You are on page 1of 10

2.

0 HURAIAN MODEL ASSURE



Model ASSURE dicadangkan oleh Henich. Molenda dan Russell (1993). Model ini
merupakan satu rujukan kepada guru dimana guru boleh merancang secara sistematik
supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran (P& P). Malah, Model ASSURE juga boleh dijadikan
panduan merancang penggunaan media dalam pengajaran (Heinich et. Al, 1999). Ia sesuai
digunakan sebagai panduan merancang pengajaran dalam situasi bilik darjah (model
berorentasikan bilik darjah). Boleh dikatakan dalam usaha merancang penggunaan media
dalam insteraksi Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan
prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media.
Proses pembangunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi
menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai.
Model ASSURE digunakan kepada perancangan media di bilik darjah, Model ASSURE
merupakan salah satu sumber yang digunakan.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A

Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)

S

State Objectives (Menyatakan Objektif)

S

Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)

U

Utilize Media (Gunakan Media)

R

Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar)

E

Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian)
A- Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar)

Seseorang guru haruslah tahu dan pandai menganalisis pelajarnya dari segi;
a) Ciri-ciri umum pelajar. Contohnya
i. Gred
ii. tahap umur/tahun
iii. latar sosio ekonomi
iv. jantina
v. budaya
b) Kompetensi khusus peringkat masuk. Contohnya:
i. tahap pengetahuan
ii. kemahiran
iii. perbendaharaan kata
iv. sikap
c) Stail pembelajaran. Sebagai contoh:
i. suka bergantung
ii. tidak bergantung
iii. verbal
iv. visual

S- State objectives (Menyatakan objektif)

Guru juga harus menyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai secara
spesifik kepada pelajar dan menjelaskan hasil yang ingin diukur. Selain itu, sebagai
guru, kita harus fokuskan kesemua objektif itu kepada pencapaian pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari oleh murid. Terdapat 4 kriteria
objektif yang baik yang boleh digunakan oleh para pendidik iaitu:

i. Siapa yang hendak dicapai?
Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan
yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar itu aktif,
mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti
menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajara
ii. Apa yang hendak dicapai?
Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang
menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan
merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat
pencapaiannya.

iii. Bagaimanakah hendak dicapai?
Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat
tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian
objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan langkah
pengajaran pembelajaran.

iv. apakah tahap pencapaian minimum?
Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2
atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku
tempuh masa yang ditetapkan dan sebaginya. Kriteria berkenaan dinyatakan
secara kualitif dan kuantitatif.

Contohnya :

Hasil pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Murid dapat membunyikan 5 daripada 8 suku kata terbuka yang diberikan
2. Murid dapat memadan 5 daripada 8 suka kata terbuka dengan gambar yang
diberikan



S- Select Methods, Media & Meterials (Memilih Kaedah,Media & bahan)

Selain daripada itu, guru juga harus bijak dalam menentukan kaedah yang paling
sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh kaedah simulasi,
demontrasi, latih tubi, soal jawab, aktiviti dan lain- lain. Guru juga perlu memilih
format media dan bahan yang sesuai dengan kaedah yang dipilih seperti,, gambar
foto, video, audio, bahan bercetak berasaskan komputer dan banyak lagi. Untuk
menjadikan sesi P&P lebih menarik, ubah suai bentuk bahan sumber pembelajaran
mengikut situasi yang tertentu. Dalam memilih kaedah, media dan bahan ini, guru
terlebih dahulu harus membuat pemilihan berdasarkan tahap keupayaan dan tahap
pembelajaran sedia ada murid yang mana ia adalah senang dibawa, di perolehi dan
mudah difahami oleh murid-murid.

U- Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan)

Dalam menggunakan media pula, guru seharusnya menggunakan media yang
betul dan mengikut prosedur penggunaanya supaya murid dapat memahami dari
langkah pertama hingga langkah ke seterusnya. Selain itu juga, dalam penggunaan
media dan bahan ini, guru harus menggunakan media yang menarik dan seronok
dan yang dapat melibatkan murid supaya murid dapat melibatkan diri mereka
dengan aktif.

R- Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

Dalam setiap proses P&P, pelajar perlu dilibatkan secara aktif. Antara aktiviti
yang boleh menggalakkan penglibatan murid adalah kuiz, projek, perbincangan dan
sebagainya.Secara tidak langsung, boleh dikatakan setiap aktiviti yang dijalankan
haruslah berpusatkan pelajar.Lantas, untuk memastikan pelajar melibatkan diri
dengan aktif, guru harus bijak memainkan peranan dalam mencipta situasi
pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, nyatakan bagaimana media/bahan
yang anda gunakan dapat mengekalkan penglibatan pelajar. Andai kata proses P&P
yang dijalankan terlau bosan dan hambar, pelajar akan menunjukkan rasa kurang
minat dan mungkin mengambil jalan lain dengan membuat perkara sendiri.
Tambahan pula, guru harus menjelaskan peranan maklum balas dan latihan pada
setiap waktu pembelajaran. Oleh itu, untuk melibatkan pelajar yang aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran guru haruslah membuat aktiviti atau membina alat
bantu mengajar yang menarik dan mampu membuat pelajar memberikan sepenuh
perhatian kepada guru dan ia akan menjadikan sesi PdP pada hari tersebut seronok
dan bermakna.

3.1 E- Evaluate & Revise (Menilai & Mengulang kaji)

Penilaian adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan dari segi kandungan,
kaedah, media dan bahan yang telah digunakan. Guru boleh menilai kembali apa
yang telah diperolehi oleh pelajar melalui beberapa kaedah. Terdapat dua jenis
penilaian yang boleh dilakukan oleh guru iaitu:

i. Penilaian pembelajaran. Penilaian ini meliputi penilaian formal dan juda
informal. Antara contoh penilaian formal adalah membuat ujian dan kuiz.
Manakala untuk penilaian informal, guru boleh melakukan soal jawab
bersama pelajar dan juga menilai hasil kerja pelajar. Melalui Penilaian
Pembelajaran ini, berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah
saya rancangkan,saya membuat soalan uji minda dalam tayangan
persembahan powerpoint. Jadi, setelah guru selesai menerangkan dan
menayangkan persembahan powerpoint dan untuk mendapatkan maklum
balas bahawa murid faham atau tidak pembelajaran guru. Selain itu juga
dalam Rancangan Pengajaran Harian, penilaian pembelajaran dapat dilihat
melalui langkah ketiga iaitu dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru
kepada murid.

ii. Penilaian pengajaran. Kebiasaannya penilaian ini dilakukan apabila selesai
proses P&P. Penilaian ini umumnya berbentuk refleksi dari pelajar dan guru
sendiri. Dalam konteks ini, bahan bantu mengajar memainkan fungsi yang
penting. Sekiranya bahan yang telah digunakan masih boleh diperbaiki maka
penambahbaikan perlukan. Hal ini adalah untuk memastikan hasil
pembelajaran yang diingini mencapai matlamatnya. Guru harus jelas apakah
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pencapaian objektif dicapai atau
tidak, dan memastikan tindakan susulan boleh dilaksanakan kelak. Melalui
penilaian pengajaran ini, dapat dilihat semasa guru membuat rumusan pada
akhir pengajaran yang mana guru membuat soal jawab terhadap murid dan
guru merumuskan apa yang telah dipelajari tadi kepada murid.





















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Matapelajaran :Bahasa Melayu
Kelas : 3 Tabah
Tarikh : 3 September 2013
Hari :Selasa
Masa : 8.15 9.45 pagi
Bilangan murid : 9 orang
Tema / tajuk :membaca
Tunjang utama :Komunikasi
Standard kandungan :4.1.1 suku kata
Standard pembelajaran : 4.1 membina dan membaca suku kata
Pengetahuan sedia ada :murid mengenal huruf dan bunyi huruf
Hasil pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
3. Murid dapat membunyikan 5 daripada 8 suku kata terbuka yang diberikan
4. Murid dapat memadan 5 daripada 8 suka kata terbuka dengan gambar yang
diberikan
Tunjang lain yang disepadukan :Kerohanian, sikap dan nilai, literasi sains dan teknologi
Penggabungjalinan kemahiran :bertutur, mendengar, pengamatan
Unsur terapi :pertuturan, pengamatan, motor halus,
Penyerapan nilai :mendengar arahan, berani, yakin
Kemahiran berfikir :kreatif dan kritis
BBM :Slaid power point, audio, video, kad perkataan, kad bergambar, lembaran kerja
Analyze Learner
(Menganalisis
Pelajar)
State
objectives
(Menyatakan
objektif)
Langkah Isi kandungan AktivitiPdP Catatan

Set Induksi
(5 minit)

- Pengenalan tajuk

1. Guru menayangkan
beberapa kad gambar di
hadapan kelas
2. Murid dikehendaki
menyebut dan
menyatakan apakah
gambar dalam kad
tersebut

3.



Guru membetulkan cara bacaan
murid terhadap gambar

Teknik:
- Soaljawab
Terapi:
- Pertuturan
- Pengamatan
Nilai:
- Mendengar arahan
- Yakin
- Teliti
Resos:
- Kad gambar

Langkah 1
(7 minit)

- Guru
memperkenalkan
suku kata terbuka

1. Guru menayangkan slaid
bergambar dan perkataan
suku kata terbuka yang
mempunyai audio
2. Berdasarkan slaid
- Murid dikehendaki menyebut
perkataan suku kata bersama
dengan guru
3. Guru menayangkan sekali
lagi slaid power point
tanpa audio (mute)
- Murid dikehendaki menyebut
dan membunyikan suku kata
tersebut



Teknik:
-
Terapi:
- Pertuturan
- Pengamatan
Nilai:
- Mendengar arahan
- Yakin
Resos:
- Slaid power point
- Laptop
- Lcd
Select Methods,
Media & Meterials
(Memilih
Kaedah,Media &
bahan)
Utilize Media &
Materials
(Menggunakan
media & bahan)
Require
Learner
Participation
(Menggalakkan
Penglibatan
Pelajar)

Langkah 2
(7 minit)

- Aktiviti memadan
perkataan dengan
gambar

1. Guru menayangkan video
yang mempunyai gambar
kepada murid
2. Guru memilih murid
secara rawak dan
memberikan beberapa
kad perkataan kepada
murid
3. Apabila video bermula
dan ditayang
- Murid dikehendaki
mengangkat kad perkataan
dan menyebutsuku kata
berdasarkan gambar yang
ditunjukkan dalam video
- murid memadankan kad
perkataan suku kata dengan
gambar yang ditunjukkan
dalam video













Teknik:aktiviti
Soaljawab
Terapi:
4. Pengamatan
Nilai:
5. Berani
6. Yakin
7. Mendengar
arahan
Resos:
8. Video
9. Kad perkataan
Select Methods,
Media &
Meterials
(Memilih
Kaedah,Media &
bahan)
Utilize Media &
Materials
(Menggunakan
media & bahan)




Langkah 3
(8 minit)

Lembaran kerja


1. Guru memberikan
lembaran kerja di mana
murid dikehendaki
memadankan suku kata
terbuka dengan gambar






Teknik:
- Latih tubi
Terapi:
- Motor halus
- Pengamatan
Nilai :
- Yakin
- Mendengar arahan
Resos :
Lembaran kerja

Penutup
(3 minit)

- Rumusan
- Imbas kembali


1. Hasil kerja murid yang
baik diberi pujian
2. Guru bersoal jawab
tentang apa yang telah
dipelajari
3. Merumuskan jawapan
yang diajar oleh murid

Teknik:
- Soal jawab
- Imbas kembali
Terapi:
- pertuturan
Nilai:
- Mendengar arahan
- Yakin
Resos
-

Evaluate &
Revise
(Menilai &
Mengulang
kaji)

You might also like