You are on page 1of 8

Amalan kitar semula,merupakan satu amalan mengubahsuai,mengunakan semula, mengolah sumber yang sudah digunakan supaya sumber tersebut

boleh digunakan semula di dalam keadaan atau bentuk yang baru.

Amalan kitar semula dianggap sebagai salah satu cara yang terbaik untuk memelihara sumber alam yang tidak boleh diperbaharui lagi. Lihat di sekeliling kita, manusia menggunakan hampir kesemua sumber alam yang tidak boleh diperbaharui untuk menyesuaikan diri mereka di bumi. Manusia menggunakan sumber alam yang tidak boleh lagi diperbaharui seperti galian untuk menjana pelbagai alatan untuk kehidupan yang selesa. Lihat sahaja penggunaan petroleum yang sangat meluas kegunaannya. Dulunya sejak zaman penjajahan British lagi bijih timah dilombong secara rakus dan dieksploitasi sepenuhnya. Sekarang yang tinggal hanyalah tinggalannya, seperti Taman tasik Titiwangsa serta Taman Tasik Taiping yang cantik. Petroleum satu hari nanti akan kehabisan,memang alternatif baru terhadap petroleum akan dicari tetapi ianya tidak semudah yang dijangka. Petroleum digunakan secara meluas di dalam industri petrokimia, serta penghasilan barangan domestik,dari barangan plastik hinggalah ke sabun atau lilin untuk ditiup pada hari lahir. Jadi penggunaan semula beg plastik atau bakul untuk ke pasar merupakan langkah awal anda menyelamatkan sumber bumi.

Antara langkah awal untuk kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menghasilkan tong sampah kitar semula- mengasingkan bahan buangan kepada 3 jenis, tin @besi , plastik dan kertas. Namun sikap rakyat Malaysia kurang memberansangkan di dalam amalan kitar semula. Masih ramai yang suka membuang sampah sesuka hati. Lihat sahaja di dalam kenderaan , sepatutnya ibu-bapa menyediakan bekas untuk si anak membuang sampah seperti membalut gula-gula,jika tidak prihatin atau kurang peka terhadap alam sekitar si anak akan membuang sampah ke laur dari dlam kereta,ibu atau bapanya sekadar melihat sahaja. Didiklah generasi akan datang kepentingan almalan kitar semula.

Barangan kitar semula boleh diberikan value added yang sesuai. Barangan kitar semula boleh diolah untuk menjadi barangan kraft, ianya boleh dijual terutama jika ianya hand

made. Barangan plastik turut mempunyai potensi yang besar untuk diolah menjadi pelbagai jenis kraftangan yang menarik.Ingat,bahawa amalan kitar semula,merupakan barangan terpakai yang biasa di dalam kehidupan kita ,dengan sedikit modal atau nilai tambah yang sesuai,ianya akan menjadi barangan yang bernilai semula,di samping menyelamatkan sumber bumi secara tidak langsung

Barangan kitar semula yang sukar diolah serta memerlukan kos seperti barangan elektronik,peralatan komputer,bateri dan sebagainya memerlukan one stop center . Pada pandangan saya, pihakberwajib sepatutnya mewujudkan pusat kitar semula bagi semua daerah,dan bukan sekadar di kawasan bandar utama sahaja. Barangan ini sebenarnya memerlukan pusat pengumpulan yang boleh memantau bahan yang sudah disebut kerana, ianya sangat berbahaya untuk kesihatan manusia,Bateri hand phone sendiri sebenarnya mempunyai kandungan kadium, chemical yang berbahaya kepada manusia. Perasan tak bateri handphone yang dah rosak kita buang sesuka hati aje.

Amalan kitar semula akan mengambil tempat ke arah bumi yang lebih selamat untuk tahun mendatang. Ianya akan semakin penting bila dunia ke arah kemerosotan sumber yang tidak boleh diperbaharui lagi. Semoga amalan kitar semula menjadi amalan kita semua.

DEFINISI Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa . Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa . Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi). Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan dating.

Pengenalan
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ". Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegrable seperti sampah makanan atau lebihan taman dan biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samada di bawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti kata sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polisterin terpakai digunakan bagi menghasilkan polisterin lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain, dengan ini kebanyakan barangan atau bahan kitar semula sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain seperti kadbod.

Pengkritik seringkali mempertikaikan kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar semula berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula seringkali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan pengangkutan mengurangkan dan melebihi kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan dan industri yang dikaitkan dengan pengeluaran baru dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang yang berpanjangan. Kepentingan kitar semula

Kitar semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antara kepentingan kitar semula ialah untuk memelihara ruang hidup kita. Seperti yang diketahui, kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Jika tapak pelupusan sampah dipenuhi dengan sampah ini menyebabkan tapak baru perlu dibuka untuk menampung jumlah sampah yang banyak dan lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Persekitaran yang lebih sihat dan selesa juga diperolehi dengan mengamalkan kitar semula. Sampah yang banyak akan menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Kitar semula ini dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada menular dengan cepat. Kitar semula ini dapat mengurangkan pencemaran akibat daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah yang mana merupakan salah satu punca daripada tiga pencemaran utama.

Selain daripada itu, kos, sumber dan tenaga dapat dijimatkan. Dengan mengitar semula 1 tin alumunium, kita umpama menjimatkan tenaga elektrik selama 3 jam daripada penggunaan televisyen. Apa yang dapat kita perolehi daripada mengitar semula kertas secara maksimum ialah kita dapat mengurangkan penebangan pokok dan secara tidak langsung kita dapat memelihara sumber hutan semulajadi.

Masalah

atau

halangan

kitar

semula

Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan. Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dnegna harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.

Langkah-langkah

untuk

mengatasi

masalah

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.

Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.

itar semula merupakan satu proses melibatkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Sumber alam di bumi kita semakin berkurangan pada masa sekarang. Sumber-sumber tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti.Jadi, program kitar semula dilancarkan adalah untuk menjimatkan penggunaan sumber alam pada masa yang sama program ini juga dapat membantu menjimatkan kos. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dengan sepenuh hati dan kitar semula bahan buangan kerana perbuatan ini akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat mahupun negara.

Penambahan sampah-sarap kian hari kian serius pada masa kini oleh para pengguna. Justeru itu, bagi mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, program kitar semula telah dilaksanakan. Maka, secara tidak langsungnya, kitar semula bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam , ia juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh negara kita. Selain itu,

program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana bahan buangan dapat dikendalikan dengan baik atas pelaksanaan program kitar semula dan kesihatan masyarakt juga dapat terjamin.

Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari barangan kertas yang terbuang merupakan sumber alam yang amat bernilai kepada kita semua. Secara maklum semua, pokok balak merupakan input yang amat penting bagi industri penghasilan kertas.Bagi menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Jadi, fikirkanlah berapakan jumlah batang pokok yang perlu ditebang jika kita membazirkan kertas dengan sewenang-wenangnya? Bagi mengelakkan penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat menyelamatkan pokokpokok yang semakin hari semakin terpupus di samping itu juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan

kos yang harus ditanggungkan oleh penguasa-penguasa dan akhirnya sudah tentu harga barangan buatan aluminium yang dijualkan kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Kerjasama yang erat antara rakyat dan kerajaan adalah amat mementingkan. Rakyat tidak seharusnya bergantung pada bahu kerajaan sahaja kerana jika rakyat tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada program kitar semula yang dilancarkan oleh kerajaan, ini akan membazirkan usaha yang disumbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, Fikir dahulu sebelum buang memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.