You are on page 1of 13

NAMA: NUR ARIYANA NADIA BINTI MUHAMMAD ARABI

TINGKATAN : 2 ADNI
NAMA GURU SUBJEK: PUAN REDZIAH BINTI IBADULLAH
PENGHARGAAN
Saya ingin menitipkan sekalung terima kasih kepada individu-individu yang telah berjasa kepada saya
untuk menyiapkan dan membantu tugasan kajian kes ini.

Pertama sekali kepada guru mata pelajaran saya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
Puan Redziah selaku guru mata pelajaran yang telah banyak membimbing saya untuk menyiapkan
kajian kes ini sehingga selesai. Jasa cikgu akan saya kenang selalu.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Muhammad Arabi bin Ahmad dan
Norliana binti Zahari yang telah memberi sokongan dengan kata-kata semangat yang tidak putus
kepada saya untuk melengkapkan tugasan ini. Mereka juga telah bekorban memberi duit belanja untuk
kegunaan sayamenyiapkan tugasan ini.Susah payah mereka akan saya jadikan pendorong kepada saya
untuk terus berjaya.

Akhir sekali, ucapan penghargaan kepada sepupu saya Mirsha Faradina binti Mohammad Deri yang
telah membantu dan menemani saya untuk melengkapkan hasil kajian ini. Semoga berjaya dalam
STPM kelak.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang saya dapatkan daripada kajian ini ialah :

1. Saya dapat mengetahui tentang rumah panjang di sarawak.

2. Saya dapat menghayati warisan kaum Iban supaya kaum lain menghargai warisan
mereka sendiri.

3. Kajian ini turut bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam seni bina rumah
panjang lama rumah Tinggang.

4. Saya dapat memahami dan dapat menjelaskan pelbagai tentang tujuan rumah
panjang Sarawak dibina untuk keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan
kerjasama dalam kalangan penduduk di rumah panjang.
KAEDAH KAJIAN
➢ KAEDAH MELAYARI LAMAN SESAWANG
- Saya melayari laman sesawang dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan. Dengan kecanggihan
teknologi dan penggunaannya yang meluas, saya dapat pelbagai maklumat berhubung dengan rumah
panjang di sarawak ini dengan mudah. Sumber daripada internet ini amat banyak dan membolehkan saya
Menjalankan kajian dengan lebih terperinci.

➢ KAEDAH RUJUKAN
- Saya merujuk buku teks sejarah tingkatan 2 KSSM untuk mencari maklumat tentang Rumah Panjang di
Sarawak.

➢ KAEDAH TEMU RAMAH


- Saya telah menemubual INTAN ZAWAHIR BINTI YUSOF yang berumur 66 tahun . Salah satu daripada
kaum Bidayuh untuk bertanyakan soalan berkaitan rumah panjang di Sarawak . Beliau telah
menceritakan tentang 3 bahagian di rumah panjang tersebut, iaitu bilik utama, awah dan tanju. Di dalam
bilik tersebut, beliau mengatakan suku kaum Bidayuh lazimnya meletakkan barang peribadi milik keluarga
dan keturunan mereka termasuk gong, tempayan serta tembikar. Awah pula adalah bahagian pelantar di
luar rumah panjang itu dan lazimnya bertutup dan beratap. Akhir sekali, Tanju pula ruang atau bahagian
terbuka dan tidak bertutup mahu pun beratap. Ruang itu digunakan untuk menjemur hasil tuaian seperti
lada,padi dan jagung.
HASIL KAJIAN
➢ LATAR BELAKANG RUMAH PANJANG SARAWAK

Keunikan masyarakat bumiputera Sarawak dapat dilihat dari segi kepelbagaian kaumnya. Antara kaum yang
terdapat di Sarawak ialah Iban, Melayu,Bidayuh,Melanaudan Orang Ulu .Selain itu terdapat juga kaum yang lain
seperti Kejaman, Lahanan, Lisum, Lugat, Sebop, Sekapan, Sipeng, Tagal, Tanjong dan Ukit. Kepelbagaian ini
disebabkan oleh sejarah setiap kaum berbeza-beza. Keadaan ini menyebabkan masyarakat Sarawak mempunyai
keunikan adat,,seni dan budaya yang tersendiri.

Kita dapat melihat keunikan masyarakat Sarawak ini dengan jelas melalui seni binanya yang berbeza dan
mempunyai keistimewaan yang tersendiri tidak seperti rumah tradisional di semenanjung Malaysia.Perbezaan
yang paling ketara yang kelihatan ialah dari segi saiznya. Rumah panjang ini seperti namanya mampu
menempatkan 20 hingga 80 buah bilik dalam sebuah bangunan yang mampu menampung 200 hingga
800 orangpada satu-satu masa. Kehebatan seni bina ini telahpun menunjukkan kemajuan dan kehebatan
masyarakat Sarawak dalam bidang pertukangan dan seni bina.

Seni bina rumah ini juga menunjukkan masyarakat Sarawak juga mampu menghasilkan bangunan yang setaraf
dengan seni bina Eropah iaitu Langhus Skandinavia. Hal ini menunjukkan masyarakat Sarawak juga mampu
untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti negara-
negara di Eropah. Jadi, seni Sarawak ini haruslah dipelihara dan dibanggakan.
rdapat dua buah rumah panjang Sarawak yang dapat saya kaji iaitu rumahpanjang Iban dan
mah panjang Bidayuh.Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat melalui seni binanya.

mah panjang Iban mempunyai ciri-ciri berikut iaitu bertiangkan tiang jenis kayu yang tidak mudah reput seperti
yu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo.Bumbungnya pula daripada daun Rumbia seperti
u,Pantu,Mulung dan jenis daun tebal. Selain itu, dindingnya pula terdiri daripada kulit kayu seperti Terentang
u buluh yang dikelar dan dibelah.Lantainya diperbuat daripada buluh,papan ataukayu. Manakala, tangganya
a diperbuat daripada kayu bulat yang ditakek dengan beliong. Tangga ini juga dipanggil tangga takek.

mah panjang Bidayuh pula ciri- cirinya sama namun bahagian dalamnya agakberbeza. Bahagian dalamnya yang
anggil awah iaitu bahagian pelantar rumahpanjang yang bertutup dan beratap].Masyarakat Bidayuh
njalankan aktiviti harianseperti menganyam, berbual, membuat peralatamn dan bertani pada bahagian awah
Selain itu,tempat ini juga merupakan tempat di mana upacara keagamaan berlansungiaitu
kahwinan,pantang larang dan pesta gawai.

mudian ,tanju pula iaitu ruang terbuka yang tidak beratap menjadi tempat jemuran hasil pertanian seperti
a,jagung dan sebagainya..
FUNGSI RUMAH PANJANG DI SARAWAK

ASALAH PEMBINAAN PETEMPATAN DAPAT DISELESAIKAN


mah panjang Sarawak berfungsi untuk menyelesaikan masalahpembinaan petempatan Bumi Sarawak yang
empunyai bentuk mukabumi yang berbukit bukau dan bertanah tinggi .Permasalahannya,kawasan tanah rata
ngat terhad dan menimbulkan masalah kepadapenduduk Sarawak.Jadi, dengan pembinaan rumah panjang
rawakyang besar dan berbilik-bilik ini, masalah kawasan tanah rata yang terhaddapat diselesaikan .Hal ini
rana ,rumah ini mampu menampungbeberapa unit keluarga pada satu-satu masa.

ESELAMATAN MASYARAKAT TERJAMIN


mbinaan rumah panjang yang tinggi ini dapat memelihara penduduknya daripada bencana alam seperti banjir,
ain itu daripadabinatang buas juga kerana kedudukannya berada di dalamhutan. Rumah panjang Sarawak
ng menempatkan sesuatu kaum
juga dapat mengelakkan daripada terkena serangan musuh kerana jumlah bilangan masyarakat yang besar me
buatkan musuh gentar bagi melakukan serangan terutamanya pada waktu ekspedisi Ngayau iaitu upacara
encari dan memotong kepala musuh terhadap masyarakat Sarawak zaman dahulu.
uasi ini boleh kita samakan dengan peribahasa Melayu iaitu bersatu kita teguh,bercerai kitaroboh.Hal
menunjukkan masayarakat Sarawak lebih selesa dan lebih selamat apabila tinggal bersama.
> PERBANDINGAN FUNGSI RUMAH PANJANG PADA ZAMAN DAHULU DAN KINI

Mengikut kajian saya ,tiada perbezaan yang ketara bagi fungsi rumah panjang Sarawak pada zaman dahulu dan
kini. Hal ini kerana rumah ini masih memainkan peranan yang sama iaitu sebagai tempat berlindung
masyarakat Sarawak dan masih lagi menjadi tempat meraikan perayaan, perkahwinan ,tempat interaksi sosial
dan lain-lain.

Namun begitu, terdapat juga fungsi baharu rumah panjang Sarawak yang dijumpai oleh saya. Kini, rumah
panjang Sarawakmemainkan peranan yang penting dalam bidang eko-pelancongan negara.Terletak di bumi
Sarawak yang terkenal dengan keindahan dan kesegaran udaranya menjadikan rumah panjang ini merupakan
tarikan pelancong dari luar negara mahupun di dalam negara sendiri terutamanya netizen di semenanjung.

Keunikan adat, budaya dan tradisi masyarakat Sarawak yang


taklapok dek hujan dan tak lekang dek panas membuatkan pelancong merasakan mereka seolah-olah berada
di muzium bergerak di mana mereka boleh merasai pengalaman mendalami adat,budaya dan tradisi
masyarakat Sarawak ini dengan mata kepala mereka tersendiri.hal ini membolehkan pelancong merasai
pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan apabila mereka melancong di sini.

Di samping itu, keunikan seni bina rumah panjang yang masih utuh dan tidak hilang tradisinya membuatkan
para pengkaji dalam bidang paleontologi tidak putus-putus melakukan kajian dipetempatan Sarawak ini di
mana ngara juga memperolah keuntungan kerana dapat meningkatkan ekonomi negara.
> KEPENTINGAN RUMAH PANJANG SARAWAK KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

-MENGERATKAN SEMANGAT KEKITAAN


Keluasan rumah panjang yang memuatkan berpuluh-puluh keluarga pada masa yang sama membuatkan masyarakat
yang tinggal sebumbung ini mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Hal ini kerana, apabila tinggal bersama segala
masalah yang menimpa pasti akan dikongsi bersama. Jika seseorang daripada ahli sesebuah keluarga yang meninggal dunia
pasti semua yang yang berada di situ akan juga berasa kesedihannya. Masyarakat yang tinggal bersama ini tidak lain tidak
bukan sama seperti cubit paha kiri, paha kanan jua terasa. Selain daripada itu, apabila tiba musim perayaan seperti Gawai
atau sebagainya, perayaan ini bukannya diraikan sesama keluaraga sahaja namun berpuluh-puluh keluarga di dalam rumah
panjang itu sama-sama meraikannya. Hal ini jugadapat menjimatkan perbelanjaan kerana perayaan ini diadakan sebagai
suatu perkongsian yang munasabah.

-MASALAH KEWANGAN DAPAT DIATASI


Petempatan di rumah panjang ini membolehkan masyarakat Sarawak menjimatkan perbelanjaan mereka dalam membina
tempat tinggal mereka sendiri seperti kelengkapan pertukangan dan bahan-bahan untuk membina kediaman . Hal ini
kerana, bahan pembinaan bagi dinding, atap dan tiang kerana bahagian ini boleh diperoleh dengan berkongsi sebelah
menyebelah bilik. Dengan demikian, masalah kesukaran mencari bahan-
bahan untuk membuat rumah dan segala kerumitan itu
dapat dirasai dan diatasi bersama.
> LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KEUNIKAN RUMAH PANJANG SARAWAK
-PIHAK BERWAJIB PERLU MEMAINKAN PERANAN
Pihak berwajib seperti menteri pelancongan ataupun ADUNnegeri Sarawak sendiri haruslah sentiasa memainkan peranan
dalammengekalkan khazanah berharga ini dengan melakukan tinjauan
danmenziarah petempatan masyarakat Sarawak agar sebarangpertambahan ataupun ubah suai rumah panjang ini tidak
menghilangkan keunikan seni binanya yang tersendiri.

Menteri Muda Perumahan,Datuk Francis Harden Hollis berkataciri-ciri rumah panjang ini haruslah
dikekalkan.Menurutnya,walaupun pihak kementerian menyediakan satu lagi pakej baharubagi pinjaman perumahan rumah
panjang iaitu Pakej PinjamanPerumahan Rumah Panjang Mesra Rakyat tetapi ciri-ciri asalsesebuah rumah panjang itu harus
dikekalkan.

“Walaupun rumah panjang yang bakal dibina menggunakan ‘Pakej Rumah Panjang Mesra Rakyat’ tetapi kita mahu ciri-ciri
asal rumah panjang itu harus dipertahankan kerana mempunyai khazanah yang berharga.

“Ini kerana pelancong suka berkunjung ke rumah-rumah panjang dan melihat sendiri keunikan rumah-rumah panjang lama
dinegeri ini walaupun rumah panjang kini sudah berkonsep moden,’’ katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah
Karak, Stegin, Engkilili, Lubok Antu baru-baru ini.

Perkara ini sudah cukup pun untuk membuktikan betapa pentingnya Rumah Panjang Sarawak ini kepada negara .Jadi, masyaraka
haruslah saling berganding bahu dalm mengekalkan keunikan tradisi Rumah Panjang Sarawak ini dengan memelihara kebersihan
dan kecantikan kawasan petempatan ini agar Bumi Sarawak ini akan menjadi buah mulut hingga ke seantero dunia.
-MASYARAKAT SETEMPAT JUGA PERLU MEMAINKAN PERANAN
Masyarakat setempat memainkan peranan besar bagi memelihara keunikan tradisi rumah panjang ini. Hal ini kerana , penduduk
setempat inilah yang menghidupkan rumah panjang Sarawak ini. Tanpa mereka, rumah panjang ini pasti hanya menjadi kenangan
sahaja. Kita dapat melihat ini dengan kenyataan daripada seorang penduduk kaum Melanau yang tinggal dirumah panjang ini.
Wallie berkata"Dulu, masyarakat Melanau mempunyai banyak rumah panjang. Bagaimanapun, perubahan semasa menyebabkan
kebanyakan penghuninya berpindah dan membina rumah sendiri.

Akibatnya semua rumah ini terbiar dan akhirnya lenyap. Yang tinggal hanyalah satu-satunya rumah ini," katanya. Justeru, tidak
hairanlah disebabkan keunikannya, Muzium Sarawak mengisytiharkan Rumah Panjang Melanau Sok sebagai satu warisan yang
perlu dikekalkan pada 1987.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan, selepas 200tahun, pembinaannya khazanah berharga itu juga bakal
mengalami nasib yang sama dengan rumah panjang Melanau yang lain. Wailie berkata, daripada beratus penghuni yang pernah
tinggal di situ suatu ketika dahulu, rumah panjang itu semakin uzur dan sepi.

Perkara ini amat membimbangkan penduduk setempat sendiri juga pihak kerajaan kerana khazanah-khazanah inilah yang
memainkan peranan penting bagi sektor ekonomi negara.Jadi sebagai masyarakat setempat di situ, mereka sewajarnya
menghidupkan kembali rumah-rumah tinggalan itu kerana perkara ini akan memberi keuntungan kembali kepada mereka jua
nagara.
rumusan
Kesimpulannya, rumah panjang sarawak
ini merupakan khazanah yang patut kita
banggakan. Hal ini kerana rumah panjang
sarawak ini telahpun banyak berjasa
kepada negara terutama dalam bidang
eko-pelancongan.Keunikan tradisinya
yang masih utuh bersama bangunan
panjang ini haruslah dipelihara dan
dipulihara agar keunuikan tradisinya
kekak untuk generasi seterusnya
merasainya sendiri. Jadi kita sebagai
rakya Malaysia sama-sama berganding
bahu untuk mengekalkan khazanah
negara kita agar kita ini terus
terpelihara.
SUMBER
RUJUKAN
U TEKS SEJARAH TINGKATAN 2
//yoonnieavera.blogspot.com/2015/05/kajian-rumah-panjang-masyarakat-iban-di.html
s://anyflip.com/wheuw/nvcb/basic

You might also like