You are on page 1of 30

Topik X Sistem

Maklumat
Berasaskan
Komputer

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan teknologi maklumat dan sistem maklumat;
2. Menerangkan kepentingan pengurusan maklumat;
3. Mengenal pasti tiga jenis tahap pengurusan dan fungsi masingmasing;

G
G
X

4. Membezakan enam jenis sistem maklumat; dan


5. Menerangkan peranan jabatan sistem maklumat.

PENGENALAN

Sebelum kita bermula, mari kita lihat situasi berikut:


Bayangkan anda bekerja sebagai seorang kerani kewangan di Syarikat A.
Syarikat A adalah sebuah organisasi yang memiliki 30 buah kedai di Kuala
Lumpur. Kedai-kedai ini menjual pelbagai jenis peralatan sukan untuk
pelanggan. Setiap bulan, pengurus setiap kedai memasukkan angka jualan
bulanan dalam hamparan Microsoft Excel dan mengemukakannya kepada
anda. Anda perlu mengumpul semua 30 fail Excel dan menyatukan jumlah
jualan bulanan di semua 30 buah kedai. Jika seorang pengurus dari salah
sebuah kedai memanggil anda dan menyatakan berlakunya kesilapan dalam
fail Excel, anda perlu mengembalikan fail asal kepada pengurus, menunggu
angka jualan yang betul dan kemudian memproses semula fail Excel.

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Bayangkan bagaimana membosankan dan memenatkan jika anda perlu


melakukan ini secara manual setiap bulan iaitu 12 kali selama 12 bulan dalam
satu tahun.
Bolehkah anda memikirkan satu cara untuk menjadikan kerja anda lebih mudah?
Bagaimana anda boleh mengumpul semua maklumat yang diberikan oleh kedaikedai ini? Di sinilah sistem maklumat boleh timbul. Oleh kerana anda
mempunyai semua maklumat yang anda perlukan (seperti angka jualan dalam
hamparan Excel), apa yang anda perlukan ialah satu sistem untuk memproses
semua maklumat ini daripada anda memprosesnya secara manual. Sistem ini
adalah apa yang kita panggil sebagai sistem maklumat.
Organisasi mempunyai banyak sumber yang perlu diuruskan dengan bijak.
Maklumat adalah salah satu sumber yang memainkan peranan penting dalam
memastikan bahawa organisasi kekal cekap walaupun terdapat perubahan
persekitaran dan kemajuan teknologi. Komputer jelas boleh membantu pengurus
dengan menyediakan maklumat dalam tempoh yang singkat.
Maklumat yang dijanakan oleh komputer digunakan oleh kedua-dua pengurus
dan bukan pengurus adalah mereka yang berada dalam persekitaran organisasi.
Pengurus berada di semua tahap pengurusan dan unit organisasi. Mereka
memainkan peranan yang penting dan melaksanakan tugas-tugas dengan
komunikasi yang berkesan dan berkemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu,
untuk meraih manfaat daripada kemajuan teknologi, pengurus perlu tahu
bagaimana untuk menggunakan komputer dan maklumat.
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perbezaan antara data, maklumat
dan pengetahuan. Di samping itu, kita akan menerangkan maksud teknologi
maklumat dan sistem maklumat. Topik ini juga akan menghuraikan tentang
kepentingan pengurusan maklumat, jenis pengguna dan pengurusan masingmasing; dan trend baru yang muncul dalam sistem maklumat. Ayuh kita
mulakan!

1.1

SISTEM MAKLUMAT SECARA RINGKAS

Dalam era maklumat, organisasi (seperti Syarikat A yang dinyatakan sebelum


ini) dan perniagaan menggunakan maklumat untuk mendapat kelebihan
persaingan. Teknologi maklumat dan sistem maklumat merevolusikan operasi
organisasi, industri dan pasaran. Oleh itu, ayuh kita lihat pada definisi teknologi
maklumat dan sistem maklumat.

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

1.1.1

W 3

Data, Maklumat dan Pengetahuan

Sebelum kita melihat definisi teknologi maklumat, kita perlu menjelaskan istilah
"data", "maklumat" dan "pengetahuan".
Data dan maklumat digunakan bersama dalam mana-mana bidang. Walau
bagaimanapun, kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza.
Data adalah fakta asas atau fakta mentah yang terdiri daripada teks, gambar
rajah, grafik, imej dan klip audio video yang tidak bermakna.

Satu contoh data adalah senarai pelajar yang terdiri daripada nama, nombor
matrik, jantina, kursus dan alamat. Bolehkah anda menyenaraikan beberapa
contoh data?
Bagaimana pula dengan maklumat? Mari kita lihat pada definisinya.

Maklumat adalah tafsiran teratur dan bermakna yang berguna mengenai


data.

Dalam erti kata mudah, maklumat hanyalah data yang telah diproses untuk
menjadi lebih bermakna kepada pengguna. Proses di sini bermaksud operasi
untuk menukar jenis dan kandungan data. Data dalam senarai pelajar boleh
diproses untuk dihasilkan sebagai laporan atau graf yang menunjukkan peratusan
pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang mendaftar di universiti; atau
peratusan pelajar mengikut kursus yang ditawarkan oleh universiti.
Operasi pemprosesan data lain adalah operasi aritmetik, ringkasan data,
penjadualan masa dan sebagainya. Pemproses maklumat boleh menjadi
komponen komputer, komponen bukan komputer atau gabungan keduaduanya, yang boleh menukar data menjadi maklumat.
Walau bagaimanapun, definisi data dan maklumat adalah berbeza mengikut
pengguna yang mahu menggunakannya. Data boleh dilihat sebagai maklumat
dan sebaliknya mengikut pendapat individu yang berbeza. Sebagai contoh, bil
telefon adalah sekumpulan data yang tidak bermakna kepada presiden sebuah
syarikat telekomunikasi tetapi berguna kepada pelanggan yang ingin membayar
bil telefon.

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Dengan penjelasan tentang data dan maklumat, ayuh kita alih perbincangan kita
tentang pengetahuan. Apakah itu pengetahuan? Lihat definisi yang diberikan
seperti berikut:
Pengetahuan terdiri daripada maklumat yang telah disusun dan diproses
untuk menyampaikan pemahaman, pengalaman serta juga kepakaran
yang akan digunakan dalam menyelesaikan masalah perniagaan semasa.

Menurut Boisot (seperti yang dipetik oleh Boddy, Boonstra dan Kennedy, 2005),
pengetahuan dibina atas maklumat yang diekstrak dari data. Pengetahuan
diperoleh dari maklumat dengan cara yang sama maklumat diperoleh dari data.
Ia adalah pelbagai maklumat untuk seseorang. Pengetahuan merangkumi
pemahaman, pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh lebih awal, dan ia
disahkan atau dipinda apabila seseorang menerima maklumat. Dengan
pengetahuan, seseorang akan dapat mengenal pasti corak atau trend penting dan
mendapatkan pemahaman yang berbeza tentang sesuatu maklumat.
Mari kita lihat Rajah 1.1, yang menunjukkan hubungan antara data, maklumat
dan pengetahuan.

Rajah 1.1: Hubungan antara data, maklumat dan pengetahuan

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 5

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Dengan menggunakan perkataan-perkataan
takrifkan data, maklumat dan pengetahuan.

anda

sendiri,

2. Terangkan hubungan antara data, maklumat dan pengetahuan


berdasarkan Rajah 1.1.

1.1.2

Teknologi Maklumat

Selepas kita memahami tentang data, maklumat dan pengetahuan, bagaimana


kita mentakrifkan teknologi maklumat? Teknologi maklumat (IT) merupakan
teknologi yang mengandungi tiga komponen, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Komponen teknologi maklumat

Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang bagi orang ramai dan
organisasi untuk menjadi lebih produktif, lebih berkesan dan secara amnya
berjaya tanpa perlu dipisahkan. Komputer dan rangkaian komputer adalah tidak
berguna tanpa pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakannya.
Mengetahui mengenai bila untuk menggunakan komputer adalah sama
pentingnya dengan mengetahui bagaimana untuk menggunakannya. Selain
keupayaan untuk menggunakan komputer untuk komunikasi, menghubungkan
pengguna melalui IT juga adalah penting.
IT adalah teknologi meluas yang diperlukan untuk menyokong sistem
maklumat. IT menyokong aktiviti-aktiviti yang melibatkan penciptaan,

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

penyimpanan, manipulasi dan komunikasi maklumat, bersama-sama dengan


kaedah, pengurusan dan aplikasi yang berkaitan. IT terdiri daripada semua
perkakasan dan perisian yang organisasi perlu gunakan untuk mencapai objektif
perniagaan.

1.1.3

Sistem Maklumat

Setakat ini, kita telah didedahkan pada pengertian maklumat. Mari kita melihat
makna sistem dan sistem maklumat pula. Apakah itu sistem?
Sistem adalah cuma sekumpulan aktiviti dan elemen yang telah diatur
untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Kita telah melihat makna sistem. Bagaimana tentang sistem maklumat?


Takrifnya adalah:
Sistem maklumat adalah gabungan perkakasan, perisian dan sistem
telekomunikasi, yang boleh menyokong operasi perniagaan untuk
meningkatkan produktiviti dan membantu pengurus membuat
keputusan.

Selain itu, sistem maklumat juga boleh menyokong pengurus dan kakitangan
untuk menganalisa masalah, menggambarkan subjek yang kompleks serta
produk dan perkhidmatan baru.
Sistem maklumat mengandungi
ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

lima

komponen

utama,

seperti

yang

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 7

Rajah 1.3: Komponen sistem maklumat

Pada zaman ini, kejayaan perniagaan bergantung pada sistem maklumat. Banyak
organisasi hari ini menggunakan sistem maklumat untuk menawarkan
perkhidmatan dengan kepuasan yang lebih kepada pelanggan, untuk mengakses
pelbagai rangkaian maklumat, untuk menangani perubahan perniagaan pada
kelajuan yang lebih tinggi dan untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
Berdasarkan beberapa kajian, satu sistem maklumat yang berkesan akan dapat
memenuhi lebih harapan pelanggan dan keperluan perniagaan.
Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa sistem maklumat adalah satu
bahagian yang penting dalam organisasi perniagaan. Sekarang, mari kita alih
perhatian kita pada aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam sistem. Seperti yang
dibincangkan sebelum ini, sistem maklumat adalah satu gabungan perisian,
perkakasan dan sistem telekomunikasi. Adakah anda tertanya-tanya bagaimana
ini semua saling berkaitan? Lihat Rajah 1.4, yang menggambarkan aktivitiaktiviti utama yang berlaku dalam sistem maklumat. Bolehkah anda namakan
tiga aktiviti utama?

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Rajah 1.4: Aktiviti dalam sistem maklumat

Tiga aktiviti utama dalam sistem maklumat adalah:


(a)

Input
Input mengumpul atau menangkap data mentah dan tidak diproses dari
dalam organisasi atau sumber-sumber luaran.

(b)

Pemprosesan
Pemprosesan menukarkan input mentah ini ke dalam bentuk yang
bermakna.

(c)

Output
Output memindahkan maklumat yang diproses kepada pengurus dan
kakitangan organisasi yang akan menggunakannya atau pada fungsi yang
ia akan digunakan.

Sistem maklumat juga memerlukan maklum balas, yang merupakan satu bentuk
penilaian output yang dikembalikan kepada organisasi dari segi aduan yang
perlu diperbetulkan segera melalui langkah-langkah pembetulan atau cadangan
penambahbaikan yang boleh digunakan untuk memajukan sistem dan proses
perniagaan organisasi secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa sistem maklumat bukan sahaja
mengandungi data dan maklumat. Terdapat juga elemen-elemen lain dalam
sistem, yang berkaitan dan menyokong satu sama lain. Kehadiran elemenelemen yang berkaitan menjadikan maklumat lebih berguna agar ia boleh
disediakan, diproses, diedarkan, dimanipulasi, disimpan dan sebagainya.

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 9

Gabungan ini membawa kepada sistem yang teratur dan dipanggil Sistem
Maklumat.
Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) adalah sistem maklumat asal yang telah
lama dibangunkan dengan tujuan untuk membekalkan maklumat untuk
membantu pengurus dalam menjalankan pelbagai aktiviti harian. Ini dilakukan
untuk memastikan bahawa proses perancangan, kawalan dan pemantauan dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. MIS adalah sistem yang
mempunyai keupayaan memproses maklumat termasuk mengumpul,
memproses, menyimpan dan menyebar data dalam bentuk maklumat melalui
pemprosesan analisis dan menyampaikan maklumat kepada sesiapa yang
memerlukannya.

AKTIVITI 1.1
Buat carian Internet untuk mengetahui bagaimana sistem maklumat
pengurusan berkaitan dengan perniagaan organisasi. Anda boleh
menggunakan kata kunci seperti MIS and business atau
information system and business operations. Bincangkan
penemuan anda dengan rakan kursus anda.

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Berikan definisi sistem maklumat.
2. Apakah komponen-komponen sistem maklumat?
3. Bagaimanakah sistem maklumat membantu perniagaan? Berikan
dua contoh.

1.2

PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengurus diletakkan di semua peringkat pengurusan dan unit organisasi.


Mereka memainkan peranan yang penting dan melaksanakan tugasan dengan
komunikasi yang berkesan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu,
untuk meraih manfaat daripada kemajuan teknologi, para pengurus perlu tahu
bagaimana untuk menggunakan komputer dan maklumat.
Pengurus mesti mengurus sumber-sumber seperti personel, bahan, mesin
(termasuk kemudahan dan tenaga), wang dan maklumat (termasuk data),
supaya ia dapat dilaksanakan dengan cekap. Sumber organisasi boleh
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu fizikal dan konseptual. Sumber-sumber

10

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

yang dinyatakan sebelum ini adalah sumber fizikal, kecuali maklumat, yang
merupakan sumber konseptual. Kedua-dua kategori sumber adalah sama
penting kepada organisasi. Sumber konsep digunakan untuk menguruskan
sumber fizikal.
Sumber-sumber adalah dimiliki dan disediakan, supaya ia boleh digunakan
apabila diperlukan. Biasanya, proses penyediaan melibatkan transformasi bahanbahan mentah kepada bahan-bahan yang boleh digunakan, sebagai contoh,
pemasangan komputer dan melatih pekerja. Selepas proses ini, pengurus akan
cuba untuk mengoptimumkan penggunaan sumber. Mereka boleh
mengurangkan masa rehat pada sumber ke tahap yang minimum dan juga
memastikan sumber digunakan pada tahap yang paling cekap. Selepas itu,
pengurus akan mengubah sumber pada masa yang sesuai sebelum ia menjadi
usang atau tidak cekap.
Konsep pengurusan maklumat adalah sama dengan mengurus sumber fizikal.
Walau bagaimanapun, anda mesti tahu bahawa konteksnya adalah berbeza.
Bagaimana? Pengurus akan memastikan data yang diperlukan boleh diperolehi
dan diproses menjadi maklumat yang boleh digunakan. Mereka perlu
mengesahkan bahawa maklumat sampai kepada orang secara tepat, dalam
bentuk yang betul dan pada masa yang sesuai supaya maklumat boleh
digunakan. Kemudian, maklumat yang tidak digunakan akan dihapuskan dan
digantikan dengan maklumat yang terkini dan tepat. Dengan penjelasan ini,
adakah anda fikir anda boleh menentukan apa itu pengurusan maklumat?
Berikut adalah bagaimana kita secara amnya boleh menentukan pengurusan
maklumat:
Pengurusan maklumat sebagai satu kumpulan aktiviti yang melibatkan
proses mendapatkan maklumat, digunakan secara berkesan dan
dihapuskan pada masa yang sesuai.

Pengurus memberi keutamaan pada sistem maklumat disebabkan oleh dua


faktor utama:
(a)

Perubahan dalam Persekitaran Perniagaan


Perubahan dalam persekitaran perniagaan boleh dihuraikan melalui dua
keadaan:
(i)

Kemunculan Ekonomi Global


Pertumbuhan dalam ekonomi perindustrian negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia adalah disebabkan oleh
import dan eksport. Hari ini, keupayaan untuk menjalankan

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 11

perniagaan di peringkat global akan menentukan kejayaan dan masa


depan organisasi. Globalisasi dalam industri ekonomi dunia telah
membuka peluang-peluang baru untuk perniagaan dan telah
meningkat kepentingan maklumat kepada organisasi.
Perdagangan dan pengurusan perniagaan global dihubungkan
dengan sistem maklumat melalui rangkaian dan infrastruktur
komunikasi. Sistem maklumat yang canggih menyediakan
kemudahan untuk menjalankan aktiviti perniagaan di peringkat
global, misalnya, beroperasi 24 jam sehari dalam persekitaran
antarabangsa, berkomunikasi dan menyebarkan maklumat kepada
pelanggan dan pembekal di seluruh dunia dan menyediakan
perkhidmatan dan maklumat dalam talian. Oleh itu, organisasi
memerlukan sistem maklumat dan komunikasi yang cemerlang
untuk membolehkan mereka bersaing di pasaran dunia.
(ii)

Transformasi Ekonomi Negara-Negara Perindustrian


Gergasi industri utama dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman dan
Jepun sedang menjalani peralihan dari ekonomi berasaskan
perindustrian kepada ekonomi berasaskan perkhidmatan, yang
sebahagian besarnya berasaskan pengetahuan dan maklumat. Ini
kerana pengetahuan dan maklumat memainkan peranan penting
dalam mendapatkan keuntungan dalam era ekonomi baru. Sementara
itu, ekonomi pembuatan beralih ke negara-negara membangun.
Bilangan pekerja dalam sektor-sektor perkhidmatan seperti jualan,
pendidikan, kesihatan, perbankan dan firma undang-undang adalah
lebih tinggi berbanding sektor pertanian dan pembuatan. Pekerjapekerja ini menyediakan perkhidmatan yang melibatkan penggunaan
teknologi dan sistem maklumat untuk mencipta dan menyebarkan
maklumat dan pengetahuan. Perkhidmatan berdasarkan maklumat
seperti portal Web (Yahoo, America Online), pangkalan data (IEEE,
Lexis) dan E-dagang (Amazon.com) semakin meningkat dan firmafirma ini mempunyai berjuta-juta pekerja.
Industri pembuatan menggunakan teknologi maklumat untuk
meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh, industri automobil
menggunakan reka bentuk grafik, manakala kilang pembuatan
menggunakan robot dan realiti maya.

(b)

Penambahbaikan dalam Kemahiran Komputer


Saiz dan kelajuan komputer hari ini adalah lebih maju dari sebelum ini.
Pada masa dahulu apabila komputer telah mula diperkenalkan,

12

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan


komputer malah ada yang takut untuk menyentuh dan belajar bagaimana
untuk menggunakannya. Hari ini, keadaan adalah berbeza. Majoriti pekerja
tahu bagaimana untuk mengendalikan komputer peribadi (PC). Ada
antaranya yang memiliki sebuah komputer di rumah. Komputer telah
menjadi sebahagian daripada keperluan asas dalam kehidupan harian dan
dalam persekitaran kerja, sama dengan keperluan asas yang lain.
Kemahiran asas komputer hari ini meliputi operasi seperti melaksanakan
operasi asas, dengan menggunakan pemproses perkataan dan hamparan
elektronik, mencipta PowerPoint atau fail grafik, mencetak dokumen,
menggunakan persisian dan menggunakan Internet.

SEMAK KENDIRI 1.3


Bagaimanakah pengurusan maklumat penting dalam kehidupan
harian seseorang? Sila jelaskan.

1.3

PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT

Pada pendapat anda, siapakah pengguna sistem maklumat? Apabila anda


mengemas kini profil anda dalam perbankan dalam talian, adakah itu
menjadikan anda seorang pengguna sistem maklumat? Ayuh kita lihat
takrifannya.
Seorang pengguna sistem maklumat adalah individu yang
menggunakan sistem maklumat untuk tujuan tertentu, seperti untuk
mengakses maklumat, mengemaskini data, memproses maklumat,
melakukan urus niaga dan menghasilkan laporan.

Pengguna datang dari pelbagai kategori dan jawatan. Mereka boleh datang sama
ada dari dalam atau luar firma. Apabila sistem maklumat mula diperkenalkan,
pengguna kebanyakannya adalah kerani dalam jabatan akaun yang
menggunakan komputer hanya untuk aplikasi perakaunan seperti gaji, inventori
dan bil. Maklumat yang dijana oleh aplikasi perakaunan kemudiannya
digunakan oleh pengurus firma.
Evolusi sistem komputer dari Sistem Maklumat Perakaunan (AIS) kepada Sistem
Maklumat Pengurusan (MIS) telah mengubah perspektif menggunakan
maklumat, daripada hanya merekodkan transaksi firma kepada membantu

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 13

pengurus dalam menyelesaikan masalah organisasi. Sistem Maklumat


Pengurusan (MIS) mampu menyokong keperluan maklumat pihak pengurusan.
Walau bagaimanapun, penggunaan maklumat dalam MIS tidak terhad kepada
pengurus sahaja. Maklumat MIS boleh digunakan oleh pengguna lain termasuk
pekerja bukan pengurusan yang mengakses laporan syarikat, pelanggan yang
menerima penyata bulanan, pemegang saham yang menerima cek dividen dan
jabatan-jabatan kerajaan yang menerima laporan cukai. Secara umum, pengguna
sistem maklumat terdiri daripada pengurus, bukan pengurus, individu dan
organisasi dalam persekitaran maklumat.

SEMAK KENDIRI 1.4


Takrifkan pengguna sistem maklumat. Berikan dua contoh
pengguna sistem maklumat.

1.3.1

Perjawatan Pengurusan

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, terdapat banyak peringkat pengguna


sistem maklumat. Ia bukan sahaja terhad kepada pengurus. Walau bagaimanapun,
pengurus menggunakan sistem maklumat secara meluas untuk membuat
keputusan perniagaan. Itu juga bergantung pada tahap mereka dalam organisasi.
Pengurus adalah diletakkan di setiap tahap pengurusan dan di semua unit atau
jabatan dalam sesebuah organisasi. Sekarang, kita akan membincangkan tahap
pengurusan dan peranan pengurus dalam setiap peringkat.
(a)

Tahap Pengurusan
Secara umum, setiap firma mempunyai tiga tahap pengurusan.
(i)

Pengurusan tahap atasan


Juga dikenali sebagai pengurusan strategik.

(ii)

Pengurusan tahap pertengahan


Juga dikenali sebagai pengurusan kawalan atau taktikal.

(iii) Pengurusan tahap bawahan


Juga dikenali sebagai pengurusan operasi.
Setiap tahap pengurusan menjalankan tugas-tugas pengurusan yang berbeza
dari segi skop dan tempoh. Jadual 1.1 menunjukkan contoh skop kerja untuk

14

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

setiap tahap pengurusan dan individu yang bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas.
Jadual 1.1: Contoh Skop Kerja untuk Pelbagai Tahap Pengurusan Firma
Tahap Pengurusan

Skop Kerja

Jawatan

Atasan

Untuk menyediakan pelan


masa panjang (5-10-20 tahun)

jangka

Pertengahan

Untuk menyediakan pelan jangka


masa pertengahan (1 bulan - 1 tahun).
Untuk merancang tindakan untuk
pelan jangka masa panjang dan
memastikan matlamat firma tercapai.

Bawahan

Untuk memastikan perancangan yang


dilakukan oleh peringkat pengurusan
atasan dan pertengahan dilaksanakan.

CEO, Presiden, Naib


Presiden
Pengurus Cawangan,
Pengarah, Ketua
Bahagian

Ketua Jabatan,
Penyelia, Penyelaras,
Ketua Projek

Pengurus menyediakan perancangan dengan menggunakan beberapa jenis pelan


mengikut tahap pengurusan, iaitu:
(i)

Perancangan Strategik (Pengurusan Tahap Atasan)


Perancangan strategik adalah pelan jangka masa panjang yang
mentakrifkan keseluruhan misi dan objektif organisasi. Perancangan
strategik memastikan objektif-objektif jangka masa panjang dipenuhi
dengan menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi, ramalan trend
masa depan dan meramalkan pembangunan produk atau perkhidmatan
baru. Perancangan strategik memberi tumpuan kepada isu-isu yang akan
memberi kesan kepada perkembangan dan kedudukan firma itu pada masa
hadapan. Pengurus atasan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti
keseluruhan perniagaan dan menggunakan sistem maklumat untuk
mengenal pasti arah yang diambil oleh firma tersebut.
Pengurus di tahap atasan juga dikenali sebagai eksekutif. Eksekutif adalah
Presiden dan Naib Presiden, yang menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif
yang menyelesaikan isu-isu firma.

(ii)

Perancangan Taktikal (Pengurusan Tahap Pertengahan)


Perancangan taktikal adalah perancangan jangka masa pendek, biasanya
dari satu bulan ke satu tahun. Ini adalah rangka kerja tindakan berdasarkan
perancangan strategik. Pengurus pertengahan akan mewakilkan kuasa dan
tanggungjawab kepada pengurus peringkat bawahan dan memberi arahan,
sumber dan maklum balas mengenai kerja. Walaupun tugas itu diwakilkan,

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 15

pengurus pertengahan akan pasti terlibat dalam memantau, mengawal,


membuat keputusan dan pentadbiran aktiviti.
(iii) Perancangan Harian (Pengurusan Tahap Bawahan)
Perancangan harian dilaksanakan oleh pengurus peringkat bawahan yang
mengetuai kakitangan operasi. Mereka akan menyelaras tugas-tugas
operasi, menyelesaikan masalah dan menjamin ketersediaan sumber yang
penting.
Setiap tahap pengurusan memerlukan jenis sistem maklumat yang berasaskan
keperluan maklumat masing-masing. Setiap tahap pengurusan mempunyai sumber
dan pembekal maklumat yang berbeza yang disokong oleh sistem maklumat.
Rajah 1.5 menunjukkan bahawa maklumat sumber alam sekitar atau luaran lebih
banyak digunakan oleh pihak pengurusan dan bukannya pengurusan tahap
yang lebih rendah. Sementara itu, pengurus tahap bawahan lebih suka maklumat
dalaman. Ini menunjukkan bahawa pengurus tahap atasan lebih suka maklumat
umum berbanding dengan pengurus peringkat bawahan yang lebih suka
maklumat yang lebih terperinci.

16

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Rajah 1.5: Pengaruh tahap pengurusan terhadap sumber maklumat dan paparan
Sumber: Mc Leod (2001)

SEMAK KENDIRI 1.5


Pada pendapat anda, adakah terdapat apa-apa persekitaran pengurusan
untuk pengurus perlu melakukan ketiga-tiga jenis perancangan?

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 17

AKTIVITI 1.2
Lawati laman web berikut:
flipbook/ISPplan2011/

http://www.mampu.gov.my/pdf/

Secara ringkas senaraikan idea tentang perancangan strategik ICT


yang dijalankan oleh MAMPU untuk sektor awam Malaysia.
Bincangkan penemuan anda dengan rakan kursus anda.
(b)

Jabatan dalam Firma


Pengurus juga berada dalam jabatan dalam firma, yang dikenali sebagai
unit atau bidang fungsinya. Dalam erti kata lain, setiap jabatan dalam firma
diuruskan oleh pengurus di tiga tahap pengurusan.
Rajah 1.6 menunjukkan kedudukan pengurus di pelbagai tahap
pengurusan dan jabatan-jabatan dalam firma. Sebuah firma mempunyai
kombinasi jabatan yang berlainan tetapi secara umumnya, jabatan-jabatan
itu termasuk akaun, pemasaran, pembuatan, sumber manusia dan
perkhidmatan maklumat (juga dikenali sebagai sistem maklumat, sistem
maklumat pengurusan dan teknologi maklumat).

Rajah 1.6: Kedudukan pengurus dalam tangga pengurusan

18

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

SEMAK KENDIRI 1.6


Lihat Rajah 1.5 semula. Terangkan secara ringkas apa yang anda faham
tentang keperluan maklumat di setiap tahap pengurusan dalam
membuat keputusan?

1.3.2

Fungsi Pengurus

Dari perbincangan kita sebelum ini, saya pasti anda sedar bahawa pengurus
mempunyai fungsi dan peranan yang sama walaupun mereka diletakkan pada
tahap pengurusan dan jabatan yang berbeza. Mari kita membincangkannya
dengan lebih lanjut untuk mempelajari mengenai fungsi-fungsi pengurus.
Pada tahun 1914, Henri Fayol, seorang pakar pengurusan teori dari Perancis
telah mengenal pasti lima fungsi utama pengurus:
(a)

Merancang;

(b)

Mengurus;

(c)

Perjawatan;

(d)

Mengarah; dan

(e)

Mengawal sumber dengan berkesan.

Setiap pengurus di setiap tahap pengurusan dan jabatan melaksanakan fungsifungsi ini dengan tumpuan yang berbeza, bergantung pada peringkat pengurusan.
Lihat Rajah 1.7, yang menunjukkan pengaruh bagi tahap pengurusan masingmasing terhadap tumpuan dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan; fungsi
pengurusan boleh memberi panduan dalam membangunkan sistem maklumat.

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 19

Rajah 1.7: Pengaruh tahap pengurusan terhadap tumpuan dalam melaksanakan


fungsi-fungsi pengurusan

1.3.3

Peranan Pengurus

Secara umumnya, pengurusan bermaksud penggunaan sumber untuk mencapai


matlamat secara berkesan dan cekap. Dalam sesebuah organisasi, pengurusan
biasanya dilakukan oleh seorang pengurus. Apa yang anda fikir tentang peranan
pengurus? Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama (rujuk Jadual 1.2).
Jadual 1.2: Peranan Pengurus
Peranan Pengurusan
Peranan
Interpersonal

Penerangan
 Pengurus itu dilihat sebagai pemimpin dan orang tengah
untuk pekerja.
 Pengurus adalah model peranan untuk pekerja.

Peranan Maklumat

 Pengurus memantau aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh


pekerja dan organisasi, mengagihkan tugas dan sumber, dan
juga merupakan jurucakap bagi pekerja dengan pihak luar.
 Sebagai contoh, pengurus akan memberikan maklum balas
daripada pengurusan atasan atau pelanggan mengenai
perkhidmatan yang mesra pelanggan yang disediakan
oleh pekerja.

Peranan Membuat
Keputusan

 Pengurus meluangkan banyak usaha, mengendali masalah,


mengagih sumber, dan juga membuat rundingan untuk
pekerja dan pihak luar.

20

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

1.3.4

Kemahiran Pengurusan

Pengurus perlu memiliki banyak kemahiran untuk menyelesaikan tugas-tugas


mereka dengan berkesan. Secara umumnya, setiap pengurus perlu mempunyai
dua kemahiran asas, iaitu kemahiran komunikasi dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Kemahiran ini adalah penting kerana ia digunakan dalam rutin
pekerjaan harian. Marilah kita melihat dengan teliti kedua-dua kemahiran asas ini.
(a)

Kemahiran Komunikasi
Pengurus berkomunikasi dengan individu-individu seperti kakitangan
tahap bawahan, kakitangan tahap atasan, kakitangan di jabatan-jabatan dan
individu lain di luar firma seperti pelanggan, pembekal dan pekerja
institusi kewangan.
Pengurus berkomunikasi dengan menghantar atau menerima maklumat, sama
ada bertulis atau lisan. Contoh komunikasi bertulis termasuk surat, laporan,
memo, minit mesyuarat dan e-mel. Komunikasi lisan berlaku semasa
mesyuarat, perbualan telefon, mel suara, perjalanan atas sebab perniagaan,
temu janji perniagaan dan aktiviti sosial seperti dalam majlis dan hiburan.
Kedua-dua jenis komunikasi dilaksanakan secara luaran dan dalaman.
Setiap pengurus mempunyai pilihan untuk mod komunikasi tertentu.
Sesetengah pengurus suka interaksi lisan melalui telefon atau temu janji
daripada menulis e-mel atau surat. Sesetengahnya lebih suka
menggunakan e-mel kerana ia lebih murah dan ringkas. Walau
bagaimanapun, pelbagai jenis komunikasi boleh digabungkan mengikut
kesesuaian dan gaya pengurusan.

(b)

Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Pengurus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh firma, sama ada
besar atau kecil untuk memastikan operasi berjalan lancar.
Masalah sentiasa dilihat sebagai elemen negatif atau memberikan imej yang
tidak baik kepada firma atau individu. Sebenarnya, masalah dalam konteks
pengurusan boleh memberi kedua-dua kelebihan dan kelemahan kepada
firma. Kita akan mengkaji definisi masalah secara terperinci dalam Topik 2.
Walau bagaimanapun, masalah perlu dihadapi dan tindakan yang diambil
untuk menyelesaikan masalah ini dikenali sebagai penyelesaian.
Pengurus yang berhasrat untuk menyelesaikan masalah mesti melalui
proses yang berkaitan. Proses-proses ini melibatkan membuat keputusan.
Membuat keputusan merujuk kepada pemilihan alternatif penyelesaian,
yang akan dikenal pasti terlebih dahulu. Keputusan diambil selepas

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 21

alternatif telah dinilai. Biasanya, alternatif penyelesaian untuk setiap


masalah dikenal pasti untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih baik.

AKTIVITI 1.3
Adakah anda tahu mengapa pengurus memerlukan kemahiran
pengurusan? Bincangkan.

AKTIVITI 1.4
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil oleh seorang
pengurus jika masalah tidak dapat diselesaikan? Bincangkan.

1.3.5

Pengetahuan Pengurus

Selain daripada kemahiran asas yang dibincangkan sebelum ini, pengurus perlu celik
maklumat dan komputer, yang mana ini penting apabila menggunakan komputer.
(a)

Celik Komputer
Celik komputer merujuk pada pengetahuan asas yang mesti dimiliki
oleh pengguna komputer supaya mereka boleh mengendalikan
komputer dengan berkesan.
Pengetahuan asas adalah pemahaman ringkas teknologi komputer seperti
fungsi tetikus, monitor dan CPU, mengetahui kebaikan dan keburukan
komputer dan keupayaan untuk menggunakan komputer (tidak
semestinya dapat menulis program komputer). Selain itu, pengguna juga
perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini.

(b)

Celik Maklumat
Selain daripada celik komputer, pengurus juga perlu celik maklumat.
Celik maklumat merujuk pada pemahaman tentang penggunaan
maklumat di setiap peringkat proses penyelesaian masalah dan
mengetahui bagaimana untuk mencari sumber-sumber maklumat dan
bagaimana maklumat ini boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.

22

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Celik komputer dan maklumat tidak bergantung pada satu sama lain
walaupun ia berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain. Sesetengah
pengurus celik maklumat tetapi tidak celik komputer. Walau
bagaimanapun, ia adalah ideal sekiranya pengurus memperoleh kedua-dua
kemahiran.

1.4

JENIS SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN


KOMPUTER

Sistem maklumat dalam sesebuah organisasi dikenali sebagai Sistem Maklumat


berasaskan Komputer (CBIS). CBIS dibangunkan berdasarkan aktiviti-aktiviti
kefungsian di peringkat fungsian organisasi.
Contoh CBIS adalah Sistem Maklumat Perakaunan (AIS), Sistem Pemprosesan
Urus Niaga (TPS), Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Sistem Automasi Pejabat
(OAS), Sistem Sokongan Keputusan (DSS), Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) dan
Sistem Pakar. Jadual 1.3 menunjukkan ciri-ciri CBIS disebut.
Jadual 1.3: Jenis Sistem Maklumat berasaskan Komputer
Sistem

Input

Pemproses

Output

Pengguna

TPS/AIS

Urus niaga; peristiwa

Memilih;
menyenarai;
menggabung,
mengemas kini

Laporan
terperinci;
senarai,
ringkasan

Kakitangan
operasi;
penyelia

MIS

Ringkasan transaksi
data; data volum
tinggi; laporan
mudah

Laporan rutin;
model mudah;
analisa
peringkat
rendah

Laporan
mudah

Pengurus
pertengahan

OAS

Dokumen; jadual

Pengurusan
dokumen;
jadual;
komunikasi

Dokumen;
mel jadual

Kakitangan
perkeranian

DSS

Data volum rendah


atau pangkalan data
sangat besar yang
dioptimumkan untuk
analisis data; model
dan analisis peralatan
data

Interaktif;
analisis simulasi

Laporan
khas;
analisis
keputusan;
respons
kepada
pertanyaan

Profesional;
pengurus

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 23

EIS

Data keseluruhan:
Dalaman, luaran

Interaktif
simulasi grafik

Maklum
balas
ramalan
pada
pertanyaan

Pengurusan
kanan

Sistem
Pakar

Pengetahuan, fakta
dan teknik membuat
keputusan

Simulasi
bagaimana
pakar manusia
berfikir

Hujah dan
analisis
keputusan
untuk
menyelesaik
an masalah

Pengurus
kanan

Sekarang ayuh kita bincangkan lebih lanjut jenis-jenis CBIS.


(a)

Sistem Maklumat Perakaunan (AIS) atau Sistem Pemprosesan Urus Niaga


(TPS)
Sistem Maklumat Perakaunan (AIS) atau Sistem Pemprosesan Urus Niaga
(TPS) digunakan dalam peringkat operasi firma. AIS adalah satu sistem
berkomputer yang melaksanakan dan merekodkan rutin atau transaksi
harian firma itu. Contoh-contoh untuk TPS adalah sistem gaji, sistem
pendaftaran, sistem permintaan pelanggan dan sistem keputusan
peperiksaan.
Mari kita ambil contoh sistem pendaftaran di universiti. Adakah anda tahu
apa yang berlaku dalam sistem pendaftaran pelajar di universiti? Sistem
pendaftaran akan melaksanakan dan merekodkan aktiviti pendaftaran
pelajar bagi setiap semester. Fail utama yang merupakan fail pendaftaran
mengandungi maklumat tentang pelajar dan kursus seperti nama, nombor
matrikulasi, alamat, fakulti, nombor telefon, nama kursus dan kod kursus,
yang dikenali sebagai elemen-elemen data. Data ini akan dimasukkan ke
dalam sistem dan data baru (seperti pendaftaran kursus dan bayaran
yuran) akan mengemas kini elemen data. Elemen-elemen data dalam fail
utama akan digabungkan untuk membuat laporan yang diperlukan oleh
pihak pengurusan dan pengguna.

(b)

Sistem Maklumat Pengurusan (MIS)


Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) menyediakan maklumat pengurusan
yang menyokong, merancang, mengawal dan berfungsi membuat
keputusan dengan menjana laporan khas dan berkala. MIS akan
melaporkan operasi asas firma melalui data AIS. Rajah 1.8 menunjukkan
contoh laporan yang sedemikian. Biasanya, laporan dihasilkan secara
mingguan, bulanan atau tahunan.

24

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

Kedai Buku Manaf


Jualan mengikut produk dan daerah di Johor dalam tahun 2012
KOD PRODUK

NAMA PRODUK

DAERAH

JUALAN

1110

Buku teks

Muar
Batu Pahat
Pontian
Johor Bharu

7,224,600
6,340,000
4,326,300
8,454,000
20,638,900

Muar
Batu Pahat
Pontian
Johor Bharu

8,900,400
6,500,000
3,200,500
9,422,000
22,172,900

JUMLAH
2110

Majalah

JUMLAH
Rajah 1.8: Contoh laporan yang dihasilkan oleh MIS

(c)

Sistem Automasi Pejabat (OAS)


Sistem Automasi Pejabat (OAS) adalah sistem komputer yang terdiri
daripada peranti elektronik yang digunakan untuk komunikasi dan
produktiviti bagi pengurus dan pekerja. Antara aplikasi OAS adalah
pemproses perkataan, e-mel, kalendar elektronik, mesin faksimili,
persidangan audio, persidangan video, persidangan komputer dan
penerbitan atas meja (DTP).

(d)

Sistem Sokongan Keputusan (DSS)


Sistem Sokongan Keputusan (DSS) adalah sistem maklumat yang
membantu pengurus untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan mengenai isu-isu yang sangat khusus. DSS menjawab soalan
seperti "Di manakah lokasi yang sesuai bagi firma untuk membuka
cawangan baru?" dan "Apakah cara yang berkesan untuk memperkenalkan
idea baru dalam produk firma?"

(e)

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)


Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) adalah satu sistem khusus digunakan
oleh pengurusan eksekutif dalam membuat keputusan strategik. Ia adalah
alat yang menyediakan akses dalam talian terus ke maklumat yang
berkaitan, dalam format yang berguna dan boleh dilayari. Maklumat yang
relevan adalah tepat pada masanya, tepat dan berguna dalam aspek
perniagaan, mengikut kepentingan pengurus tertentu. Formatnya adalah
berguna, dan boleh dilayari dengan mudah, yang bermaksud bahawa
sistem itu telah dibina khas untuk kegunaan individu yang tidak
mempunyai banyak masa terluang, kurang mahir dalam menggunakan

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 25

papan kekunci dan kurang berpengalaman dengan komputer. Ia memberi


tumpuan pada memenuhi keperluan maklumat strategik pengurusan
atasan.
(f)

Sistem Pakar (ES)


Sistem Pakar (ES) adalah sistem komputer yang boleh meniru kaedah
manusia dalam menyelesaikan masalah seperti pemikiran, pembelajaran
atau memberi penjelasan untuk penyelesaian dengan menggunakan
kecerdasan buatan dan pengetahuan yang disimpan dalam pangkalan data.
Pangkalan data ini mengandungi pengetahuan domain seperti perubatan,
kewangan atau insurans. Kecerdasan buatan mempunyai banyak aplikasi
atau sistem yang diwakili oleh ES. Ini termasuk aplikasi seperti rangkaian
neural dan algoritma genetik.

1.5

JABATAN SISTEM MAKLUMAT

Jabatan Sistem Maklumat (IS) membangun dan menyelenggara sistem maklumat


firma. Jabatan ini juga dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Maklumat, Jabatan
Teknologi Maklumat (IT) atau Jabatan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS).
Struktur dan nama jabatan mungkin berbeza bergantung kepada firma tersebut.
Dalam sebuah firma kecil, individu pelbagai tugas boleh mengendalikan semua
tugas yang berkaitan dengan sistem maklumat semasa. Sementara itu, dalam
firma besar, mungkin terdapat banyak unit di jabatan IS dan pekerja yang ramai
untuk melaksanakan kerja khusus untuk setiap unit. Rajah 1.9 menunjukkan
carta organisasi umum untuk jabatan IS.

Rajah 1.9: Carta organisasi umum untuk jabatan IS

26

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

SEMAK KENDIRI 1.7


Apakah kepentingan jabatan sistem maklumat pada sesebuah
organisasi?

1.5.1

Pakar Maklumat

Pakar maklumat adalah ahli di kalangan kakitangan yang bertanggungjawab


bagi pembangunan dan organisasi sistem maklumat firma.

Pada asasnya, terdapat lima kategori pakar maklumat, iaitu, penganalisa sistem,
pentadbir pangkalan data, pentadbir rangkaian, pengaturcara dan pengguna.
(a)

Penganalisa sistem (SA) membangunkan satu sistem baru atau menaik


taraf sistem semasa. Penganalisa sistem akan menentukan masalah,
mendokumenkan analisis, membuat reka bentuk sistem dan
membangunkan sistem yang disarankan. Interaksi dan kerjasama daripada
pengguna dan pihak pengurusan diperlukan dalam membangunkan sistem
yang memenuhi keperluan pengguna.

(b)

Pentadbir pangkalan data membangun dan menyelenggarakan pangkalan


data yang terdiri daripada data yang diperlukan untuk menghasilkan
maklumat untuk pengguna.

(c)

Pentadbir rangkaian pula membangun dan menyelenggarakan komunikasi


data yang menghubung dan membolehkan perkongsian sumber-sumber
komputer. Pembangunan Internet telah mewujudkan ramai pakar baru
dalam bidang ini, yang dikenali sebagai webmaster atau pereka web.

(d)

Pengaturcara menulis kod pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan


berdasarkan dokumentasi reka bentuk, yang ditulis lebih awal oleh
penganalisa sistem. Pengaturcara juga menguji program bertulis untuk
memastikan ia bebas pepijat dari mana-mana sintaks dan kesilapan logik.

(e)

Pengguna komputer mengendalikan komputer berskala besar seperti


kerangka komputer dan komputer mini. Mereka mengendalikan kerja
rutin, mengendalikan penyimpanan data pencetak dan membantu
pengguna menyelesaikan masalah.

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 27

AKTIVITI 1.5
Adakah terdapat mana-mana organisasi yang tidak mempunyai
sebarang pakar maklumat yang disebut dalam subtopik 1.5.1?
Senaraikan kesan-kesan dan kelemahan-kelemahan keadaan
sedemikian.

1.6

TREND DALAM APLIKASI SISTEM


MAKLUMAT PERNIAGAAN

Trend aplikasi sistem maklumat perniagaan bergerak ke arah integrasi aplikasi


dan penggunaan kecerdasan buatan. Antara kegunaan jenis aplikasi ini adalah
seperti berikut:
(a)

Memudahkan proses urus niaga.


Sebagai contoh, dengan integrasi sistem maklumat perakaunan dan sistem
maklumat sumber manusia, pengiraan gaji dan ganjaran boleh dilakukan
dengan cepat dan mudah.

(b)

Digunakan dengan rangkaian dan teknologi Internet, terutamanya dalam


proses mendapatkan sumber atau maklumat luaran.
Sebagai contoh, dalam perancangan strategik, organisasi boleh
mendapatkan maklumat mengenai pesaingnya yang ada di Internet.
Organisasi juga boleh melihat laporan dan misi kerajaan.

(c)

Membenarkan penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,


audio, video dan animasi. Selain itu, penambahan elemen-elemen
kecerdasan buatan boleh mempercepatkan dan memudahkan tugas-tugas
manusia.
Sebagai contoh, dalam industri reka bentuk kereta dan pengeluaran, sistem
maklumat digabungkan dengan teknologi multimedia dan kecerdasan
buatan

(d)

Meningkatkan proses pemahaman dan laporan pembentangan.

28

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

1.7

TREND PENGKOMPUTERAN PENGGUNA


AKHIR (EUC)

Pembangunan dalam teknologi maklumat telah mewujudkan celik komputer


dalam kalangan kebanyakan orang ramai, sama ada pada tahap yang minimum
atau pada tahap yang lebih tinggi. Perkembangan ini membantu pengguna
komputer untuk mengendali atau membangunkan sistem komputer tanpa
bantuan pakar maklumat. Pengguna yang menggunakan sistem maklumat
berasaskan komputer dikenali sebagai pengguna akhir. Pembangunan penuh
atau sebahagian sistem maklumat oleh pengguna dikenali sebagai
pengkomputeran pengguna akhir (EUC).
EUC berkembang kerana faktor-faktor berikut:
(a)

Pembangunan dalam celik komputer.

(b)

Peningkatan dalam tugas-tugas tunggakan jabatan sistem maklumat.


Permintaan yang tinggi terhadap pembangunan dan penyelenggaraan
sistem maklumat menyebabkan banyak tugas di jabatan sistem maklumat
tidak siap dalam tempoh tarikh akhir.

(c)

Harga kos perkakasan komputer adalah lebih rendah pada hari ini. Oleh
itu, pengguna boleh membeli perkakasan komputer dan belajar sendiri.

(d)

Pelbagai pilihan pakej perisian tersedia kini boleh didapati di pasaran.


Pakej perisian ini menyediakan fungsi umum sistem aplikasi malah boleh
disesuaikan mengikut keperluan tertentu firma. Selain itu, pakej perisian
boleh digunakan dengan mudah oleh pakar atau pengguna baru untuk
melaksanakan sistem maklumat berasaskan komputer.

AKTIVITI 1.6
Lawati http://en.wikipedia.org/wiki/End-user_computing. Senaraikan
isi penting tentang pengkomputeran pengguna akhir (EUC). Bandingkan
jawapan anda dengan rakan kursus anda.

TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

W 29

SEMAK KENDIRI 1.8


1. Takrifkan yang berikut:
(a)

Pakar maklumat

(b)

Pengkomputeran pengguna akhir

2. Apakah trend dalam aplikasi sistem maklumat perniagaan?


3. Dengan bantuan pengaturcara, seorang pengurus di sebuah
jabatan akaun menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan
lejar dan simpan kira bulanan. Adakah ini satu contoh EUC? Beri
sebab-sebab anda.

Data adalah satu fakta mentah yang tidak bermakna manakala maklumat
ialah data yang telah diproses ke dalam bentuk yang bermakna. Pengetahuan
diperoleh dari maklumat dengan cara yang sama maklumat diperoleh dari
data.

Teknologi maklumat dan sistem maklumat adalah alat utama yang


membolehkan organisasi membangunkan produk dan perkhidmatan baru,
serta mencipta model perniagaan baru.

Sistem maklumat adalah gabungan perkakasan, perisian dan sistem


telekomunikasi, yang boleh menyokong operasi perniagaan untuk
meningkatkan produktiviti dan membantu pengurus membuat keputusan.

MIS adalah sistem yang mempunyai keupayaan memproses maklumat


termasuk mengumpul, memproses, menyimpan dan menyebar data dalam
bentuk maklumat melalui pemprosesan analitis dan menyampaikan
maklumat kepada sesiapa yang memerlukannya.

Maklumat adalah salah satu sumber organisasi penting dan perlu diuruskan
dengan baik. Pertumbuhan perniagaan dan peningkatan kepakaran
komputer adalah faktor-faktor pemangkin pengurusan maklumat.

Setiap pengurus di setiap tahap pengurusan (strategik, taktikal dan operasi)


dan jabatan perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk
melaksanakan fungsi-fungsinya dengan tumpuan yang berbeza, bergantung
pada tahap pengurusan.

X TOPIK 1 SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

30

Jenis-jenis sistem maklumat berasaskan komputer yang utama adalah Sistem


Maklumat Perakaunan, Sistem Maklumat Pengurusan, Sistem Automasi
Pejabat, Sistem Sokongan Keputusan, Sistem Maklumat Eksekutif dan Sistem
Pakar.

Unit dalam firma yang bertanggungjawab untuk membangunkan dan


mengekalkan sistem dikenali sebagai jabatan sistem maklumat. Jabatan ini
mempunyai pakar-pakar maklumat, iaitu, penganalisa sistem, pentadbir
pangkalan data, pentadbir rangkaian, pengaturcara dan pengguna komputer.

Tugas pakar maklumat boleh dikurangkan melalui penglibatan pengguna


dalam pembangunan sistem. Fenomena ini dikenali sebagai pembangunan
pengkomputeran pengguna akhir.

Data

Pengkomputeran pengguna akhir

Maklumat

Pengurusan maklumat

Pakar maklumat

Sistem maklumat

Pengetahuan

You might also like