You are on page 1of 14

1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2)    Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula

4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula

5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.

6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Taman Aman tentang
kepentingan amalan kitar semula.
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar
semula yang terdapat di kawasan kampung saya.

Tarikh: 17&18 April

Masa: 10am-6pm

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu
bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih
berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung. (sila rujuk lampiran)

Tarikh: 1 & 2 Mei

Masa: 10am-6pm

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

Tarikh: Sepanjang kajian dijalankan (April-Julai 2010)

Masa: 10am-6pm
  Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan

terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Antara barang yang boleh dikitar semula

termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh

digunakan semula setelah melalui proses pembersihan Amalan kitar semula barang-barang

terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam

sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran..


  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di Pekan Sekinchan ialah

kertas, plastik, aluminium dan kaca. (Rajah 1)

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk Sekinchan ialah menjual bahan-

bahan kitar semula ini di pekan Sekinchan dan Tanjung Karang. Kebanyakan daripada penduduk

Sekinchan akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.

Terdapat juga penduduk Sekinchan  yang menggunakan semula bahan kitar semula ini

untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, mereka menggunakan botol minyak masak yang

besar untuk menanam pokok cili dan sayuran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba

untuk mengurangkan penggunaan bahan. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak

menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Lebih-lebih lagi

kempen ‘no plastic’ sedang diusahan untuk menyokong amalan kitar semula. Kertas juga

dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya

menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.


Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang kediaman hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan
antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik
sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,
tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana
kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan
bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah
sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu
ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan sayangkan
kepada negara seperti peribahasa ‘negara bersih rakyat sihat’.
  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakkan
plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya
dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk Sekinchan yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar
semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi
mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa
kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah.
Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk 1 kilogram. Harga yang rendah
menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana
harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Sekinchan hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan
ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula.Tambahan pula, pusat ini
hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja.  Mereka tidak
menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau
tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam
Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah
untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula.
kempen dan  program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya
menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar
semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan
alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk
menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar
yang menyertai pertandingan tersebut.

3. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan
kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak
membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting
supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula
ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.
Jadual 1: Jadual menunjukkan bilangan dan peratusan jenis bahan yang dikirat semula oleh
penduduk Taman Aman

Jenis Bahan Bil penduduk Peratus (%) Sudut ( )


(orang)
Kertas 50 180
Plastik 30 108
Kaca 10 36
Aluminum 10 36

Rajah 1: Carta menunjukkan peratusan jenis bahan yang dikitar semula oleh penduduk Taman
Aman
Jadual 2: Jadual menunjukkan bilangan penduduk Taman Aman mengikut kaum

Kaum Bilangan (orang)


Melayu 60
Cina 90
India 20

Rajah 2: Carta palang menunjukkan bilangan penduduk Taman Aman mengikut kaum
Buku Teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet

Blog smkpenghulusdaim.wordpress.com.my
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. TAJUK

2. ISI KANDUNGAN

3. PENGHARGAAN

4. PENDAHULUAN

5. OBJEKTIF KAJIAN

6. KAWASAN KAJIAN

7. KAEDAH KAJIAN

8. HASIL KAJIAN

9. RUMUSAN

10. LAMPIRAN

11. RUJUKAN
Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun demikian,

saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa

pihak.

Saya mengucapkan terima kasih kepada puan pengetua, Sekolah Agama Menengah Pasir

Panjang, Puan Hjh. Fauziah Bt. Salleh yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan kepada Cikgu

Hairiyati Bt. Marsidi, guru geografi tingkatan 3 Sabar. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar

dan bimbingan kepada saya.

Terima kasih juga saya ucapakan kepada bapa saya yang bernama Assari B. Liwan dan ibu

saya Masitah Bt. Md. Zain yang telah memberi dorongan dan galakan kepada saya semasa

menjalankan kajian ini.

Selain itu, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada penduduk Taman Aman,

Sekinchan yang telah memberi kerjasama semasa sesi menjalankan kajian ini.
Bagi memenuhi keperluan geografi, murid Tingkatan 3 diwajibkan menjalankan kerka amali

di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas waktu persekolahan. Pelajar-pelajar diberi peluang

untuk memilih tema kajian masing-masing. Kajian ini adalah brdasarkan tema-tema yang

dipelajari di tingkatan 3.

Saya telah memilih tajuk Amalan Kitar Semula di Taman Aman. Saya menyiapkan kajian

ini dalam masa lapan minggu. Kemudian, saya menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara

berasingan atau sacara individu seperti yang disyaratkan dalam sukatan pelajaran.

You might also like