You are on page 1of 5

MSL 3113 : PENGAJARAN SENI TAHAP 2

SESI PENGAJIAN :

SEMESTER

5 ( KOHORT 3 )

MINOR

PROGRAM :

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS :

IJAZAH SARJANA MUDA (MATEMATIK)

KOD :

MSL 3113

NAMA PELAJAR :

NO KAD
PENGENALAN :

NO MATRIK :

NO. TEL

KHAIRUNNIDA BT YAAKOB

720818085414

PPG/21647/12

0195715472

TUGASAN INDIVIDU/TAJUK TUGASAN


TUGASAN :

Soalan 3 :
Pilih satu karya agung dalam zaman sejarah seni Barat atau Timur
dan buat huraian berdasarkan kritikan/appreasiasi Seni Visual.

NAMA PENSYARAH :

En Mohammad Chat mciptb07@gmail.com

KRITIKAN / APPRESIASI SENI VISUAL

Karya : Dato Ibrahim Hussein (1936 2009)


Tajuk : Ayahku dan seorang angkasawan (1969)
Media : Cat minyak (186cm x 127cm)
Aliran : Abstrak Ekspresionisme
Karya yang bertajuk Ayahku dan seorang angkasawan ini dihasilkan oleh Dato
Ibrahim Hussein yang dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau Yan Kedah. Beliau
bersekolah di Sekolah Melayu Yan Kedah dan kemudian melanjutkan pelajaran di Nanyang
Academy of Art di Singapura. Beliau menerima biasiswa ke England iaitu Byam Shaw
School of Drawing ang Printing London pada 1959 1963. Pada tahun 1973 beliau
memulakan kerjaya residen artis di Universiti Malaya.
Karya lukisan catan Ayahku dan seorang angkasawan ini menggunakan media cat
minyak di atas kanvas. Bahan cat akrilik dan bahantara adalah minyak. Beliau
menggunakan warna sedikit kabur dan bertekstur serta sapuan berus yang lembut yang
berlapis dan renjisan warna menggambarkan luahan perasaan sebenar pelukis ini. Karya ini
adalah dalam aliran ekspresionisme yang mempunyai ciri-ciri pelukis mementingkan
kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya.
Berdasarkan karya ini dapat dilihat figura manusia yang mewakili imej ayah pelukis dan imej
angkasawan. Figura manusia memakai kain pelikat berjalur-jalur dan tidak berbaju dan
memakai pengikat di kepala. Aksi dan berpewatakan seperti orang kampung yang bekerja
sebagai petani berwajah suram,gelap dan sudah berusia berdasarkan kedutan di muka dan
otot-otot di badan imej. Terdapat teks tulisan yang bewarna putih dan biru bersebelahan

kedua-dua imej tersebut sebagai perbandingan seperti tarikh lahir pelukis, perkataan sawah
padi, rambutan, durian dan pisang. Penggunaan warna untuk latar belakang gelap dan ini
menaikkan imej kedua-duanya. Imej figura angkasawan pula dilihat lebih cerah dan
bercahaya dengan penggunaan warna cerah kuning, merah dan biru. Pelbagai tona warna
dapat dilihat daripada imej dan menampakkan perbezaan yang nyata di antara imej orang
tua dan angkasawan tersebut.
ANALISIS
Karya ini mempunyai komposisi yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
kiri imej orang tua dan bahagian kanan pula adalah imej angkawasan. Warna boleh
memberikan kesan terhadap jalinan, ruang dan sebagainya. Warna yang digunakan untuk
imej orang tua adalah gelap dan suram menggambarkan seorang yang murung dan sedih
Warna pada imej angkasawan pula adalah cerah dan pencahayaan yang terpancar pada
pakaian angkasawan. Dengan wujudnya gabungan antara warna-warna terang, pekat cair
dan suram ini satu nilai harmoni telah berjaya dihidupkan dalam karya ini. Kesan terhadap
penggunaan elemen warna yang digunakan menunjukkan kematangan pada raut wajah
orang tua tersebut dan menggambarkan ciri-ciri orang tua kampong.
Unsur-unsur seni reka garisan dan jalinan telah digunakan bagi member kesan yang
lebih realistic. Jalinan pada raut wajah dan badan figura orang tua menunjukkan kulitnya
kasar kerana terdedah kepada cahaya panas. Unsur seni ruang dapat dilihat melalui
penggunaan warna. Warna latar yang gelap menunjukkan ruang yang sempit seperti di
dalam sebuah bilik. Penggunaan garisan melengkung, lembut dan tebal pada karya bagi
menimbulkan unsur pergerakan terutama pada wajah orang tua. Pelukis juga mengguna
unsur rupa dan menggunakan bentuk pada hidung,mata yang menampakkan bentuk 3
dimensi pada karya ini. Teknik sapuan berus yang bijak dan baik pada riak wajah figura
orang tua menimbulkan pandangan dan takrifan yang pelbagai seperti dalam kesedihan
dan menanggung penderitaan yang dalam.
Penggunaan ruang adalah seimbang kerana kedudukan teks ditulis bersebelahan
dan saiz yang bersesuai dengan imej. Teks berwarna putih dan biru dan berlatarkan
belakangkan warna gelap menampakkan perbezaan yang jelas antara imej dan teks.

MENTAFSIR
Imej figura manusia mewakili ayah pelukis yang sudah tua dengan kulit muka yang
berkedut-kedut. Tidak berbaju dan berkain pelikat sahaja melambangkan figura ini seorang
yang kekampungan dan ketinggalan yang menjadi tradisi penduduk di kampong-kampung.
Imej angkasawan pula dilihat melambangkan kemodenan dan kemajuan saing dan teknologi
angkasa lepas. Contohnya dapat dilihat tangki oksigen, gajet canggih, kamera dan mata

wang dollar. Melalui cermin helmet menampakkan pantulan refleksi gambar 2 pokok yang
berlatar belakangkan rumput hijau ,gunung dan awan biru. Ini mungkin menggambarkan
bahawa walaupun kemajuan dalam sains dan teknologi sekarang kita tidak boleh lupa diri di
mana bumi dipijak dan mengabaikan ciri-ciri dan budaya kemelayuan.

PENILAIAN
Jika dilihat dengan teliti karya seni yang terhasil ini membawa mesej yang sangat
mendalam kerana mengekspresikan pertembungan tradisi dan budaya. Gambaran yang
dibawa oleh pelukis yang menbangkitkan isu pertembungan dua dunia yang berbeza antara
tradisi dan budayanya. Pelukis telah meletakkan pandangan masyarakat berkaitan sains
dan teknologi dan juga agriculture dan tradisi. Masyarakat meletakkan pandangan yang
tinggi kepada perkembangan sains dan teknologi manakala masyarakat lain melihat adalah
merupakan satu orientasi pekerjaan yang ketinggalan.
Pelukis juga telah memberi satu gambaran agriculture dan tradisi itu jauh ketinggalan
dan teks as it happens yang ditulis dalam warna biru telah menekankan tradisi hanya
dikekalkan di kawasan-kawasan tertentu dan pendalaman sebaliknya pekerjaan yang
berorientasikan sains dan teknologi menggambarkan masyarakat moden yang sedang
bersaing antara satu sama lain dan meletakkan siapa yang lebih menguasai sains dan
teknologi tersebut.
Namun begitu kita kembali kepada asas keperluan utama manusia untuk terus hidup
di mana makanan menjadi sandaran penting. Peningkatan jumlah penduduk di satu-satu
kawasan telah memberi desakan untuk menghasilkan makanan yang lebih banyak dan
berkualiti untuk menampung keperluan semasa di dalam suasana penggunaan tanah yang
terhad. Maka tugas sains dan teknologi serta pertanian perlu seiring dan selari. Pada era
kemodenan dan kepesatan sains dan teknologi, suasana kampong dan tradisi mempunyai
peranan yang cukup besar dan memberi makna dalam kehidupan kita sebagai manusia.

RUJUKAN :

1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=kosmo&sec=r
encana_Utama&pg=ru_01.htm
2. http://victorchin.com/2009/04/28/ibrahim-hussein-1936-2009-a-tribute/
3. http://lakaranlukisancatan.blogspot.com/2011/02/pelukis-malaysia-ternama-datoibrahim.html
4. http://www.scribd.com/doc/82536032/apresiasi-ibrahim-hussein

You might also like