You are on page 1of 13

Muzik dan alat muzik tradisional Melayu

Muzik tradisional Melayu telah berkembang sejak beberapa ratus tahun dahulu sebelum dan semasa zaman Kesultanan Melaka (1411 1511.)
Kebanyakan muzik ini diperkembangkan sempena seni teater tradisional seperti Wayang Kulit, Kuda Kepang, Dikir Barat dan lain- lain.

Alat alat muzik tradisional Melayu terdiri dari empat kumpulan iaitu :
1. Alat muzik dram berkulit yang di palu atau di pukul. Inilah kumpulan yang terbesar dan terpenting. Contohnya ialah geduk, gendung, gedombak, kompang dan rebana

Kulit kumpulan dram ini biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun pada masa sekarang, kulit lembu dan getah sintetik pun digunakan. Gedombak, gendung dan kompang dimainkan dengan cara pukulan dengan tangan tetapi geduk dan rebana di mainkan dengan kayu pengetuk.

2. Alat muzik yang dipukul atau diketuk yang di buat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Contohnya ialah canang, kesi, gong, angklung, bonang caklempong dan saron.

Canang, gong dan bonang caklempong dipukul dengan kayu pengetuk tetapi kesi di pukul dengan piring kecil. Angklung dibunyikan dengan cara goncangan.

3. Alat yang ditiup untuk berbunyi seperti serunai. Serunai biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh.

4. Alat muzik bertali seperti gambus dan rebab.Bunyi gambus di buat dengan petikan tali tetapi rebab dimainkan dengan menggunakan penggesek.

Alatalat muzik tradisional ini selalu di mainkan dalam pelbagai kumpulan atau ensemble muzik seperti Gamelan Melayu, Kumpulan Caklempong dan Nobat.

Gamelan Melayu
Walaupun gamelan betulnya berasal daripada negara Indonesia, gamelan Melayu telah berkembang dan sekarang mempunyai sifat sifat unik. Tujuh alat muzik digunakan dalam gamelan Melayu seperti saron, gambang, bonang, gong dan gendang.

Muzik gamelan Melayu biasanya dimainkan pada majlis majlis diraja atau rasmi.

Kumpulan Caklempong
Perkataan caklempong kini boleh digunakan untuk menerangkan alat muzik (bonang) atau jenis kumpulan ini. Walaupun Caklempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan tetapi sekarang telah bertapak ke negerinegeri lain.

Kumpulan Caklempong menggunakan beberapa jenis bonang dan dram, gong dan seruling digunakan untuk memainkan muzik Caklempong. Muzik ini sering mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin dan juga nyanyian.

Nobat Kumpulan muzik nobat ialah kumpulan yang mempersembahkan muzik pada acara Diraja istimewa sahaja seperti pemasangan Agung atau sambutan hari lahir beliau. Enam alat muzik digunakan dalam kumpulan Nobat termasuk gendang, serunai dan bonang.

You might also like