You are on page 1of 10

Perkembangan seni lukis di pulau pinang sebelum dan selepas merdeka.

Sebelum merdeka

Seni lukis yang terawal di pulau pinang telah bermula pada tahun 1786 oleh pengasas Syarikat Hindia timur iaitu Sir Francis Light. Para pelukis yang menetap di pulau pinang amat menggemari untuk melukis suasana laut dan kecantikan alam semula jadi di sekitar pulau pinag. Terdapat kemungkinan bahawa pelukis tempatan telah membejalkan lukisan-lukisan kepada para penaung syarikat perniagaan eropah.

Sehingga tahun 1920an, perkembangan seni lukis dapat dilihat dan dikesan terutamanya apabila kumpulan Penang impressionist ditubuhkan. Kebanyakan ahli kumpulan ini terdiri daripada suri rumah tangga bangsa inggeris. Mereka gemar untuk melukis apabila waktu lapang. Pada waktu ini, pelukis-pelukis tempatan tidak diterima dan tidak dibenarkan untuk menyertai Penang Impressionist. Akan tetapi, tedapat 2 orang pelukis tempatan telah diterima masuk didalam kumpulan ini. 2 orang pelukis tersebut ialah, Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Pn lim merupakan seorang jutawan yang mampu member sokongan kewangan untuk kumpulan ini dan Abdullah Ariff pula diterima disebabkan perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni amat diperlukan

Tahun 1920an juga merupakan satu peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang apabila Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Ooi Hwa yang merupakan Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia, beliau telah mempamerkan karyakaryanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong adalah nama yang disebut-sebut kerana mereka dipecayai sebagai pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Kemudiannya, sebuah institusi endidikan iaitu SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain.

Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

Pada awal tahun 30-an, pelukis-pelukis cina telah menubuhkan kelab seni lukis cina pulau pinang, dibawah pengaruh Yong Mun Sen. Lee Cheng Yong merupakan pengerusi bagi kelab ini, manakala Yong Mun Seng dilantik sebagai Timbalan Presiden. Quan Kuan Sin dilantik sebagai setiausaha, Tay Hooi keat merupakan bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Kesemua nama yang dinyatakan merupakan pengasas kepada kelab ini. Pameran pertama yang dianjurkan oleh kelab ini ialah pameran seni dan fotografi. Aliran yang dipegang oleh kumpulan ini ialah Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Mereka turut mengundang pelukispelukis di seluruh Malaysia dan singapura untuk menyertai pameran ini. Ternyata mereka menerima maklum balas yang positif mengenai pameran mereka. Bukan hanya setakat itu, kelab seni lukis cina pulau pinang turut mengadakan beberapa lagi pameran dibawah pimpinan Lim Cheng Ean.

Tahun 1941 menjadi titik hitam bagi kelab seni lukis cina pulau pinang. Tetera jepun telah membuat pengawasan kepada kumpulan kebudayaan china. Kesenian pada ketika ini seakan-akan terkubur disebabkan penjajah. 4 tahun kemudian, pada tahun 1945, kesenian dipulau pinang telah diberi nafas baru dan dihidupkan kembali dengan penubuhan Kumpulan Pendidik seni Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.

Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.Pada tahun ini juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk Empat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.

Tahun 1957 memperlihatkan kemunculan Thursday art group yang telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Tay Hooi Keat. Objektif penubuhan kumpulan ini ialah untuk memperkenalkan kosep seni lukis yang baru.

Kelas lukisan diadakan pada setiap hari khamis dan sabtu. Selain melukis, aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan sesi perbincangan dan pameran. Antara tulang belakang kelab ini ialah, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For dan William K.K Lau.

Seni lukis selepas merdeka Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Seni lukis mula dikenali sebagai seni lukis moden. Subjek yang menjadi tumpuan para pelukis ialah lebih kepada figura berbanding pemandagan. Lukisan mereka banyak dipengaruhi dengan gaya lukisan pelukis luar Negara, dan kebanyakan pelukis pada waktu ini datang daripada Nanyang Academy School of Art. Pada waktu ini, para pelukis mencari-cari teknik terbaru dan juga identity mereka sendiri. Mereka ingin tampil dengan sesuatu yang baru. Pada tahun 1957- 1960, para pelukis merasakan mereka perlu mengekalkan budaya dan ciri-ciri Malaysia. Pada waktu ini, timbulnya idea untuk menghasilkan lukisan yang lebih menjurus kepada kemasyarakatan, dan adat istiadat. Pada era 1960-1970an, pelukis telah berani untuk mengeluarkan idea mereka sendiri. Mereka lebih matang dan lebih berani dalam penghasilan karya. Konsep karya yang ditonjolkan lebih bebas dan tidak teikat dangan mana-mana tema. Karya mereka juga senang untuk dikenali kerana mereka mempunyai identity karya yang tersendiri. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah

mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Seterusnya, pada tahun 1984, penubuhan pusat seni di University Sain Malaysia telah member peluang untuk melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut,

maktab dan sekolah serta para professional yang lebih mahir dalam bidang seni halus.USM menawarkan kursus seni halus, fotografi, teori-teori seni, seni arca, rekabentuk grafik, aspek-aspek seni asia tradisonal dan latihan ilmiah.

Aprisiasi karya menurut Edwand

Pelukis : Aris Aziz \ Tajuk karya : portrait P.Ramlee Bahan dan dan media : Oil on Canvas Saiz: 100cm x 71 cm Tahun karya : 1983

Pelukis : Yong Mun Seng Tajuk karya : Ronggeng Bahan dan dan media : Oil and Canvas Saiz: 90cm x 126 cm Tahun karya : -

Deskripsi
karya ini merupakan sebuah potret seniman lagenda tanah air iaitu P.Ramlee. karya ini lebih berfokus pada figura manusia. Didalam karya ini, dapat dilihat dengan jelas jalinan tampak yang dihasilkan seperti lipatan baju dan baju P.Ramlee. seterusnya unsur pergerakan dapat dilihat pada garisan yang dilukis pada rambut. Warna yang digunakan ada lah warna haroni iaitu hijau biru dan sedikit kuning yang menampakkan karya ini tenang. Ruang dapat dilihat antara figura dengan latar belakang.

Karya ini lebih focus pada kehidupan seharian wanita pada suatu ketika dahulu. Pengkarya telah memilih untuk menghasilkan beberapa figura wanita. Usur kontra dapat dilihat paga wanita yang berkebaya merah.selain dari kontar, keseluruha warna di dalam karya ini menggunakan warna harmoni. Latar belakang yang banyak menggunakan stroke berus dilihat member kesan pergerakan di dalam gambar. Garisana tebal dan halus dapar dilihat dengan jelas pada karya figure tersebut dan menjadikan karya ini tidak kaku.

Intrepretasi

Dilhat dengan mendalam pada lukisan ini, pelukis ingin mengabadikan seorang laganda didalam karya beliau. Memalui karya ini juga, pelukis dilihat ingin menunjukkan status yang dipegang oleh P.Ramlee dimana dapat dilihat pada jam emas beliau dan juga cincin yang dipakai oleh P.Ramlee. lukisan ini juga dapat menunjukkan bahawa P.ramlee berada dilama keadaan yang tenang dimana warna yang dipilih menimbulkan mood .ini saja dalat dilihatrtatersebut dan juga wajah P.Ramlee itu sendiri pada raut wajah beliau.

Lukisan ini pula memberi gambaran kepada kita tentang aktiviti wanita melayu pada zaman dahulu. Melalui lukisan ini,kita dapat mengetahui perihal budaya yang dijalankan oleh wanita satu ketika dulu. Mereka menghiburkan hati dengan joget lambak atau ronggeng yang selalu diadakan pada kenduri khawin.pakaian mereka juga dapat dilihat dengan jelas iaitu kebaya singkat.

Analisis

Karya ini merupakan satu catan realistic dimana dapat dilihat ianya dibuat dengan teliti. Pemilihan warna yang digunakan adalah harmonis dimana banyak menggunakan warna biru dan hijau. Karya ini menonjolkan P.Ramlee sebagai tema utama didalam karya. Kontra dapat dilihat pada jam yang bewarna emas manakala penegasan dilakuan pada riak wajah Tan Sri P.Ramlee.

Kontra pada karya ini ialah perempuan yang berkebaya merah. Catan ini juga merupakan catan realistic dimana figura wanita tersebut dilukis denfan skala yang beresuaian. Warna yang dipilih juga harmoni iaitu warna pada pakaian wanita yang lain. Latar belakang sedikit garang dari pemilihan warna. Ini mungkin untuk menimbulkan mood gembira dan ceria yang terdapat dalam majlis tersebut.

Penilaian

Karya ini memperlihatkan kehebatan seorang seniman agung di Malaysia. Karya ini dapat mengingatkan kita kepada perit getir kehidupan yang dijalani oleh P.Ramleee. potret ini juga sebagai simbol lagenda beliau terus berkekalan hingga kehari ini. Melalui potret ini, orang dapat mengenali siapa itu P.Ramlee.

Melaui karya ini, generasi muda dapat milihat bagaimana kehidupan wanita melayu pada suatu ketika dahulu. Mereka dapat mengetahui pakaian yang menjafi kebangaan mereka dulu. Generas muda turut melihat kebudayaan yang diamalkan pada zaman dahulu iaitu ronggeng atau tarian.

Rujukan
Kathleen Chee(2011) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual- Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Bhd

Chee Khuan Tan(1994) Perintis-perintis seni lukis Malaysia. Shell Companies in Malaysia, Art Malaysian Kamibudak seni(2011) Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman di ambil pada 25 Mac 2013 daripada http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/teori- pengalaman-pelbagai-edmundburke.html Scrib(2013)Sejarah dan apresiasi seni diambil pada 26 Mac daripada http://www.scribd.com/doc/129134875/Teori-Edmund-Burke-Feldman-Eta-Grace-Aan Lawatan Pendidikan Seni Visual di Pulau Pinang 2 Mac 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

PSV 3110 PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 5/2013

TAJUK : Perkembangan seni lukis di Pulau Pinang dan Aprisiasi Karya

NAMA : MUHAMMAD AFIQ B AND RAZAK NO K/P : 900121115669 NAMA PENSYARAH : PUAN MAZLINA BINTI JOHARI

You might also like