You are on page 1of 5

-Tahap kesedaran dalam mengurangkan bahan buangan menerusi kaedah kitar

semula dan penggunaan semula masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia
iaitu hanya 15% rakyat negara ini yang mengamalkan kaedah kitar semula
walaupun kerajaan memperkenalkan program mengasingkan sisa pepejal mengikut
kategori.
- Rakyat Malaysia harus mengikuti langkah penduduk di negara-negara maju di
mana amalan kitar semula telah menjadi satu cara hidup mereka. sebagai contoh,
kadar kitar semula di Jerman adalah 62%, Austria 68%, Taiwan 60% dan 59% di
Singapura.
-Kerajaan telah memperkenalkan program pengasingan sisa pepejal pada 1
September 2015 dengan mewajibkan semua isi rumah dan pemilik perniagaan di
dua wilayah persekutuan dan tujuh negeri mengasingkan sisa pepejal mereka
mengikuti komposisi bahan kitar semula dan bukan kitar semula.
-pada 1 Jun 2016, kerajaan telah melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di mana mereka yang gagal mematuhi
peraturan di bawah undang-undang ini akan dikenakan tindakan.
-kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa
11 Nov setiap tahun sebagai hari kitar semula kebangsaan. pada masa kini, kadar
kitar semula Malaysia ialah pada kadar 5% dan masih rendah berbanding negara-
negara maju yg lain.
-KPKT telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar
22% menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang
telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan
amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
-Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse
(Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar
Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki
Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung
dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak
pelupusan.
Reduce (Kurangkan) - merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana
dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga
merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi
Reuse (Guna Semula) - merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang
kali,
Recycle (Kitar Semula) - "Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan
"cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada
meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan
sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang
memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol
antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang
mencadangkan satu kitaran yang berterusan
-Setiap hari kita memghasilkan 15,000 tan sampah tetapi kita semakin kesempitan
ruang untuk menampungnya.
-Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat
bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan dengan kos
sebanyak RM4 juta kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas
bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain
untuk industri pengeluaran yang lain.
-Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1
September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Pelaksanaan
pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan melibatkan negeri-negeri yang
menerimapakai Akta 672 ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya,
Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah)
-pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal

a.Kertas
b.Plastik
c.Lain lain bahan
i.Kaca/Seramik.
ii.Tin aluminium/besi/logam lain
iii.Sisa elektrik/barang elektrik kecil
iv.Bahan fabrik/kasut/getah/kulit
v.Sisa berbahaya
d.Sisa Kebun/Taman
e.Sisa Pukal.

-Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan pengasingan sisa pepejal isi
rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat,
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah
merangka Pelan Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca 2015
yang bertujuan untuk mendidik dan membudayakan amalan pengasingan sisa
pepejal di kalangan masyarakat Malaysia.
Pelan ini juga mengariskan 3 strategi dan beberapa tindakan yang dijangka mampu
untuk merealisasikan aspirasi di atas iaitu :-
a.Meningkatkan penyebaran maklumat dan promosi tentang pengasingan
sisa di punca melalui pelbagai medium:-
-Promosi melalui pelbagai saluran TV;
-Promosi melalui pelbagai saluran radio;
-Hebahan melalui artikel yang diterbitkan melalui akhbar harian;
-Hebahan melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan blog;

-Edaran panduan pengasingan sisa di rumah dalam bentuk brosur kepada


setiap premis;
-Penyediaan risalah, poster dan sebagainya.

b.Mewujudkan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak iaitu :-


-Kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pembinaan
kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan pengasingan sisa di punca dan amalan 3R di
peringkat prasekolah/tadika, sekolah rendah, menengah dan IPT;
-Kolaborasi dengan komuniti setempat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan
Jawatankuasa Rukun Tetangga melalui program 3R;
-Kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program pendidikan
dan kesedaran awam serta dan program 3R;

c.Mewujudkan pengiktirafan berkaitan Amalan Pengasingan Sisa Pepejal

-Mengadakan pengiktirafan kepada pihak yang mengamalkan pengasingan


sisa pepejal terbaik bagi kategori suri rumah, komuniti dan agensi kerajaan.
-Pelaksanaan Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan
kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke
tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang.
- Pengasingan sisa isi rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal
yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan jangka hayat
tapak pelupusan tersebut.
-Aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca juga telah dikenalpasti sebagai
salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan
dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

-Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan sisa pepejal isi
rumah ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai
satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan
mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk.
-program-program 3R terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu untuk komuniti,
"waste wise" dan di sekolah.
-Di Putrajaya misalnya, program komunitinya melibatkan Pusat Kitar Semula, Mobile
Recycling Centre, Kerbside dan program di blok-blok pangsapuri.
-Manakala untuk "waste wise" program, ia dijalankan di pejabat-pejabat termasuk di
pejabat kementerian, hotel dan kawasan komersial.
-"Kutipan barangan kitar semula di bawah waste wise adalah secara on-call
system. Begitu juga di sekolah-sekolah, program KITS (Kitar Semula Sekolah)
memberi tumpuan dengan menjalankan aktiviti di tadika, sekolah rendah serta
menengah."
- mengambil contoh negara jiran yang berjaya dalam program 3R mereka utuk
dijadikan sebagai penanda aras bagi menilai tahap pencapaiannya. Satu
daripadanya ialah Sistem Kitaran Semula Wongpanit di Thailand. Ia satu perniagaan
kitar semula yang inovatif dan berjaya dilaksanakan sekian lama di Thailand.
-cth yg lain ialah Surabaya, Indonesia sebagai kawasan bandar yang berjaya dalam
amalan 3R sehingga kini. selain amalan 3R sehingga sampah hanya diambil dua kali
sahaja dalam sebulan, mereka turut menjalankan amalan seperti pengkomposan,
penggunaan semula air dan kitar semula.

You might also like