You are on page 1of 20

LUKISAN

MAKSUD LUKISAN

Mengikut kamus Oxford Companion to Art (1981), lukisan didefinisikan


sebagai proses menggambarkan sesuatu imej. Ia merupakan gambaran sesuatu
untuk menggambarkan sesuatu imej. Ia merupakan gambaran sesuatu bentuk
menggunakan garisan atau nilai kadar cerah dan gelap yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan. Lukisan merupakan asas pembentukan sesuatu karya seni
visual dalam bidang pengkaryaan atau bidang perekaan. Francis D.K Ching
(2010), menyatakan bahawa lukisan merupakan proses membentuk sesuatu imej
menggunakan pelbagai jenis garisan atau tanda. Lukisan dihasilkan dalam olahan
dua dimensi di atas sesuatu permukaan. Manakala menurut pendapat Hassan
Mohd. Ghazali (2011), lukisan merupakan sesuatu perlakuan atau proses
kemahiran menghasilkan sesuatu gambaran visual. Lukisan dihasilkan
menggunakan media basah atau kering yang bertujuan untuk mendapatkan
kesan sesuatu bentuk pada sesuatu permukaan. Secara langsung, lukisan
merupakan proses atau teknik mempersembahkan sesuatu imej dalam bentuk
dua dimensi. Penghasilan lukisan menumpukan kepada olahan bentuk
menggunakan pelbagai tanda seperti garisan (line) atau kesan cerah gelap
(shading). Lukisan dihasilkan dengan menggunakan media yang bersesuaian di
atas sesuatu permukaan. Lukisan bukan sahaja sekadar menggambarkan sesuatu
imej, malah ia digunakan untuk menampilkan ekspresi, emosi dan persepsi
seseorang terhadap apa yang dilihat atau difikirkan secara tampak. Lukisan
merupakan sesuatu yang digunakan untuk mengkaji sesuatu secara visual. Ia
dapat digunakan untuk menampilkan nilai estetik serta alat untuk menyatakan
secara tepat berkaitan dengan sesuatu idea atau permasalahan visual.
Contohnya dalam menyelesaikan permsalahan sesuatu reka bentuk, komposisi,
kesan jalinan, rekaan pelan dan pelbagai kajian visual lain (Sarah Simblet 2005).
Lukisan dihasilkan menggunakan pelbagai media dan teknik tertentu serta diolah
menggunakan kemahiran dan pemahaman aspek formal dalam seni reka.

1
SEJARAH LUKISAN

Lukisan adalah sukar untuk menentukan bilakah tarikh sebenar bermulanya


penghasilan lukisan. Walau bagaimanapun menurut kajian ahli sejarah, lukisan
merupakan antara cara awal bagi manusia berkomunikasi secara visual. Ia juga
merupakan salah satu cara manusia menyatakan sesuatu, memberi ekspresi atau
merekodkan sesuatu perkara yang berlaku di persekitaran secara tampak.
Pengkaji-pengkaji sejarah terdahulu telah menemui banyak kesan awal tentang
wujudnya kesan penghasilan lukisan yang dihasilkan oleh manusia. Kajian ahli
sejarah telah membuktikan bahawa manusia terdahulu telah pun menghasilkan
lukisan yang berupa tanda lakaran berbentuk imej yang ringkas di dinding gua.
lukisan yang dijumpai di gua-gua di Malaysia dianggarkan telah dihasilkan oleh
manusia yang mendiami gua-gua di Malaysia dianggarkan telah dihasilkan oleh
manusia yang mendiami gua-gua tersebut sejak 3000 tahun yang lalu. Lukisan
banyak dihasilkan dalam sejarah seni tampak dunia. Antaranya ialah lukisan
yang terdapat di dinding piramid, Mesir serta di sekitar bangunan peninggalan
tamadun Mesir di lembah Sungai Nil sekitar tahun 3150 305 S.M. Lukisan
tersebut kebanyakannya menggambarkan penceritaan atau rekod berkaitan
dengan ketuhanan, keagungan pemimpin serta pelbagai aktiviti sosial yang
wujud dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada ketika itu, kebanyakan
masyarakat Mesir telah mula menghasilkan rekod penulisan dan lakaran visual di
atas sejenis kertas yang dinamakan papirus, iaitu sejenis kertas yang diperbuat
daripada tumbuhan yang terdapat di delta Sungai Nil.

2
MEDIA

Lazimnya penghasilan lukisan menggunakan media kering seperti pensel,


arang dan kapur serta dilukis di atas permukaan kertas. Penggunaan media
kering telah digunakan secara meluas dalam seni visual di Barat. Penggunaan
media tersebut telah digunakan sejak abad ke-13. Pada masa itu, media kering
seperti pensel dan arang merupakan media konvensional bagi ramai pelukis
terkenal seperti Leonardo da Vinci, Albrecht Durer, Michelngelo, Raphael dan
Donatello. Penggunaan media basah seperti cat air atau warna poster boleh
digunakan sebagai media sampingan. Penggunaan media basah lazimnya
digunakan secara minimum dalam pengolahan keseluruhan imej dalam proses
menghasilkan lukisan. Tumpuan utama lukisan adalah kajian bentuk
menggunakan garisan atau kesan cerah gelap (shading). Oleh yang demikian
pensel, arang, pensel grapite, marker, pen dan dakwat merupakan antara media
utama yang paling berkesan. Lukisan boleh dihasilkan secara manual atau digital.
Lukisan yang dihasilkan secara manual atau digital. Lukisan yang dihasilkan
secara manual ialah lukisan yang dihasilkan menggunakan tangan dan peralatan
sebenar lukisan seperti pensel atau pen, manakala lukisan digital adalah lukisan
yang dihasilkan menggunakan perisian (software) tertentu menggunakan
komputer. Lukisan digital juga adalah sama dengan lukisan manual dari segi
penekanan terhadap kajian bentuk. Perbezaan yang ketara antara lukisan manual
dan lukisan digital adalah lukisan manual menggunakan peralatan atau media
sebenar lukisan sepeti pensel atau pen manakala lukisan digital menggunakan
peralatan (tools) yang telah ditetapkan di dalam sesuatu perisian. Terdapat
pelbagai perisian yang digunakan dalam lukisan digital. Antaranya, ialah Adobe
Photoshop, 3D Studiomax, Illustrator dan Coral Draw.

3
LAKARAN

Lakaran merupakan langkah awal sebelum terhasilnya sesuatu karya


pengkaryaan atau perekaan. Lakaran merupakan salah satu persediaan, kajian
atau perancangan awal yang diolah secara visual terhadap idea yang ingin
disampaikan dalam karya sebenar. Lakaran merupakan salah satu proses dalam
penzahiran idea. Ia sering kali dihasilkan dalam limitasi masa yang singkat.
Lakaran merupakan salah satu proses dalam penzahiran idea. Ia sering kali
dihasilkan dalam limitasi masa yang singkat. Ia dihasilkan dengan tujuan
mengkaji permasalahan visual seperti kajian struktur bentuk, reka letak,
komposisi, karakter, rakaman mood dan pergerakan. Lakaran boleh dihasilkan
dalam pelbagai saiz seperti lakaran kecil (thumbnail sketches) atau lakaran kasar
yang menggunakan saiz permukaan yang lebih besar dan luas.

4
TUJUAN PENGHASILAN LUKISAN

Antara tujuan penghasilan lukisan ialah menggambarkan ilusi tiga dimensi


pada permukaan dua dimensi contohnya dengan dengan memasukkan kajian
perspektif atau mengkaji kesan cahaya dan bayang yang jatuh pada sesuatu
bentuk. Kajian sesuatu objek secara terperinci dengan memberi penegasan atau
tumpuan. Contohnya, dengan merekodkan imej jalinan atau bentuk tertentu pada
sesuatu objek bagi mengelakkan kekeluaran imej. Menyelesaikan permasalahan
visual. Contohnya, dengan kajian komposisi sesuatu reka bentuk atau kajian
terhadap kadar banding sesuatu objek. Persediaan/gambaran idea awal sebelum
menghasilkan karya sebenar. Contohnya, lakaran idea awal sebelum mengasilkan
karya sebenar. Contohnya, lakaran idea terhadap komposisi yang bersesuaian
sebelum penghasilan catan pemandangan. Selain itu, tujuannya adalah
rakaman/rekod. Contohnya, merakamkan emosi atau ekspresi terhadap apa yang
berlaku di persekitaran dengan melakar lukisan spontan berdasarkan imej aktiviti
manusia dalam situasi tertentu. Lukisan yang dihasilkan dengan tujuan merekod
juga digunakan dalam perbicaraan di mahkamah. Ia bertujuan untuk
merakamkan sesuatu situasi sebenar di mana penggunaan kamera tidak
dibenarkan. Seterusnya, persediaan papan cerita. Contohnya, sebelum
terhasilnya sesuatu babak dalam pengiklanan di televisyen, papan cerita adalah
sangat penting sebagai garis panduan bagi setiap babak yang akan dilakonkan
atau yang akan disiarkan dilakukan secara teratur. Memberi penerangan yang
lebih terperinci kepada pengguna. Contohnya, lukisan teknikal yang
menunjukkan pelbagai sisi pandangan dan bentuk keseluruhan objek yang akan
direka dengan lebih jelas. Ia juga dijadikan sebagai sindiran atau komentar

5
sosial . contohnya, dalam lukisan kartun yang disiarkan dalam reka bentuk
penerbitan dapat digunakan sebagai alat untuk memberi kritikan sosial atau
pendidikan kepada masyarakat. Akhir sekali, memberi maklumat dan informasi.
Contohnya, peta dan tanda jalan.

PROSES PENGHASILAN LUKISAN

Penglihatan adalah penting bagi manusia untuk melihat sesuatu objek.


Penglihatan memberikan keupayaan kepada manusia untuk melukis sesuatu
dengan baik. Imej-imej yang dilihat oelh mata akan dimanipulasi oleh minda
untuk memberi olahan visual yang baik. Minda manusia akan memanipulasi imej
yang dilihat untuk merangka sesuatu bentuk dan dibantu oleh daya khayalan.
Daya khayalan dalam minda manusia akan memberi rangsangan kepada
manusia untuk mempersembahkan bentuk sebenar imej yang akan dilukis.
Manusia akan melukis sesuatu berdasarkan peniruan atau yang diimaginasikan di
minda. Persembahan lukisan yang berkualiti adalah berkait rapat dengan
pemahaman dan latihan yang dilakukan menerusi peniruan objek secara
langsung atau rujukan pada imej lukisan sedia ada. Pengolahan imej dalam
penghasilan lukisan adalah berkait dengan pemahaman aspek formal yang kan
diimplimenkan pada lukisan yang akan dihasilkan. Pemahaman aspek formal
yang baik akan dapat membantu seseorang untuk melukis dengan baik atau
berkualiti. Antaranya ialah pengetahuan tentang unsur seni reka seperti aspek
bentuk kadar banding dalam mengolah ruang serta penggunaan prinsip rekaan
seperti imbangan dan kontra.

6
TEKNIK PENGHASILAN LUKISAN

Antara teknik penghasilan lukisan ialah lukisan garisan. Garisan


selari/hatching/ parallel lines, garisan pangkah dan silang/ cross hatching, garisan
berombak, garisan kontur/ contour lines. Teknik yang seterusnya ialah gosokan,
boleh digosok menggunakan jari, sesuai untuk media pensel dan pastel. Teknik
burnishing, lanjutan daripada teknik gosokan. Menggunakan warna yang cerah
untuk menghasilkan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya.
Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan. Sesuai untuk media pastel. Selain
itu, lukisan titik. Ia menggunakan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk,
jalinan dan rupa subjek yang dilukis. Sesuai untuk penggunaan media pen,
pensel dan pastel. Teknik campuran ialah penggunaan campuran media seperti
pensel, pen, pastel dan warna air atau campuran teknik seperti titik dan gosokan
yang digabungkan dalam satu karya. Teknik frottage. Teknik ini adalah teknik
gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai jalinan. Teknik ini akan
menampakkan kesan pada permukaan yang dogosok. Sesuai untuk media pensel
dan pastel. Seterusnya teknik gurisan/sgrafito. Gurisan atau menggunakan objek
keras atau tajam seperti pisau palet untuk mendedahkan warna di bawahnya.
Boleh digunakan dalam lukisan pastel minyak (oil pastel/krayon) dan pastel

7
lembut (soft pastel). Akhir sekali,teknik scumbling iaitu menggunakan lapisan
warna yang berlapis-lapis. Teknik ini menimbulkan pelbagai kesan seperti jalinan
dan kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis. Sesuai menggunakan
warna pastel lembut ( soft pastel ) dan pastel minyak ( oil pastel ).

CATAN

Merupakan satu hasil seni yang mengunakan media basah yang


disapukan pada sesuatu permukaan. Media basah terdiri daripada cat seperti cat
akritik, cat poster, cat minyak, cat guac(gouache)dan sebagainya. Biasanya
permukaan bagi penghasilan catan ialah kertas atau kanvas. Penghasilan catan
tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan
kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan seperti pada permukaan
kayu atau besi.

8
SEJARAH CATAN

Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia pada zaman purba lagi. Material yang digunakan terdiri daripada bahan-
bahan semula jadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan
dinding gua. Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman
Renaisans, iaitu pada ke-14 lagi yakni merupakan zaman kemuncak penghasilan
catan di Eropah. Penghasilan catan yang berkualiti dan menakjubkan pada zaman
tersebut menunjukkan Negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan
sejak sekian lama. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-
19. Seni ini dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat
pendidikan di Institusi Pengajian Seni di negar-negara Barat.

9
CONTOH CATAN MENGIKUT ALIRAN PERKEMBANGAN SENI VISUAL MENGIKUT
ZAMAN

Antara contoh catan mengikut gerakan aliran penting adalah Zaman


Pertengahan. Ciri-cirinya iaitu tidak bersifat individu, karya tidak diletakkan nama
pengkarya kitab keagamaan . Contohnya,kitab Bible. Catan kebanyakannya
dilukis pada kulit binatang,medianya iaitu cat air,dakwat,tempera. Catan
dihasilkan untuk menghiasi manuskrip atau kitab-kitab.kebanyakan catan
dihasilkan dalam saiz miniatur. Gerakan aliran penting seterusnya adalah
Renaisans,contoh catan oleh Michelangelo. Ciri-cirinya perkembangan catan
paling pesat pada abad ke-15 dan 16. Catan dihasilkan di gereja, bangunan

10
awam dan rumah-rumah persediaan. Selain itu, mementingkan kesempurnaan
(ideal). Subjek utama antaranya, figura manusia,imej agama
Kristian/Bible,sejarah mitologi dan potret. Teknik utamanya iaitu, Chiaroscuro-
kesan cerah yang seolah-olah datang dari luar kanvas daripada latar yang gelap
dan kesamaran. Menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.
Sfumato adalah olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan
penggunaan warna lembut. Perspektif linear merupakan gambaran horizon
secara sistematik untuk mempersembahan lukisan secara tepat berdasarkan
sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif. Media utamanya fresco,
cat minyak dan tempera. Selain itu juga, antara contoh gerakan aliran penting
adalah Baroque,contoh tajuk catan Baroque adalah Conversion of St. Paul. Tahun
Caravaggio Catan cat minyak 2.3 x 1.75 m. Ciri-cirinya,subjek utamanya iaitu
imej keagamaan, bersifat ilusi atau khayalan,mempunyai imej figura manusia
dan latar belakang seperti landskap atau situasi yang menimbulkan suasana
tertentu. Teknik utamanya adalah Tenebrism-lanjutan daripada teknik
chiaroscuro. Mempunyai kesan cerah gelap yang sangat jelas serta memberi
kesan dramatik ke atas cerita. Media utamanya adaah cat minyak. Di samping
itu, contoh catan juga adalah Rokoko(Tragonard),tajuknya adalah The
Swing,dihasilkan pada tahun 1766. Ciri-cirinya iaitu subjek utamanya,seni hias di
istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjek diolah
daripada petikan cerita-cerita hikayat,agama landskap serta potret individu.
Contohnya adalah di taman-taman bunga dan dalam istana. Teknik utamanya
adalah secco su fresco, media utamanya cat minyak. Contoh catan seterusnya
ialah Neo-Klasik(1770-1820)-(Jacques-Louis David), tajuknya adalah Death of
Marat, di hasilkan pada tahun 1793. Ciri-cirinya adalah lahir pada penghujung
abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19. Memperjuangkan moral dan
kisah tentang patriotik. Memperjuangkan suara rakyat melalui anutan fahaman
humanisme dan idealisme. Subjek utamanya adalah menceritakan subjek
berkaitan dengan sejarah dan hikayat Yunani dan Romawi.

Media utamanya cat minyak. Contoh cetakan seterusnya ialah


Romantissime(1800-1850)(Delacroix),tajuknya adalah Liberty Leading the
People,dihasilkan pada tahun 1830. Ciri-cirinya adalah merujuk kepada
kemuiaan,semangat perjuangan yang hebat,sentiment terhadap wira dan
kepujian terhadap sesuatu namun tidak merujuk kepada perkataan asal
romance yang mengisahkan percintaan. Subjek utamanya adalah imej
11
sejarah,keindahan landskap, perasaan simpati,kejujuran dan suasana perang.
Mementingkan ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana
perang. Penggunaan warna yang kelam dan murung menimbulkan karya yang
lebih dramatik, contohnya gambaran suasana perang. Media utamanya cat
minyak. Di samping itu, contoh catan seterusnya ialah Realisme(1850-1880)Jean-
Francois Millet yang bertajuk The Gleaners dihasilkan pada tahun 1857. Ciri-
cirinya adalah menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen. Subjek
utamanya adalah rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan
harian /mempunyai cerita(narrative story). Tekniknya merakam imej secara
realistik dan mementingkan ketepatan dan kebenaran apa yang dilihat oleh
mata. Media utamanya cat minyak. Contoh catan seterusnya ialah
Impresionisme(1870-1880)Claude Monet yang bertajuk Manneporte dihasilkan
pada tahun 1886. Ciri- cirinya adalah menolak gambaran secara tradisional dan
khayalan dalam keagamaan. Subjek utamanya rakaman alam semula jadi,
kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran. Tekniknya merakam imej
pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana / objek yang
sebenar dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang
menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis.
Cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana. Cahaya penting
bagi menimbulkan mood. Media utamanya cat minyak. Contoh catan dan
gerakan aliran penting ialah Post-Impresionisme(1880-1905)1Van Gogh yang
bertajuk Stary Night dihasilkan pada tahun 1889. Ciri-cirinya adalah menolak
gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan mula
menonjolkan imej daripada emosi pelukis. Subjek utamanya rakaman alam
semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran. Tekniknya
gabungan warna yang mementingkan kajian bentuk sesuatu benda, ekspresi
emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan
takut,tegang dan misteri. Media utamanya cat minyak. Gerakan aliran penting
dan contoh catan adalah Fauvisme(1905)Hendri Matisse yang bertajuk Large Red
Interior dihasilkan pada tahun 1948. Ciri-cirinya iaitu subjek utamanya merakam
pelbagai imej seperti potret,figura manusia, landskap dan alam benda. Tekniknya
mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan dan emosi yang
lahir ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus
daripada tiub warna. Media utamanya cat minyak. Di samping itu, gerakan aliran
penting dan contoh catan ialah Ekspresionisme(1905)Kandinsky yang bertajuk

12
Transverse Line dihasilkan tahun 1923. Ciri-cirinya ialah subjek utamanya
merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret,figura manusia, landskap
dan alam benda. Tekniknya imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif,sapuan
warna yang kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemarahan,
menakutkan, emosional, ketidakpuasaan hati, kemiskinan, keganasan dan imej
diolah secara abstrak. Media utamanya cat minyak dan media campuran.
Gerakan aliran penting dan contoh catan ialah Kubisme(1907)Picasso yang
bertajuk Mediterranean Landscape. Ciri-cirinya adalah subjek utamanya
merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia,landskap
dan alam benda. Tekniknya pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak.
Subjek dipecahkan kepada pelbagai saah atau kiub. Media utamanya cat minyak
dan media campuran. Menggambarkan bahagian yang terlindung. Selain itu,
gerakan aliran penting dan contoh catan ialah Futurisme(1910)Boccioni yang
bertajuk Forces of a Street dihasilkan tahun ke 1911. Ciri-cirinya ialah subjek
utamanya merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan teknologi,
gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains. Media utamanya cat minyak
dan media campuran. Kesinambungan dari era kubisme. Gerakan aliran penting
dan contoh catan ialah Dadaisme(1917)Duchamp yang bertajuk Nude-
Descending-Staircase dihasilkan pada tahun 1917. Ciri-cirinya ialah subjek
utamanya gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang
peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman. Melahirkan olahan
imej yang seolah-olah tidak bermakna. Media utama cat minyak dan media
campuran. Seterusnya, gerakan aliran penting dan contoh catan ialah
Surealisme(1920-an)Salvador Dali yang bertajuk Sleep dihasilkan pada tahun
1937. Ciri- cirinya ialah subjek utamanya imej khayalan, bawah sedar dan alam
mimpi,bersifat imej simbolik/ilusi/psikologi. Media utamanya cat minyak dan
media campuran. Selain itu, gerakan aliran penting dan contoh catan ialah
Abstrak Ekspresionisme(1940-an)Jackson Pollock yang bertajuk Number 18
dihasilkan tahun 1950. Ciri-cirinya ialah gerakan yang lahir kesan dari Perang
Dunia Kedua, menentang peperangan serta protes terhadap kezaliman. Luahan
perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas.
Melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya. Media
utamanya cat minyak dan media campuran. Seterusnya, gerakan aliran penting
dan catan ialah Seni Pop(1960-an)Andy Warhol yang bertajuk Campbells Soup
dihasilkan tahun 1968. Ciri-cirinya gerakan yang lahir pada pertengahan tahun

13
50-an, lahir di Britain dan Amerika Syarikat. Subjek utamanya imej popular
seperti artis, pemimpin, benda komersial seperti minuman coca-cola dan lain-
lain. Media utamanya cat minyak dan media campuran.

TEKNIK-TEKNIK CATAN

TEKNIK CATAN AIR

Terdapat banyak pelbagai jenis teknik catan di gunakan antaranya ialah


teknik catan cat air. Teknik catan cat air ada tiga iaitu teknik basah atas basah
merupakan campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang
basah,sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan. Teknik basah atas kering
merupakan warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering, untuk
menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej. Teknik
kering atas kering merupakan warna disapu tanpa campuran air atau campuran
air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah
kering,campuran warna yang agak pekat atau likat, untuk menampakkan kesan
jalinan pada sesuatu objek, dan kesan legap.

TEKNIK CATAN CAT MINYAK

Teknik yang kedua ialah teknik catan cat minyak. Teknik catan cat minyak
ada enam iaitu teknik impasto yang menggunakan warna yang tebal dan
menimbulkan kesan jalinan pada permukaan. Teknik kilatan/glazing merupakan
sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai
kesan lut sinar. Teknik titik/pointilisme merupakan warna dihasilkan pada
permukaan caron dengan teknik sapuan berus secara titik-titik kecil,titik-titik
warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audiens. Teknik
sapuan tepat /hard edge mempunyai gubahan yang teratur, mempunyai batas
sapuan warna yang kemas dan tepat, catan kelihatan seolah-olah dipotong,
biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-
warna yang disapu. Teknik melembut/scumbling menggunakan warna yang
sederhana tebal, mempunyai kesan sapuan warna yang memberi permukaan

14
jalinan dan berstruktur. Teknik alla prima menggunakan warna terus daripada
tiub tanpa mencampur dengan warna lain, warna kurang natural, sapuan warna
biasanya rata dan menggunakan warna yang agak terang.

CATAN MENGGUNAKAN MEDIA WARNA TEMPERA, POSTER,AKRILIK DAN GUAC

Sapuan warna menggunakan media ini boleh mengaplikasikan teknik yang


digunakan dalam catan cat minyak untuk mendapatkan kesan yang sama tetpi
kekuatan pengikat warna ini adalah berbeza. Warna poster kurang sesuai jika
mengaplikasi warna yang terlalu tebal kerana akan merekah, manakala warna
tempera, akrilik dan guac boleh mengaplikasikan warna yang agak tebal kerana
ikatan warna ini lebih kuat.

15
CETAKAN

SEJARAH CETAKAN
Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama
berulang kali. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu
untuk menghasilkan karya. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira
sebagai karya asli. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada
cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China. Pada
abad ke-14 Masihi,industri cetakan mono telah berkembang di Negara-negara
Barat. Pada masa itu, cetak digunakan untuk tujuan bahan pendidikan,
propaganda, bahan keagamaan dan pendidikan. Penggunaan warna dalam seni
cetakan bermula pada abad ke-15. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari
China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke
Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut
seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluas di
Semenanjung Malaysia. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu
yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan. Pada akhir tahun 1950-an,
beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah membawa
balik teknik penghasilan seni cetakan, contohnya teknik cetakan gurisan asid dan
cetakan kayu. Pada awal tahun 1960-an, teknik cetakan telah dimasukkan ke
dalam sukatan mata pelajaran seni lukisan secara rasmi di institusi perguruan
contohnya, di Institusi Perguruan Ilmu Khas. Seterusnya, diperluas ke sekolah-
sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai
jenis karya seni cetakan.
16
JENIS-JENIS CETAKAN

Selain itu, ada empat jenis-jenis cetakan iaitu cetakan timbulan. Cetakan
timbulan ialah proses mengukir ke dalam blok dan meninggalkan bahagian yang
timbu untuk diletakkan dakwa dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah
cetakan lino,cetakan blok kayu, dan cetakan timbul/kolograf/kolaj. Cetakan kedua
ialah cetakan Benam/Intaglio.cetakan benam memerlukan plat logam yang
diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak
dicetak bagi mendapatkan kesan benaman pada permukaan. Warna atau dakwat
cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya
dicetak di atas permukaan. Antara kaedah mencetak jenis benam ialah
turisan(engraving), gurisan asid(etching), akuatin(aquatint), mezotin(mezzotint).
Cetakan yang ketiga ialah Cetakan planografi atau litografi. Cetakan planografi
atau litografi diperkenalkan dan dikembangkan proses penghasilannya oleh
seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah
memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798. Cetakan yang
keempat ialah stensil/serigrafi/sutera saring. Cetakan ini menggunakan pemidang
kain sutera saring untuk mencetak imej-imej yang dihasilkan adalah lebih tepat
dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas
berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose. Cetakan stensil boleh
menggunakan potongan kertas/ plastic yang ditebuk dan disapukan/diletakkan
dakwat pada bahagian ditebuk. Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak
adalah berdasarkan rupa yang ditebuk. Cetakan stensil juga boleh menggunakan
potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh
dasar(template). Imej yang terhasil daripada permukaan yang dicetak adalah
berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh
dasar(template).

17
ARCA

Seni arca merupakan pengucapan hasil seni yang bersifat tiga dimensi.
Seni arca merupakan hasil karya yang boleh diamati dalam ruang realiti atau
ruang sebenar. Arca wujud di antara pemerhati dengan ruang realiti. Arca
boleh diamati pada ruang 360, contohnya pada bahagian hadapan atas dan
dalam. Penghasilan arca menggunakan unsur seni reka dan prinsip seni reka
dalam proses penghasilannya. Arca boleh dihayati pada sekeliling bahagian
dan daripada pelbagai sudut/arah, contohnya bahagian dalam, atas dan
bawah. Manakala arca timbulan (relief sculpture) boleh dihayati pada
permukaan yang timbul pada sesuatu permukaan dua dimensi. Arca terdiri
daripada dua jenis antarannya ialah arca berfungsi dan arca estetika. Arca
berfungsi iaitu hasil yang berbentuk tiga dimensi yang dapat digunakan oleh
manusia untuk tujuan tertentu. Penghasilannya menekankan fungsi atau
kegunaan sesuatu. Contoh arca berfungsi ialah labu sayong untuk mengisi air,
tugu negara sebagai peringatan, batu nisan untuk menanda kubur dan keris
untuk senjata atau upcara ritual. Arca estetika menekankan aspek keindahan
dan menyampaikann aspek keindahan dan menyampaikan sesuatu mesej
kepada audiens seni. Biasanya arca estetika diletakkan di galeri atau tempat

18
yang sesuai atau muda dilihat audiens. Contohnya, di tempat awam seperti di
taman atau laman tertentu.

SEJARAH ARCA
Antara arca yang bersifat tiga dimensi yang awal dijumpai ialah arca dari
negara Eropah. Arca ini dijumpai di Gua Hohlenstein, Stadel di Jerman. Arca ini
berukuran satu kaki, berbentuk badan manusia dan berkepala binatang. Arca
ini dipercayai dihasilkan oleh masyarakat zaman paleolitik pada 30 000 28
000 S.M. Arca tersebut berkemungkinan digunakan untuk upacara ritual
sesuatu kaum. Michelagelo Buomarroti (1475-1564) merupakan pengarca dan
Itali. Beliau merupakan pengarca yang teragung pada zaman pembaharuan
( Renaisans). Di Malaysia, penghasilan arca moden telah bermula sejak awal
tahun 1960-an. Walau bagaimanapun, penghasilan arca berfungsi seperti kraf
tembikar telah pun dihasilkan oleh manusia prasejarah sejak 2000 -15000
S.M.

TEKNIK PENGHASILAN

Antara jenis arca ialah, Arca binaan/ tambahan. Menggunakan bahan yang
sesuai untuk membina/menambah atau membentuk sesuatu
struktur.Contoh,binaan atau cantuman daripada bongkah kayu,besi,lidi,tanah
liat & batu.Bahan bahan yang diperlukan Mudah dan Kosnya tidak terlalu
mahal. Arca Luakan. Bahan-bahan yang sesuai untuk teknik luakan/mengukir,
membuang bahagian-bahagian tertentu. Contohnya ukiran bongkah daripada
plaster of paris, kayu dan batu marmar yang diukir. Arca asemblaj. Pelbagai
bahan yang bersifat 3D dilekatkan pd sesuatu permukaan tertentu atau dibina
untuk membentuk suatu arca. Contohnya,batu kerikil,ranting kayu dan rantai
basikal di bentuk menjadi arca. Tertumpu kepada arca mempunyai saiz kecil
dan sederhana besar. Arca instalasi/pemasangan. Bersifat cantuman atau
pemasangan binaan arca yg meliputi kawasan yang tidak terhad seeprti
dalam sebuah bilik atau kawasan tertentu di ruangan galeri / ruang legar.
Untuk membentuk suatu arca memerlukan pemasangan bahagian-bahagian
19
yang terpisah. Arca mobil/arca bergerak/ seni kinetik. Tidak static. Boleh
bergerak. Bahan yg bersesuaian biasanya bahan yang ringan, contohnya,
kertas/ kepingan logam.Pergerakannya seperti bergoyang-goyang berputar
dan bergetar.Arca stabil. Arca stabil dihasilkan dengan mempunyai tapak
sebagai dasar arca. Berkedudukan tetap/static serta mempunyai imbangan yg
baik. Teknik dan penggunaan bahan adalah bebas. Boleh berawangan tetapi
dalam kedudukan tetap/terhad kerana mempunyai satu tapak. Arca lembut.
Menggunkan bahan yang lembut. Contohnya arca yang dihasilkan daripada
kain dan span. Arca timbulan ( relief sculpture ). Arca yang dihasilkan timbul
daripada suatu permukaan 2D.Terhasil daripada teknik ukiran atau luakan
bahan yang bersesuaian seperti tanah liat yang diukir dan sifat atau motif
ukiran yang timbul daripada permukaan kayu yang diukir. Arca acuan.
Menggunakan acuan untuk pembentukan arca. Contohnya acuan tanah
liat,plaster of paris,fiber glass dan getah/bahan-bahan mudah cair. Bentuk
jalinan ditentukan oleh acuan dan jenis bahan yg digunakan untuk dituang ke
dalam acuan tersebut.

20

You might also like