You are on page 1of 13

ABSTRACT

Tugasan ini adalah sebagai memenuhi


sebahagian aktiviti yang disediakan olehPihak
Penganjur Mr Kaamatan Peringkat Negeri Sabah
2021.

MR. KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2021

DELLOUVAH HEWAILEE RODDY


Buvazoi Tavantang Daerah Beluran 2021

-0-
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan 2
2 Sejarah - Lagenda Nunuk Ragang 3
3 Dusun Labuk
 Pakaian Tradisi Dusun Labuk 4-5
 Penggunaan Corak dan Warna 5-6
 Warna 6
 Tangkai Bunga 6
 Penggunaan Aksesories (Wanita/Lelaki 7
 Makanan Tradisi 8
 Perkahwinan 8-9
 Budaya 9
 Amalan 9-10
 Undang-undang 11
 Muzik Tradisi 11-12
 Sumber 12

-1-
PENGENALAN
Kadazandusun merupakan etnik peribumi dan etnik yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali
sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" ataupun
"orang asli". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan
pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat lebih kurang 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk,
Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan
sebagainya.

Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat
resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun
Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas,
Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan
dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.
Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat
dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman
Sabah.

-2-
LAGENDA NUNUK RAGANG

Nunuk Ragang (Pokok Ara)


Etnik Dusun mempercayai bahawa asal usul masyarakat ini adalah bermula daripada lagenda
Nunuk Ragang (nunuk: pokok ara, ragang: merah) sebuah pokok yang besar yang terletak di
Kampung Tampios di Daerah Labuk-Sugut, Sandakan dan kini menjadi kawasan Daerah Ranau.

Sungai Liwagu
Di kawasan yang berdekatan dengan Nunuk Ragang terdapat dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu
dan Sungai Gelibang. Sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan.
Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai
masyarakat Dusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah. Menurut sumber cerita lisan yang
diperolehi daripada masyarakat Dusun, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar enam depa
lingkungan tangan yang memeluknya, daun-daun yang merimbun pula dapat melindungi di
bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil masyarakat Dusun dahulu kala yang bersaiz 240 kaki
persegi.

-3-
DUSUN LABUK

Perpindahan beramai-ramai masyarakat Dusun ke seluruh pelosok di Negeri Sabah telah


menyebabkan terjadinya sub-sub etnik di Sabah termasuk Dusun Labuk. Masyarakat Dusun Labuk
kebanyakkan berada di Daerah Labuk-Sugut yang merangkumi Beluran, Telupid dan Sandakan.
Dusun Labuk diletakkan di bawah rumpun Dusunik dalam rangkaian keluarga Dusun di Sabah
iaitu sebagai Dusun Pantai Timur seperti sub etnik Dusun yang lain iaitu Keramuak, Lamag,
Malapi, Mangkaak, Sukang, Sg. Kulu-kulu, Sg. Segaliud dan Tindakon.

Dusun Labuk Beluran Dusun Labuk Sandakan Dusun Labuk Telupid


Pakaian Tradisi Dusun Labuk
Bagi daerah Beluran, Baju tradisi Dusun Labuk dipanggil Baju Labuk. Memandangkan pakaian
ini pada asalnya dari Kampung Kuala Sapi maka ciri-ciri utama adalah sama iaitu menggunakan
sulaman bunga yang diletakakan di sepanjang bahagian depan, belakang bahagian atas dan setiap
hujung pakaian. Puan Christina Paul Baklin yang berasal dari Kampung Kuala Sapi merupakan
pengasas kepada pakaian tradisi suku kaum Dusun Labuk ini sekitar awal tahun 80-an dengan
harapan ianya akan menjadi identiti Dusun Labuk
Walau bagaimanapun berbeza dengan reka bentuk asal iaitu berlengan panjang dan skirt panjang,
En. Loji Anggalong telah mengadaptasikan semula pakaian tersebut khususnya bagi etnik dusun

-4-
labuk di Beluran yang menggunakan motif yang sama namun rekaan pakaian adalah berlengan
pendek dan skirt pendek. Beliau turut membuat penstrukturan semula khususnya yang melibatkan
aksesories serta penerapan maksud bagi perincian pakaian tersebut. Namun pakaian tradisi lelaki
bagi Dusun Labuk Beluran dan Kuala Sapi adalah sama.
Pakaian ini secara keseluruhannya menggunakan kain berwarna hitam (kebiasaanya masyarakat
Dusun Labuk menggunakan kain baldu atau kain cotton) dan motif bunga menjadi hiasan utama
yang disulam menggunakan tangan. Motif bunga itu dikenali sebagai Bunga Gosing dan menjadi
‘identiti’ pakaian tradisi masyarakat Dusun Labuk kerana memiliki keunikannya yang tersendiri.
Biasanya pakaian ini digunakan semasa menyambut perayaan-perayaan tertentu seperti pesta
Kaamatan, majlis-majlis rasmi, dan juga digunakan semasa perkahwinan bagi masyarakat Dusun
Labuk.
Penggunaan Corak dan Warna

Pakaian tradisi Dusun Labuk yang bertemakan corak bunga gosing (Bunga Senduduk)

Bunga Gosing Penggunaan Corak adalah bermotifkan bunga gosing atau dikenali dengan bunga
senduduk (nama saintifiknya Melastoma malabathricum). Ianya adalah sejenis pokok renek yang
bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil.
Buahnya berwarna keunguan dan batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-
bulu halus dan daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.
Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar.
Bunga gosing memang terkenal di kalangan masyarakat Dusun Labuk kerana kegunaanya dalam
kehidupan seharian seperti sebagai pencuci tempayan dan digunakan dalam perubatan tradisional

-5-
untuk merawat luka luar dan dalam, cirit birit, mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi
wanita yang baru bersalian dan sebagainya.
Warna

Penggunaan warna-warna pada corak pakaian tradisi


“ Penggunaan pelbagai
Dusun Labuk adalah seperti warna merah jambu, biru,
jenis warna adalah
kuning dan hijau.
melambangkan
kepelbagaian suku kaum Penggunaan pelbagai jenis warna adalah melambangkan
yang terdapat di daerah kepelbagaian suku kaum yang terdapat di daerah labuk
labuk “ dan warna-warna tersebut tidak bercampur dengan warna
yang lain yang bermaksud setiap suku kaum mempunyai
adat tradisi tersendiri dan sebagai tanda menghormati adat istiadat suku kaum lain.

Tangkai Bunga

Tangkai bunga yang tidak putus pula melambangkan ikatan silaturahim yang sememangnya
mempunyai ikatan yang utuh sejak dahulu lagi.

“ Penggunaan pelbagai jenis warna adalah melambangkan kepelbagaian suku kaum yang terdapat
di daerah labuk “

-6-
Penggunaan Aksesories

Wanita
Bagi pakaian wanita Dusun Labuk, aksosori yang digunakan adalah seperti berikut :
Kambet (duit syiling perak)
Simpagot (kelonsong peluru)
Golong sulau (gelang tangan)
Simbong (anting2 kecil)
Liningkeng (anting2 basar)
Sinandang(kalung)
Lelaki
Aksesories yang digunakan untuk pakaian Dusun Labuk Lelaki adalah seperti berikut :
Sinolungan (selendang bahu)
Sinandang (kalung)
Kambet (duit syiing perak)
Parang berambut
Tali pingang (kain merah bermahkotahkan kerongsang berukiran bunga)
Tulangis (sigar labuk)

-7-
MAKANAN TRADISI

Antara makanan tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat Dusun Labuk seperti Hianva, Pinasakan, Sayur
Rebung, Binorusut (Kuih pisang) dan lain-lain

Di Sabah, kebanyakkan makanan tradisi bagi suku kaum Kadazandusun mempunyai persamaan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan masyarakat Kadazandusun adalah seperti
Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat
disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun. Bagi
masyarakat Dusun Labuk, antara makanan yang tradisi yang terkenal adalah seperti Tonsom
(makanan yang dijeruk), Rinapaan Tivak (Sup Umbut Kelapa), Kinoris Bakas (Daging babi
Goreng), Pinaasakan Sada, Tampek (Daging yang dijemur), Binorusud, Sungod (Ulat sagu).
Meraang (Tempoyak Durian Merah)

PERKAHWINAN
Dalam meneruskan kehidupan untuk berkeluarga bagi yang ingin berkahwin, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam membuat pemilihan dan merestui hubungan anak-anak mereka. Dalam
masyarakat dusun, ibu bapa juga bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah
peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada
masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan Iazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah
pengantin perempuan.

Upacara perkahwinan adat dusun Labuk yang dikendalikan oleh Pn. Jauyah Brunei

Sebelum berkahwin kedua-dua pasangan tidak boleh bersua muka. Namun begitu, sebelum dibuat
peminangan dari pihak Ielaki kepada pihak perempuan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah
melantik seorang orang tua, yang bukan ibu bapa dan bukan dari keluarga dekat Ielaki yang hendak
meminang itu.
-8-
Wakil pihak lelaki ini akan merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau
pengganti ibu bapanya jika perempuan tersebut tidak mempunyai ibu bapa Iagi. Semasa merisik
duit akan ditinggalkan sementara tunggu jawapan. Kalau tidak diterima duit itu akan
dikembalikan.
Risikan pertama ini bertujuan untuk mengetahui adakah perempuan tersebut dalam proses risikan
orang Iain atau dalam proses pertunangan. Jika didapati perempuan tersebut dalam proses
pertunangan, risikan tidak boleh diteruskan. Ia bertujuan untuk menjaga hak mereka yang datang
merisik lebih awal. Manakala jika perempuan itu dalam proses risikan dari pihak lelaki lain, risikan
yang datang kemudian ini ditangguhkan buat sementara sehingga mendapat keputusan yang
muktamad dari risikan orang yang terdahulu itu.
Jika perempuan yang dirisik itu tidak bertunang ataupun tidak dalam proses risikan dari pihak
Ielaki lain, barulah orang tua wakil dari pihak Ielaki boleh merisik dan bebas melanjutkan proses
risikannya. Risikan ini dijalankam mengikut peringkatnya dan memakan masa selama berhari-hari,
berminggu atau berbulan.
Selepas itu acara pertunangan yang menggunakan perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa
pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh
perkahwinan dan kadar besar atau Iamanya pasta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah
ditetapkan tidak bnleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau
separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.
Setelah itu, akan berlangsung majlis perkahwinan jika semua urusan peminangan selesai. Majlis
perkahwinan ini memakan masa selama tiga hari berturut-turut bergantung kepada kemampuan
keluarga. Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyrarakat Dusun Labuk, jika seseorang lelaki
atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian persaudaraan. Jika
perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan dikenakan hukuman denda iaitu
"Pitas“ berupa babi.
Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi
lelaki hendaklah diberi kepada pihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan
kepada keluarga lelaki.
BUDAYA
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing, begitu juga dengan masyarakat Dusun
Labuk. Dari segi bahasa, masyarakat berkomunikasi dalam bahasa Dusun Labuk.
AMALAN
Kebiasaannya amalan ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan fahaman oleh yang diwarisi turun
temurun. Ia juga dianggap sebagai pengenalan bagi kaum tersebut. Kaum Dusun Labuk
mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang
berasaskan fahaman dan agama adat “Pagan" kaum Dusun.
Untuk mengatur rukun hidup dalam masyarakat masyarakat Dusun, mereka dikawal oleh undang-
undang adat. Setiap pelanggaran norma-norma hukum yang berlaku dalam masyarakat, dijatuhi

-9-
hukuman adat. Hukuman-hukuman ini perlu untuk membentuk peribadi seseorang yang
bersesuaian dengan adat-adat mereka.
Adat dan hukumannya berbeza mengikut daerah. Bagi masyarakat Dusun Labuk di Labuk
hukuman terberat ialah 'dihalau dari kampung".
Manakala, orang yang menjadi hakim dan juri untuk menentukan hukuman atas sesuatu
pelanggaran undang-undang adat ini terdiri daripada orang tua-tua yang diakui berwibawa sah
dalam masyarakat di tempat masing-masing.

Salah sebuah upacara ‘hukum sogit’ yang dikenakan individu yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh
masyarakan kaum dusun labuk

Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diingkari. Pelaksanaan Sogit dilakukan dalam upacara
istiadat dihadiri oleh semua pihak yang berkaitan menurut adat, Iengkap dengan peralatannya.
Namun zaman kini boleh dikatakan banyak adat yang sudah tidak digunapakai. Orang sekarang
semakin moden malah sudah menganut agama Kristian atau Islam.

- 10 -
UNDANG-UNDANG

Masyarakat Dusun labuk mempunyai undang-undang tersendiri dalam sesebuah komuniti.


Antaranya ialah, denda yang akan dikenakan kepada seseorang jika didapati melanggar peraturan
yang ditetapkan. Denda tersebut dikenali sebagai sogit seperti mana yang diamalkan
oleh masyarakat Kadazan-Dusun yang lain. Antara contoh sogit bagi suku kaum dusun labuk ialah
apabila berlaku kes mengandung sebelum berkahwin "Ketijan". Natijahnya lelaki dicaci dan
dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi. Tujuannya menyejukkan panas dalam ahli
keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu masyarakat kampong bahawa pesalah telah
dihukum setimpal dengan kesalahannya.

Selain itu, bagi pesalah yang melakukan kesalahan mencuri pula, masyarakat dusun labuk
mempunyai budaya tersendiri untuk menghukum pencuri tersebut. Pencuri dapat dikenal pasti
dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara “mengintutun" atau "monopong". Selepas
suspek dikenalpasti siasatan akan dilakukan sebelum menjatuhkan hukuman dan kebiasaannya
bentuk hukuman bergantung kepada budi bicara ketua kampung atau ketia adat.

Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun Labuk, perkahwinan ataupun apa-apa pesta harus
ditangguhkan.

MUZIK TRADISI
DUSUN LABUK AMAT POPULAR DENGAN TITIK TUNGKIL DAN TITIK MABABA IAITU
RENTAK MUZIK DIHASILKAN MENERUSI PALUAN MUZIK TRADISIONAL KULINTANGAN
DAN GONG YANG MENGIRINGI TARIAN 'MAGALAI'

- 11 -
Jumlah anak kulintangan digunakan adalah sembilan jenis yang mempunyai pelbagai bunyi
berbeza dan tiga jenis gong yang mengiringi muzik kulintangan dinamakan Tulakan, Tunggal
dan Babandil yang mempunyai rentak berbeza.

Alat muzik tradisi yang digunakan adalah :

1. Kulintangan ( 9 jenis anak kulintangan yang mempunyai pelbagai jenis bunyi )

2. Tulakan
Terdapat dua buah gong yang dimainkan secara bergilir dengan tempo yang agak laju. Biasanya,
gong ini dimainkan secara up-beat bagi bagi memenuhi ruangan kosong ketika gong Babandil
(menjaga tempo) dimainkan mengikut bit kulintangan.
3. Tunggal (Agung Gua)
Sesuai dengan nama gong tunggal yang diberikan, gong ini dimain secara sendirinya. Bunyi
yang dihasilkan kedengaran lebih besar dan dikategorikan sebagai gong bes. Tidak lengkap
sekiranya gong ini tidak dimainkan kerana paluan gong dengan rentak yang cukup kreatif dan
bertenagan akan memenuhi ruangan melodi muzik tradisi suku kaum labuk yang dimainkan
3. Babandil
Bersaiz lebih kecil dan nipis berbanding gong lain, memainkan peranan penting dan perlu ada
kerana bunyinya lebih nyaring memudahkan pemain gong lain mengikut rentak.

Sumber:
1. Persatuan kesenian dan warisan labuk (LaStage)
http://www.labukstage.com
facebook: @lastage2017

2. KDCA Kg. Kuala Sapi

- 12 -

You might also like