan warna-warna yang beraneka ragam, yang terdiri daripada merah,
jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Warna-warna tersebut dapat kita
lihat pada pelangi.
Pada tahun 1831, Brewster menyederhanakan warna-warna yang ada di
alam menjadi 4 kelompok warnaa iaitu warna primer,sekunder, tertier,
dan warna neutral. Kelompok warna ini sering disusun dalam lingkaran
warna Brewster.

Warna primer ialah warna dasar yang tidak merupakan campuran dari
warna lain. Contoh, merah, biru dan kuning.

Warna sekunder ialah warna hasil percampuran warna primer dengan


porposi 1:1. Contohnya, hijau hasil campuran biru dan kuning manakala
ungu hasil campuran merah dan biru.
Warna tersier ialah warna campuran 1 warna primer dan 1 warna
sekunder. Contohnya, ialah warna jingga kekuningan dari percampuran
warna kuning dan jingga.

Warna hasil campuran ketiga warna dasar dalam proposi 1:1:1.


Contohnya, hasil campuran yang tepat akan menjadi hitam.

Menurut Teori Munsell, pada tahun 1858, Munsell menyelidiki warna


dengan standar warna untuk aspek fizik dan psikis. Berbeza dengan
Newton dan Brewster, Munsell mengatakan warna pokok terdiri dari
merah, kuning, hijau, biru dan jingga. Sementara warna sekunder terdiri
warna jingga, hijau tua, hijau muda, biru tua dan nila. Warna memiliki
peranan penting bagi manusia sebagai elemen estetika, representasi
dari alam, alat atau media komunikasi (fungsi representasi).

Psikologi warna menurut para ahli fisiologi dan psikologi, seperti erti,
sifat dan pengaruh yang ada dalam suatu warna yang bagi
menggunakan serta ligkungan sekitar dan symbol yang menyukai warna
berkaitan. Antaranya ialah warna merah, biru, kuning, hijau dan lain-lain.
Warna merah secara umumnya, melambangkan hasrat iaitu berkeinginan
besar untuk berjaya dan semangat yang tinggi. Secara psikologi, warna
merah merangsang dan meningkatkaan tekanan darah dan detak
jantung.
Warna biru pula ialah melambangkan kepercayaan, keamanan,
Teknologi, kebersihan, cerdas teguh serta teratur. Secara pskologis
warna biru merupakan warna yang dingin membawa ketenangan, tidak
mudah tersinggung, ramai kawan, berpendirian, serta memberi
pengaruh, mengatasi insomnia, kecemasan, tekanan darah tinggi dan
migraine.

Secara umum, warna kuning pula melambangkan optimis, semangat dan


ceria, harapan serta filosofi yang mendalam, dermawan, dan terbuka.
Secara psikologi warna kuning menstimulasi sisi logic dari otak dan
kejernihan metal, mendorong kebijaksaan dan kemampuan akademi,
mengilhami pemikiran original dan idea kreatif.
Warna hijau pula melambangkan kekuasaan, kesuburan, ketabahan,
keinginan, dan bumi. Secara psikologi pula, warna hijau mengstimulasi
rasa bangga dan santai, perasaan yang lebih superior dari orang lain,
mampu membantu penyeimbangan emosi dan memudahkan
keterbukaan dalam komunikasi.

Selain itu, warna hitam pula melambangkan kehidupan yang memberi


kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan,
kesedihan, dan keanggunan. Secara psikologi pula memberi kesan
suram, gelap dan menakutkan namun juga elegan. Hal ini dapat melihat
kekuatannya mengawal dapat menanamkan kepercayaan, menciptakan
suasana misteri dan berahsia.
Warna putih pula, melambangkan kesucian, kebersihan, ketepatan,
keadilan, berdikari, ketertiban dan kematian. Secara psikologi, warna
putih menenangkan kerana menciptakan kesederhanaan, memberi
kesan kebebasan dan keterbukaan, menambah kejernihan mental,
membersihkan fikiran dan tindakan. Ia juga membantu dalam
penyembuhan serta menciptakan suasana kepedulian dalam merawat
pesakit.

Seterusnya warna ungu. Warna ungu ini merupakan warna yang unik
dan jarang dilihat di alam. Warna ini memberikan kesan spiritual,
kekayaan serta kebijaksanaan. Warna ungu ini sukar dipadukan dengan
yang lain dan hendaklah meletakkan warna yang sesuai untuk
bergandingan dengan warna tersebut.

Ini dapat dilihat warna memainkan peranan penting. Fungsi dan peranan
warna dapat memberikan kesan yang positif serta memberikan susuatu
objek itu kelihatan menarik. Fungsi warna ini memudahkan suatu item
itu dilihat, mewujudkan perasaan harmoni, serta melahirkan kesan
tertentu.

Fungsi warna membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan serta


boleh dihasilkan dengan menggunakan warna yang berbeza dengan
latar terutamanya dalam poster atau pengiklanan.

Bahkan, warna juga dapat memudahkan sesuatu item dilihat dan boleh
dihasilkan dengan menggunakan warna yang kuat dan bertindak positif.
Selain itu, warna mewujudkan perasaan harmoni dimana ia boleh
dihasilkan dengan menggunakan warna analogus.

Warna juga berfungsi untuk melahirkan kesan tertentu contohnya


panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya.
Jelaslah, warna ini memaainkan peranan penting dalam proses seni dan
lukisan. Tanpa warna, sudah tentu suatu objek itu kelihatan tidak
menarik dan tiada nilai estetika.
Teori yang kedua ialah Teori Iknografi. Teori ini diperkenalkan oleh 2
orang tokoh yang ternama iaitu Erwin Panofsky dan Susanne K. Langer.
Iknografi ialah cabang sejarah seni yang mempelajari identifikasi,
deskripsi dan interpretasi isi gambar. Kata iknografi bermaksud
penulisan gambar dan berasal dari yunani kuno. Ia merupakan lambang-
lambang yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca dan lain-lain
lagi.

Ikonografi juga merupakan persoalan ikon yang memperkatakan


mengenai objek dan makna. Peringkat awal Panofsky menerangkan
mengenai objek dan makna apabila menceritakan bahawa rakannya
menegur beliau dengan mengangkat topi. Dengan mengangkat topi itu
beliau telah mengatakan bahawa itu suatu petanda tentang objek dan
makna simbol. Simbol mengangkat topi adalah suatu makna yang
mendalam sama ada menghormati, menegur, bermesra atau sopan
santun. Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna inprisit atau
makna yang mendalam. Makna tersebut tidak dapat diterima pada
tempat yang lain.
Terdapat 3 objek dan makna dalam karya seni iaitu objek yang neutral
atau primari, objek yang biasa atau sekunder, dan makna intrinsik atau
isi.

Kategori yang pertama ialah objek yang natural atau primari. Objek yang
natural

You might also like