You are on page 1of 31

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Pengenalan 2-3
2. Latar Belakang kajian 4-5
3. Permasalahan kajian 5-6
4. Objektif 6
5. Kajian Literatur 7-10
6. Metodologi 11-13
7. Dapatan Kajian 14-20
8. Perbincangan dan Cadangan 21-24
9. Kesimpulan 25-27
10. Lampiran 28-29
11. Rujukan 30-31

1
PENGENALAN.

Tajuk kajian pengkaji adalah “Pemeliharaan Seni Tikar Kasah Masyarakat Bidayuh di
Rumah Panjang Kampung Annah Rais”. Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan dengan
lebih jelas dan mendalam tentang kajian ini. Selain itu, dalam bab ini juga pengkaji akan
mengupas dan menceritakan segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk pengkaji.

Negeri Sarawak sememangnya dikenali sebagai bumi kenyalang dan merupakan salah
satu daripada 14 negeri yang terdapat di Malaysia. Sarawak juga terletak di Pulau Borneo dan
berada di kawasan tropika yang beriklim khatulistiwa. Kawasan hutan yang tebal menjadi
sumber asset yang penting dalam menjana pendapatan penduduk di Sarawak. Selain itu
Sarawak juga adalah salah satu negeri yang mempunyai populasi terbesar serta mempunyai
golongan kumpulan etnik yang sangat ramai.

Kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak menjadikan Sarawak salah satu Negeri
yang kaya dengan budaya, Bahasa serta cara kehidupan yang berbeza di antara etnik. Etnik-
etnik di Sarawak juga sememangnya mahir dalam menghasilkan produk kraf tangan
berasaskan dari sumber hutan. Ini dapat dibuktikan apabila Bandaraya Kuching telah diiktiraf
sebagai Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) pada tahun 2019. Terdapat 40
etnik yang berbeza di Sarawak dan kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa,
kebudayaan, serta cara kehidupan mereka yang sangat berbeza. Antara salah satu etnik di
Sarawak ialah Kaum Bidayuh.

Pada masa dahulu Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat yang merupakan sub etnik
yang terdapat di Sarawak. Masyarakat Bidayuh merupakan kumpulan keempat terbesar
selepas Melayu, Cina dan India. Istilah Dayak Darat digunakan bagi memberi perbezaan di
antara masyarakat Bidayuh dengan Masyarakat Iban yang sering dikenali sebagai “Sea
Dayak” atau Dayak Laut. Selain itu, nama Dayak Darat diambil adalah disebabkan
penempatan masyarakat Bidayuh sebahagian besarnya menetap di kawasan pedalaman,
dataran tinggi dan juga hulu-hulu sungai.

Terdapat empat Kumpulan etnik Dayak Bidayuh yang terdapat di Sarawak. Antaranya
iaitu Bukar-Sadong yang merupakan kumpulan terbesar. Kebanyakan penempatan mereka di
kawasan Hulu Sadong dalam Daerah Serian dan terdapat 132 buah kampung Masyarakat
Bidayuh di sana. Seterusnya, Bipuruh pula merupakan kumpulan kedua terbesar.
Kebiasaanya penempatan mereka berada di kawasan pedalaman dalam Daerah Kuching dan

2
juga mempunyai 81 buah kampung bagi kumpulan ini. Kumpulan ketiga bagi Dayak Bidayuh
ialah Bau-Jagoi yang kebanyakannya berada di Daerah Bau dan sebanyak 43 buah kampung
yeng terdapat di daerah ini manakala kumpulan terkecil lebih dikenali sebagai Selako-Lara
yang terdapat di Daerah Padawan dan kumpulan ini mempunyai 41 buah kampung yang
menempatkan kaum ini.

Gambar 1: populasi penduduk Masyarakat Bidayuh di Sarawak

Sumber: Dicapai daripada google pada 5 April 2019.

3
LATAR BELAKANG KAJIAN.

Rumah Panjang Annah Rais adalah salah satu kampung Masyarakat Bidayuh yang
terletak kira-kira 100km dari Bandaraya Kuching dan berada di kaki bukit Borneo Highlands.
Pada awalnya, Kampung Annah Rais dikenali sebagai kampung Senah Negeri. Selepas
wujudnya kerajaan dan pemerintahan di Sarawak, kerajaan telah mengubah nama Senah
Negeri kepada Annah Rais. Perkataan Annah Rais mempunyai maksud dan diambil daripada
Bahasa Masyarakat Bidayuh itu sendiri. “Annah” dalam Bahasa Bidayuh adalah bermaksud
lurah, manakala “Raih/Rais” pula bermaksud kampung. Oleh itu, disebabkan kawasan Annah
Rais terletak berdekatan dengan kawasan gunung yang menjadi sempadan antara Sarawak
dan juga Kalimantan.

Selain itu, Rumah Panjang Annah Rais bukan sahaja mengamalkan cara kehidupan
masyarakat Bidayuh malah masyarakat yang menetap di rumah panjang ini telah didedahkan
dengan program homestay. Rumah panjang Annah Rais juga telah diiktiraf di bawah
Kementerian Pelancongan sekali gus menjadi salah satu tarikan pelancong ketika datang
melancong ke Sarawak. Dengan mewujudkan program tersebut, dapat menjadikan Kampung
Annah Rais semakin berkembang menerusi kebudayaan dan cara kehidupan Masyarakat
Bidayuh kepada pengunjung. Ini juga dapat membantu mengembangkan lagi pasaran produk
kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh antaranya ialah seperti Tambok, Manik
dan juga Tikar Kasah.

Seni tikar kasah merupakan salah satu kraf tangan yang dihasilkan oleh turun temurun
oleh masyarakat Bidayuh di rumah panjang Kampung Annah Rais. Seni tikar kasah salah satu
kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh yang perlu dikekalkan supaya seni tikar
kasah tidak di tinggal zaman. Disebabkan itu, seni tikar kasah salah satu kraf tangan pertama
yang dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh. Ini kerana, seni tikar kasah merupakan salah satu
punca pendapatan masyarakat Bidayuh di rumah panjang Kampung Annah Rais. Selain itu,
tikar kasah merupakan seni warisan anyaman yang masih digunakan dalam kehidupan
seharian masyarakat bidayuh. Tikar kasar adalah sebuah tikar rotan yang dianyam oleh
masyarakat bidayuh. Tikar kasah ini, diperbuat dengan menggunakan sumber daripada hutan
iaitu kulit kayu dan rotan. Tikar ini dihasilkan daripada rotan dan diikat dengan menggunakan
kulit kayu yang tahan lama (baiyuh).Tikar kasah masyarakat bidayuh secara amnya terbahagi
kepada dua jenis iaitu kasah segeh dan kasah maiee. Tikar in salah satu lambang dan juga
ekpresi budaya bagi masyarakat Bidayuh.
4
Tikar kasah sememangnya mencerminkan falsafah nilai dan pandangan dunia
Bidayuh dan ia dianggap sangat rapat dalam kehidupan masyarakat. Ini demikian kerana,
Koentjaraningrat, 1973, (dipetik di dalam Antonia, 2014) menegaskan bahawa tikar ini
menjadi salah satu daripada tiga kewujudan kebudayaan Bidayuh yang mengatakan bahawa
budaya wujud sebagai benda-benda hasil karya manusia. Masyarakat Bidayuh sememangnya
bangga dengan seni warisan budaya ini. Tikar kasah juga dijadikan salah satu kraf tangan
yang dihasilkan melalui kaedah mengayam. Ini disebabkan oleh seni anyaman merupakan
kehidupan tradisional masyarakat Bidayuh dan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Hasil
daripada kerja menganyam telah menjadikan sebuah persekitaran kehidupan yang dapat
dilihat fungsi dan kegunaannya daripada tikar kepada perlindungan.

PERMASALAHAN KAJIAN.

Di dalam kajian ini, pengkaji mendapati tiga permasalahan yang terdapat dalam kajian
ini. Pertama, pengkaji mendapati bahawa pembuatan seni tikar kasah masyarakat bidayuh
berkurang kerana sukar untuk mendapatkan bahan mentah. Contohnya, rotan dan kulit kayu.
Ini disebabkan oleh wujudnya pembangunan yang pesat, menyebabkan sumber hutan yang
semakin berkurangan. Oleh itu, usaha untuk mengekalkan seni tikar kasah sukar untuk
dihasilkan.

Seterusnya, permasalahan kedua generasi belia kurangnya pendedahan mengenai seni


warisan tradisional. Golongan belia masa kini tertumpu pada lebih tertumpu pada gaya hidup
moden berbanding mengekalkan gaya hidup tradisional. Kurangnya kesedaran terhadap seni
warisan dan kebudayaan penyelidikan seni tikar kasah masyarakat bidayuh tidak akan
dikenali terutama kepada generasi akan datang. Oleh itu, pemeliharaan seni tikar kasah tidak
dapat diteruskan dan dikekalkan kerana tiada minat yang mendalam oleh generasi ke generasi
untuk meneruskan seni tradisional tikar kasah.

Permasalahan yang ketiga pula adalah kurangnya promosi berkaitan seni tikar kasah.
Hal ini demikian kerana wujudnya kepelbagaian reka bentuk tikar moden pada masa kini.
Justeru, masyarakat lebih gemar menggunakan reka bentuk tikar moden untuk dijadikan
hiasan rumah. Selain itu, permintaan yang tinggi terhadap tikar moden menyebabkan tikar
kasah masyarakat bidayuh kurang mendapat permintaan daripada masyarakat. Tikar kasah di

5
Anna Rais ini hanya menghasilkan tikar kasah plain dan menambah corak dan motif. Ini
menyebabkan masyarakat kurang gemar untuk memilih tikar kasah sebagai kegunaan harian.

OBJEKTIF.

Berdasarkan tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu “Pemeliharaan Seni Tikar
Kasah Masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais” pengkaji telah mendapati
terdapat tiga objektif yang bersesuaian dengan tajuk kajian pengkaji. Antaranya adalah
seperti berikut:

Mengenal pasti penerimaan masyarakat setempat terhadap tikar kasah yang dihasilkan
oleh masyarakat bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais. Pengkaji ingin melihat berkaitan
penggunaan Tikar Kasah bagi Masyarakat Bidayuh sehingga ke hari ini. Pengkaji juga ingin
melihat kesan positif masyarakat setempat yang berminat untuk membeli Tikar Kasah di
Rumah panjang Annah Rais sebagai produk kraf tangan.

Objektif kedua dalam kajian ini adalah pengkaji ingin mengenal pasti motif, fungsi dan
seni yang terdapat pada Tikar Kasah di Rumah Panjang Annah Rais. Pengkaji ingin melihat
apakah motif yang sering digunakan oleh Masyarakat Bidayuh semasa penghasilan Tikar
Kasah. Pengkaji juga ingin mengetahui apakah fungsi tikar kasah bagi Masyarakat Bidayuh.

Objektif ketiga pengkaji pula, pengkaji ingin mengetahui langkah-langkah pemeliharaan


tikar kasah Masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais. Dalam objektif ini pengkaji
ingin melihat adakah Tikar Kasah ini masih digunakan oleh generasi masa kini. Serta
pengkaji ingin mengetahui langkah dan peranan yang diambil oleh Masyarakat Bidayuh di
Rumah Panjang Annah Rais dalam mengekalkan pembuatan Tikar Kasah ini agar dapat terus
dikekalkan kewujudannya pada masa akan datang.

6
KAJIAN LITERATUR.

Masyarakat Nusantara sukar untuk dipisahkan daripada seni anyaman. Ini kerana seni
anyaman adalah sebagai hasil pendapatan dan kegunaan harian mereka masa dahulu. E-man
(dipetik di dalam Seer, 2013) menyatakan “seni anyaman adalah satu seni yang digunakan
untuk menghasilkan barangan kegunaan harian” (m.s 24). Pada masa dahulu, kaum Bidayuh
menghasilkan kraf tangan sebagai kegunaan harian. Lantaran itu, kerajaan negeri telah
berjaya memasarkan Tikar Kasah sebagai salah satu kraf tangan daya tarikan pelancong dari
luar. Manakala, Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia (dipetik di dalam Utusan online,
2014) mendakwa bahawa “rombongan media menjejaki beberapa pengusaha kraf tangan di
beberapa daerah pendalaman sekitar Sarawak, bagi melihat sendiri hasil kerja tangan yang
boleh dibanggakan rakyat Malaysia” (para. 3). Maka jelas dibuktikan bahawa kraf tangan
amat menarik minat pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Selain itu, Sandara
(dipetik di dalam Utusan online, 2014) menyatakan bahawa bapanya berani mengambil alih
perusahaan secara langsung demi menjaga warisan Tikar Kelasah. Namun begitu, peranan
untuk menghasilkan tikar Kelasah hanya dikeluarkan dengan kuantiti mengikut permintaan
semasa (para. 13). Demikian, Sandara turut berhujah mengenai kegunaan tikar kelasah adalah
untuk mengeringkan padi (para. 10). Ini kerana dengan menggunakan kombinasi rotan dan
kulit kayu akan mempercepatkan proses pengeringan padi. Nursyamimi (dipetik di dalam
Utusan online, 2014) berhujah mengenai tikar kelasah “… diperbuat daripada kulit kayu
bayuh dan rotan itu mempunyai beberapa gred mengikut kualiti pembuatan dan jenis rotan
yang digunakan” (para. 14).

Selain itu, budaya di Malaysia sangat unik dan mereka mempunyai tradisi budaya
yang berbeza antara saru sama lain. Etnik dan budaya Bidayuh lebih menonjolkan identiti
kraf tangan anyaman tikar kelasah. Masyarakat umum masih ada lahi yang tidak memahami
kepentingan kraf tangan. Lepun et al. (dipetik di dalam Salmah, 2016) mendefinisikan seni
anyaman adalah dikenali sebagai satu seni budaya yang di dasari oleh ilmu, adat,
kepercayaan dan amalan tradisi yang diwarisi secara tirun temurun (para.1). Justeru itu, kraf
tangan perlu dikekalkan kerana ia adalah sesuatu yang telah direka khas untuk tujuan tertentu
yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Seni kraf tangan yang
dihasilkan dengan halus dan unik merupakan salah satu faktor perlu diangkat antara seni
dihasilkan menggunakan tangan di peringkat dunia (para. 4). Sarawak adalah negeri yang

7
sangat dibanggakan kerana ia telah mencorakkan budaya dan keunikan dengan pelbagai
variasi.

Sementara itu, kraf tangan di Sarawak amat mampu untuk berkembang di pasaran
kerana ia mempunyai mutu dan nilai yang tinggi. Pengerusi Perbadanan Pembangunan
Kemajuan Kraf tangan (dipetik dalam The Borneo Post, 2015) menyatakan bahawa
“pembuatan kraf tangan terutamanya di Sarawak berbeza menjadikan nilainya begitu tinggi”
(para.3). Beliau turut berhujah “… agensi kerajaan menjadikan kraf tangan sebagai barangan
boleh dijadikan hadiah dan buah tangan orang negara luar” (para.4). Justeru, perkara ini amat
jelas dibuktikan bahawa pada kebiasaannya orang daripada negeri lain mahupun negara lain
sering membeli cenderamata sebagai tanda kenangan atau buah tangan kepada ahli keluarga
mereka. Talib (dipetik dalam The Borneo Post, 2015) menjelaskan kraf tangan adalah sebagai
buah tangan yang mempunyai harga tinggi dijadikan hadiah kepada orang luar, malahan di
negeri yang sama mempunyai harga yang berbeza. Seterusnya, beliau berhujah lagi bahawa
“kita harus bangga dengan produk kraf tangan kita yang berkualiti, cantik dan harga yang
ditawarkan berpatutan” (para. 10). Dengan adanya kerjasama kementerian, kraftangan tikar
kelasah mampu merentasi sempadan dunia dengan harga yang berpatutan.

Masyarakat Bidayuh sering mengadakan acara tahunan iaitu Sambutan Hari Bung
Jagoi. Justeru acara yang telah diadakan menarik pengunjung dari luar negara turut
memeriahkan lagi sambutan tersebut. Acara ini juga merupakan memperingati sejarah
penempatan asal bagi suku kaum Bidayuh sebelum berpindah di puncak gunung. Lantaran
itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Jangoi (dipetik di dalam Utusan Borneo,
2016) menyatakan “suku kaum Bidayuh mendiami lima kampung di Lundu dan enam
kampung di Kalimantan, Indonesia …” (para. 4). Oleh itu, mereka menyambut acara tersebut
adalah sebagai memperingati warisan nenek moyang terdahulu. Seterusnya, sambutan acara
diharapkan dapat memupuk semangat solidariti iaitu semangat bersatu hati yang tidak akan
runtuh antara kaum Bidayuh. Sambutan acara ini melibatkan aktiviti persembahan tradisional
Bidayuh, domenstrasi kraf tangan dan pelancaran Jagoi Heritage. Henry (dipetik dalam
Utusan Borneo, 2016) mendakwa bahawa demonstrasi menghasilkan kraf tangan dilakukan
oleh majority wanita dari Indonesia suku kaum Bidayuh (para.9). Suku kaum Bidayuh
menghasilkan kraf tangan seperti anyaman bakul dan tikar lantai rotan.

Perkembangan pelancongan di Malaysia dibangunkan secara konsisten pada awal


tahun 1970-an. Oleh itu, pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh sektor ini. Selain daripada
8
menyumbang pendapatan negara, banyak faedah yang telah dijana oleh pembangunan
pelancongan. Di samping itu, bagi membentuk masyarakat yang membangunkan lestari kraf
tangan dan mengekalkan budaya etnik perlu memberi keseimbangan kontemporari untuk
mencapai matlamat. Ini kerana, pelbagai kemelut yang dihadapi dalam membangunkan
pelancongan negara. Selain itu, pembangunan, budaya, komuniti etnik amat berkait rapat
dalam mewarnai setiap perancangan dalam sektor ini. Tegasnya, tanda ada pengukuhan
dalam bidang pelancongan dan komuniti etnik amat sukar untuk mengekalkan kraf tangan.
Sulong dan Habibah (n. d) menyatakan pembangunan dalam bidang pelancongan di Malaysia
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Isu pembangunan perlu dilihat dalam konteks mikro, dimensi
budaya, dan persetempatan setiap kelemahan dalan menuju industri pelancongan dapat
diterajui dan diatasi.

Selain itu, kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak kaya dengan kepelbagaian
khazanah seni warisan tradisi budaya. Keunikan budaya dapat diperhatikan melalui
penghasilan pelbagai kraf tangan yang mempunyai ciri-ciri seni yang melambangkan identiti
etnik-etnik berkenaan. Setiap etnik di Sabah dan Sarawak mempunyai kemahiran seni yang
tersendiri. Penghasilan pelbagai kraf tangan disebabkan oleh kepentingannya dalam
mempengaruhi budaya dan adat resam etnik berkenaan kerana penggunaannya dalam upacara
majlis perkahwinan, ritual dan adat-adat etnik berkenaan. Reka corak, motif atau penggunaan
bahan kraf tangan sesuatu etnik banyak diilhamkan daripada kehidupan seharian mereka.
Kepelbagaian perolehan bahan mentah yang banyak di persekitaran etnik turut
mempengaruhi penghasilan produk kraf tangan dalam kegunaan harian mereka. Justeru itu,
penghasilan motif sesuatu seni bergantung kepada daya kreativiti seseorang pengkarya tetapi
ilham motif tersebut kebanyakan dipengaruhi oleh pandangan hidup masyarakat dari mana
asalnya dan keadaan persekitaran semasa. Seer (2014) menyatakan kehidupan masyarakat
yang terdiri daripada berbagai etnik telah mencorakkan keunikan Sarawak (para. 15).
Pembentukan identiti masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan tradisi dan
ketamadunan pada hari ini. Kehidupan masyarakat pri bumi Sarawak yang unik sejak dahulu
lagi telah menjadi kekayaan yang berharga bagi negeri tersebut.
Perubahan dalam penghasilan produk kraf tangan khasnya di Sarawak yang tertumpu
kepada faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan semula jadi sebagai bahan
alternatif dan persepsi serta kesedaran masyarakat terhadap perubahan ini. Heidi (dipetik di
dalam Faridah Dan Rahah, 2014) menjelaskan antara produk kraf yang menjadi tumpuan
pelancong ialah produk yang tidak mudah rosak atau patah (m.s 9). Ini kerana barangan yang
9
diperbuat daripada buluh dan rotan tidak menimbulkan kesukaran dari segi pengangkutan dan
pembungkusan kerana sifat ketahanannya. Cabaran besar yang dihadapi oleh pengiat dan
pengusaha kedai kraf ialah penjualan produk kraf tangan asli yang kurang
memberangsangkan kerana kekangan saiz dan ketahanan produk tersebut. Faridah Dan Rahah
(2014) menyatakan langkah dalam memastikan warisan dan budaya yang menjadi pegangan
dan kebanggaan selama ini kekal dimiliki kepada generasi yang seterusnya. Aktiviti-aktiviti
termasuk bengkel dan program latihan kraf tangan diadakan dalam memberi bimbingan
secara berterusan. Justeru, insentif kewangan, penyediaan kemudahan infrastruktur seperti
mesin dan peralatan serta subsidi pembelian bahan mentah adalah beberapa bentuk bantuan
dalam menarik minat terutamanya di kalangan generasi muda untuk bersaing dalam industri
kraf tangan. Lantaran itu, inisiatif Majlis Kraf Sarawak dalam usaha penanaman semula
bahan mentah dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam membendung permasalahan.

10
METODOLOGI.

Dalam metodologi kajian pengkaji menerangkan lebih lanjut mengenai kaedah kajian
yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Metodologi kajian adalah salah satu cara
pengkaji untuk mengumpul data dan memudahkan penyelidikan. Tujuan pengkaji
menjalankan metodologi adalah untuk memberi penerangan yang lebih lanjut bagaimana
kajian ini dijalankan. Metodologi juga menjelaskan bagaimana pengkaji mendapat serta
menganalisis data yang diperoleh dengan lebih tepat dan secara lebih terperinci. Antara
perkara yang disentuh dalam metodologi kajian ialah kaedah yang digunakan iaitu kaedah
kualitatif. Justeru itu, pengkaji juga ada menyatakan sumber data yang diperoleh ialah data
primer dan data sekunder. Namun terdapat juga teori yang digunakan sepanjang menjalankan
kajian ini. Sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan data yang sahih mengenai kajian
daripada pihak tertentu yang bertanggungjawab serta mempunyai pengalaman yang
mendalam mengenai Tikar Rotan Sarawak.

Teknik pengumpulan data

Teknik pengumpulan data ialah kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian. Pengkaji
menggunakan kaedah kualitatif. Dalam konteks pengumpulan data, pengkaji menggunakan
kedah seperti temu bual dan pemerhatian. Hal ini bertujuan untuk membantu pengkaji
menganalisis data yang dikumpul.

Kaedah Kualitatif

Seterusnya, kaedah kualitatif lebih menjurus kepada maklumat yang bersifat sahih iaitu
pemerhatian dan temu bual. Setelah mendapat maklumat daripada orang yang
bertanggungjawab tersebut, data itu dianalisis dengan lebih tepat dengan cara yang lebih
terperinci. Kebarangkalian untuk memperoleh data yang betul sangat tinggi apabila
menggunakan kaedah ini.

Kaedah temu bual

Kaedah temu bual dijalankan di Rumah Panjang, Annah Rais, Serian, Sarawak. Pengkaji
akan menemu bual dua orang pihak yang bertanggungjawab serta mempunyai pengalaman
dalam menghasilkan Tikar Rotan Sarawak. Antara individu yang akan ditemu bual ialah
Jenny Anak Dudu yang merupakan salah seorang masyarakat Bidayuh yang menghasilkan
11
Tikar Rotan Sarawak dan Saten di mana beliau merupakan salah seorang penduduk di Rumah
Panjang Annah Rais yang menggunakan Tikar Rotan Sarawak dalam kehidupan seharian.

Kaedah pemerhatian

Di samping itu, pengkaji juga akan melakukan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih jelas mengenai Tikar Rotan Sarawak ini. Kaedah pemerhatian ini dilakukan di
Rumah Panjang Annah Rais Serian Sarawak.

Sumber Data

Dalam bahagian sumber data, pengkaji akan menerangkan mengenai bagaimana pengkaji
mendapat maklumat. Terdapat dua sumber data iaitu data primer dan data sekunder. Data
primer ialah data utama yang diperoleh daripada kaedah kualitatif. Manakala data sekunder
pula ialah sumber data yang diperoleh daripada buku, jurnal dan artikel yang diperoleh hasil
daripada carian pengkaji untuk dibuat rujukan serta mendapatkan maklumat untuk
pengukuhan kajian. Pengkaji juga mendapatkan maklumat dari internet mengenai Tikar
Rotan Sarawak.

Teori Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan mengenai teori kajian yang akan
diguna pakai dalam melaksanakan kajian. Teori kajian ini berkaitan dengan pemeliharaan
seni Tikar Kasah masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais, Serian Sarawak.
Pengkaji telah menggunakan teori Sustainability Management oleh Starik dan Kanashiro
(2013) dala melaksanakan kajian.

Teori yang digunakan di dalam kajian ini adalah Theory of Sustainability


Management. Teori ini dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam jurnal yang bertajuk ‘Toward
a Theory of Sustainability Management: Uncovering and Integrating the Nearly Obvious’
oleh Mark Starik dan Patricia Kanashiro (2013). Mark Starik dan Patricia Kanashiro (2013),
ada menyatakan bahawa kelangsungan atau sustainability dapat dimaksudkan sebagai
keupayaan sesuatu benda untuk bertahan dan diadaptasikan, seterusnya mendorong kepada
keadaan yang ada dan perlu dikekalkan. Seterusnya, menurut Bell dan Morse (dipetik di
dalam Starik dan Kanashiro, 2013) menyatakan Sustainability Management boleh ditakrifkan
sebagai satu formula, pelaksanaan dan penilaian dalam kedua-dua persekitaran serta
12
kesinambungan sosioekonomi yang berkait rapat dengan keputusan serta tindakan. Oleh
sebab itu, teori ini juga dapat dikaitkan dengan usaha untuk memelihara serta mengekalkan
seni Tikar Rotan Sarawak di mana ia memerlukan tindakan masyarakat yang mahir untuk
mengekalkan kemahiran yang mereka ada.

Pengkaji memilih teori ini kerana Theory of Sustainability Management ini


bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Teori ini diguna pakai untuk pendekatan dalam
pengurusan kajian pembelajaran dan pengamalan. Theory of Sustainability management
adalah memberi perhatian lebih mengenai cabaran kelangsungan dan potensi bencana yang
akan menyebabkan warisan budaya ini tidak dapat diteruskan. Banyak isu-isu ala sekitar dan
sosial yang tidak dapat dikurangkan seperti gangguan iklim, kemiskinan yang melemahkan,
kehilangan biodiversiti, hal asasi manusia dan penyalahgunaan buruh, terlalu banyak
penduduk, dan pengambilan lebihan. Selain itu, seperti penebangan hutan dan diskriminasi
jantina telah memburukkan lagi penyakit malang manusia tradisional, keganasan, jenayah,
buta huruf serta berpenyakit. Sama juga seperti manusia dalam mengekalkan warisan budaya
seperti seni Tikar Rotan Sarawak. Dalam mengekalkan seni Tikar Rotan ini seseorang
individu itu perlu diberi kesedaran dalam memupuk semangat mereka untuk mengetahui dan
mempraktikkan seni dan warisan budaya supaya ia dapat diwarisi oleh golongan muda masa
akan datang. Kelangsungan budaya akan mula muncul dengan lebih banyak nilai, sikap,
persepsi, keputusan dan tindakan yang dimaklumkan oleh hasil kelangsungan atau
kemampuan yang sentiasa meningkat.

13
DAPATAN KAJIAN.

Menerusi temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji telah menemu bual
dua orang informan daripada masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais.
Responden-responden telah memberi maklumat berkaitan penghasilan Tikar Kasah,
penggunaan Tikar Kasah, proses pembuatan Tikar Kasah, dan promosi dan pasaran berkaitan
Tikar Kasah di Rumah Panjang Annah Rais. Informan yang pengkaji telah temu bual untuk
mendapatkan dengan lebih jelas berkaitan tajuk kajian ialah:

1. Informan pertama: Jenny Anak Dudu berusia 49 tahun.

Menerusi temu bual, Puan Jenny telah menyatakan bahawa masyarakat Bidayuh
sememangnya mempunyai kepakaran dalam membuat Tikar Kasah, Tambok, Manik dan
Anyaman Tikar. Tikar Kasah merupakan kraf tangan yang paling popular dalam
kalangan masyarakat Bidayuh. Mereka masih mengekalkan seni budaya dan berpegang
dengan adat resam yang lama. Menurut Puan Jenny, Tikar Kasah merupakan salah satu
pendapatan masyarakat Bidayuh. Tikar Kasah digunakan untuk menjemur padi,
menjemur lada putih dan lada hitam serta menjemur biji koko.

Tikar Kasah juga digunakan oleh masyarakat Bidayuh untuk hari perayaan. Mereka
akan menghamparkan Tikar Kasah untuk dijadikan alas duduk kepada tetamu yang hadir
bagi memudahkan mereka menjamu hidangan dan berborak. Puan Jenny juga
menyatakan bahawa Tikar Kasah yang dibuat oleh mereka mempunyai kualiti yang
14
tinggi.Ini kerana, rotan yang mereka gunakan adalah rotan-rotan yang sudah tua. Mereka
telah mencari rotan-rotan tersebut di hutan-hutan berdekatan. Penghasilan Tikar Kasah
memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi. Cabaran-cabaran yang mereka perlu
tempuhi semasa pembuatan Tikar Kasah adalah kesukaran untuk mendapat kulit kayu.Ini
kerana mereka perlu memastikan kulit kayu menjadi tua untuk menghasilkan Tikar
kasah.

Proses pembuatan tikar Kasah.

1. Mereka perlu menyediakan rotan dan mengasingkan rotan mengikut saiz.


2. Menjemur rotan sehingga kering.
3. Setelah kering, mereka perlu mengupas dan menjadikan kulit kayu sama saiz.
4. Menjemur kulit kayu sehingga kulit kayu menjadi betul-betul kering.
5. Potong kulit kayu agar ianya menjadi saiz yang sama dan setelah itu dijemur
semula sehingga kulit kayu tersebut menjadi betul-betul kering.

Puan Jenny menyatakan pada awalnya kebanyakan mereka tidak membuat


tikar Kasah khas untuk dijual, ianya dibuat hanya untuk kegunaan sendiri. Masyarakat
Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais tidak akan menjual tikar Kasah yang
dihasilkan. Mereka akan menjual tikar Kasah apabila mereka mendapat permintaan

15
daripada pelancong yang hadir ke Rumah Panjang Annah Rais. Pelancong yang ingin
membeli Tikar Kasah tersebut juga perlu membuat tempahan terlebih dahulu kepada
mereka. Menurutnya lagi, Tikar Kasah di rumah Panjang Annah Rais dijual dengan
harga yang agak tinggi mengikut saiz dari segi kelebaran dan panjang Tikar Kasah
tersebut. Saiz yang sederhana akan dijual pada harga Rm250.00 sehingga Rm350.00
manakala saiz Tikar Kasah yang besar akan dijual pada harga Rm600.00 ke atas.
Harga yang diletakkan oleh mereka agak tinggi kerana Tikar Kasah yang dihasilkan
lebih tahan lama berbanding tikar moden masa kini.Ini terbukti apabila Puan Jenney
menjelaskan bahawa terdapat Tikar Kasah di rumah Panjang sudah bertukar warna
dan menjadi warna kehitaman. Tikar tersebut mempunyai usia hampir 100 tahun. Ini
kerana, mereka menjaga tikar Kasah dengan teliti. Tikar Kasah tersebut akan dijemur
sebulan sekali untuk mengelakkan tikar Kasah dimakan binatang anai-anai. Bagi
mengelakkan tikar menjadi rosak, Tikar Kasah tidak boleh diletakkan di tempat sejuk.
Kulit kayu dan rotan perlu dijaga agar ianya kekal tahan lama dan mempunyai kualiti
yang tinggi.

Promosi dan pasaran tikar Kasah.


Pada awalnya, untuk promosi pembuatan Tikar Kasah, kami tidak ada
membuat promosi untuk penjualan Tikar Kasah.Ini berlaku apabila pelancong yang
datang ke Rumah Panjang Annah Rais tertarik dengan keunikan Tikar Kasah yang
dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh di sini. Mereka bertanya kepada kami berkaitan
kegunaan Tikar Kasah, proses penghasilan dan idea penghasilan Tikar Kasah. Justeru,
di situ mereka mula tertarik dan membeli serta membuat kajian berkaitan Tikar
Kasah. Apabila kajian telah dilakukan dan banyak info-info berkaitan Tikar Kasah
dikeluarkan, masyarakat mula mengetahui berkaitan tikar Kasah di Rumah Panjang
Annah Rais.
Menurut Puan Jenney, sehingga sekarang kami belum pernah mempromosikan
Tikar Kasah di laman sosial seperti Facebook dan laman web. Mereka hanya
mempromosikan kraf tangan lain seperti Tambok dan Manik sahaja. Promosi hanya
dibantu oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Mereka telah membuat artikel dan jurnal
berkaitan Tikar Kasah di Rumah Panjang Annah Rais. Apabila artikel dan jurnal
dibaca oleh masyarakat maka bermulanya promosi mengenai Tikar Kasah kepada
masyarakat dan pelancong. Justeru, dengan adanya artikel dan jurnal, masyarakat dan

16
pelancong akan mula tertarik dengan hasil seni Tikar Kasah yang dihasilkan oleh
masyarakat Bidayuh. Individu yang berminat akan berkunjung ke Rumah Panjang
Annah Rais untuk membuat tempahan Tikar Kasah. Dengan ini, pasaran Tikar Kasah
akan menjadi semakin meningkat.
Puan Jenney juga menjelaskan bahawa mereka bukannya tidak mahu membuat
promosi Tikar Kasah seperti di laman-laman sosial tetapi mereka risau jika promosi
itu berkesan permintaan daripada masyarakat dan pelancong semakin tinggi.
Sekiranya mendapat permintaan yang terlampau tinggi, kami takut permintaan itu
tidak setanding dengan kemampuan kami untuk menyiapkan Tikar Kasah tersebut.Ini
kerana, Tikar Kasah sememangnya memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.
Kami mementingkan kualiti dan kekemasan agar produk yang kami hasilkan itu
setanding dengan harga yang kami tawarkan.

Idea pembuatan Tikar Kasah.

Tercetusnya idea pembuatan Tikar Kasah adalah disebabkan permasalahan


yang timbul apabila orang kampung yang melakukan aktiviti pertanian tidak dapat
menjemur hasil pertanian mereka seperti padi, lada dan biji koko dengan kuantiti yang
banyak. Sekiranya mereka menggunakan plastik sebagai alas untuk jemuran hasil-
hasil pertanian, plastik tersebut akan menjadi kecut apabila cuaca menjadi terlampau
panas. Justeru, mereka telah mendapat idea untuk menghasilkan Tikar Kasah sebagai
keperluan utama masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang. Dengan menggunakan tikar
diperbuat daripada rotan dan kulit kayu ia memudahkan mereka untuk menjemur
hasil-hasil pertanian dengan kuantiti yang banyak. Mereka juga boleh menggunakan
tikar tersebut semasa menyambut hari perayaan untuk dihamparkan kepada tetamu
yang hadir .

Dari segi motif pula, masyarakat Bidayuh sememangnya mengekalkan motif


tradisional. Tikar Kasah yang dibuat oleh mereka tidak mempunyai sebarang corak
dan motif. Mereka hanya membuat Tikar Kasah secara plain sahaja. Puan Jenny
menjelaskan bahawa pada masa kini, kebanyakan penghasil dan penjual tikar Kasah
membuat corak dan motif hanya untuk memenuhi permintaan pasaran daripada
pembeli. Beliau menegaskan bahawa masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah
Rais tidak akan mencuba untuk meniru motif yang ada di pasaran walaupun
17
permintaan pada masa kini lebih kepada corak dan motif. Menurutnya, “… corak dan
motif yang sudah ada di pasaran itu merupakan idea penjual untuk mereka menarik
perhatian pengunjung untuk membeli, kenapa kita pula perlu meniru idea daripada
mereka …”.Bagi masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais, tikar Kasah
plain iaitu tanpa ada penambahan dari segi corak dan motif sememangnya
melambangkan budaya kami sebagai masyarakat Bidayuh di sini. Sebagai contoh
lain, bagi kraf tangan manik, setiap warna yang kami gunakan mempunyai maksud
tersendiri daripada masyarakat Bidayuh. Bagi manik yang berwarna merah ianya
melambangkan keberanian kami.Ini kerana masyarakat Bidayuh mempunyai head
hunting, apabila tiada keberanian maka mereka bukanlah seorang pahlawan.
Manakala manik berwarna hitam pula bermaksud memanggil padi semasa upacara
kebudayaan.

Tikar Kasah plain yang mereka hasilkan itu merupakan satu kebanggaan
mereka.Ini kerana, budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami perlulah
diteruskan dan dikekalkan. Tikar Kasah tanpa penambahan corak dan motif
merupakan cara kami tersendiri untuk kegunaan harian mahupun jualan. Kami tidak
akan mengubahsuaikan nya. Jika ada pengubahsuaian, ianya hanya tertumpu kepada
kraf tangan seperti Tambok, tetapi bagi penghasilan Tikar Kasah kami akan
mengekalkan dengan plain tanpa sebarang corak dan motif.

Puan Jenney juga menegaskan bahawa Tikar Kasah sudah sedia maklum
adalah tempat khas untuk menjemur padi, bagi masyarakat Bidayuh padi ini dianggap
seperti bayi. Kita perlu menjaga padi tersebut dengan baik kerana ianya merupakan
salah satu sumber pendapat masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais. Oleh
itu, kita tidak boleh mengubahnya dengan sesuka hati. Puan Janney bersetuju
perubahan Tikar Kasah dilakukan hanya untuk hiasan tetapi jika terlalu banyak-
banyak perubahannya, lama kelamaan budaya kita akan hilang begitu sahaja. Justeru,
kami akan mencuba untuk mengekalkan Tikar Kasah mengikut budaya masyarakat
Bidayuh di rumah Panjang Annah Rais walaupun ianya tidak gah seperti tikar-tikar
yang ada di pasaran luar. Beliau turut menyatakan apa yang penting adalah orang
mengenali Tikar Kasah yang mereka hasilkan itu berasal dari Rumah Panjang Annah
Rais. Apabila kita terlalu mengubah sesuatu yang lama kepada yang baharu ia akan

18
menjadi sesuatu yang biasa di mata masyarakat dan tidak mempunyai keistimewaan
tersendiri.

2. Informan kedua: Saten berusia 54 tahun.


Menerusi temu bual bersama Puan Saten, beliau menyatakan bahawa
masyarakat Bidayuh sememangnya membuat Tikar Kasah sejak dahulu lagi. Tikar
Kasah merupakan adat dan budaya masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah
Rais. Kepandaian mereka dalam menghasilkan Tikar Kasah adalah hasil daripada
turun temurun daripada keluarga. Ianya merupakan sumber pendapatan masyarakat
Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais. Tikar Kasah akan digunakan semasa hari
perayaan. Hari perayaan, masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais
diwajibkan untuk menghampar Tikar Kasah di dalam rumah mereka mahupun di luar
rumah. Ianya digunakan untuk tetamu duduk, menjamu makanan dan bersembang.
Bagi kegunaan harian pula adalah untuk menjemur padi, menjemur lada putih dan
lada hitam seta biji koko.
Menurutnya lagi, pelancong-pelancong yang melawat ke Rumah Panjang
Annah Rais sememangnya tertarik dengan keunikan Tikar Kasah yang dihasilkan oleh
mereka. Tikar Kasah merupakan salah satu produk utama masyarakat Bidayuh di
Rumah Panjang Annah Rais. Pelancong yang hadir sedikit sebanyak membantu
mereka dalam mempromosi dan memasarkan Tikar Kasah. Mereka sangat teliti dari
sudut penjagaan Tikar kasah.Ini kerana, Tikar Kasah merupakan keperluan utama
masyarakat Bidayuh. Dengan penjagaan yang rapi Tikar Kasah mampu bertahan
sehingga berpuluh-puluh tahun malahan sehingga ratusan tahun. Puan Saten juga telah
menunjukkan kepada kami hasil peninggalan Tikar Kasah daripada nenek
moyangnya. Ianya merupakan turun temurun daripada nenek moyangnya. Ini jelas
menunjukkan bahawa Tikar Kasah ini mampu bertahan hampir beratus tahun
lamanya.

Kesimpulan.

Masyarakat Bidayuh sememangnya sangat terkenal dari segi penghasilan kraf tangan
mereka. Tikar Kasah adalah salah satu kraf tangan yang masih lagi dikekalkan sehingga ke
hari ini. Ia merupakan keperluan utama bagi masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah
Rais. Penggunaan Tikar Kasah bukan sahaja untuk kegunaan harian bagi petani, malah ianya
juga digunakan semasa hari perayaan dan dijadikan sebagai hiasan utama rumah di Rumah
19
Panjang Annah Rais. Tikar Kasah merupakan salah satu produk ekspresi budaya masyarakat
Bidayuh. Institusi homestay yang terdapat di Kampung Annah Rais dapat membantu
mengembangkan pemasaran Tikar Kasah di samping membantu mempromosikan kesenian
yang dimiliki oleh masyarakat Bidayuh disana.Ini dapat dikukuhkan menerusi temu bual
bersama Puan Jenney Anak Dudu. Beliau menyatakan bahawa bandar raya Kuching telah
menjadi salah satu bandar raya pertama di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai bandar raya
kraf tangan yang kesembilan dunia.

Tikar Kasah merupakan seni budaya masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah
Rais. Sehingga ke hari ini, masyarakat Bidayuh masih menghasilkan pembuatan Tikar Kasah
untuk kegunaan sendiri dan dikomersialkan. Kebanyakan di antara mereka tidak membuat
Tikar Kasah khas untuk dijual. Ianya hanya dibuat untuk kegunaan sendiri sebagai
kemudahan mereka untuk menjemur aktiviti pertanian seperti padi dan lada. Mereka masih
mengekalkan proses penghasilan Tikar Kasah secara tradisional dengan membuat Tikar
Kasah tanpa penambahan dari segi corak dan motif. Mereka hanya menghasilkan Tikar
Kasah secara plain sahaja bagi mengekalkan budaya dan warisan yang ditinggalkan oleh
nenek moyang mereka.

20
PERBINCANGAN.

Kampung Annah Rais merupakan sebuah perkampungan yang menjadi pusat


pelancongan yang wajib dihadiri oleh pelancong sama ada di dalam atau di luar negara. Ini
kerana, di Kampung Annah Rais mempunyai keunikan yang tersendiri untuk dijadikan
sebagai pusat pelancongan. Disebabkan itu, Kampung Annah Rais mempunyai keunikan
yang tersendiri yang mampu menarik pelancong untuk ke Kampung tersebut. Di samping itu,
di Kampung Annah Rais juga mempunyai air panas yang merupakan salah satu tarikan
pengunjung untuk ke Annah Rais. Walau bagaimanapun, tarikan utama yang terdapat di
Annah Rais ialah Rumah Panjang Kaum Bidayuh. Malah, di rumah panjang tersebut
penduduk kampung telah membuat homestay yang telah didaftar oleh pihak kerajaan. Di sini
pengunjung dapat merasai suasana duduk di rumah panjang dan merasai budaya yang
terdapat di rumah panjang Annah Rais.

Disebabkan itu, pengunjung yang menginap di homestay di rumah panjang mahupun


pengunjung yang hadir ke Kampung Annah Rais dapat mengetahui barang-barang kraf
tangan yang terdapat di Kampung Annah Rais. Di sana mereka dapat mengetahui cara untuk
membuat barangan kraf tangan seperti topi manik, gelang dan rantai manik. Namun begitu,
penduduk kampung Annah Rais tidak memperkenalkan tikar rotan kasar sebagai sebuah kraf
tangan yang dihasilkan oleh mereka. Ini kerana, cara untuk memproses tikar rotan mengambil
masa selama sebulan dan untuk menghasilkan agak rumit namun sangat berkualiti. Walau
bagaimanapun, tikar rotan kasah ini sering dihamparkan di setiap rumah panjang sebagai
tanda untuk menyambut tetamu datang ke Kampung Annah Rais. Disebabkan itu,
pengunjung tidak mengetahui di kampung Annah Rais juga boleh menghasilkan tikar rotan
kasar yang dibuat khas jika mendapat tempahan. Namun begitu, harga setiap tikar rotan di
Kampung Annah Rais tinggi berbanding di tempat lain.

Disebabkan itu, pengunjung tidak mengetahui di Kampung Annah Rais boleh


menghasilkan tikar rotan. Ini kerana, penduduk Kampung Annah Rais tidak mahu menerima
tempahan yang banyak takut mereka tidak dapat memenuhi permintaan kerana terlampau
tinggi. Disebabkan itu, penduduk kampung kurang membuat promosi mengenai tikar rotan
kasah. Namun begitu, penduduk kampung akan menerima tempahan jika pengunjung ingin
membeli tikar rotan kasah. Walau bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung tidak
mengetahui cara untuk menghasilkan tikar rotan kasah. Hanya ada segelintir yang
mengetahui cara untuk menghasilkan tikar rotan kasah.
21
Namun begitu, ramai penduduk yang mengetahui cara pembuatan tikar rotan kasah ini
daripada golongan tua dan golongan muda kurang mengetahui cara untuk membuat tikar
rotan Kasah. Di samping itu, tidak ramai penduduk kampung Annah Rais yang mengetahui
cara pembuatan tikar rotan. Disebabkan itu, penduduk yang berada di rumah panjang tersebut
masih mengetahui kegunaan tikar rotan kasar. Kegunaan tikar rotan dibuat untuk perhiasan
dan tempat untuk memberi tetamu duduk. Malah, tikar rotan kasah juga digunakan untuk
menjemur padi. Ini kerana, bagi kaum Bidayuh mereka menjaga padi seperti bayi.
Disebabkan kebanyakan penduduk kampung mengetahui kegunaan tikar rotan dan fungsi
tikar rotan Kasah. Namun begitu, tikar rotan kasah mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

Hal ini dapat dilihat melalui motif. Ini kerana, motif tikar rotan kasah yang dihasilkan
oleh Kaum Bidayuh di Kampung Annah Rais tidak berubah. Malah, tikar rotan kasah oleh
kampung Annah Raih memiliki motif yang kosong berbanding dengan tikar rotan yang
dihasilkan oleh Kaum Bidayuh di Pasar Serikin. Ini kerana, di Pasar Serikin mereka
mempunyai tikar rotan yang mempunyai motif daripada organik dan geometri. Disebabkan
ini menunjukkan perbezaan antara tikar rotan kasah yang dihasilkan di Kampung Annah Rais
dan di sempadan Sarawak dan Indonesia. Menurut Jenny, (2019), tikar rotan yang dibuat oleh
Kaum Bidayuh kebiasaannya dihasilkan tanpa motif. Namun begitu, Kaum Bidayuh di
sempadan Sarawak dan Indonesia mempunyai motif pada tikar rotannya menunjukkan
perbezaan antara Kaum Bidayuh di Kampung Annah Rais dan Kaum Bidayuh di Sempadan
Sarawak dan Indonesia.

Walau bagaimanapun, tikar rotan Kasah di Annah Rais masih menjaga kualiti tikar
rotan tersebut. Mereka memilih untuk membuat tikar dengan rotan yang sudah berusia supaya
tikar rotan kasah ini bertahan lama. Malah, penduduk kampung Annah Rais masih
mengekalkan tiada motif di tikar rotan Kasah supaya warisan ini tidak dilupakan oleh
generasi kini. Oleh itu, sangat penting untuk memulihara tradisi ini supaya tidak dilupakan.
Oleh itu, sangat penting untuk memulihara tikar rotan kasah ini dengan mengekalkan apa
yang dihasilkan oleh nenek moyang supaya kraf tangan ini tidak dilupakan dan terus di
pasarkan kepada masyarakat supaya mereka mengetahui tikar rotan kasah pada mulanya tidak
mempunyai motif. Malah, tikar rotan yang mempunyai motif merupakan lambang kaum
Bidayuh yang menghasilkannya. Ini kerana, setiap Kaum Bidayuh yang menghasilkan tikar
rotan memiliki motif dan corak yang berbeza. Oleh itu, tikar rotan Kasah memiliki nilai

22
estetika yang tersendiri. Malah, tikar rotan Kasah yang berada di Kampung Annah Rais
masih memelihara motif tikar daripada menambah motif di seni tikar kasah.

Oleh itu, hasil daripada permasalahan yang dibincangkan, terdapat beberapa cadangan
yang akan dikemukakan oleh pengkaji sebagai langkah penyelesaian bagi mengatasi
permasalahan kajian. Cadangan yang diberikan supaya dapat membantu mengekalkan seni
tikar kasah masyarakat Bidayuh kepada masyarakat terutamanya golongan muda. Selain itu,
kaedah promosi juga memberi kesan agar seni tikar kasah masyarakat Bidayuh mampu
mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat. Antara cadangannya adalah seperti
berikut:

1. Mengadakan program latihan dalam pembuatan seni tikar kasah masyarakat


Bidayuh di rumah panjang Annah Rais dengan melibatkan golongan belia
melalui program Anak Angkat daripada Institusi pengajian.

Tujuan program ini dicadangkan adalah memberi pendedahan kepada golongan belia
mengenai pembuatan seni tikar kasah masyarakat Bidayuh. Selain itu, golongan belia
juga lebih terdedah dengan cara kehidupan yang budaya masyarakat bidayuh di rumah
panjang Annah Rais. Program ini boleh diadakan melalui kerjasama pihak kerajaan dalam
usaha melibatkan golongan belia terhadap seni tikar kasah. Oleh itu, usaha ini adalah
salah satu usaha dalam mengekalkan seni tikar kasah terus wujud pada masa akan datang.

2. Mempromosikan seni tikar kasah melalui program-program yang dianjurkan


oleh pihak kerajaan.

Pengkaji juga mencadangkan masyarakat Bidayuh yang membuat seni tikar kasah
haruslah menyertai program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan supaya seni
tikar kasah ini dapat dikomersialkan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan
belia. Salah satu contohnya, festival kraf tangan yang sering diadakan oleh pihak kerajaan
merupakan salah satu platform masyarakat Bidayuh dalam memperkenalkan Seni tikar
Kasah kepada masyarakat. Selain itu, seni tikar kasah juga boleh dikomersialkan melalui
media elektronik. Media elektronik seperti televisyen dan radio. Ini kerana, usaha ini
diambil kerana kurangnya penyiaran mengenai seni tikar Kasah kepada masyarakat. Oleh
itu, jika adanya penyiaran ianya dapat menarik minat masyarakat dan generasi muda
untuk mempelajari seni pembuatan tikar kasah. Di samping itu, bukan sahaja dapat
23
menarik masyarakat setempat malah, masyarakat daripada negeri lain juga akan tertarik
dengan keunikan seni tikar kasah.

24
KESIMPULAN.

Kesimpulanya, tikar rotan Kasah di Annah Rais sudah semakin berkurangan untuk
dipasarkan kepada masyarakat. Ini kerana, permintaan untuk membuat tikar Kasah sudah
semakin berkurang. Hal ini kerana, di Annah Rais sudah tidak lagi untuk melakukkan
promosi dan pemasaran terhadap tikar kasah ini disebabkan takut permintaan ramai. Dalam
kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pihak mereka akan menerima tempahan dahulu dan
barulah mereka akan membuat tikar kasah ini. Selain itu, di Annah Rais juga mereka sudah
tidak mempunyai kepakaran dalam membuat tikar kasah ini. Hal ini kerana, kebanyakkan
kaum Bidayuh yang tinggal di rumah panjang tersebut sudah tidak mengetahui untuk
membuat tikar rotan Kasah ini. Malah, kebanyakkan yang membuat tikar rotan kasah ini
hanyalah daripada golongan tua dan tidak bagi golongan muda. Ini disebabkan, golongan
muda tidak mengetahui cara dan proses untuk membuat tikar rotan Kasah ini di Kampung
Annah Rais

Menurut Jenny, (2019) di Kampung Annah Rais tidak melakukkan aktiviti promosi
dan pemasaran. Ini kerana, jika berlakunya aktiviti promosi dan pemasaran terhadap produk
seperti tikar rotan Kasah, pengkaji mendapati pihak Penduduk Kampung Annah Rais takut
pihak penduduk Kampung mempunyai permintaan yang tinggi terhadap produk tikar rotan
Kasah ini. Selain itu, penduduk Kampung Annah Rais juga memilikki produk kraftangan
yang masih dibuat diatas permintaan yang dikenhendaki oleh pembeli. Produk kraftangan
yang penduduk Kampung Annah Rais lakukkan ialah topi manik, gelang manik, rantai manik
dan banyak lagi. Malah, kebanyakkan pengunjung yang mengunjung di Kampung Annah
Rais akan membeli produk-produk kraftangan tersebut. Hal ini merupakan salah satu
pendapatan penduduk Kampung Annah Rais. Malah, tikar Rotan kasah juga merupakan salah
satu punca pendapatan penduduk Kampung Annah Rais.

Selain itu, penduduk Kampung Annah Rais merupakan salah satu penduduk Kaum
Bidayuh dan berusaha untuk mengekalkan adat dan budaya mereka. Oleh itu, setiap produk
kraftangan yang mereka hasilkan mereka tidak akan mengubah produk-produk tersebut. Ini
kerana, pengkaji mendapati penduduk Kampung Annah Rais takut nilai dan lambang bagi
Kaum Bidayuh di Kampung tersebut hilang. Hal ini pernsh berlaku, dimana produk
kraftangan mereka telah di beli oleh penduduk kampung lain dan mereka mengaku produk
tersebut dihasilkan oleh penduduk kampung mereka. Disebabkan itu, penduduk Kampung
Annaah Rais akan sentiasa mengekalkan adat dan budaya Kaum Bidayuh di Kampung Annah

25
Rais dan tidak akan melupakan adat dan budaya mereka. Oleh itu, produk-produk yang
mereka jual adalah salah satu kraftangan Kaum Bidayuh di Kampung Annah Rais.

Di samping itu, motif setiap produk kraftangan yang dilakukkan oleh penduduk
Kampung Annah Rais, masih lagi dikekalkan oleh penduduk kampung kerana mereka tidak
mahu adat dan budaya oleh nenek moyang mereka dilupuskan. Hal ini dapat dilihat melalui
tikar rotan kasah yang terdapat di Kampung Annah Rais tidak mempunyai motif seperti tikar
rotan yang dijual di Pasar Serikin. Di Pasar Serikin tikar rotan mereka mempunyai motif yang
melambangkan masyarakat kaum Bidayuh sempadan Sarawak dan Indonesia. Menurut Jenny,
(2019), penduduk kampun di Annah Rais tidak akan mengubah suai dalam menghasilkan
tikar atau motif tikar Rotan Kasah. Malah, mereka masih mengekalkan cara pembuatan dan
proses yang dilakukkan oleh nenek moyang mereka. Penduduk Kampung Annah Rais tidak
mahu melupakan cara menghasilkan dan proses membuat tikar rotan kasah ini dengan cara
moden tapi perlu mengikut cara seperti yang dilakukkan oleh nenek moyang mereka. Ini
kerana, itu merupakan salah satu lambang untuk Kaum Bidayuh Di kampung Annah Rais.

Namun begitu, tikar rotan kasah ini tidak lagi dibuat oleh penduduk Kampung Annah
Rais disebabkan kebanyakkan penduduk kampung tidak mempunyai kepakaran dalam
menghasilkan tikar rotan kasah ini. Ini kerana, golongan muda di Kampung itu hanya
mengetahui cara kegunaan tikar tersebut. Disebabkan itu, untuk pemulihara tikar rotan ini
untuk meninggalkan pewaris dalam menghasilkan tikar rotan kasah ini. Ini kerana, tikar rotan
kasah ini boleh dijadikan sebagai pendapatan utama untuk masyarakat Kampung Annah Rais
ini. Namun begitu, untuk bahan mentah juga sangat sukar untuk mereka memiliki
terutamanya untuk mengambil rotan yang tua dan perlu menjemur kulit kayu sehingga betul-
betul kering supaya ianya memiliki kualiti. Malah, penduduk kampung perlu membuat satu
promosi dan pemasaran terhadap tikar rotan kasah supaya pengunjung mengetahui bahawa di
Kampung Annah Rais juga menghasilkan produk tikar rotan kasah dan produk-produk
kraftangan yang lain.

Oleh itu, penduduk kampung di Kampung Annah Rais masih mengekalkan produk
kraftangan tikar rotan kasah disetiap rumah. Hal ini kerana, mereka mengetahui kegunaan
tikar tersebut dan penduduk kampung juga perlu mengetahui proses dalam menghasilkan
tikar rotan kasah supaya produk kraftangan tersebut dapat dipelihara untuk ke generasi yang
akan datang. Disebabkan itu, untuk memulihara tikar rotan ini penduduk kampung Annah
Rais masih mengekalkan kualiti untuk tikar rotan kasah ini dengan mengekalkan sumber

26
bahan mentah dan masih mengekalkan motif yang kosong. Hal ini kerana, tikar rotan kasah
yang dihasilkan oleh penduduk kampung dahulu yang tidak mempunyai motif dan mereka
masih mengekalkannya.

Oleh itu, dalam dapatan kajian yang dilakukkan menunjukkan penduduk Kampung
Annah Rais masih memelihara tikar rotan kasah dari segi motif dan sumber bahan mentah.
Malah, objektif kajian untuk memulihara tikar kasah ini juga tercapai. Hal ini boleh dilihat
melalui hasil daripada metodologi yang dilakukkan dalam kajian ini. Hasil daripada temubual
dengan penduduk kampung mendapati bahawa penduduk kampung Annah rais masih
mengekalkan tikar rotan kasah melalui corak dan motif. Hal ini kerana, tikar rotan kasah yang
dihasilkan oleh penduduk kampung dahulu menghasilkan tikar rotan kasah yang kosong atau
tidak mempunyai motif dan corak. Hal ini kerana, kebanyakkan tikar rotan yang dipasarkan
sering dilihat memiliki corak dan motif. Ini dapat dilihat di Pasar Serikin memiliki corak dan
motif tersendiri yang melambangkan ianya dihasilkan oleh Kaum Bidayuh sempadan
Sarawak dan Indonesia. Disebabkan itu, sangat penting untuk memulihara tikar rotan kasah
oleh penduduk kampung Annah Rais yang masih mengekalkan motif dan penghasilan tikar
rotan. Malah, generasi kini perlu mengetahui cara penghasilan supaya tidak dilupakan cara
untuk membuat tikar rotan kasah.

27
LAMPIRAN
Temu bual bersama Informan 1

28
29
RUJUKAN.

1. Antonia, A.S. (2014). Pengurusan Kraf tangan Tikar Kasah di Kampung Annah Rais.
Universiti Malaysia Sarawak.
2. Chua dan Liana. (2007). Fixitu and Flux: Bidayuh Management with the Malaysia
Ethnic System. Retrieved from
http://www.informaworld.com/smpp/title~content=t713685190
3. Dudu. J. (2019). Tikar Kasah masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais dlm.
Temu bual, 08 April 2019.

4. Faridah dan Rahah (2014). Evolusi, Inovasi atau Ancaman dalam Identiti Seni kraf
tangan di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia.
5. Mohamad, M. M., & Norhuda, S. (2017). Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian
Langgie Pingadap. Borneo Research Journal. Volume 11, 46-59.
6. Rohana, W. (2019). Kuching diiktiraf Bandar Kraf Dunia. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kuching-diiktiraf-bandar-kraf-dunia-
201301
7. Salmah. O (2016), Etnik dan Pembentukan Lanskap Budaya Malaysia: Seni Anyaman
Tikar Orang Ulu Sarawak. Universiti Utara Malaysia. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/306256244_Etnik_dan_pembentukan_landsk
ap_budaya_Malaysia_Seni_anyaman_tikar_Orang_Ulu_Sarawak
8. Saten. (2019). Tikar Kasah masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais dlm.
Temu bual, 08 April 2019.
9. Siang. A (2014), Pengurusan Kraf tangan Tikar Kasha di Kampung Annah Rais.
Universiti Malaysia Sarawak.
10. Starik, M., & Kanashiro, P. (2013). Toward a Theory of Sustainability Management:
Uncovering and Integrating the Nearly Obvious. Organization & Enviroment,n26(1),
7-30.
11. Sulong Dan Habibah (n. d), Pelancongan Malaysia: Isu Pembangunan, Budaya,
Komuniti Dan Persetempatan, Universiti Utara Malaysa, Malaysia.
12. The Borneo Post (6 Desember 2015), Kraf tangan Sarawak Mampu Tembusi Pasaran
Luar. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Retrieved from
http://www.jkkn.gov.my/en/kraf-tangan-sarawak-mampu-tembusi-pasaran-luar

30
13. Utusan Borneo (2016), Hari Bung Jagoi Tarik Pengunjung Luar Termasuk Pelancong
Asing. Retrieved fromhttps://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sarawak/20160725/281642484530656

31

You might also like