You are on page 1of 21

INDAH SENI GAH

BUDAYA
ISI KANDUNGAN
• Definisi Budaya
• Jenis Alat Musik Tradisional
• Gambar Alat Musik
• Jenis Tarian Tradisional
• Gambar Tarian Tradisional
• Jenis Rumah Tradisional
• Gambar Rumah Tradisional
• Baju Kurung Tradisional
• Gambar Baju Kurung
DEFINISI BUDAYA
Maksud budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang
terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai
konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai
fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam
masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua
masyarakat manusia; ini termasuk bentuk ekspresif seperti
seni, muzik, tarian, ritual, agama, dan teknologi seperti
penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian.
Konsep budaya kebendaan meliputi ungkapan fizikal budaya,
seperti teknologi, seni bina dan seni, sedangkan aspek budaya
yang bukan kebendaan seperti prinsip organisasi sosial
(termasuk praktik organisasi politik dan institusi sosial),
mitologi, falsafah, kesusasteraan (baik bertulis dan lisan), dan
sains terdiri daripada warisan budaya tidak ketara masyarakat.
ALAT MUSIK TRADISIONAL
1. PRATUOKNG
Pratuokng ialah alat musik daripada keluarga alat musik kordofon .
Pratuokng diperbuat daripada jenis buluh yang besar atau patukng .
Pratuokng turut dikenali dengan nama lain bergantung pada tempat
dan suku kaum yang memainkannya . Antara nama lain pratuokng ialah
ratong,hletong,sirotuong, dan tun-ton.
2.CANANG
Canang digunakan bagi menyebar pengistiharan / titah sultan pada zaman
dahulu. Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang . Ia merupakan
sejenis alat musik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Biasanya ia
dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang
Melayu .

3.GENDANG
Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang sepeti
kerbau, kambing, atau lembu . Gendang juga boleh didapati dalam
pelbagai saiz dan kegunaan . Gendang digunakan bagi tari menari,
menyambut perayaan , pertabalan diraja dan persilatan bagi orang Melayu
4.SERUNAI
Serunai biasanya dimainkan dalam acara – acara adat yang dihadiri
ramai orang seperti upacara perkahwinan . Serunai juga dapat
dimainkan secara solo dan dapat digabung dengan alat musik tradisional
lainnya seperti talempong, gendang , dan sebagainya. Canang diperbuat
daripada batang padi , kayu atau buluh , tanduk kerbau atau daun
kelapa.
ALAT MUSIK PRATUOKNG ALAT MUSIK CANANG
ALAT MUSIK GENDANG ALAT MUSIK SERUNAI
TARIAN TRADISIONAL
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian tradisional daripada
berbilang kaum seperti tiga kaum utama iaitu Melayu , Cina dan India .
Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari, terutama dapat dilihat
daripada tariannya . Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum
mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Contohnya , tarian mak
yong , zapin , kathakali, singa , dan sumazau .
1.TARIAN ZAPIN ( TARIAN MELAYU )
Tarian ini diperkenalkan oleh para mubaligh dari timur tengah . Pada
mulanya. Ia digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan
menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam .

2.TARIAN JOGET ( TARIAN MELAYU )


Tarian joget adalah tarian yang paling terkenal di Malaysia. Ia adalah
sebuah tarian yang meriah dengan rentak ayng agak laju . Tarian joget
dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak – geri yanga
pantas.Tarian ini berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan
di Melaka sewaktu era perdagangan .
3.TARIAN NAGA ( TARIAN CINA )
Tarian Naga ini adalah aktiviti hiburan dan mempuyai seni yang unit .
Tarian ini bersak daripada kebudayaan Dinasti Han . Ia juga untuk
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan
perasaan kegembiraan .

4.TARIAN BHARATHANATYAM ( TARIAN INDIA )


Tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India . Ia dianggap
sebagai manual rasmi bagi semua seni drama , tarian dan musik
tradisional di negara India . Tarian ini adalah untuk golongan devadasi
membuat persembahan Bharatanatyam di kuiluntuk menunjukkan cinta
mereka .
TARIAN TRADISIONAL ZAPIN TARIAN TRADISIONAL JOGET
RUMAH TRADISIONAL
1. RUMAH PANJANG IBAN SARAWAK

Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret
berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan
tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.Seni bina rumah itu juga
dikaitkan dengan dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa
dipengaruhi masyarakat luar.Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu
keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan
Borneo.Bumbungnya daripada daun rumbia dan jenis daun tebal. Dinding rumah
berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti terentang atau buluh yang
dikelar serta dibelah.Sementara lantainya pula menggunakan buluh, papan atau
kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik
dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
2. RUMAH TRADISIONAL NEGERI PERAK

Rumah bumbung panjang di Perak dikenali sebagai Rumah Kutai dan


Rumah Potong Pattani. Rumah Kutai atau ‘Kotai’ adalah nama sebutan
yang diberikan oleh penduduk tempatan di mana terdapatnya senibina
rumah tersebut. Perkataan Kutai atau Kotai bererti lama atau tua, jadi
Rumah Kutai adalah rumah yang telah berusia tua.Secara umumnya Rumah
Kutai terdiri daripada dua jenis, iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah
Kutai Tiang 16. Kedua-duanya mempunyai struktur yang sama.
3. RUMAH TRADISIONAL NEGERI JOHOR
Di Negeri Johor, terdapat rumah-rumah bebentuk Limas dikenali kerana
bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat
buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya pula
dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu.

Rumah ini mudah dikenali berdasarkan puncak bumbungnya yang dipasang kayu
berbentuk tajam yang dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai
ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi
dipanggil anjung. Ruang serambi ini dipisahkan dengan ruang ibu rumah
menggunakan dinding kayu. Manakala ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan
oleh ruang selang atau selasar.

Bahan binaan rumah Johor adalah daripada kayu cengal, keranji, penak, meranti
dan sebagainya.
4. RUMAH TRADISIONAL SABAH

Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi


pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik
masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut
mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara
tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu
seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau
Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan
Tuaran.
RUMAH TRADISIONAL SARAWAK RUMAH TRADISIONAK PERAK
RUMAH TRADISIONAL JOHOR RUMAH TRADISIONAL SABAH
BAJU TRADISIONAL
Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung
terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan.
Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian
rasmi untuk negara Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga Johor dan Baju
Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan
masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri
majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara
amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi
ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka
bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
CONTOH BAJU KURUNG
BAJU KURUNG LELAKI BAJU KURUNG PEREMPUAN
SUMBER
YOUTUBE – CEKGU ALIPH
1. https://api.hmetro.com.my/node/197071
2. https://sites.google.com/site/sitinoorfarhanahbintimohamad/rumah-t
radisional-negeri-perak
3. http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/rumah-johor
4.https://bn3.cari.com.my/forum.php?
mod=viewthread&tid=904734&extra=page%3D1
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung
AHLI KUMPULAN :

NUR SYAHMINA IMANINA


DAN
ZAHAYATUL AISHAH

You might also like