You are on page 1of 4

3R Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley

oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan. Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. Pengurangan:

Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Penggunaan semula: Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. Kitar semula: Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, pengurangan diikuti penggunaan semula dan akhirnya kitar semula.

Konsep 3R - Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula Dan Kitar Semula Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiranjiran anda dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini harus dijadikan fokus utama. Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak. Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanakkanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan lebih menghargai sumbangan. Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanakkanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu persidangan parlimen yang dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajarpelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan. Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti alam sekitar.

Apakah maksud kitar semula ? Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barangbarang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula. Apa kepentingan kitar semula ? 1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal? 2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. 3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita. 4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen. ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih. iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Jenis-Jenis Tong Kitar Semula

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

WARNA : BIRU

KEGUNAAN : KERTAS Semua kertas warna dan tidak berwarna sprit, akhbar, mjlh, buku, helaian kertas ketalog, risalah kalender kad, kad, sampul surat dan kertas karbon Tidak termasuk : kertas tisu, kertas karbon,kertas minyak / aluminium, kertas berlapis plastic, dan kertas yg kotor. WARNA : COKLAT KEGUNAAN : KACA Semua kaca yang berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, baling makanan, botol vitamin dan botol kosmetik. Tidak termasuk : kristal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, & baling atau botol bahan toksik. WARNA : JINGGA KEGUNAAN : TIN ALUMINIUM, TIN KELULI DAN PLASTIK Semua jenis tin aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan plastic. Semua plastic berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastic membeli belah, botol minuman, botol mineral, bekas makanan, botol cecair, pencuci dan botol vitamin. Tidak termasuk : bekas cat, bekas bahan toksik peralatan makmal dan bekas styrofom.

You might also like