You are on page 1of 2

1.

Unsur Seni
a) Garisan b) Rupa c) Bentuk d) Jalinan e) Warna f) Ruang
Unsur seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni. Antara yang dikatakan
sebagai asas seni ialah:
Garisan
Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau outline.
Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis
garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan
halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh
dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.
Texture/jalinan
Pemahaman terhadap texture penting kerana setiap objek mempunyai nilai texturenya yang
tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu
permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai
melalui penglihatan).
Warna
Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna,
kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna
adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.
Shape/rupa
Shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat flat/rata dan boleh
dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar selalu keliru antara shape dan
form.
Form/bentuk
Form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume dan ketebalan. Ia ialah ilusi
terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.
Ruang
_________________________________________________________
2. Prinsip Rekaan
Penegasan
Ini adalah kawasan di mana akan menarik perhatian pada pandangan yang pertama pada
komposisi keseluruhan karya. Boleh juga dikatakan sebagai first read dalam olahan tersebut
dan perkara yang lain dikatakan sebagai second read dan yang seterusnya. Kawasan ini
adalah yang paling penting berbanding dengan objek atau elemen lain dalam komposisi
tersebut. Ianya boleh diwujudkan dengan adanya kontras dari segi value/nilai, warna yang
panas dan ceria serta perletakan dalam format lukisan tersebut. Mungkin ada yang pernah
mendengar berkenaan the rule of third dan kebiasaannya subjek utama dalam lukisan
tersebut hendaklah di letakkan 1/3 dari kompisisi keseluruhan agar ianya lebih menarik dan
tidak boring.
Balance/keseimbangan
Satu perasaan kesamaan secara visual dari segi rupa, bentuk nilai, warna dan lain-lain.
Keseimbangan ini boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Biasanya, objek, nilai,
warna texture, rupa dan bentuk boleh digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam
komposisi ini.
Harmoni
Satu perasaan yang timbul hasil dari membawa keseluruhan komposisi menjadi satu sebagai
satu unit. Sebagai contoh, sekiranya dalam lukisan itu kita hanya menggunakan garisan yang
beralum dan berbentuk organik, penggunaan garisan berbentuk geometric akan menyebabkan
karya tersebut hilang keharmoniannya secara keseluruhan. Harmoni ini sering dikaitkan
bersama dengan unity/kesatuan. Kalau ada unity dalam sesebuah karya, maka harmoni juga
akan wujud.
Kontras
Terdapat perubahan terutama dari segi nilai yang akan mewujudkan kesan perbezaan yang
ketara dalam komposisi. Kontras menunjukkan perbezaan antara rupa dan boleh digunakan
sbg background utk membawa objek keluar atau kedepan dalam sesuatu karya. Atau dengan
kata lain, ianya juga boleh digunakan utk mewujudkan area of emphasis.
Movement/pergerakan
Ianya adalah visual flow atau aliran visual dalam sesuatu komposisi. Ianya wujud secara
visual dan boleh dilihat melalui cadangan pergerakan yang terhasil dari perletakan objek ke
objek atau susunan elemen.pergerakan ini boleh diwujudkan melalui perbezaan corak nilai
seperti meletakkan nilai terang dan gelap pada satu arah susunatur sehingga membawa
pandangan kita sama-sama bergerak melalui keseluruhan komposisi.

Variety/kepelbagaian
Wujud hasil dari kepelbagaian elemen dalam sesuatu komposisi. Kesan dari kepelbagaian ini
mungkin akan mewujudkan kontras atau perbezaan.

You might also like