You are on page 1of 9

UNIT 8 : BUMI HIJAU , BUMI KITA

NAMA:KASHVI AVALLACHEE
SIVAPATHY
KELAS: 3 SAKURA
GURU: CIKGU WAFI
TAJUK: BUMI HIJAU,BUMI KITA

KONSEP
Bumi hijau merupakan satu usaha yang memastikan bumi
kita selamat daripada kemusnahan. Bagi memastikan
pengekalan bumi hijau, reduce (kurangkan), reuse (guna
semula), recycle (kitar semula), rethink (fikir semula) dan
repair (baiki) patut menjadi amalan dalam kehidupan
harian masyarakat. Mengikut Dasar Pengurusan Sisa
Pepejal Negara, amalan konsep 3R, iaitu reduce
(kurangkan), reuse (guna semula) dan recycle (kitar
semula) adalah untuk mengurangkan penjanaan sisa.
Rethink (fikir semula) dan repair (baiki) pula digunakan
pada peringkat global bagi pengekalan bumi hijau.Semua
pihak perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam
memastikan amalan ini menjadi rutin dalam urusan
kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan bumi kita
terus kekal hijau. Banyak kepentingannya apabila setiap
pihak menekankan amalan reduce (kurangkan), reuse
(guna semula), recycle (kitar semula), rethink (fikir
semula) dan repair (baiki) dalam kehidupan. Oleh itu, idea
inovatif sangat penting untuk meningkatkan amalan bumi
hijau. Idea yang inovatif dan bersesuaian dapat membuka
lembaran baharu kepada masyarakat supaya
mengamalkannya dengan lebih meluas dan bersungguh-
sungguh. Selain mengekalkan bumi hijau, amalan tersebut
boleh menjadi sumber ekonomi baharu. Generasi muda
akan mewarisi alam ini pada masa akan datang. Jika terus
dipelihara, alam yang kaya dengan kehijauan dan udara
yang segar dapat terus dinikmati tanpa sebarang
gangguan. Amalan bumi hijau juga memberikan kesan
positif jika semua pihak berganding bahu
melaksanakannya.
5R
1. Reduce (Kurangkan)
- Mengurangkan penggunaan barangan yang tidak
boleh dilupuskan.
- Contohnya:
i) Mengurangkan pengunaan barangan yang sukar
dilupuskan seperti plastik dan polistirena bagi
mengurangkan pencemaran alam.

2. Reuse (Guna semula)


- Menggunakan semula sesuatu barangan, bahan
atau produk.
- Contohnya:
i) Penggunaan beg mersa alam dapat mengelakkan
penggunaan beg plastik yang mengandungi bahan
kimia dan sukar dilupuskan.
3. Recycle (Kitar semula)
- Mengitar semula barangan yang telah digunakan
untuk dijadikan barangan lain yang boleh
digunakan semula.
- Contohnya:
i) Kertas yang dikitar semula boleh mengurangkan
penebangan pokok serta mengekalkan kehijauan bumi.

4. Rethink (Fikir semula)


- Berfikir dahulu sebelum menggunakan atau
membuang sesuatu barangan.
- Contohnya:
i) Telefon bimbit mengandungi komponen
elektronik seperti plumbum, kadmium dan merkuri
yang tidak boleh diuraikan secara semula jadi. Hal
ini akan memberikan kesan buruk kepada alam
sekitar dan pengkalan bumi hijau.

5. Repair (Baiki)
- Membaiki kerosakan barangan untuk mengelakkan
pembelian barangan baharu.
- Contohnya:
i) Membaiki kipas, mesin basuh dan televisyen yang
rosak akan dapat mengurangkan pembuangan sisa
pepejal baharu di tapak pelupusan.

KEPENTINGAN AMALAN BUMI


HIJAU
1. Menjimatkan kos, sumber dan tenaga
- Kerja-kerja pelupusan memerlukan kos yang sangat
besar.
- Selain penggunaan sumber manusia, penggunaan
tenaga elektrik untuk pelupusan dapat dijimatkan dan
dikurangkan.
- Mengitar semula kertas secara maksimum dapat
mengurangkan penebangan pokok.

2. Mengurangkan pencemaran
- Mengurangkan penghasilan air larut resap dan
pelepasan gas metana.
- Mengelakkan pencemaran udara yang boleh
membahayakan kesihatan.
- Melepaskan gas karbon dioksida yang berbahaya
kepada alam sekitar.

3. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan


- Jangka hayat yang panjang untuk tapak pelupusan
mengurangkan penggunaan ruang baharu.
- Tapak baharu yang terpaksa dibuka boleh
menceroboh ruang hidup manusia.
- Setiap satu tapak pelupusan berkeluasan antara 20
hingga 150 ekar (lokasi dan sampah).

CONTOH BARANGAN KITAR


SEMULA
1. Kertas
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas
dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan
yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi
di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas
kertas tadi mengikut gred.

2. Plastik
Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula.
Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-
botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan,
bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula.

3. Kertas kadbod keras


Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli
biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar
dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat
terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu
sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-
kotak tersebut daripada membuangnya begitu
sahaja.

4. Kaca
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan
sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda
boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun
gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.

5. Pakaian
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau
didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat
menjimatkan ruang dan tempat dan memberi
bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

NILAI
1. Nilai kerjasama antara semua pihak dapat menjamin
usaha mengekalkan bumi hijau yang berterusan.

2. Nilai rasional perlulah menjadi amalan setiap kali


menggunakan sesuatu barangan, terutama kesannya
terhadap alam sekitar.

3. Nilai patriotisme dalam menyahut usaha kerajaan


bagi memastikan kehidupan sekeliling kekal terurus.

4.. Nilai kepercayaan kepada Tuhan dapat


mengukuhkan usaha menghargai alam sekitar.

You might also like