You are on page 1of 31

KUMPULAN, ANGKATAN DAN PERSATUAN SENI LUKIS MALAYSIA

Penang Impressionists The Penang Chinese Art Club The Penang Art Teachers Group The Penang Art Teachers Council The Wednesday Art Group Majlis Kesenian Selangor Art Society The Thursday Art Group Majlis Kesenian Melayu Kumpulan Anak Alam Kumpulan Pelukis Malaysia

1. PENANG IMPRESSIONIST
Ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1928 Semua ahli-ahlinya adalah pegawaipegawai dagang Eropah, terutama surisuri rumah berbangsa Inggeris

Dua orang pelukis tempatan yang menjadi penggerak iaitu: Pn. Lim Cheng Kung (isteri seorang jutawan yang memberi sumbangan kewangan kepada kumpulan ini) dan Abdullah Ariff (guru lukis kapada ahli-ahli pertubuhan)

2. THE PENANG CHINESE ART CLUB


Di tubuhkan dalam tahun 1936 oleh Lee Cheng Yong, Yong Mun Sen, Tay Hooi Keat, Kuo Ju Ping dan lain-lain
Ahli-ahli kelab terpengaruh kuat dengan sikap dan konsep romantis Inggeris kesan pendedahan kepada lukisan-lukisan Penang Impressionist

Gaya catan ahli-ahli aliran realisme dan impressionisme melibatkan juga catan berus Cina

Pertubuhan dibubarkan pada tahun 1939

3. THE PENANG ART TEACHERS GROUP


Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Ahlinya Tay Hooi Keat merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk menuntut di luar negara dalam jurusan Seni Halus di Camberwell School of Art London

4. THE PENANG ART TEACHERS COUNCIL


Ditubuhkan dalam tahun 1952 bertujuan membaiki nilai pencapaian di kalangan ahli
Diketuai oleh Tay Ho Keat Ahlinya terdiri dari guru-guru seni lukis di Pulau Pinang

Memperkenalkan konsep dan idea baru tentang pergerakan seni di Barat eksprersi individu secara bebas dan spontan

Kelas melakar di luar studio diadakan disamping ceramah, perbincangan dan pameran
Gaya lukisan ahli dipengaruhi gaya impresionis, ekspresionis dan abstrak ekpresionis Ahli yang aktif: Lee Joo For, Tan Tin Kok, Lim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan CheeWee Sun. Tahun 1965 kumpulan ini menukar nama Penang Art Teachers Circle

5. THE WEDNESDAY ART GROUP


Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1952 Pengasasnya Perter Harris yang bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan Pelajaran Tema kumpulan ini: Seni sebagai wadah Ekpresi Diri

Kumpulan ini memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kapada golongnan muda dan yang berminat terutamanya guru-guru seni lukis. Memperkenalkan gouache bahan yang lebih liut dari cat air penggunaan berus yang besar dan keras menggantikan berus yang halus dan lembut

Mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan figura, gubahan dan lakonan
Gaya catan: aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri

Ahli-ahlinya terdiri dari : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeddar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Laiu Siat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat dan lain-lain. Asas Falsafah yang disemai oleh kumpulan ini menjadi tanaga pembimbing dalam bidang seni lukis hari ini.

6.MAJLIS KESENIAN
Majlis Kesenian (MK) ditubuhkan pada tahun 1952 oleh mereka yang sedar akan kepentingan menjaga, menggiatkan dan meperbaharui seni dan pertukangan tempatan

Objektif pertubuhan ini: Bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti seni seperti muzik, drama, dan seni rupa Menjaga seni dan pertukangan tempatan Menggalak dan mengembangkan pengetahuan dan amalan seni yang lebih luas di Persekutuan Tanah Melayu

Majlis ini menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan. Pengasas MK ialah TanSri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas. Sumbangan MK: mempromosi aktiviti kesenian di peringkat kebangsaan menaja pameran-pameran seni lukis Malaysia di negara-negara asing Pertubuhan awam yang pertama menggesa kerajaan mepertimbangkan keperluan penubuhan Balai seni Lukis Negara dan Sekolah Seni Negara

7. SELANGOR ART SOCIETY


Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1954 Objektif:
Pertemuan pelukis untuk berbincang, mempelajari asas-asas serta aspek yang lebih halus mengenai lukisan dan catan Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran kepada golongan muda yang berminat

Mengadakan aktiviti melukis potret dan figura pada setiap hari Khamis sdan pada hujung minggu sesi lukisan dan lakaran
Ahli-ahli yang aktif: Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal, Chong Sing Kwai, Zakaria Noor dan lain-lain

8. THE THURSDAY ART GROUP


Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957 Diketuai oleh Tay Hooi Keat Objektif persatuan: memperkenalkan konsep-konsep seni lukis yang baru

Aktiviti: mengadakan kelas lukisan pada setiap hari Khamis dan Sabtu bagi pelukis muda serta mengadakan sesi perbincangan dan pameran-pameran Corak organisasi hampir sama dengan Wednesday Art Group Ahli-ahlinya: Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain

9. MAJLIS KESENIAN MELAYU


Ditubuhkan pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung. 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan pada tahun 1964 diubah: Angkatan Pelukis SeMalaysia Ahli-ahli pada peringkat awalnya: Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Kemudiannya: Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal

Objektif menyatupadukan pelukis-pelukis dan peminat seni lukis di seluruh tanah air Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan Berkerjasama dengan pertubuhan-pe kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabangsa amnya

Ciri-ciri istimewa APS pada peringkat awal: catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak dan pastel

Mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pelukis berpendidikan Melayu

Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur


Aktiviti-aktiviti:
Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas Kelas Arca oleh Idris Salam Kelas grafik oleh Zakaria Noor Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin

Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas diajar dengan konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis terkemuka yang kebanyakannya pensyarah

10. KUMPULAN ANAK ALAM


Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS Pengasasnya: Abdul Latiff Mohidin Aktiviti kumpulan meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater.

Mereka mengenepikan realiti membentuk sesuatu yang berterusan serta menukar kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai alam semesta. Mereka bertindak dengan agrersif dan mahukan satu bentuk dan gaya baru dalam berkarya

Gaya catan KAA banyak dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis mereka berani membuat eksprimen tanpa menghiraukan kritikan yang diterima
Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama, menekankan semangat kebebasan romantik, menitik beratkan peranan individu, kederiaan tetapi sentiasa menyedari ragam dan tempoh estetika sezaman

Ahli-ahli yang aktif: Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Rahamad, Siti Zainon dan lain-lain

11. PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA


Di tubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-pelukis Nasional Bertukar nama ke PPM pada tahun 1980

Objektif: memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis Memajukan perkembangan seni lukis Malaysia Menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting dalam rancangan pembangunan negara Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan nadi negara

Jawatankuasa peringkat awal PPM termasuk Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dll. Aktiviti:
mengadakan Pameran Perdana Mengadakan khidmat nasihat kepada pelukispelukis yang ingin mengadakan pameran Mengadakan ceramah, bengkel dan seminar tentang seni lukis Menerbitkan majalah seni

Persatuan ini tidak terikat dengan aliranaliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli berkarya mengikut gaya masing-masing
PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukispelukis Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis

You might also like