You are on page 1of 80

1

BAB I




PENGENALAN




1.1 Pendahuluan


Masalah pengurusan sisa pepejal merupakan masalah lapok yang diwarisi
sejak berabad lamanya. Bermula zaman kuno Greek dan Roman, masyarakatnya
akan membuang sampah ke lantai, dan ianya dibiarkan padat sehingga membentuk
lapisan lantai. Apabila lapisan ini cukup tinggi masyarakat lebih berminat
menaikkan bumbung mereka atau berpindah terus (Alter, H. dan Dunn, J.J 1980).


Zaman berganti zaman, masyarakat mula perihatin dengan masalah ini dan
permulaan abad ke-20 telah menunjukkan minat pengurusan sisa pepejal yang
sistematik dilaksanakan. Seterusnya permulaan era 70-an adalah juga permulaan
penggunaan penunu. Dan kemudian pertengahan era ini telah menampakkan kajian
telah dijalankan bagi mengoptimasikan teknologi penunu ini dengan kewujudan
penggunaan semula tenaga atau energy recovery yang dapat menukarkan sampah
kepada tenaga.


2
Kini dunia telah menghadapi era globalisasi melenium yang baru. Oleh itu
masyarakat dunia juga haruslah menghargai, mengaplikasi dan merevolusikan sains
dan teknologi seiring dalam wawasan untuk membina masyarakat madani. Ledakkan
daripada teknologi terkini haruslah diraih sepenuhnya oleh Universiti Teknologi
Malaysia supaya ia seiring dengan namanya sendiri, Teknologi. Salah satu
caranya adalah mempunyai sistem pengurusan sisa pepejal yang efektif, bersepadu
dan efisyen.


Dengan kewujudan 28,000 populasi dan purata penjanaan 0.95 kg sisa
pepejal sehari di kampus UTM, sistem pengurusan sisa pepejal yang efisyen amatlah
perlu. Ini kerana pengurusan sisa pepejal yang baik dapat menjamin penduduk UTM
hidup dengan sejahtera bebas daripada penyakit disebabkan oleh masalah sampah.




1.2 Objektif Kajian


Dalam kajian ini, beberapa objektif telah ditetapkan dan dijadikan asas untuk
membantu penyelidikan supaya matlamat kajian tercapai iaitu:


1. Meninjau sistem dan kos pengurusan sisa pepejal di kampus UTM.

2. Mengkaji komposisi, kuantiti serta kadar penjanaan sisa pepejal di kampus
UTM.

3. Menilai sejauh manakah potensi guna semula sisa pepejal sebagai sumber
tenaga di UTM dari aspek kos dan keberkesanan.



3
1.3 Skop Kajian


Kajian ini dijalankan melibatkan kawasan kampus Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Kawasan kajian ini meliputi kawasan
akademik, kawasan pentadbiran, kolej-kolej dan disekitarnya. Sistem pengurusan
sisa pepejal di kawasan kajian juga akan dikaji.


Keputusan kajian adalah untuk mengetahui jumlah kuantiti dan komposisi
sisa pepejal bagi setiap kawasan cerapan yang boleh mewakili kawasan kajian. Sisa
penjanaan yang dikumpulkan adalah terdiri daripada jenis refuse, garbage, rubbish
dan trash sahaja. Dengan mendapatkan jumlah ini, potensi guna semula sisa pepejal
sebagai sumber tenaga di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dapat
dikaji.




1.4 Kepentingan kajian


Di Malaysia, masalah utama pengurusan sisa pepejal adalah untuk
mendapatkan tapak untuk tujuan pelupusan, peralatan yang usang dan selalu rosak,
kerjasama orang ramai yang terhad, ketiadaan kawalan penggunaan pembungkus,
kawasan setinggan, kawasan pembuangan haram dan bermacam-macam masalah lain
lagi (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 1998). Oleh yang demikian
Malaysia telah cuba merangka satu pelan induk kebangsaan bagi pengurusan sisa
pepejal yang telah bermula sejak Januari 2002 dan dijangka siap selewat-lewatnya
tahun 2003 (Utusan Malaysia, 28 Jun 2002).




4
Salah satu alternatif yang terbaik untuk mengurangkan penggunaan tapak
pelupusan sampah adalah dengan menggunakan sistem penunu. Penggunaan sistem
ini boleh dioptimasikan lagi aplikasinya dengan memanafaatkan stim daripada hasil
pembakaran. Stim ini boleh digunakan terus sebagai sumber haba atau pun bagi
menggerakkan generator elektrik bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik.


Oleh itu kajian ini akan mendapatkan jumlah kuantiti bagi setiap komposisi
sisa pepejal. Nilai ini akan digunakan bagi mengkaji berapakah jumlah tenaga
elektrik yang dapat dijanakan di kawasan kajian. Ini kerana kadar penghasilan stim
adalah berdasarkan jenis sisa pepejal dan kandungan lembapan yang terdapat
padanya. Setiap jenis sisa pepejal mempunyai nilai haba pembakaran yang berbeza.
Hasilnya penilaian akan dibuat sama ada sesuai atau tidak penggunaan sistem penunu
diaplikasikan di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebagai penyelesaian
kepada pengurusan sisa pepejal dan penggunaan tenaga elektrik.



























5




BAB II




KAJIAN LITERATUR




2.1 Pengenalan


Secara lazimnya sisa pepejal dipanggil oleh masyarakat sebagai sampah. Sisa
pepejal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu sisa pepejal merbahaya,sisa
industri dan sisa perbandaran. Walaubagaimanapun secara literaturnya sisa pepejal
lebih tepat lagi dikenali sebagai sisa pepejal perbandaran (MSW) yang merangkumi
semua bahan pepejal dan separuh pepejal yang dibuang oleh masyarakat.


Sisa pepejal perbandaran pula boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama
iaitu Refuse yang mewakili sampah yang dihasilkan oleh setiap isi rumah. Garbage
pula merupakan sisa makanan daripada haiwan dan sayur-sayuran serta ia juga
merupakan komponen refuse. Rubbish pula merangkumi tin, bahan mineral, kaca,
kertas, bahan logam dan abu. Akhir sekali Trash merujuk kepada bahan yang lebih
besar seperti batang pokok, barang-barang lama yang biasanya tidak dibuang ke
dalam tong sampah (Noraini Jaafar, 1994).


6
Daripada perspektif pemulihan tenaga pula, Refuse terdiri daripada bahan
bersifat organik, tidak organik, kebolehbakaran dan tidak kebolehbakaran. Tidak
kebolehbakaran akan menyebabkan ianya tidak boleh dibakar menggunakan sistem
penunu biasa (1300 F hingga 2000 F). Garbage terdiri daripada bahan
berlembapan tinggi sehingga 75% yang menyebabkan kesukaran dalam pembakaran.
Rubbish pula terdiri daripada bahan bersifat kebolehbakaran dan tidak
kebolehbakaran (Cheremisinoff, P.N. dan Morresi, A.C. 1976).




2.2 Penjanaan Sisa Pepejal


Sebelum perancangan pengurusan sisa pepejal dilakukan, kadar penjanaan
sisa pepejal haruslah diketahui terlebih dahulu. Kadar penjanaan sisa pepejal ini
digunakan bagi mendapatkan skala operasi, lokasi pelupusan dan pemilihan strategi
pengurusan sisa pepejal yang sesuai. Di Malaysia, purata penghasilan sisa pepejal
adalah 8 x 10
3
kg/hari. Jumlah ini bertambah dari setahun ke setahun kerana
berlakunya pertambahan penduduk. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan purata
sampah per seorang dari tahun 1976 hingga 1990 (Jadual 2.1).


Jadual 2.1 : Nilai penjanaan sisa pepejal perbandaran di Malaysia pada tahun
tertentu.

Tahun Tan/hari Penduduk Purata Sampah Per Seorang
1976 420 883 700 1.06
1980 550 1 095 000 1.12
1985 721 1 432 000 1.13
1990 1033 1 873 000 1.21

Sumber: Pejabat Perkhidmatan Bandar, 1994
7
Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh manusia meningkat setiap hari dan
ini telah menimbulkan masalah untuk mentafsir jumlah penjanaan sisa yang terhasil.
Selain itu juga kadar penjanaan yang terhasil di kawasan luar bandar dan bandar juga
adalah berbeza kerana jumlah aktiviti yang berlaku di bandar adalah lebih banyak
daripada kawasan luar bandar. Manakala aktiviti utama di antara bandar juga turut
mempengaruhi komposisi sisa pepejal (Jadual 2.2). Dianggarkan bahawa jumlah
penjanaan di bandar-bandar besar adalah 5-7 Ibs/orang/hari manakala di luar bandar
adalah 2-3 Ibs/orang/hari.


Jadual 2.2 : Komposisi sisa pepejal berdasarkan kajian tahun 1998.


Jenis Sisa
Pepejal
Majlis
Bandaraya
Johor Bahru
(%)
Majlis
Perbandaran
K. Terengganu
(%)
Majlis
Perbandaran
Petaling Jaya
(%)
Majlis
Perbandaran
Seremban
(%)
Kertas 19 15.0 23.56 44
Plastik dan Getah 12 3.5 9.37 5
Bahan Organik 45 66.0 48.32 35
Kaca dan Seramik 3 1.0 4.03 2
Logam 9 5.0 5.93 4
Kayu 7 3.0 4.82 4
Kain 5 1.0 3.97 3
Lain-lain 0 5.5 0.00 3
Jumlah 100 100 100 100

Sumber: Pejabat Perkhidmatan Bandar, 1998


Setiap pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi faktor penjanaan sisa
(Jadual 2.3). Penjanaan sudah pun berlaku ketika permulaan proses bahan mentah
dilakukan. Rajah diagram menunjukkan bagaimana dan dimana sisa pepejal
digunakan dan dijanakan (Rajah 2.1).

8
Jadual 2.3 : Analisis komposisi sisa pepejal perbandaran di Amerika Syarikat pada
tahun 1969

Komposisi Peratus Mengikut Berat (%)
Kotak kertas gelugur 23.38
Surat khabar 9.40
Majalah 6.80
Kertas minyak 5.57
Surat 2.75
Kertas bungkusan makanan 2.06
Kertas tisu 1.98
Karton lilin 0.76
Kertas berplastik 0.76
Sisa makanan sayuran 2.29
Kulit buah dan biji buah 1.53
Sisa masakan 4.58
Kayu 2.29
Sisa kebun 6.88
Plastik 0.76
Kain buruk 0.76
Bahan kulit 0.38
Bahan getah 0.38
Cat dan minyak 0.76
Longgokan habuk 0.76
Lumpur 1.53
Logam 6.85
Kaca, seramik, abu 7.73
Adjusted moisture 9.05
Jumlah 100.00

Sumber: Cheremisinoff P.N. dan Morresi A.C., 1976


9

















Rajah 2.1 : Diagram penjanaan dan penggunaan semula sisa pepejal.


Untuk mengetahui penjanaan sisa pepejal dengan lebih mendalam lagi, punca
utama setiap jenis dan komposisi sisa pepejal haruslah diketahui terlebih dahulu
(Jadual 2.4). Dengan adanya maklumat ini kajian dapat dijalankan dengan lebih
berkesan mengikut matlamat masing-masing.


Jadual 2.4 : Analisis punca sisa pepejal serta komposisinya.

Punca Sisa Pepejal Komposisi
Garbage Sisa makanan daripada penyediaan
masakan, Sisa makanan daripada pasar.
Domestik, Isi
rumah
Rubbish, Trash Kertas, karton, kotak, kayu, lumpur, dahan
pokok, logam, tin, kaca dan mineral.
Petunjuk:
Bahan mentah,produk
Dan bahan guna semula

Bahan sisa pepejal
sampah
Baki Bahan Mentah
Baki Sampah
Bahan Mentah
Pengeluaran
Kedua
Pengguna
Pemprosesan dan
Pengunaan Semula
Pelupusan Akhir
Pengeluaran
10
Punca Sisa Pepejal Komposisi
Abu Sisa daripada minyak dan pembakaran
sisa pepejal.
Domestik, Isi
rumah
Sisa Pukal Perabot kayu, katil, perabot logam, peti
sejuk, tayar getah.
Garbage Sama seperti domestik
Rubbish, Trash Sama seperti domestik
Abu Sama seperti domestik
Lebuhraya,
Projek penaikan
taraf, Sisa
kemusnahan
Papan, paip, batu-bata, bahan beraspalt,
bahan pembinaan daripada bangunan dan
struktur yang musnah.
Sisa pembinaan,
pengubahsuai
Papan potong, paip, konkrit dan bahan
pembinaan.
Komersial, Pusat
pengajian, Hospital,
Hotel, Restoran,
Setor, Pejabat dan
Pasar
Sisa Berjadual Sisa berbahaya(pepejal dan separa cecair),
bahan letupan, sisa pathologi, sisa
radioaktif.
Sisa jalanan Pasir jalanraya, lumpur, guguran daun,
sampah.
Bangkai haiwan Kucing, anjing, hidupan akuatik.
Bangkai
kenderaan
Kenderaan yang tidak diperlukan.
Gas abu, sisa
penunu, slag
pendandang
Mineral, bahan organik, sisa plastic,
kapur, hablur logam.
Perbandaran,
jalanraya, kaki lima,
lorong, sistem
penunu, pusat
janakuasa, pusat
pembersihan air
sisa, lagun, tangki
septik.
Sisa pembersihan
air sisa
Lumpur daripada pemendakan tangki,
pepejal daripada penapis kasar dan kebuk
kersik.

Sumber: Cheremisinoff P.N. dan Morresi A.C., 1976



11
2.3 Pengurusan Sisa Pepejal


Dalam kajian yang telah dijalankan didapati sekurang-kurangnya 22 penyakit
manusia mempunyai kaitan dengan sisa pepejal. Perkara ini akan berlaku sekiranya
sistem pengurusan sisa pepejal yang efisian tidak dilaksanakan. Dua vektor utama
penyakit manusia akibat sisa pepejal adalah tikus dan lalat. Lalat adalah pembiak
profilik (70,000 lalat boleh dihasilkan dalam 1 kaki padu garbage) dan pembawa
banyak penyakit antaranya Disenteri Basilus (Noraini Jaafar, 1994).


Menyedari hakikat ini, masyarakat dunia telah berusaha mewujudkan sistem
pengurusan yang terbaik agar kesihatan masyarakat terjamin serta ianya dapat
menjadi model kepada negara-negara lain. Antara yang terawal adalah di Amerika
Syarikat apabila bandar New York telah membina dinding sekat berkrib kayu di
sekitar pulau Rikers dan memenuhi kawasan itu dengan sampah sarap yang diangkut
dengan menggunakan wagon (Kreith, F. 1994).


Seperti pendekatan konvensional, sisa pepejal akan dikomposkan sehingga
penuh di tapak pelupusan sampah, walaubagaimanapun arus teknologi telah
mengubah keadaan tersebut. Ini dapat dilaksanakan dengan penggunaan penunu
yang dapat mengurangkan isipadu sisa pepejal atau melupuskannya terus.
Pendekatan ini perlu memandangkan rizab tanah bagi tujuan pelupusan adalah
semakin berkurangan disebabkan permintaan yang lebih bersifat ekonomikal.


Pengurusan sisa pepejal merupakan proses yang melibatkan penggunaan
teknologi, penyimpanan, pemungutan, pemindahan dan pengangkutan, pemprosesan,
pemasaran hangus (incineration) dan pelupusan sisa pepejal. Semua proses ini
hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang sah dengan prosedur-prosedur yang
betul dalam memelihara kesihatan awam dan persekitaran serta mempunyai nilai
estetika dan nilai ekonomi yang boleh diterima (Kreith, F. 1994).

12
Setiap prosedur dalam pengurusan ini juga haruslah berdasarkan lunas-lunas
undang-undang yang telah ditetapkan. Di Malaysia rujukan utama adalah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 melalui Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih), 1978 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan
Dan Effluen-effluan Perindustrian), 1979.


Rujukan yang perlu diambil kira dalam merancang sistem pengurusan sisa
pepejal adalah seperti pembentukan undang-undang nasional dan perintah polisi,
kewangan kerajaan tempatan, perancangan kerajaan tempatan dan struktur kerajaan
tempatan.


Masalah yang di hadapi oleh sistem pengurusan pada hari ini adalah
kompleks disebabkan oleh kuantiti dan kepelbagaian jenis sisa pepejal,
pembangunan pesat kawasan perbandaran, perkhidmatan awam yang tidak terhad di
bandar-bandar besar, kesan daripada penggunaan teknologi baru dan timbul masalah
tenaga dan bahan mentah yang terhad (Tchobanoglous, G., et al.1997).


Sehubungan itu, aspek asas dan hubungan yang terlibat haruslah diselami
sekiranya pengurusan sisa pepejal hendak mencapai matlamat dan berkesan.
Terdapat 9 strategi pengurusan sisa pepejal yang digunakan dalam pengurusan sisa
(Rajah 2.2) (Kreith, F. 1994).


Di Amerika Syarikat strategi 5 digunakan bagi pengurusan sisa pepejal di
bandar. Manakala strategi 3 yang melibatkan pekomposan dan tapak pelupusan
merupakan kaedah paling lazim serta digunakan di kawasan pedalaman. Setiap
strategi yang dipilih haruslah dianalisis terlebih dahulu untuk memastikan kecekapan
dan keberkesanannya.




13


Rajah 2.2 : Teori-teori pemprosesan dalam sistem pengurusan sisa pepejal
14
2.3.1 Penyimpanan


Penyimpanan sisa pepejal merupakan proses pertama dalam pengurusan sisa
pepejal. Ianya dilakukan oleh masyarakat atas kehendak individu ataupun tugas.
Kadar kecekapan dan keberkesanan pengurusan sisa pepejal serta tahap kesihatan
masyarakat adalah amat bergantung kepada faktor penyimpanan yang baik. Sisa
pepejal yang dijanakan akan dikumpulkan di kawasan tertentu bagi tujuan
pemungutan.


Kaedah in-site container sesuai diaplikasikan bagi kawasan yang mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi serta jarak antara penyimpanan pendek. Kaedah
collection point pula sesuai bagi kawasan pedalaman di mana terdapat satu kawasan
tetap penyimpanan bagi memudahkan proses pemungutan.


Faktor-faktor yang mesti diambil kira dalam proses penyimpanan sisa pepejal
adalah seperti jenis bekas penyimpanan yang digunakan, lokasi bekas penyimpanan,
aspek kesihatan awam dan nilai serta cara pemungutan yang digunakan
(Tchobanoglous, G., et. al. 1979).


Jenis dan kapasiti penyimpanan yang digunakan pula bergantung kepada
karakteristik sisa pepejal, frekuensi sisa pepejal dan ruang yang disediakan untuk
bekas penyimpanan.


Berikut adalah beberapa kaedah penyimpanan sisa pepejal yang lazim
diamalkan di Malaysia :

a) Induvidual Container
Bekas yang biasa digunakan biasanya adalah tong sampah yang berukuran piawai
3 kaki padu. Tong sampah ini akan diletak di hadapan atau di belakang rumah.
15
b) Communal Container
Sisa pepejal yang terhasil di sesebuah kawasan akan dikumpulkan ke dalam
bekas-bekas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan seperti Majlis
Perbandaran, Majlis Daerah atau pihak swasta seperti Alam Floraadan Southern
Waste Management.

c) On-Site Collection
Sisa pepejal akan di kumpulkan di dalam beg-beg plastic dan akan dikutip
pekerja yang bertugas untuk diangkut ke tapak pelupusan sampah.




2.3.2 Pemungutan


Proses pemungutan merupakan proses memindah dan mengangkut sisa
pepejal dari sesuatu kawasan ke tapak pelupusan (Kenneth, C.C. dan John, M.H.
1977). Sistem pemungutan yang sesuai dan efektif haruslah menitik beratkan faktor
sosio-ekonomi dan ekonomi. Dengan meningkatnya penjanaan sisa pepejal, ini telah
menambahkan kesulitan dalam mengetahui jumlah kuantiti sisa pepejal yang sebenar
serta akan membebankan pengurusan logistic dan kos operasi.


Proses ini melibatkan kos yang agak tinggi kerana ianya melibatkan
penggunaan peralatan pengangkutan dan sejumlah besar tenaga buruh. Tambahan
pula adalah jelas produktiviti dalam setiap kenderaan pemungutan dan krewnya
bergantung kepada jumlah masa yang diluangkan dalam sesuatu kawasan.


Penentuan jarak antara kawasan pemungutan dan pelupusan haruslah tepat
kerana ini mempengaruhi kos proses. Kos untuk pemungutan dianggarkan 60%
hingga 80% daripada keseluruhan kos pengurusan sisa pepejal (Tchobanoglous, G.,
et al.1997).
16
Di Malaysia kos pengurusan sisa pepejal ialah RM 30/tan metric bagi tahun
1976 dan meningkat kepada RM 42/tan metrik pada tahun 1986. Nilai ini
dipengaruhi oleh faktor peningkatan taraf hidup. Pemungutan sisa pepejal biasanya
diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran. Namun begitu terdapat juga Majlis
Perbandandaran yang menswastakan operasi kepada syarikat kontraktor bagi
memudahkan pengurusan. Tambahan lagi terdapat perbezaan sistem pemungutan
antara kawasan bandar dan luar bandar.


Di Johor Bahru pemungutan dikendalikan oleh Syarikat Southern Waste
Management yang beribu pejabat di Bandar Permas Jaya. Walaupun begitu, operasi
pemungutan masih di bawah penguatkuasaan Majlis Perbandaran. Syarikat ini telah
mengambil alih sistem operasi dari Majlis Daerah Johor Bahru (MDJB) dan Majlis
Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) sejak 1 November 1997. Kawasan operasi di
bawah syarikat ini adalah di sekitar daerah Johor Bahru, Johor Bahru Tengah dan
beberapa daerah lain.


Sistem di kawasan bandar adalah lebih sukar kerana ianya berbeza di
kawasan apartmen, perumahan, bangunan komersial dan industri dan juga di jalanan
dan taman-taman. Pemungutan juga mengikut lokasi tong sampah (Jadual 2.5).


Jadual 2.5 : Kaedah pemungutan sisa pepejal mengikut kawasan.

Kawasan Kaedah Pemungutan
Lorong-lorong Bekas sampah di letakkan di lorong-lorong khas dan dikutip
oleh petugas tanpa perlu memasuki kawasan halaman rumah.
Kawasan Halaman
Rumah
Bekas sampah di ambil di halaman rumah. Setelah sampah
dikutip, bekas diletakkan semula ke tempat asalnya.
Kawasan
Belakang Rumah
Sampah di kutip dan di kumpulkan daripada beberapa rumah
dan di buang ke dalam kenderaan pengumpulan sampah.

Sumber: Pejabat Perkhidmatan Bandar, 1998
17
Sistem pemungutan sisa pepejal boleh diklasifikasikan daripada pelbagai
sudut antaranya dari segi operasi, peralatan yang digunakan dan jenis sisa pepejal
yang dipungut. Mengikut dari segi operasi, system pemungutan sampah dibahagikan
kepada 2 kategori iaitu Sistem Bekas Diangkut atau Hauled Container System, HCS
dan Sistem Bekas Pegun atau Stationary Container System, SCS (Tchobanoglous, G.,
et al.1997).




2.3.2.1 Sistem Bekas Diangkut


Bagi lokasi yang mempunyai kadar penjanaan yang tinggi, sistem ini adalah
penyelesaiannya. Sistem ini menggunakan bekas penyimpanan yang besar dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya penimbunan sampah serta tiada limpahan seperti
yang berlaku pada bekas kecil. Selain itu sifat fleksibilitinya yang boleh memuatkan
pelbagai jenis saiz dan bentuk sisa pepejal merupakan salah satu kelebihan sistem ini.


Kelebihan lain sistem ini adalah dapat mengurangkan kos walaupun jarak ke
tapak pelupusan adalah jauh. Ini kerana bekas penyimpanan sisa pepejal akan
dihantar terus ke tapak pelupusan untuk dikosongkan dan dihantar kembali ke tempat
asal atau baru. Tiga jenis kenderaan utama yang biasa digunakan dalam sistem ini
ialah:


a) Trak Dengan Pengangkut Kerangka Condong
Sesuai untuk mengangkut bekas penyimpanan yang besar. Ia juga digelar sebagai
Drop Boxes. Trak ini sesuai untuk semua jenis sisa pepejal. Biasanya digunakan
bersama pemampat tetap di kawasan apartmen, kompleks dan kawasan
komersial.


18
b) Trak Pengangkat
Trak Pengangkat adalah sesuai untuk pungutan dalam operasi yang kecil dan
tidak sesuai untuk sampah yang banyak contohnya seperti sampah industri.

c) Treler Sampah
Treler sampah pula mempunyai persamaan dengan pengangkut kerangka
condong tetapi jenis ini adalah lebih baik bagi mengangkut sampah-sampah yang
berat seperti pasir, kayu, besi-besi dan bahan buangan dalam industri pembinaan.




2.3.2.2 Sistem Bekas Pegun


Sistem ini sesuai untuk pemungutan semua jenis sisa pepejal serta sistem ini
berbeza mengikut jenis dan kuantiti yang hendak diuruskan. Bekas yang digunakan
dalam sistem ini akan berada pada tempat penjanaan sisa pepejal yang tetap sehingga
ianya penuh. Setelah itu, ianya akan diubah ke lorong-lorong untuk dikosongkan.


Contohnya seperti tong sampah beroda yang digunakan secara meluas untuk
memudahkan pemindahan sisa pepejal daripada lokasi penjanaan ke dalam trak atau
lori. Selain menjimatkan kos, kemalangan di kalangan pekerja dapat dikurangkan.
Dua jenis yang utama adalah sistem dimana pengisian sendiri oleh kenderaan dan
sistem dimana pengisian secara manual (Tchobanoglous, G., et al.1997).








19
2.3.3 Pemindahan Dan Penghantaran


Pemindahan dan penghantaran adalah peringkat sisa pepejal di pindahkan ke
sesuatu kawasan (stesen pemprosesan, tapak pelupusan, kawasan longgokan
sementara). Faktor yang mememerlukan adanya proses pemindahan adalah seperti
berikut:


i) Wujudnya tempat pembuangan sampah haram dengan amaun yang besar.

ii) Penggunaan trak pemungut yang rendah kapasitinya.

iii) Lokasi tapak pelupusan adalah jauh dengan kawasan pemungutan

iv) Kawasan yang kurang kepadatan penduduknya.

v) Penggunaan sistem pemungutan hidraulik atau pneumatik.

vi) Tapak pelupusan atau pemprosesan tidak dapat dihubungi melalui jalan raya.




2.3.3.1 Stesen Pemindahan


Stesen pemindahan bertujuan untuk membuang dan memindahkan sisa
pepejal yang dipungut dari kenderaan yang berkapasiti kecil kepada kenderaan yang
berkapasiti yang lebih besar ke tapak pelupusan sampah (Tchobanoglous, G., et
al.1997). Stesen pemindahan boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis yang berdasarkan
kepada kapasiti iaitu Kecil kurang daripada 100 tan/hari, Sederhana 100 hingga 500
tan/hari dan Besar melebihi 500 tan/ hari.

20
Jenis-jenis stesen pemindahan adalah bergantung kepada penggunaan
kenderaan. Stesen pemindahan boleh diklasifikasikan kepada kepada 3 jenis iaitu
Pemunggahan langsung (Direct Discharge), Pemunggahan simpanan (Storage
Discharge) dan Gabungan langsung dan simpanan (Combined).




2.3.3.1 Pengangkutan Sisa Pepejal


Jalan keretapi, jalan raya dan laut merupakan laluan utama pengangkutan sisa
pepejal ke lokasi yang dikehendaki. Selain itu sistem hidraulik dan pneumatik juga
digunakan. Tetapi bagi di Malaysia, lazimnya sisa pepejal diangkut melalui darat
sama ada menggunakan jalan raya atau jalan keretapi.


Kenderaan bermotor yang ingin digunakan mestilah mematuhi beberapa
piawaian yang di tentukan seperti:


a) Sisa pepejal yang diangkut hendaklah pada kadar yang minimum

b) Sisa pepejal harus ditutup semasa proses pengangkutan

c) Kenderaan hendaklah sesuai untuk berada di jalan raya

d) Kapasiti yang di bawa mestilah berada pada had tertentu

e) Kaedah untuk pemunggahan semula hendaklah mudah dan boleh dipercayai


Antara kenderaan yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti Lori Terbuka,
Trak RORO (Roll-On-Roll-Off) dan Trak penyendat (Compactor).
21
Penggunaan jalan rel pula adalah sesuai apabila pengangkutan melalui jalan
raya adalah sukar dan jauh. Bagi penggunaan jalan air pula, terdapat bot khas yang
digunakan. Tetapi ianya akan menimbulkan masalah sekiranya berlaku ribut taufan
di laut semasa proses pengangkutan terutama apabila membawa muatan yang
banyak.




2.3.4 Pemprosesan


Pemprosesan sisa pepejal di laksanakan dalam pengurusan sisa adalah
bertujuan untuk meningkatkan efisiensi operasi, mendapatkan semula sumber-
sumber (bahan terpakai) serta penukaran produk dan tenaga (Tchobanoglous, G., et
al.1997).


Terdapat beberapa teknik dalam proses ini antaranya:


a) Pengurangan Isipadu Mekanikal ( Pemampatan )

b) Pengurangan Isipadu Kimia ( Incineration )

c) Pengurangan Saiz Mekanikal ( Penyiatan )

d) Pengasingan Komponen ( Manual dan Mekanikal )

e) Pengeringan dan Penyahairan ( Pengurangan Kandungan Lembapan )


Pemilihan spesifik dalam teknik yang perlu digunakan bergantung kepada
tujuan dan matlamat yang ingin dicapai.
22
2.3.5 Pelupusan


Dalam pengurusan sisa pepejal pelupusan merupakan proses terakhir sekali
yang melibatkan pemusnahan sisa pepejal yang telah atau belum diproses. Di
Malaysia kaedah pelupusan yang digunakan adalah tapak pelupusan sanitari dan
sistem penunu. Terdapat beberapa aspek yang perlu ambil perhatian dalam
pembinaan tapak pelupusan iaitu Jarak Angkutan, Keadaan tanah dan Topografi,
Cuaca, Hidrologi Air Permukaan, Geologi dan Hidrogeologi, Keadaan Sekeliling dan
Kegunaannya.


Tapak pelupusan sanitari merupakan kaedah yang paling ekonomik dan
releven. Ianya melibatkan kerja-kerja penimbusan sisa pepejal dan pemampatan
dalam beberapa lapisan yang tidak melebihi 2 meter kedalamannya. Setiap lapisan
tadi akan ditutupi dengan 6-8 inci tanah di akhir operasi tadi. Terdapat 3 jenis tapak
pelupusan yang digunakan di Malaysia iaitu Open Dumping, Control Tipping dan
Sanitari Landfill. Kaedah Incineration pula akan diterangkan pada bab berikutnya.




2.4 Penjanaan Tenaga


2.4.1 Sumber Utama Tenaga Di Malaysia dan Jangkaan Masa Hadapan


Tenaga merupakan elemen utama dalam menjanakan pembangunan negara.
Oleh itu amatlah penting sesebuah negara itu mempunyai bekalan sumber tenaga
yang cukup pada masa kini dan hadapan. Sejak daripada tahun 1980-an lagi
Malaysia telah mengorak langkah mencari sumber baru tenaga (Rajah 2.3). Tenaga
ini meliputi tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, solar dan biomass
dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti gas asli, petroleum dan arang batu.
23
Rajah 2.3 : Peta kawasan penjanaan tenaga sedia ada (1981) dan masa hadapan.



Sumber : Lembaga Letrik Negara (Ogos 1982).


Menjelang tahun 2005, permintaan tenaga di Malaysia dianggarkan sebanyak
15,000 MW. Penjanaan tenaga di Malaysia kini adalah 80 % bergantung kepada
tenaga bahan api fosil.


Sehubungan dengan itu Malaysia perlulah membangunkan penjanaan tenaga
yang boleh diperbaharui bagi mengurangkan pengimportan bahan api fosil. Ini telah
lama dijalankan sejak tahun 1980-an lagi, tetapi secara kecil-kecilan (Rajah 2.4).


Oleh yang demikian, kerajaan telah bersungguh dalam usahanya memastikan
kehadiran tenaga berkekalan dengan mewartakan pembangunan tenaga boleh
diperbaharui sebagai bahan api kelima selain minyak, gas, arang batu dan tenaga
hidro yang diperuntukkan dalam penubuhan Suruhanjaya Tenaga tahun lalu serta
peruntukan RM 500 juta untuk pembangunannya pada Rancangan Malaysia ke lapan
(RM-8 dari 2001 hingga 2005).
24
Rajah 2.4 : Jumlah sumber tenaga secara komersial di Malaysia pada 1981.



Source : MICCI-EWG (Ogos 1982).


Menjelang 2005, Malaysia mensasarkan pengeluaran 500 MW atau 5 peratus
daripada jumlah pengeluaran tenaga negara datangnya dari sumber boleh
diperbaharui seperti solar, hidro, biomass, biogas dan ombak (Sumber: Berita Harian,
19 Feb 2002).


Oktober tahun lalu, Tenaga Nasional Berhad sebagai pengeluar terbesar
tenaga di Malaysia telah menandatangani dua perjanjian pembelian tenaga dengan
Bumi Biopower Sdn Bhd yang menjana tenaga dari sisa kelapa sawit di Pantai Remis
pada kadar 16.7 sen per kWh untuk 21 tahun dan Jana Landfill Sdn Bhd yang
menjana tenaga biogas tapak pelupusan sampah di Puchong, Selangor pada kadar
16.5 sen per kWh untuk 15 tahun. Ini adalah bagi menambah sumber tenaga yang
ada bagi memenuhi permintaan komersial dan domestik (Jadual 2.6).

25
Jadual 2.6 : Kapasiti penjanaan tenaga elektrik (MW).

1995 1996 1997 1998 1999
1 Hidro 1238 1238 1823 1811 1890
2 Gas 3738 3917 3814 3869 4296
3 Arang Batu 600 600 600 600 1600
4 Minyak 1815 1848 1749 1739 553
5 Disstilate -- -- 268 178 187
6 Diesel 23 18 -- -- --
7 Lain-lain -- -- -- -- --
Jumlah 7414 7621 8254 8197 8526

Sumber: Tenaga Nasional Berhad


Menurut Dr Mohd Zam (2002), kerajaan menjangkakan penubuhan kira-kira
10 lagi pengeluar tenaga menyertai sektor ini menjelang tahun 2002. Kira-kira 50
hingga 60 pusat janakuasa tenaga boleh diperbaharui yang membabitkan kos RM40
hingga RM50 juta setiap satu akan dibina menjelang 2005 bagi mencapai sasaran
kerajaan. Potensi penghasilan tenaga diperbaharui yang akan dibangunkan di
Malaysia adalah daripada biomas terutamanya dari sisa pemprosesan kelapa sawit
dan penuaian tenaga biogas dari tapak pelupusan sampah manakala sumber lain
adalah solar dan sistem fotovoltaik.


Sekiranya dahulu tapak pelupusan sampah hanya dilihat sebagai destinasi
terakhir sisa domestik, kini ianya menjadi satu daripada sumber tenaga yang boleh
dibangunkan bagi penjanaan tenaga melalui penuaian gas metana (CH
4
). Ia juga
merupakan gas rumah kaca yang lebih berbahaya berbanding gas rumah kaca lain.
Kira-kira 50% hingga 60% daripada gas yang dikeluarkan dari tapak pelupusan
sampah adalah gas metana manakala 30% hingga 40% lagi adalah gas karbon
dioksida. Sehingga kini, lebih dari 1.5 juta tan sampah telah pun dibuang di tapak
pelupusan sampah di Puchong.
26
Menurut satu kajian, Malaysia berpotensi mengeluarkan kira-kira 50 MW
tenaga elektrik hasil dari gas yang dituai dari 200 tapak pelupusan sampah. Dengan
usaha membangunkan sumber tenaga diperbaharui ini, Malaysia dan negara-negara
lain dijangka bersedia untuk menyiapkan diri bagi menghadapi kehabisan tenaga
minyak dalam tempoh 39.6 tahun lagi menjelang 2037 jika penggunaan kekal pada
tahap 1997.


Kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak meningkat 2 % setahun
yang bermakna simpanan minyak akan habis dalam tempoh 29 tahun. Kesungguhan
dunia pula boleh dilihat melalui fokus utama Persidangan Rio 2002 Januari lalu
dalam mengaplikasikan tenaga boleh diperbaharui selain pengurangan penggunaan
tenaga dan pembangunan dalam usaha mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
Karbon Dioksida (Sumber: Berita Harian, 19 Feb 2002).




2.5 Tenaga Daripada Sisa Pepejal


2.5.1 Penggunaan Penunu


Bermula sekitar suku kedua abad ke-21, sejarah penunu telah bermula di
Hamburg dan Copenhagen. Walaubagaimanapun penggunaan penunu ketika itu
adalah untuk membakar sampah bagi mengelakkan penyebaran wabak Cholera.
Selangkah kemudian sekitar tahun 1950-an dan 1960-an telah wujudnya
kebimbangan masyarakat eropah terhadap masalah kekurangan tanah bagi tujuan
tapak sisa yang memaksa penggunaan penunu ini dikembangkan lagi. Pada ketika
itu tiada sebarang garis panduan berkenaan penggunaan sistem penunu tersebut telah
dikeluarkan sehinggalah tahun 1970-an dan keadaan ini telah memberi kesan
terhadap alam sekitar di kawasan terbabit sehingga era tersebut.
27
Sehubungan dengan itu, Denmark telah mengorak langkah menguatkuasakan
kadar pelepasan partikal sebanyak 150 mg/N m
3
(pada 7% CO
2
) daripada penunu.
Pada tahun 1980 Denmark merupakan negara eropah kedua tertinggi dalam
kecekapan menghasilkan tenaga daripada sisa pepejal selepas Jerman Barat, iaitu
sebanyak 90% daripada sisa pepejal yang telah dibakar. Ketika itu Denmark
mempunyai populasi sebanyak 5.1 juta orang dengan 395 kg/thn. per kapita sisa
pepejal telah dikutip (Henstock, M.E. 1978).


Jerman Barat juga telah menguatkuasakan kadar pelepasan partikal iaitu
sebanyak 100 mg/N m
3
(pada 11% O
2
). Jerman Barat mempunyai penduduk
sebanyak 61.4 juta orang dengan 445 kg/thn. per kapita sisa pepejal yang telah
dikutip dan mempunyai kecekapan sistem penunu sebanyak 98% pada tahun 1980.
Selain itu negara Itali juga telah menguatkuasakan kadar pelepasan partikal sebanyak
50 mg/N m
3
(pada 7% CO
2
) ( Schwarz, S.C. dan Brunner, C.R. 1983).


Akhirnya sistem penunu tersebut ditutup secara berperingkat dan ditukarkan
dengan sistem baru yang lebih praktikal. Menjelang era 80-an penggunaan penunu
ini semakin diperlukan kerana kekurangan kawasan tapak sisa, harga tanah semakin
tinggi dan kenaikan harga tenaga. Pada era itu, kilang penunu boleh dianggap seperti
lombong emas yang amat menguntungkan. Ini kerana penunu merupakan
penyelesaian masalah kepada pengurusan sisa pepejal dan kekurangan sumber
tenaga.


Walaubagaimanapun telah berlakunya pengurangan harga tenaga ketika era
90-an yang menyebabkan penarikkan diri ramai pelabur dalam bidang ini dan sekali
gus menggugat industri pununu ini. Tambahan lagi sistem penunu ini dianggap
mahal secara kos operasinya serta tidak menggutungkan dari perspektif pelaburan.




28
2.5.2 Sampah Sebagai Bahan Bakar Kurang Sulfur


Selain negara-negara eropah, Malaysia juga merupakan salah sebuah negara
yang menggunakan sumber tenaga terma iaitu arang batu untuk menghasilkan tenaga
elektrik. Salah satu syarikat yang bertanggungjawab membekalkan tenaga
menggunakan kaedah ini ialah Syarikat TNB Fuel Service. Pada tahun 1999
sebanyak RM 223 juta telah dibelanjakan oleh syarikat bagi tujuan pembelian arang
batu dan sebanyak RM 525 juta pada tahun berikutnya.


Kos ini sebenarnya boleh dikurangkan dalam jangka masa panjang sekiranya
syarikat tersebut menggunakan sisa pepejal sebagai bahan bakar. Ini kerana nilai
haba yang dibekalkan oleh sisa pepejal adalah 1/3 daripada nilai haba arang batu.
Oleh itu kadar penggunaan arang batu boleh dikurangkan antara 20% hingga 40%
(Boyen, J.L. 1980).


Selain itu kandungan sulfur yang terdapat pada sampah juga adalah rendah
berbanding arang batu dan minyak. Dalam kajian literature yang dijalankan oleh
Envirogenics Company, Foster Wheeler Corporation dan Cottrell Environmental
Systems, Inc. pada tahun 1971 di Amerika Syarikat mendapati kandungan sulfur
daripada sampah adalah sebanyak 0.1% hingga 0.2%. Manakala kandungan sulfur
daripada arang batu yang digunakan bagi tujuan penjanaan kuasa adalah sebanyak
2.5% hingga 3.5% (Cheremissinoff, P.N. dan Morresi, A.C. 1976).


Daripada data sistem penunu yang tidak mempunyai sistem kawalan APC
didapati sebanyak 25% hingga 50% input sulfur akan dibebaskan sebagai SO
2
. Oleh
itu dengan penggunaan sampah sebagai bahan bakar, ini dapat mengurangkan
sebanyak 2.5 juta tan SO
2
per tahun yang dilepaskan ke atmosfera (Kreiter, B.G.
1978).


29
2.5.3 Sistem Penukaran Tenaga Berskala Kecil


Sistem berskala kecil ini adalah praktikal bagi komuniti yang mempunyai
populasi 25,000 orang hingga 250,000 orang dengan kadar penjanaan sisa pepejal
kurang daripada 500 tan per hari. Lazimnya sistem yang berskala kecil ini adalah
dibuat di kilang-kilang pengeluar secara bermodul dan kemudiannya dibawa serta
dipasang di tempat yang dikehendaki (Gershman, et al.1986).


Oleh itu setiap modul sistem ini adalah direka dan dibuat mengikut kapasiti
sisa yang akan diproses dan kehendak pelanggan. Dua jenis pembakaran utama
biasanya diaplikasikan dalam penukaran tenaga berskala kecil ini adalah sistem
pembakaran jisim starved-air dan sistem pembakaran jisim excess-air.




2.5.3.1 Sistem Pembakaran Jisim Starved-Air


Sistem ini adalah melibatkan sekurang-kurangnya dua ruang pembakaran.
Ruang pembakaran utama beroperasi pada halaju gas dalaman yang rendah di bawah
keadaan starved-air. Penghadan pengaliran udara ke dalam ruang pembakaran
utama adalah untuk mengurangkan kuantiti stoichiometric supaya keadaan separa
pengoksidaan dapat diwujudkan.


Pengurangan halaju gas ini juga dapat mengurangkan kadar pencemaran
udara yang dilepaskan oleh penunu. Sekali gus ini dapat mengurangkan keperluan
pengawalan pelepasan udara yang perlu mengikut lunas akta alam sekeliling 1976.
Berbagai pirolisis dan kompaun oksigen daripada ruang pembakaran utama akan
melalui zon pencampuran turbulen dan kemudiannya ke ruang pembakaran kedua di
30
mana pembakaran sempurna akan berlaku dengan pertambahan udara pembakaran di
bawah keadaan excess-air.


Pengawalan suhu di ruang pembakaran kedua adalah melalui pengawalan
kuantiti udara pembakaran yang memasuki sistem. Bekalan udara adalah berkadar
terus dengan suhu, oleh itu bekalan udara akan dikurangkan sekiranya suhu
berkurangan daripada suhu datum dan sebaliknya. Pengawalan suhu di ruang
pembakaran utama adalah dikawal berdasarkan bekalan udara dan kadar bebanan
sisa. Sistem yang terdapat dipasaran ketika ini adalah dikelaskan mengikut
konfigurasi dan pergerakan dalaman sisa.


Kategori sistem mengikut konfigurasi;

a) Dua ruang pembakaran melintang berbentuk silinder, di mana satu ruang di atas
silinder yang lain.

b) Dua ruang pembakaran melintang berbentuk segiempat, di mana satu ruang di
atas satu ruang yang lain.

c) Dua ruang pembakaran menegak berbentuk silinder, di mana satu ruang di atas
satu ruang yang lain.

d) Ruang pembakaran utama yang berpusing atau ruang pembakaran utama yang
berposisi tetap dengan gerimit berputar dan ruang pembakaran kedua yang
berposisi tetap.


Kategori sistem mengikut pergerakan dalaman sisa;

a) Pemindah dalaman berpelantak

b) Grates bergerak
31
c) Ruang pembakaran utama berputar

d) Gerimit berputar




2.5.3.2 Sistem Pembakaran Jisim Excess-Air


Sistem ini adalah direkabentuk melibatkan salah satu daripada empat
pendekatan yang utama. Pendekatan pertama, relau berdinding tiub air bersepadu dan
sistem pembakaran dandang (sistem waterwall). Dinamakan sebegitu kerana dinding
relau pada zon pembakaran telah disusunkan tiub yang mempunyai air beredar di
dalamnya. Air yang sentiasa berpusing balik ini akan menyejukkan dinding relau
serta bertindak sebagai media penghabaan bagi penghasilan stim. Ia juga dapat
mengurangkan pengunaan lapisan tahan panas dalam relau pembakaran.


Sistem waterwall dibangunkan adalah kerana pertama, meningkatkan
kecekapan tenaga dengan mengurangkan jumlah kemasukan udara yang diperlukan
untuk mengawal suhu proses pembakaran. Ini dilakukan dengan penyerapan haba
melalui tiub waterwall. Tujuan kedua pembangunan sistem ini kerana rekabentuk
waterwall membolehkan pembinaan sistem yang lebih besar. Ini kerana jumlah berat
struktur keluli yang diperlukan bagi menyokong lapisan tahan haba menyebabkan
sistem tersebut terhad kepada 300 tan per hari per relau.


Pendekatan kedua, sistem pembakaran relau berlapisan tahan panas dengan
dandang pemanas sisa konvensional (sistem refractory). Sistem ini mengunakan
lapisan bata tahan panas dengan penyejukan udara pembakaran pada zon
pembakaran. Penggunaan dandang pemanas sisa pula bertujuan mengurangkan suhu
ekzos supaya ia sesuai bagi pemendak elektrostatik.

32
Pendekatan ketiga pula secara relau berdinding tahan panas hibrid dengan
dandang berdinding tiub air. Manakala pendekatan terakhir secara relau berdinding
tahan panas dengan penyejuk air hibrid berserta sama ada dinding tiub air atau
dandang pemanas sisa konvensional.


Pendekatan ketiga dan keempat ini dilakukan adalah bagi membaiki masalah
yang terdapat pada sistem waterwall di mana berlakunya pengaratan pada tiub
dandang. Ini disebabkan pertambahan nilai haba sisa kerana evolusi bahan produk
barangan. Sistem ini direkabentuk bagi suhu stim lebih rendah, jumlah kemasukan
udara yang lebih tinggi, pemanas lampau lebih sesuai dan lapisan tahan haba plastik
(trowelable) di zon pembakaran.




2.5.4 Pembakaran RDF Dalam Dandang


Sistem ini adalah merupakan sistem di mana sisa pepejal akan bertindak
sebagai bahan bakar bagi pembakaran di dalam dandang. Sebelum proses
pembakaran, sisa pepejal yang boleh terbakar akan dicarik-carik supaya dapat
mewujudkan saiz partikal yang sekata. Komposisi partikal ini adalah terdiri daripada
2 bahan iaitu bahan selulos seperti kertas dan kayu dan bahan organik seperti plastik,
sisa makanan dan sisa lanskap. Manakala bagi sisa pepejal yang tidak boleh terbakar
akan dipisahkan melalui proses pemisahan seperti bahan logam, kaca dan bahan
lengai (Domino, F.A. 1979).







33
2.5.4.1 Pembakaran RDF


RDF boleh dibakar di atas grates, di dalam suspension atau di dalam
semisuspension. Bagi proses ini, peralatan yang boleh disesuaikan adalah Spread
stoker boiler systems, Utility boilers, Dedicated boilers dan Oil-fired industrial
boilers (Harry, R.T. 1991). Kepelbagaian peralatan pembakaran ini mewujudkan
banyak perbezaan daripada segi permintaan qualiti RDF. Perancangan yang
komprehensif berkaitan rekabentuk dan operasi sesebuah plant adalah amat penting
kerana ini akan mempengaruhi qualiti RDF itu sendiri. Perancangan ini adalah
menitikberatkan saiz partikal, kandungan abu, nilai Btu dan kandungan lembapan
sisa pepejal yang akan diproses. Pada ketika ini, masih belum ada standard tertentu
berkaitan dengan kualiti RDF. Walaubagaimanapun Persatuan Penguji dan Bahan
Amerika telah mengeluarkan satu standard seperti yang terdapat dalam Jadual 2.7 (a)
dan (b) (Porteous, A. 1981).

Jadual 2.7 (a): Kelas-kelas RDF mengikut keadaan.

Kelas Keadaan Keterangan
RDF-1 Mentah
(MSW)
Sisa pepejal yang masih lagi dalam saiz asalnya.
RDF-2 Kasar
(cRDF)
Sisa pepejal yang telah diproses menjadi saiz partikal kasar
dengan atau tidak dengan pemisahan logam ferus. Ataupun 95
peratus melepasi penapis bersaiz 6 inci.
RDF-3 Fluff
(fRDF)
Sisa pepejal yang telah dikisar serta melalui proses pemisahan
logam, kaca dan bahan tidak organik. Ataupun 95 peratus
melepasi penapis bersaiz 2 inci.
RDF-4 Serbuk
(pRDF)
Sisa boleh bakar yang telah diproses menjadi bentuk serbuk.
Ataupun 95 peratus melepasi penapis bersaiz 0.035 inci.
RDF-5 Padat
(dRDF)
Sisa pepejal yang telah dimampatkan menjadi kiub ataupun
dalam rupa bentuk yang padat.
RDF-6 Cecair Sisa boleh bakar dalam bentuk cecair.
RDF-7 Gas Sisa boleh bakar dalam bentuk gas.
34
Jadual 2.7 (b): Peratus berat setiap komposisi dalam keadaan RDF.

Peratus Berat dalam Keadaan RDF (%)
Komposisi Mentah
(MSW)
Kasar
(cRDF)
Basah
(wRDF)
Fluff
(fRDF)
Serbuk
(pRDF)
Kertas 43.0 45.5 29.9 74.0 71.7
Plastik 3.0 3.2 2.3 3.4 4.6
Getah, Kulit 2.0 2.1 1.6 1.9 2.1
Kayu 3.0 3.2 2.3 2.8 3.0
Tekstil 3.0 3.2 2.2 4.3 4.8
Sisa Lanskap 10.0 10.5 4.9 9.4 6.2
Makanan 10.0 10.6 3.4 3.0 3.6
Sisa Halus 10.0 10.5 3.4 0.6 1.6
Kaca, Ceramik 9.0 9.6 0.0 0.04 0.0
Logam Ferus 6.0 0.3 0.0 0.21 0.0
Logam Aluminium 0.7 0.7 0.0 0.01 0.0
Peratus Berat dalam Keadaan RDF (%)
Komposisi Mentah
(MSW)
Kasar
(cRDF)
Basah
(wRDF)
Fluff
(fRDF)
Serbuk
(pRDF)
Logam Bukan Ferus 0.3 0.3 0.0 0.07 0.0
Jumlah Peratus (%) 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Nilai Haba (Btu/lb) 4450 4677 3835 5841 7556











35
2.5.4.2 Masalah dalam Operasi Modul RDF


Walaupun sistem pembakaran RDF ini telah menjangkau umur lebih 40
tahun, namun masih terdapat banyak lagi masalah yang berkaitan yang sering
berlaku pada modul pembakaran RDF. Berikut adalah masalah yang biasanya timbul
dalam operasi modul RDF (Porteous, A. 1981).


i) Kandungan abu berlebihan dalam RDF yang menyebabkan slagging dan
kegagalan pada dandang dan klinker.

ii) Pembakaran RDF yang tidak sempurna sebelum sampai ke dasar sistem abu.

iii) Kandungan lembapan berlebihan dalam RDF menyebabkan perlunya proses
pemampatan dalam penstoran serta berlakunya keciciran RDF daripada
pneumatic conveying ducts dan paip.

iv) Kegagalan air classifiers untuk membuang pecahan sisa pepejal yang besar
menyebabkan masalah kepada dasar sistem abu di dalam dandang.

v) Berlakunya kehausan dan hakisan pada peralatan mekanikal kerana sifat
semulajadi pengikisan abu RDF.

vi) Kegagalan sistem pneumatic conveying menghantar kapasiti yang diperlukan
tanpa plugging dan masalah operasi lain disebabkan oleh kehausan.

vii) Masalah berkaitan perca tekstil yang besar yang berkebarangkalian untuk
menutup dan tersangkut pada peralatan mekanikal.

Pengurangan kecekapan dan kapasiti dandang kerana kandungan lembapan RDF.



36
2.5.5 Jenis-jenis Penunu Lain


Secara asasnya sistem penunu mengkompos sisa pepejal dengan tenaga haba
melalui proses pengoksidaan. Oleh itu ia dapat menghapuskan kandungan toksik
yang terdapat di dalam sisa pepejal. Justeru itu penunu sesuai diaplikasikan dalam
pelupusan sisa pepejal bahaya, industri dan perbandaran. Ini kerana antara
kandungan utama sisa pepejal tersebut adalah bahan organic yang hanya boleh
dineutralkan melalui proses penurunan haba.


Dalam sistem penunu, pembakaran sisa pepejal akan menghasilkan Karbon
Oksida, Karbon Dioksida, air, abu dan kompaun kimia. Kompaun kimia ini adalah
bergantung kepada hasil tindak balas komponen kimia sisa pepejal itu sendiri dan
antaranya adalah Halogen, Logam, Nitrogen dan Sufur (B.G. Kreiter 1978).


Lazimnya bahan kompaun ini termasuk Karbon Oksida adalah berbentuk
wasap dan amat berbahaya sekiranya ia terlepas ke lapisan atmosfera. Oleh itu telah
menjadi peraturan alam sekitar bahawa bahan-bahan ini perlulah dihapuskan
sekurang-kurangnya 99.9999% sebelum ianya dilepaskan ke lapisan atmosfera.
Sehubungan dengan itu pengawalan pelepasan partikel melalui penggunaan sistem
rawatan Kebuk Enapan, Siklon, Turas Beg, Pengumpul Basah atau Pemendak
Elektrostatik haruslah dilengkapkan bersama dengan sistem penunu (Donnelly, J.R.
1987).


Dewasa ini terdapat banyak jenis sistem penunu di pasaran, oleh itu amatlah
penting memilih jenis sistem penunu yang sesuai. Pemilihan sistem penunu adalah
berdasarkan kepada kadar pembakaran sisa pepejal tersebut dan karekteristinya
sebagai cecair, lumpur, pepejal atau gas.



37
Karekteristik pembakaran seperti suhu terbakar, titik terbakar dan had
terbakar adalah penting diketahui untuk menentukan suhu operasi, kepekatan
Oksigen dan masa tahanan bagi pelupusan maksimum sisa pepejal. Antara jenis-
jenis sistem penunu ialah Rotary Kiln, Fluidized Bed, Liquid Injection, Multiple
Hearth, Catalytic Combustion, Waste-Gas Flare dan Direct-Flame. Daripada jenis-
jenis tersebut hanya Rotary Kiln, Fluidized Bed dan Liquid Injection sahaja yang
sesuai digunakan untuk industri kerana kebolehannya dalam skala yang besar dan
sifat serba bolehnya.


Karekteristik Rotary Kiln adalah (Reynolds, R.M. 1987) :

a) Memusingkan sisa pepejal dalam kebuk silinder yang membolehkan berlakunya
pencampuran dengan udara.

b) Suhu operasi antara 1500 F hingga 3000 F.

c) Boleh mengendalikan cecair, lumpur, pepejal dan gas dalam kuantiti yang besar.

d) Boleh beroperasi dalam batch mode yang lebih fleksibel dari continuous mode

e) Bercirikan mudah alih bagi membolehkan pembaikian ditapak.

f) Boleh menerima seluruh drum sisa pepejal.


Karekteristik Fluidized Bed adalah (Cuenca, M.A. dan Anthony, E.J. 1995) :

a) Suhu operasi antara 1400 F hingga 1800 F.

b) Boleh mengendalikan cecair, lumpur, pepejal dan gas.

c) Sisa pepejal memasuki sistem melalui muncung masuk.

38
d) Sistem pengoperasian seperti hampir isoterma.

e) Tidak boleh mengendalikan sisa pepejal yang mudah cair dan bertimbun kerana
mengganggu proses fludisasi.


Karekteristik Liquid Injection (Hickman, H.L., et al. 1984) :

a) Sisa pepejal akan dihantar melalui muncung yang kemudiannya diatomisasikan
kepada saiz titisan kecil supaya kebarangkalian bercampur dengan udara tinggi.

b) Suhu operasi antara 1200 F hingga 3000 F.

c) Sisa pepejal yang memasuki kebuk mestilah seperti cecair yang mempunyai
kelikatan kurang daripada 10,000 SSU.

d) Boleh mengendalikan sisa pepejal mudah cair.

e) Boleh membakar bahan yang tidak terbakar seperti air yang tercemar yang
mempunyai bahan organic boleh dibakar.

f) Mempunyai konfigurasi menegak atau mendatar.


Selain daripada karekteristik yang dinyatakan, terdapat satu karekteristik lagi
yang terdapat pada ketiga-tiga jenis penunu yang telah dinyatakan di atas iaitu ia
boleh beroperasi dalam Pyrolisis dan Oxygen Starved Mode. Operasi ini adalah
sangat sesuai bagi sisa pepejal yang mempunyai nilai kalori yang tinggi serta boleh
melepaskan haba yang tinggi.


Penunu Multiple Hearth adalah berbentuk seperti pediang yang disusun
menegak dan penggunaannya untuk lumpur daripada pembentung najis. Sistem ini
beroperasi pada suhu 1400 F hingga 1800 F. Penunu Catalytic Combustion,Waste-
39
Gas Flare dan Direct Flame adalah sistem yang melupuskan bahan gas. Penunu
Catalytic Combustion menggunakan pemangkin dan direka bagi melupuskan sisa
organik berkepekatan rendah. Penunu Waste-Gas Flare pula dapat melupuskan sisa
yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan bukannya sisa berjadual. Manakala
Penunu Direct flame pula digunakan apabila melupuskan gas yang mempunyai
partikel dan suhu operasinya pada 1000 F hingga 1500 F (Hickman, H.L., et al.
1984).


Selain daripada sistem penunu yang telah dinyatakan, terdapat juga sistem
penunu yang masih lagi menjadi kontroversi terhadap alam sekeliling, iaitu Sistem
Penunu Samudera. Sistem ini telah diharamkan di Amerika Syarikat tetapi masih
lagi digunakan di Eropah.


Sistem ini dilaksanakan dengan memuatkan dua penunu ke atas sebuah kapal
besar yang kemudiannya akan melupuskan sisa yang telah dibawa oleh kapal di
tengah laut. Sisa toksik dan sisa berjadual seperti bahan klorin, PCB dan pepejal
organik adalah jenis sisa yang sesuai dengan sistem ini. Ini kerana asid yang terhasil
daripada pembakaran dapat dineutralkan dengan membuang terus ke laut yang
mempunyai kapasiti pampanan yang tinggi. Oleh itu kos dapat dikurangkan kerana
penggunaan penggumpul dan sistem pembersihan lanjutan tidak diperlukan bagi
menyahkan toksik hasil pembakaran (Alter, H. dan Dunn, J.J. 1980).




2.5.6 Kajian Kes : Saugus, Massachusetts.


Musim luruh 1975 merupakan permulaan penubuhan RESCO, singkatan bagi
Refuse Energy System Company yang telah ditubuhkan oleh gabungan
Wheelabrator-Frye,Inc. dan M.Dematteo Construction Company yang bermodal
kapital US$30 juta. RESCO telah ditubuhkan sebagai alternatif sistem pelupusan
40
sampah bagi bandar Saugus setelah kawasan pelupusan sampah yang asal telah
ditutup disebabkan oleh masalah alam sekitar. Plant ini juga akan dibina di atas
tapak pelupusan sampah yang lama. RESCO akan menguruskan pelupusan sisa
pepejal bagi 500,000 penduduk meliputi 16 komuniti sekitar utara Boston (Alter, H.
dan Dunn, J.J. 1980).


Selain itu ia turut membekalkan stim bagi tujuan pemprosesan dan generator
kuasa terhadap kawasan industri sekeliling. Pada permulaannya RESCO akan
mengendalikan sisa pepejal sebanyak 1200 tan per hari yang dijangka akan
menjanakan 2 Billion paun stim setahun yang akan dijual kepada General Electric
Company di Lynn. Kapasiti plant ini akan ditingkatkan sehingga 2400 tan per hari
dan ini akan dapat mengurangkan 70,000 gelen bahan bakar per hari yang pastinya
dapat mengurangkan kadar pelepasan sulfur ke atmosfera.


Plant RESCO akan beroperasi setiap hari dan akan menjanakan 300,000 paun
per jam stim yang bersifat 625 psig pada 787-825 F. Proses plant ini bermula
daripada pembuangan sisa pepejal ke dalam lubang storan yang mempunyai kapasiti
2,700 tan atau bersamaan pembakaran dua ke tiga hari (Rajah 2.5). Plant ini
dilengkapi dengan 2 kren yang salah satunya akan beroperasi mengangkut sisa
pepejal di dasar lubang ke pengisar untuk dicincang.


Hasil cincangan akan jatuh kembali ke atas longgokan sisa pepejal di lubang
storan yang kemudiannya akan diambil oleh kren kedua untuk dimasukkan ke
pelongsor pengecasan relau bagas. Pembakaran berlaku di atas pelongsor
pengecasan dengan udara disuapkan dari bawah dan di atas sampah yang membakar.
Sisa pepejal akan melalui para tingkat pertama di mana ianya akan dibakar sehingga
kering. Para tingkat kedua dan ketiga akan membakar sisa pepejal tersebut
sepenuhnya sehingga tinggal abu.



41
Abu yang terjana akan dimasukkan ke dalam parit yang disediakan yang
berisi air untuk proses quenching. Setelah proses ini abu akan melalui proses
penapisan dan pemisahan bahan magnetik. Segala bahan yang mempunyai nilai
ekonomi akan dijual kembali dan abu yang selebihnya akan dihantar ke pusat
pelupusan sampah. Hasil daripada pembakaran akan mewujudkan gas panas yang
akan melalui superheater, economizer dan generator yang seterusnya ke dandang.
Daripada 300,000 paun per jam stim yang terhasil, 5 peratus akan digunakan untuk
pengoperasian plant.




Rajah 2.5 : Gambaran skema aliran proses plant RESCO.


Disebabkan lubang storan adalah terbuka oleh itu masalah bau busuk
daripada sisa pepejal akan wujud. Ini adalah kerana udara daripada luar diperlukan
masuk daripada lubang storan ke relau bagas bagi tujuan pembakaran.
Walaubagaimanapun bau busuk daripada lubang storan akan dimusnahkan di dalam
relau bagas.

42
Bagi masalah pengurusan gas abu pula, telah menjadi undang-undang setiap
penunu haruslah dilengkapi oleh pemendak elektrostatik (ESP). Setiap ESP boleh
mengendalikan 240,000 CFM gas pada suhu 420 F dengan beban debu sebanyak 1
hingga 2 grains/SCF dan kadar keefisyenannya sebanyak 97.5 peratus. Sebuah kipas
terbina dalam akan berfungsi menolak gas abu tersebut daripada relau ke dalam
pemendak yang kemudiannya akan membuang gas abu tersebut ke longgokkan di
luar serta udara bersih akan dilepaskan ke atmosfera. Seterusnya berkenaan dengan
masalah abu yang terdapat di dalam parit pada plant disebabkan oleh proses
quenching pula akan dialirkan terus ke dalam sistem pembentungan perbandaran.




2.5.5 Sumber Tenaga Alternatif


2.5.5.1 Tenaga Suria


Solar ialah tenaga yang terhasil daripada matahari. Matahari adalah sejauh
150 million kilometer jauhnya dan mempunyai suhu lebih daripada 1 milion darjah
selsius. Sekiranya kita berjaya memanfaatkannya, tenaga solar mampu
membekalkan tenaga yang diperlukan lebih daripada 10000 kali.


Tenaga solar sudah digunakan semenjak 1954 lagi oleh seorang saintis
Amerika untuk menghasilkan elektrik dengan mereka alat Photoelektrik
(Photovoltaic). Sehingga kini di Amerika terdapat 14 solar termal elektrik yang
beroperasi pada penghujung tahun 2001, yang kebanyakannya berada di California,
Nevada, Arizona, Texas and Virginia. Malaysia juga berpotensi untuk memajukan
industri tenaga solar kerana kedudukan negara kita terletak berhampiran dengan
garisan Khatulistiwa dan dapat menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang
tahun.

43
Kelebihan tenaga solar berbanding sumber tenaga lain.

a) Janakuasa tenaga solar boleh dibina di kawasan yang hampir dengan pengguna.

b) Janakuasa tenaga solar tidak mempunyai kesan pemcemaran kepada alam sekitar.

c) Tenaga solar akan sentiasa wujud dan kekal selagi matahari terus wujud selagi
matahari memancar dan tidak terhad.


Walaupun tenaga solar boleh digunakan dengan pelbagai cara, tetapi terdapat
tiga kegunaan yang menjadi perhatian antaranya adalah seperti pemanasan dan
penyejukan secara langsung, penukaran tenaga solar kepada tenaga elektrik secara
langsung dan penukaran tenaga elektrik secara tidak langsung ( Doolittle J.S., 1982 ).
Antara sistem yang digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik daripada sumber
tenaga solar adalah sistem fotovoltaik dan janakuasa solar termal.


Tenaga fotovoltaik adalah penukaran tenaga elektrik daripada pancaran
matahari yang melalui sel fotovoltaik (PVs) yang biasanya dikenali sebagai sel solar.
Fotovoltaik sel bukan peralatan mekanikal tetapi adalah sel yang dicipta daripada
aloi-silikon. Tenaga solar mengandungi partikel yang amat kecil yang dikenali
sebagai foton yang membawa tenaga bergantung kepada gelombang dari spektrum
solar. Apabila foton melalui sel fotovoltaik ada yang akan terpantul, diserap atau
melepasi sel. Hanya foton yang diserap sahaja yang akan digunakan untuk
penghasilan tenaga elektrik. Apabila cahaya matahari (tenaga) diserap (oleh
semikonduktor), elektron akan dipaksa keluar daripada atom-atom sel. Jadi rawatan
yang khusus dilakukan terhadap sel agar dapat melepaskan elektron bebas ke udara.


Janakuasa solar termal pula digunakan untuk pemanasan cecair yang mana
haba yang terhasil dalam sistem akan menghasilkan stim. Stim pula akan akan
melalui sistem mekanikal seperti turbin pada generator yang akan menghasilkan
tenaga elektrik. Janakuasa solar termal merupakan teknologi konvensional seperti
44
penghasilan tenaga elektrik daripada pembakaran. Tiga jenis janakuasa solar termal
yang masih sedang dibangunkan ialah parabolic trough, solar dish dan solar power
tower.




2.5.5.2 Tenaga Biomass


Tenaga biomas adalah tenaga yang lahir daripada bahan organik Ia meliputi
tenaga daripada tumbuh-tumbuhan dan sisa haiwan. Antara jenis sumber biomas
adalah seperti kayu-kayu, tanaman, sampah, gas dari tapak pelupusan dan alkohol.
Tenaga biomas boleh digunakan untuk membekalkan haba, dijadikan bahan api dan
menjanakan tenaga elektrik.


Sisa kelapa sawit telah dikenalpasti sebagai sumber tenaga biomas yang
terbesar di Malaysia. Sisa ini dikatakan mampu menghasilkan bekalan elektrik
bernilai RM6 bilion setiap tahun sekiranya dimanfaatkan secara menyeluruh (Kok
Yit Yong, 2001). Biomass sebagai sumber tenaga boleh mendatangkan kesan positif
dan negatif kepada alam sekitar. Dalam kesan positif yang dikenalpasti adalah
tenaga biomas bertindak sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui, sebagai
penyumbang kepada penstabilan tanah dan mengurangan air larian serta
desertification (El-Hinnawi, 1981). Biomas juga merupakan sumber tenaga kurang
sulfur, murah serta senang didapati terutamanya di kawasan luar bandar.


Selain itu juga, penggunaan bahan buangan organik mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan tapak pelupusan. Namun begitu kesan negatifnya akan
timbul sekiranya sistem biomas tidak diuruskan dengan betul yang akan
menyebabkan hakisan tanah desertification dan mendatangkan bahaya kepada alam
sekitar. Tambahan pula tanah yang digunakan untuk biomas mungkin akan tidak
boleh digunakan untuk kegunaan lain antaranya seperti pembuatan makanan.
45




BAB III




METODOLOGI




Untuk mencapai objektif kajian, terdapat dua bahagian utama dalam kajian
ini iaitu pertama mengetahui kadar penjanaan sisa pepejal di kampus UTM Skudai
dan kedua menganggarkan kadar penjanaan tenaga yang akan diperoleh. Secara
ringkasnya metodologi kajian dapat dipaparkan seperti di dalam Rajah 3.1.




3.1 Kaedah Pengiraan Penjanaan Sisa Pepejal


Sistem pengurusan sisa pepejal di kampus Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu sisa kering dan sisa lanskap. Unit
Perkhidmatan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar akan menguruskan sisa kering. Manakala
Bahagian Lanskap, Unit Pengelenggaraan, Pejabat Harta Bina pula akan
menguruskan sisa Lanskap. Untuk mengetahui kadar penjanaan sisa pepejal di
kampus UTM, hanya beberapa tempat cerapan sahaja diambil yang akan dapat
mewakili suluruh kawasan kajian. Kawasan kajian telah dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu Zon A adalah bagi kawasan kolej pelajar, Zon B adalah bagi kawasan
pentadbiran dan Zon C pula bagi kawasan fakulti.
46
Kaedah ini adalah lebih berkesan dan efektif kerana ianya dapat
mengurangkan masa pengambilan dan analisis data. Tambahan lagi setiap lokasi
cerapan yang diambil adalah menyeluruh daripada segi tren komposisi sisa pepejal.
























Rajah 3.1: Carta alir metodologi kajian bagi bahagian pertama dan kedua.





Mengkaji sistem pengurusan sisa pepejal bagi setiap zon
Memilih lokasi pesampelan
Kerja-kerja pesampelan
Menganggar jumlah bilangan tong sampah bagi setiap zon
Mendapatkan kadar penjanaan sisa pepejal bagi setiap tong, zon dan UTM
Mengenalpasti komposisi sisa pepejal yang berpotensi untuk pembakaran
serta mengetahui nilai pemanasannya
Mendapatkan kadar tenaga elektrik yang dapat dijanakan
Membuat perbandingan antara tenaga elektrik yang dijanakan
dengan tenaga elektik yang digunakan
Menganggarkan penjimatan dari segi tenaga dan kos
47
Prosedur pertama bagi bahagian pertama adalah mengkaji sistem pengurusan
sisa pepejal dengan mengetahui jadual kerja pekerja pembersihan dan pekerja
pemungutan setiap zon. Setelah itu lokasi pesampelan dipilih iaitu Blok K-23 di
KTR bagi Zon A, Bangunan HEP bagi Zon B dan Blok M-49 di Fakulti Kejuruteraan
Awam bagi Zon C (Lampiran A).


Kemudian kerja-kerja pesampelan dijalankan dengan menimbang berat setiap
komposisi sisa pepejal mengikut turutan polistrene, plastik, kertas, logam, kayu,
kaca, lain-lain dan organik menggunakan alat penimbang berkeupayaan 100 kg
(Lampiran B). Bagi Zon A, dua sampel akan diambil dan manakala Zon B dan Zon
C masing-masing satu sampel akan diambil. Kekerapan pengambilan data pula
adalah selama 6 hari berturut-turut bagi setiap zon supaya kadar penjanaan puratanya
dapat dihitung.


Pengambilan data kuantiti akan diambil daripada tong sampah biasa yang
disediakan oleh kontraktor Bentara sahaja yang berwarna hitam. Tong sampah bagi
sisa lanskap tidak akan diambil data penjanaannya kerana komposisi dan kuantitinya
tidak konsisten. Oleh itu data kuantiti dan komposisinya adalah tidak sesuai untuk
dijadikan analisis potensi penukaran tenaga elektrik.


Setelah itu bilangan tong sampah bagi setiap zon dianggarkan bilangannya.
Dengan menggunakan nilai daripada kerja pesempelan dan bilangan tong sampah,
kadar penjanaan sisa pepejal bagi setiap tong sampah, zon dan UTM dapat
dianggarkan dengan menggunakan rumus:

Bagi tong sampah Zon = Jumlah berat purata semua komposisi (kg)
Jumlah Komposisi

Bagi Zon = Kadar Penjanaan tong sampah Zon (kg/hari/tong) x Bil. Tong (tong)

Bagi UTM = Kadar Penjanaan Bagi [ Zon A + Zon B + Zon C] (kg/hari)
48
3.2 Kiraan Potensi Penghasilan Tenaga Elektrik


Prosedur pertama bagi bahagian kedua kajian ini adalah mengenalpasti
komposisi sisa pepejal yang berpotensi untuk pembakaran serta mengetahui nilai
pemanasannya. Kemudian mendapatkan kadar tenaga elektrik yang dapat dijanakan
dengan menggunakan rumus:


P =
jam per Btu 412 3
n termal Keefisiena x pemanasan Nilai x jam per dihasilkan Sampah Purata


= kWj

Jumlah Purata Sampah dihasilkan per jam :

=
jam 24
2.2046 x (kg/hari) kapita per sampah Purata


= Ib per jam


Nilai pemanasan boleh didapati daripada jenis-jenis sampah yang terhasil seperti
yang akan diterangkan di jadual 3.1.


Setelah itu perbandingan antara tenaga elektrik yang dijanakan dengan tenaga
elektik yang digunakan akan dibandingkan serta penjimatan dari segi tenaga dan kos
dapat dianggarkan






49
Jadual 3.1 : Nilai haba pembakaran mengikut jenis dan komposisi.

Jenis Komposisi Kandungan
Lembapan (%)
BTU/lb, As
Fired
Sisa Jenis 0
(Trash)
Kertas, papan kertas, kotak kayu,
kertas berlamina dan sisa lanskap.
10 8,500
Sisa Jenis 1
(Rubbish)
Kertas, papan kertas, papan lapis,
guguran daun dan sisa lanskap.
25 6,500
Sisa Jenis 2
(Refuse)
Sama seperti trash dan rubbish. 50 4,300
Sisa Jenis 3
(Garbage)
Sisa makanan daripada haiwan
dan sayur-sayuran.
70 2,500
Sisa Jenis 4 Daging lapah, bangkai, organ dan
pepejal organik serta sisa daripada
hospital, makmal dan haiwan.
86 1,000
Sisa Jenis 5 Bahan cecair dan separa cecair
seperti tar, cat, bahan pelarut.
- 6,000 hingga
10,000
Sisa Jenis 6 Sisa produk seperti getah, dan
plastik.
- 8,000 hingga
12,400

Sumber: Cheremisinoff P.N. dan Morresi A.C., 1976.












50




BAB IV




ANALISIS




4.1 Pengurusan Sisa Pepejal di UTM Skudai


Sistem pengurusan sisa pepejal di kampus Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu sisa kering dan sisa lanskap. Unit
Perkhidmatan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar akan menguruskan sisa kering. Manakala
Bahagian Lanskap, Unit Pengelenggaraan, Pejabat Harta Bina pula akan
menguruskan sisa Lanskap. Bahagian Lanskap telah menenterkan pengurusan sisa
lanskap kepada


Bahagian lanskap telah menenderkan kerja-kerja pemungutan sampah kepada
2 kontraktor iaitu kepada Vet-Pine (M) Sdn. Bhd. dan kepada Koperasi Pekebun
Kecil Daerah Pontian Bhd. (KEPAK). Setiap kontraktor di bahagikan kepada zon-
zon kawasan tertentu yang digelar pakej A dan pakej B. Pakej A diuruskan oleh
Syarikat Vet-Pine manakala Pakej B pula diuruskan oleh KEPAK. Pakej A meliputi
kawasan kolej 1 hingga 6 manakala Pakej B meliputi kawasan-kawasan pentadbiran
dan bangunan utama.

51
Tugas-tugas bahagian Lanskap lebih kepada pemungutan sampah dan
kecantikan sekitar kawasannya. Tempat penyimpanan sampah yang diselenggarakan
oleh Bahagian Lanskap boleh dikenalpasti dengan tong sampah yang berbentuk
tempayan dan tong yang berada dalam kurungan besi (Lampiran C). Jumlah
kekerapan pemungutan sampah adalah 4 kali seminggu. Kos pengurusan sisa
lanskap telah menelan belanja sebanyak RM 150,000 untuk sebuah kontraktor
selama 2 tahun.


Syarikat Bentara pula bertanggungjawab mengutip sampah daripada tong
sampah bewarna hitam dan tong besar yang bewarna hijau setiap hari. Kemudian
sampah yang dikutip tadi akan dihantar ke kawasan pelupusan sampah yang
disediakan. Kawasan yang diuruskannya meliputi seluruh kawasan Kampus UTM
tidak termasuk kolej-kolej yang terletak di luar UTM. Jumlah kos yang dianggarkan
adalah RM 850,000. Terdapat 580 tong sampah hijau telah disediakan oleh Syarikat
Bentara di sekitar UTM dan jumlah tong sampah hitam adalah seperti jadual 4.1.


Jadual 4.1: Jumlah tong sampah hitam mengikut lokasi.

LOKASI JUMLAH TONG SAMPAH HITAM
Kolej Rahman Putra 110
Kolej Tun Fatimah 98
Kolej Tun Razak 70
Kolej Tun Hussin Onn 92
Kolej Tun Dr. Ismail 104
Kolej Tuanku Canselor 62
Kolej Sri Perdana 44
Jumlah 580

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar UTM, 2002


52
Sisa pepejal bagi setiap kawasan akan dikumpulkan di satu tempat
pengumpulan yang telah disediakan bagi setiap kawasan sebelum dipungut oleh
jentera pungutan. Kerja-kerja pengumpulan sisa pepejal dilakukan setiap hari kecuali
bagi hari Ahad dan cuti Am. Kerja pemungutan pula, ianya di pertanggungjawabkan
kepada Syarikat Bentara Enterprise. Kerja-kerja pemungutan juga dilakukan setiap
hari bagi mengelakkan penimbunan sisa dan mengelakkan dari mengganggu
pemandangan, bau yang kurang menyenangkan, dan penyebaran penyakit kepada
penduduk sekitar terutamanya para pelajar. Sisa-sisa pepejal yang dipungut akan
dihantar ke kawasan pelupuasan sisa yang terletak di Ulu Tiram, Johor.




4.2 Keputusan dan Analisis Data Cerapan


Daripada ujikaji yang telah dijalankan di kawasan Zon A, Zon B dan Zon C
didapati terdapat signifikasi perbezaan peratus bagi setiap komposisi sisa pepejal
yang telah dicerap. Faktor ini adalah banyak dipengaruhi oleh gaya hidup dan
aktiviti harian yang dilalui oleh komuniti bagi setiap zon yang akan dibincangkan
dalam bahagian perbincangan nanti.


Dalam ujikaji yang telah dilakukan, beberapa komposisi telah dibahagikan
supaya penjanaan setiap bahan yang dibuang di setiap zon dapat dikesan. Antara
komposisi tersebut adalah polistrene, plastik, kertas, logam, kayu, kaca, kumpulan
lain-lain dan organik. Penyusunan bahan ini di dalam jadual adalah mengikut turutan
bahan yang ditimbang dahulu ketika ujikaji. Bagi komposisi kayu, didapati adalah
daripada bahan yang berasaskan kayu seperti pencil, bahan perhiasan kecil, dan
serpihan atau potongan kayu. Manakala bagi komposisi kumpulan lain-lain pula,
bahannya adalah terdiri daripada produk-produk barangan kegunaan harian yang
kebanyakkannya adalah daripada komposisi plastik dan polimer.


53
4.2.1 Zon A (Kawasan Kolej Pelajar)


Di dalam bahagian analisis yang akan dibuat ini, data bagi Zon A telah
diringkaskan daripada data asal (Lampiran D) seperti yang akan dibincangkan. Bagi
kajian yang telah dijalankan di Zon A (Kawasan Kolej Pelajar) didapati kadar
penjanaan sisa pepejal adalah sebanyak 1600 kg sehari. Ini adalah meliputi 580 buah
tong sampah hitam yang terdapat pada keseluruhan 8 kolej pelajar di sekitar UTM.
Nilai kadar penjanaan yang telah diperolehi ini adalah berdasarkan kajian dijalankan
iaitu didapati secara puratanya sebanyak 2.76 kg/hari/tong sisa pepejal dibuang ke
dalam satu tong sampah hitam di Zon A (Jadual 4.2a). Ujikaji bagi Kawasan Zon A
telah di jalankan di Blok K23, Kolej Tun Razak.


Didapati sisa makanan merupakan peratusan yang paling tinggi sekali
dijanakan oleh pelajar kolej iaitu sebanyak 36.46 % atau 1.82 kg/hari/tong secara
puratanya. Pecahan peratus sisa makanan bagi setiap hari adalah di antara 23.16 %
hingga 51.61 % yang mempunyai julat berat 0.9 kg/hari/tong hingga 3.2 kg/hari/tong
(Jadual 4.2b).


Peratus kedua tertinggi adalah daripada komposisi plastik dengan 16.25 %
atau 0.95 kg/hari/tong secara puratanya. Ia mempunyai julat peratus dan berat
masing-masing di antara 10.53 % hingga 23.16 % dan 0.3 kg/hari/tong hingga 2.2
kg/hari/tong. Peratusan seterusnya diikuti oleh polistrene yang mempunyai 15.45 %
atau 0.92 kg/hari/tong secara puratanya. Pecahan peratus dan berat polistrene adalah
masing-masing di antara 12.50 % hingga 23.16 % dan 0.3 kg/hari/tong hingga 2.2
kg/hari/tong.


Seterusnya kertas mempunyai purata peratusan sebanyak 12.76 % atau 0.70
kg/hari/tong. Julat pecahan peratus dan berat kertas setiap hari adalah masing-
masing di antara 10.53 % hingga 15.22 % dan 0.3 kg/hari/tong hingga 1.0
kg/hari/tong.
54
Pecahan komposisi seterusnya iaitu kaca, kumpulan lain-lain dan logam
mengikut turutan tertinggi peratus dengan nilai puratanya masing-masing 8.03 %,
6.80 %, dan 2.53 %. Penjanaan komposisi ini mempunyai kadar yang tidak tetap
kecuali komposisi kumpulan lain-lain yang mempunyai julat peratusan di antara 4.17
% hingga 10.87 % iaitu mewakili julat berat 0.1 kg/hari/tong hingga 0.9 kg/hari/tong.
Kayu merupakan komposisi yang penjanaannya terendah sekali dengan peratusan
dan berat puratanya masing-masing sebanyak 1.73 % dan 0.03 kg/hari/tong.


Jadual 4.2 (a) : Berat setiap komposisi bahan ujikaji di Zon A.



Daripada ujikaji yang telah dijalankan di Zon A di dapati :

Jumlah Unit Tong = 580 tong

Jumlah Penjanaan bagi Zon A =
2
52 . 5
kg/hari/tong x 580 tong
= 1600 kg/hari
Berat Bagi Setiap Komposisi Sisa Pepejal (kg/hari/tong) Komposisi
1
8
/
1
1
/
0
2

(
I
s
n
i
n
)

1
9
/
1
1
/
0
2

(
S
e
l
a
s
a
)

2
0
/
1
1
/
0
2

(
R
a
b
u
)

2
1
/
1
1
/
0
2

(
K
h
a
m
i
s
)

2
2
/
1
1
/
0
2

(
J
u
m
a
a
t
)

2
3
/
1
1
/
0
2

(
S
a
b
t
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene 2.2 0.8 0.3 0.5 1.0 0.7 0.92
Plastik 2.2 1.0 0.3 0.5 0.8 0.9 0.95
Kertas 1.0 0.8 0.3 0.4 1.0 0.7 0.70
Logam 1.0 0.1 - - - - 0.18
Kayu - - 0.2 - - - 0.03
Kaca - - - 0.3 2.4 0.4 0.52
Lain-lain 0.9 0.3 0.1 0.2 0.4 0.5 0.40
Organik 2.2 3.2 1.2 0.9 2.0 1.4 1.82
Jumlah 9.5 6.2 2.4 2.8 7.6 4.6 5.52
55
Jadual 4.2 (b) : Peratusan setiap komposisi bahan ujikaji di Zon A.

Peratusan Komposisi Sisa Pepejal Mengikut Berat (%) Komposisi
1
8
/
1
1
/
0
2

(
I
s
n
i
n
)

1
9
/
1
1
/
0
2

(
S
e
l
a
s
a
)

2
0
/
1
1
/
0
2

(
R
a
b
u
)

2
1
/
1
1
/
0
2

(
K
h
a
m
i
s
)

2
2
/
1
1
/
0
2

(
J
u
m
a
a
t
)

2
3
/
1
1
/
0
2

(
S
a
b
t
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene 23.16 12.90 12.50 15.78 13.16 15.22 15.45
Plastik 23.16 16.14 12.50 15.57 10.53 19.57 16.25
Kertas 10.53 12.90 12.50 12.26 13.16 15.22 12.76
Logam 10.53 1.61 0.00 3.06 0.00 0.00 2.53
Kayu 0.00 0.00 8.33 2.07 0.00 0.00 1.73
Kaca 0.00 0.00 0.00 7.88 31.57 8.70 8.03
Lain-lain 9.46 4.84 4.17 6.17 5.26 10.87 6.80
Organik 23.16 51.61 50.00 37.21 26.32 30.43 36.46
Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00




4.2.3 Zon B (Kawasan Pejabat Pentadbiran UTM)


Bagi kajian yang telah dijalankan di Zon B (di Bangunan HEP) didapati
kadar penjanaan sisa pepejal adalah sebanyak 70.80 kg sehari. Ini adalah meliputi 15
buah tong sampah hitam yang terdapat pada keseluruhan blok pentadbiran. Nilai
kadar penjanaan yang telah diperolehi ini adalah berdasarkan kajian dijalankan iaitu
didapati secara puratanya sebanyak 4.72 kg/hari/tong sisa pepejal dibuang ke dalam
satu tong sampah hitam (Jadual 4.3a). Bagi kawasan pejabat pentadbiran hanya
penjanaan komposisi plastik, kertas dan organik sahaja yang direkodkan.


Manakala komposisi lain didapati tidak dijanakan di zon ini. Sekali lagi
kertas merupakan komposisi yang paling tertinggi dengan dominasi sebanyak 84.59
% atau 4.05 kg/hari/tong secara puratanya. Kadar penjanaannya juga adalah hampir
56
setara setiap hari dengan julat purata peratus di antara 78.43 % hingga 94.88 % serta
julat berat purata 2.6 kg/hari/tong hingga 7.4 kg/hari/tong (Jadual 4.3b).


Didapati sisa makanan mempunyai peratusan kedua tertinggi dengan 11.05 %
atau 0.48 kg/hari/tong secara puratanya. Julat peratusan dan beratnya pula masing-
masing adalah 2.56 % hingga 19.61 % dan 0.2 kg/hari/tong hingga 1.0 kg/hari/tong.
Plastik pula mempunyai peratusan purata paling terendah iaitu sebanyak 4.36 %
dengan julat antara 1.96 % hingga 6.25 %. Berat purata penjanaannya adalah
sebanyak 0.18 kg/hari/tong dengan julat antara 0.1 hingga 0.2 kg/hari/tong.


Jadual 4.3 (a) : Berat setiap komposisi bahan ujikaji di Zon B.

Daripada ujikaji yang telah dijalankan di Zon B di dapati :

Jumlah Unit Tong = 15 Tong

Jumlah Penjanaan bagi Zon B = 4.72 kg/hari/tong x 15 tong
= 70.80 kg/hari
Berat Bagi Setiap Komposisi Sisa Pepejal (Kg) Komposisi
2
6
/
1
2
/
0
2

(
K
h
a
m
i
s
)

2
7
/
1
2
/
0
2

(
J
u
m
a
a
t
)

2
8
/
1
2
/
0
2

(
S
a
b
t
u
)

3
0
/
1
2
/
0
2

(
I
s
n
i
n
)

3
1
/
1
2
/
0
2

(
S
e
l
a
s
a
)

0
1
/
0
1
/
0
3

(
R
a
b
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene - - - - - - -
Plastik 0.1 0.2 0.2 0.2 0.2 0.2 0.18
Kertas 4.0 7.4 3.6 2.6 2.6 4.1 4.05
Logam - - - - - - -
Kayu - - - - - - -
Kaca - - - - - - -
Lain-lain - - - - - - -
Organik 1.0 0.2 0.3 0.4 0.4 0.6 0.48
Jumlah 5.1 7.8 4.1 3.2 3.2 4.9 4.72
57
Jadual 4.3 (b) : Peratusan setiap komposisi bahan ujikaji di Zon B.
Peratusan Komposisi Sisa Pepejal Mengikut Berat(%) Komposisi
2
6
/
1
2
/
0
2

(
K
h
a
m
i
s
)

2
7
/
1
2
/
0
2

(
J
u
m
a
a
t
)

2
8
/
1
2
/
0
2

(
S
a
b
t
u
)

3
0
/
1
2
/
0
2

(
I
s
n
i
n
)

3
1
/
1
2
/
0
2

(
S
e
l
a
s
a
)

0
1
/
0
1
/
0
3

(
R
a
b
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene - - - - - - -
Plastik 1.96 2.56 4.88 6.25 6.25 4.28 4.36
Kertas 78.43 94.88 87.80 81.25 81.25 83.94 84.59
Logam - - - - - - -
Kayu - - - - - - -
Kaca - - - - - - -
Lain-lain - - - - - - -
Organik 19.61 2.56 7.32 12.50 12.50 11.78 11.05
Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00




4.2.2 Zon C (Kawasan Fakulti)


Bagi kajian yang telah dijalankan di Zon C (di Blok M-49, Bangunan Fakulti
Kejuruteraan Awam Kawasan Fakulti) didapati kadar penjanaan sisa pepejal adalah
sebanyak 577.07 kg sehari. Ini adalah meliputi 299 buah tong sampah hitam yang
terdapat pada keseluruhan 9 fakulti di sekitar UTM. Nilai kadar penjanaan yang
telah diperolehi ini adalah berdasarkan kajian dijalankan iaitu didapati secara
puratanya sebanyak 1.93 kg/hari/tong sisa pepejal dibuang ke dalam satu tong
sampah hitam (Jadual 4.3a).


Bagi kawasan fakulti, kertas merupakan komposisi yang paling tertinggi iaitu
51.68 % atau 0.97 kg/hari/tong secara puratanya. Kadar penjanaannya juga adalah
hampir setara setiap hari dengan julat purata peratus di antara 37.93 % hingga 58.83
% serta julat berat purata 0.4 kg/hari/tong hingga 1.3 kg/hari/tong (Jadual 4.3b).
58
Selain daripada kertas, komposisi lain yang mewakili 48.32 pecahan peratus
mempunyai kadar penjanaan yang tidak tetap. Daripada nilai ini, plastik mempunyai
peratusan purata sebanyak 23.43 % dengan julat di antara 20.69 % hingga 37.50 %
iaitu merupakan yang kedua tertinggi. Manakala berat puratanya adalah 0.50
kg/hari/tong dengan julat di antara 0.3 kg/hari/tong hingga 0.9 kg/hari/tong.


Seterusnya komposisi logam, kaca dan kumpulan lain-lain adalah mengikut
turutan tertinggi peratus dengan nilai puratanya masing-masing 6.63 %, 6.58 % dan
5.04 %. Komposisi organik dan polistrene mempunyai peratusan purata masing-
masing sebanyak 4.33 % atau 0.08 kg/hari/tong dan polistrene 2.31 % atau 0.05
kg/hari/tong. Secara peratusan kadar penjanaan, polistrene merupakan terendah
sekali, namun komposisi kayu didapati tidak dijanakan langsung.


Jadual 4.4 (a) : Berat setiap komposisi bahan ujikaji di Zon C.




Berat Bagi Setiap Komposisi Sisa Pepejal (kg/hari/tong) Komposisi
1
3
/
0
1
/
0
3

(
I
s
n
i
n
)

1
4
/
0
1
/
0
3

(
S
e
l
a
s
a
)

1
5
/
0
1
/
0
3

(
R
a
b
u
)

1
6
/
0
1
/
0
3

(
K
h
a
m
i
s
)

1
7
/
0
1
/
0
3

(
J
u
m
a
a
t
)

1
8
/
0
1
/
0
3

(
S
a
b
t
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene - - - - 0.1 0.2 0.05
Plastik 0.6 0.9 0.3 - 0.5 0.7 0.50
Kertas 1.1 1.3 0.8 0.4 1.0 1.2 0.97
Logam 0.6 - - 0.1 - 0.2 0.15
Kayu - - - - - - -
Kaca 0.5 - - 0.2 - - 0.12
Lain-lain - - - 0.2 - 0.2 0.07
Organik 0.1 0.2 0.1 - 0.1 - 0.08
Jumlah 2.9 2.4 1.2 0.9 1.7 2.5 1.93
59
Jadual 4.3 (b) : Peratusan setiap komposisi bahan ujikaji di Zon C.

Peratusan Komposisi Sisa Pepejal Mengikut Berat (%) Komposisi
1
3
/
0
1
/
0
3

(
I
s
n
i
n
)

1
4
/
0
1
/
0
3

(
S
e
l
a
s
a
)

1
5
/
0
1
/
0
3

(
R
a
b
u
)

1
6
/
0
1
/
0
3

(
K
h
a
m
i
s
)

1
7
/
0
1
/
0
3

(
J
u
m
a
a
t
)

1
8
/
0
1
/
0
3

(
S
a
b
t
u
)

P
u
r
a
t
a

Polistrene - - - - 5.88 8.00 2.31
Plastik 20.69 37.50 25.00 - 29.41 28.00 23.43
Kertas 37.93 54.17 66.67 44.45 58.83 48.00 51.68
Logam 20.69 - - 11.11 - 8.00 6.63
Kayu - - - - - - -
Kaca 17.24 - - 22.22 - - 6.58
Lain-lain - - - 22.22 - 8.00 5.04
Organik 3.45 8.33 8.33 - 5.88 - 4.33
Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00


Daripada ujikaji yang telah dijalankan di Zon C di dapati :

Bil. Unit Tong = 48 tong (Fakulti Kejuruteraan Awam)
= 12 tong (Fakulti Geoinformasi)
= 32 tong (Fakulti Alam Bina)
= 62 tong (Fakulti Kimia)
= 52 tong (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)
= 30 tong (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)
= 28 tong (Fakulti Sains)
= 19 tong (Fakuti Sains Komputer)
= 16 tong (Fakulti Pengurusan dan Pengurusan Sumber Manusia)

Jumlah Unit Tong = 299 Tong

Jumlah Penjanaan bagi Zon C = 1.93 kg/hari/tong x 299 tong
= 577.07 kg/hari

60
4.3 Analisis Penjanaan Sisa Pepejal


Setelah mendapat jumlah penjanaan di setiap zon, maka jumlah sisa pepejal
terhasil di UTM ialah dengan menjumlahkan sisa yang diperolehi bagi setiap zon
iaitu :

i) Zon A = 1 600 kg/hari
ii) Zon B = 70.8 kg/hari
iii) Zon C = 577.07 kg/hari

Jumlah = 2 247.87 kg/hari atau 2.25 tan/hari

Nilai ini adalah bersamaan dengan 67 436.1 kg/bulan atau 809 233.2 kg/tahun.




4.4 Perbincangan Penjanaan Komposisi yang Berpotensi Dalam
Pembakaran


Dalam setiap analisis yang telah dijalankan terdapat 2 pendekatan nilai yang
digunakan iaitu nilai berat dalam kilogram (kg) dan nilai pecahan komposisi dalam
peratus (%). Penggunaan nilai berat adalah untuk menunjukkan nilai sebenar kadar
penjanaan yang telah direkodkan yang amat penting bagi mengkaji jumlah bahan
bakar. Manakala penggunaan nilai peratus pula adalah untuk melihat corak dan
pecahan komposisi sisa pepejal yang telah dijanakan bagi setiap zon yang amat
penting bagi mengkaji sumber bahan bakar.


Perbincangan secara terperinci akan lebih menyentuh kepada penjanaan
daripada komposisi polistrene, plastik, kertas, kumpulan lain-lain dan organik. Ini
adalah kerana hanya komposisi ini sahaja yang berpotensi serta kos-efektif menjadi
61
bahan bakar bagi penukaran sisa pepejal kepada tenaga. Sifat kebolehbakaran dan
nilai pemanasan merupakan salah satu faktor pemilihan komposisi ini.


Jadual 4.5 : Peratusan dan berat setiap komposisi bahan ujikaji.

Zon A (Kolej) Zon B (Pentadbiran) Zon C (Fakulti) Komposisi
Peratus
(%)
Berat
(kg/hari)
Peratus
(%)
Berat
(kg/hari)
Peratus
(%)
Berat
(kg/hari)
Polistrene 15.50 247.20 - - 2.31 13.33
Plastik 15.58 260.00 4.36 3.09 23.43 135.21
Kertas 12.27 204.16 84.59 59.89 51.68 298.23
Sisa Organik 37.66 583.36 11.05 7.82 4.33 24.89
Kayu 1.73 27.68 - - - -
Lain-lain 6.8 108.8 - - 3.04 17.54


Secara terperincinnya didapati sisa makanan mempunyai kadar penjanaan
yang paling tertinggi iaitu sebanyak 659.38 kg sehari atau 241.33 ton setahun
meliputi seluruh kawasan kajian. Daripada nilai ini 94.41 % atau bersamaan 622.52
kg adalah dijanakan di Zon A, Kolej Pelajar (Jadual 4.5).


Antara faktor utama penjanaan yang tinggi ini adalah kerana sikap pelajar
yang suka membeli makanan di kedai makan tetapi membungkusnya untuk di makan
di bilik masing-masing. Implikasinya wujudlah perlambakkan sisa makanan yang
dijanakan oleh pelajar yang juga merupakan peratusan tertinggi bagi zon ini. Selain
itu faktor bilangan tong sampah, kolej serta pelajar yang banyak juga menyebabkan
kadar penjanaan komposisi ini menjadi tinggi.


Bagi Zon B dan Zon C kadar penjanaan sisa makanan masing-masing adalah
sebanyak 8.56 kg sehari dan 28.30 kg sehari. Kewujudan nilai yang rendah ini
adalah dipengaruhi oleh kebarangkalian kurangnya berminat untuk makan di zon ini
kerana ianya adalah kawasan pejabat dan bilik kuliah.


62
Komposisi kertas pula merupakan kadar penjanaan kedua tertinggi iaitu
sebanyak 548.97 kg sehari atau 200.92 ton setahun meliputi seluruh kawasan kajian.
Didapati jumlah berat bagi Zon B merupakan tertinggi sekali iaitu 285.20 kg sehari,
diikuti dengan Zon A sebanyak 202.82 kg sehari dan Zon C sebanyak 60.95 kg
sehari.


Walaupun nisbah jumlah bilangan tong sampah di Zon A adalah lebih tinggi
berbanding Zon B iaitu 1 nisbah 0.52, namun kadar penjanaan kertas adalah lebih
tinggi di Zon B kerana aktiviti hariannya. Sudah menjadi lumrah operasi pejabat dan
aktiviti pembelajaran akan menjadi penyebab utama penggunaan kertas yang tinggi.


Bagi Zon C pula, walaupun jumlah berat penjanaannya adalah rendah, namun
ia tetap mempunyai kadar penjanaan yang tinggi. Malah kadarnya adalah lebih
tinggi daripada Zon B iaitu 4.05 kg/hari/tong bagi Zon C dan 0.97 kg/hari/tong bagi
Zon B. Jumlah penjanaan yang sedikit bagi Zon C adalah kerana bilangan tong
sampah yang tidak banyak serta lingkungan kawasannya yang tidak luas berbanding
Zon B.


Komposisi seterusnya adalah plastik dan polistrene yang masing-masing
mempunyai kadar penjanaan sebanyak 383.18 kg sehari atau 140.24 ton setahun dan
polistrene sebanyak 262.64 kg sehari atau 96.13 ton setahun meliputi seluruh
kawasan kajian.


Bagi Zon A plastik dan polistrene adalah berkait rapat secara relatifnya
kerana ia merupakan seperti pasangan antara sisa makanan, polistrene dan plastik.
Ini adalah kerana makanan akan diletakkan ke dalam polistrene dan kemudiannya ke
dalam plastik atau makanan diletakkan ke dalam plastik terus. Oleh itu jumlah berat
kedua-dua komposisi ini tidak banyak bezanya iaitu sebanyak 257.54 kg sehari bagi
plastik dan 256.22 kg sehari bagi polistrene. Perbezaan jumlah berat plastik yang
63
tinggi sedikit adalah mungkin kerana ianya memang digunakan sebagai bahan
pembungkus.


Berbeza dengan Zon B dan Zon C pula di mana tiada kaitan langsung secara
relatif antara plastik dan polistrene yang juga menunjukkan perbezaan nilai yang
sangat tinggi. Bagi penjanaan plastik, Zon B mencatatkan nilai sebanyak 122.55 kg
sehari atau 44.85 ton setahun dan Zon C sebanyak 3.09 kg sehari atau 1.13 ton
setahun. Bagi penjanaan polistrene pula, Zon B mencatatkan nilai sebanyak 6.42 kg
sehari atau 2.35 ton setahun dan Zon C pula tidak langsung menjanakan polistrene.




4.5 Analisis Penukaran Tenaga


6 komposisi yang dipilih akan ditukarkan menjadi paun per jam (Ib/jam)
untuk dimasukkan ke dalam rumus kiraan tenaga. Jumlah komposisi yang tertinggi
bagi ketiga-tiga kawasan adalah sisa organik dengan 56.601 Ib/jam diikuti dengan
kertas iaitu 51.655 Ib/jam. Komposisi yang terkecil pula adalah komposisi kayu
yang hanya 1.153 Ib/jam. Jumlah keseluruhan bagi keenam-enam komposisi yang
akan ditukarkan kepada tenaga adalah 181.533 Ib/jam (Jadual 4.6).


Nilai pemanasan adalah apabila gabungan bahan bakar dengan oksigen
menghasilkan haba dan haba yang dihasilkan apabila 1 paun (Ib) bahan bakar habis
terbakar (Eugene, A.A. dan Theodore, B. 1996). Nilai pemanasan yang diperolehi
telah ditunjukkan dalam jadual 3.1 pada Bab 3 yang lepas. Nilai pemanasan yang
diperolehi untuk polistrene adalah 12 400 Btu/Ib kerana ianya tergolong dalam sisa
jenis 6. Bagi plastik pula ialah 12 000 Btu/Ib kerana juga tergolong dalam sisa jenis
6 dan mempunyai nilai antara 8 000 hingga 12 400 Btu/Ib. Kertas yang tergolong
dalam sisa jenis 0 kerana kandungan lembapannya adalah 10% dan mempunyai nilai
pemanasan sebanyak 8 500 Btu/Ib. Sisa organik pula mempunyai nilai pemanasan
64
sebanyak 2 500 Btu/Ib dan digolongkan dalam sisa jenis 3. daripada jadual juga,
didapati komposisi kayu merupakan jenis 1 dan mempunyai nilai pemanasan 6 500
Btu/Ib. Bagi komposisi lain-lain pula, didapati kebanyakan sisa merupakan dari
polimer, oleh itu hanya boleh dikelompokan dalam sisa jenis 6 dengan nilai
pemanasan sebanyak 10 000 Btu/Ib.


Jadual 4.6 : Jumlah penjanaan sisa pepejal bagi setiap zon mengikut komposisi.

Berat Purata Sampah per jam ( Ib/jam ) Komposisi
Kolej Pentadbiran Fakulti
Jumlah
(Ib/jam)
Polistrene 22.708 - 1.224 23.932
Plastik 23.883 0.284 12.420 36.587
Kertas 18.754 5.501 27.40 51.655
Sisa Organik 53.587 0.718 2.296 56.601
Kayu 1.153 - - 1.153
Lain-lain 9.994 - 1.611 11.605
Jumlah 181.533


Keefisienan termal adalah sesuatu yang berhubung dengan haba atau
kepanasan. Keefisienan termal bagi sebuah pembakaran merupakan hubungan di
antara tenaga dalam bahan api yang terbakar, yang bejaya ditukar menjadi tenaga
haba yang berguna (Rosli Hussin, 1996). Dalam erti kata yang lain, pembakaran
yang mempunyai keefisienan yang tinggi akan memperolehi baki (abu) pembakaran
yang sedikit.


Keefisienan termal bagi turbin adalah dari lingkungan 0.5 hingga 0.85
(Eugene, A.A. dan Theodore, B. 1996). Oleh yang demikian, anggapan keefisienan
termal bagi proses penghasilan tenaga elektrik ini ialah purata bagi julat keefisienan
termal yang dinyatakan oleh Eugene, A.A. dan Theodore, B. iaitu sebanyak 0.7
ataupun sebanyak 70%.
65
Berat setiap komposisi per jam (Ib/jam) diperolehi bagi setiap zon dan
jumlahnya didarabkan dengan nilai pemanasan mengikut komposisi seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.7.


Jadual 4.7: Jumlah nilai pemanasan x Purata sampah per jam.

Jumlah Nilai Pemanasan x Purata
Sampah per jam (BTU/jam)
Komposisi Nilai
Pemanasan
(BTU/lb) Kolej Pentadbiran Fakulti
Jumlah
Polistrene 12,400 281 579.2 - 15 177.6 296 756.8
Plastik 12,000 286 596.0 3 408.0 149 040.0 439 044.0
Kertas 8,500 159 409.0 46 758.5 232 900.0 439 067.5
Sisa Organik 2,500 133 967.5 1 795 5 740 141 502.5
Kayu 6,500 7 494.5 - - 7 494.5
Lain-lain 10,000 99 940.0 - 16 110 116 050.0
Jumlah 1,439,915.3


Jumlah yang telah diperolehi adalah 1 435 915.3 Btu/jam dan nilai ini dimasukkan ke
dalam rumus penghasilan tenaga seperti berikut (Sharpe, G.J 1988):

jam per Btu 3,412
Termal n Keefisiena x Pemanasan Nilai x jam per Dihasilkan Sampah Purata Jumlah
= P


Nilai 3412 Btu/jam digunakan kerana untuk mendapatkan nilai dalam bentuk
tenaga elektrik yang dihasilkan iaitu kWj. 1 kWj adalah bersamaan dengan 3412
Btu/jam atau pun 1.341 hp (Pulkrabek, W.W. 1997).




66
Oleh yang demikian, nilai tenaga elektrik yang dianggarkan dalam proses
pembakaran sisa pepejal adalah seperti pengiraan di bawah:


Jumlah 6 Komposisi Sisa = 181.533 Ib/jam

Jumlah Nilai Pemanasan x Purata Sampah per jam = 1,439,915.3 Btu/jam

Keefisienan Termal = 0.7

P = 295.411kWj
412 , 3
0.7 x 3 1,439,915.
=




4.6 Analisis Faedah Tenaga yang Dijanakan


Dengan menganggap pembakaran dilakukan selama 24 jam sehari maka
jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan dalam masa sehari adalah 7,089.853 kWj/hari
atau 212,695.578 kWj/bulan. Sekiranya pembakaran sisa ini diteruskan dalam masa
setahun maka penghasilan tenaga elekktrik boleh mencapai 2,552,346.933
kWj/tahun.


Data penggunaan tenaga elektrik di UTM dengan jumlah penggunaan tenaga
elektrik sebanyak 19,995,392.67 kWj dari bulan Januari 2002 hingga Ogos 2002
(Jadual 4.8).





67
Jadual 4.8 : Jumlah penggunaan tenaga elektrik di UTM Skudai.

Bulan Jumlah Tenaga Elektrik Digunakan
(kWh)
Kos (RM)
Januari 4, 014, 470.00 930, 718.40
Februari 3, 416, 862.67 645, 523.17
Mac 844, 270.00 324, 335.41
April 2, 535, 070.00 608, 395.46
Mei 1, 340, 650.00 363, 417.95
Jun 2, 422, 370.00 564, 992.96
Julai 2, 546, 360.00 588, 203.89
Ogos 2, 875, 340.00 657, 337.75
Jumlah 19,995,392.67 kWj RM 4,682,924.99
Sumber : Bahagian Penyelenggaraan UTM,2002


Maklumat yang diperolehi ini dibandingkan dengan jumlah tenaga elektrik
yang dihasilkan daripada pembakaran sisa pepejal yang dinyatakan seperti berikut:

Purata Penggunaan Tenaga Semasa = 2 499 424.084 kWj/bulan

Anggaran Penjanaan Tenaga = 212 695.578 kWj/bulan


Anggaran Peratus Penjimatan Tenaga:

100
084 . 424 , 499 , 2
578 . 695 , 212
= 8.51% per bulan

Purata Kos Penggunaan Elektrik = RM 585 365.62 per bulan

Anggaran Kos Penjimatan 8.51% = RM 49 814.61 per bulan
= RM 597 775.38 per tahun
68




BAB V




KESIMPULAN DAN CADANGAN




5.1 KESIMPULAN


Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan didapati sistem
pengurusan sisa pepejal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dibawah
pengurusan yang baik. Dengan penenderan kontrak kepada kontraktor yang terpilih,
UTM tidak menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan sisa pepejal yang
terjana di setiap kawasan sama ada di kolej-kolej, kawasan pentadbiran dan kawasan
fakulti. Dengan sistem yang teratur, masalah seperti pencemaran, penyebaran
penyakit dan sebagainya dapat diatasi.


Sisa pepejal yang terjana di UTM Skudai ini juga berpotensi dalam
menghasilkan sumber tenaga yang baik. Dengan penjanaan sebanyak 2.3 tan/hari,
sisa pepejal ini mampu menukarkan tenaga elektrik sebanyak 2 552 346.933
kWj/tahun. Jumlah ini adalah agak besar dalam mengurangkan sebanyak 8.51%
penggunaan dan kos penggunaan tenaga elektrik yang digunakan. Dengan kajian
yang dilakukan, dianggarkan UTM dapat menjimatkan sebanyak RM 597 775.38
setahun. Jumlah yang besar ini dapat dimanfaatkan oleh UTM dalam menjalankan
kajian-kajian penting yang lain.
69
5.2 Cadangan


Dalam menjalan kajian dan penyelidikan ini terdapat beberapa cadangan yang
saya usulkan dalam memperolehi maklumat dan keputusan yang lebih baik.
Antaranya adalah:

1. Pengiraan penjanaan sisa pepejal haruslah dilakukan di lebih banyak
lokasi bagi mendapatkan keputusan yang lebih jitu.

2. Untuk pengurusan yang lebih baik, kempen dan tong-tong kitar semula
hendaklah diperbanyakkan bagi memudahkan proses pengasingan sisa
pepejal di samping dapat memupuk sikap memelihara alam sekitar
(Lampiran E).

3. Nilai kadar penjanaan sisa pepejal mungkin dapat ditingkatkan sekiranya
sisa yang diuruskan oleh Bahagian Lanskap di ambil kira.

4. Bacaan data akan menjadi lebih jitu sekiranya penimbang 10 kg yang
mempunyai kejituan yang lebih rendah berbanding penimbang 100 kg
yang mempunyai kejituan 0.2 kg digunakan.

5. Membina sebuah modul waste recovery berskala kecil bagi tujuan
penyelidikan dan pembelajaran seperti yang dilakukan di Sheffield
Universiti di United Kingdom.









70




RUJUKAN




Alter, H. dan Dunn, J.J (1980). Solid Waste Conversion To Energy: Current
European & U.S Practice. New York: Marcel Dekker, Inc.

Boyen, J.L (1980). Thermal Energy Recovery.United State of America: John
Wiley and Sons Inc.

Cheremissinoff, P.N dan Morresi, A.C (1976). Energy From Solid Waste. New
York: Marcel Dekker Inc.

Cuenca, M.A dan Anthony, E.J (1995). Pressurized Fluidized Bed Combustion.
Glasgow: Blackie Academic & Professional.

Domino, F.A (1979). Energy From Solid Waste: Recent Development. New York:
Noyes Data Corporation.

Donnelly, J.R (1987). Joy/Niro SDA System for MSW Incineration European
Operating Results. dlm. Proc. 80
th
APCA Annual Meeting. New York: The Ontorio
Experience.Vol 2.

Eugene, A.A and Theodore, B. (1996). Marks Standard Handbook For
Engineering. Edisi ke-10. New York: McGraw Hill.

Gershman, Brickner & Bratton (1986). Small-Scale Municipal Solid Waste Energy
Recovery System. New York: Van Nostrand Reinhold Company.

71
Henstock, M.E (1978). New Products From Waste. dlm. M.E Henstock and M.W
Biddulph . Solid Waste As a Resources.Great Britain: Pergamon Press Ltd.

Hickman, H.L., Turner, W.D., Hopper, R., Hasselulis, F., Kuester, J.L. dan Trezek,
G.J (1984). Thermal Conversion System For Municipal Solid Waste. New Jersey:
Noyes Publication.

Harry, R.T (1991). Boiler Plant And Distribution System Optimization
Manual.United State of America: The Fairmont Press Inc.

Kreiter, B.G (1978). Energy Recovery From Municipal And Industrial Waste. dlm.
M.E Henstock and M.W Biddulph . Solid Waste As a Resources.Great Britain:
Pergamon Press Ltd.

Kreith, F. (1994). Handbook of Solid Waste Management.United State of
America: McGraw Hill Inc.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2002). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
(Akta 127) dan Peraturan-Peraturan dan Perintah.Petaling Jaya: International Law
Book Services.

Noraini Jaafar (1994). Kejuruteraan Alam Sekitar. Edisi Kedua. Johor Baharu:
Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia.

Porteous, A. (1981). Refuse Derived Fuels. England: Applied Science Pulication
Ltd.

Pulkrabek, W.W (1997). Engineering Fundamentals Of The Internal Combustion
Engine. New Jersey: Prentice-Hall International Inc.

Reynolds, R.M (1987). Rotary Kiln Combustor. dlm. Proc. 80
th
APCA Annual
Meeting.New York: The Ontorio Experience.Vol 2.

Rosli Hussin (1996). Enjin Kereta. D.B.P Kula Lumpur dan U.T.M Skudai, Johor.
72
Schwarz, S.C dan Brunner, C.R (1976). Energy & Resource Recovery From
Waste. New Jersey : Noyes Data Corporation.

Sharpe, G.J (1988). Solving Problem In Applied Thermodynamics And Energy
Conversion. New York: Longman Scientific & Technical.

Tchobanoglous, G. (1977). Solid Waste: Engineering Principle And Management
Issue.New York: McGraw Hill.


























73
LAMPIRAN A
(Lokasi pesampelan kajian)














Rajah 6.2 : Contoh sampel bagi Zon A yang dalam keadaan diikat sepasang
dari setiap blok














Rajah 6.3 : Contoh sampel bagi Zon B yang setiap satunya mewakili satu unit
pejabat
74

















Rajah 6.4 : Tempat pengambilan sampel bagi Zon C (Blok M-49)















Rajah 6.5 : Lokasi penyimpanan sementara bagi Zon C
75
LAMPIRAN B
(Peralatan kajian)














Rajah 6.6 : Peralatan digunakan dalam pesampelan (penimbang 100 kg,
penyepit dan sarung tangan)
















76
LAMPIRAN C
(Pengurusan sisa lanskap)














Rajah 6.7 : Contoh tong sampah bagi sisa lanskap















Rajah 6.8 : Sisa lanskap dikumpulkan di tepi jalan sebelum ia dikutip oleh
pekerja pengutipan
77
LAMPIRAN D
(Data asal bagi cerapan dilakukan di Zon A)




Data cerapan Zon A Jumlah Pelajar: 18 Orang

Tarikh: Isnin 18/11/02 Lokasi: K23
Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 1.0 1.2 2.2
Plastik 1.0 1.2 2.2
Kertas 0.5 0.6 1.0
Logam 0.5 0.6 1.0
Kayu - - -
Kaca - - -
Lain-lain 0.4 0.5 0.9
Organik 1.0 1.2 2.2
TOTAL 9.5

Tarikh: Selasa 19/11/02 Lokasi: K23
Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 0.3 0.5 0.8
Plastik 0.5 0.5 1.0
Kertas 0.2 0.6 0.8
Logam - 0.1 0.1
Kayu - - -
Kaca - - -
Lain-lain 0.1 0.2 0.3
Organik 1.6 1.6 3.2
TOTAL 6.2
78
Tarikh: Rabu 19/11/02 Lokasi: K23

Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 0.2 0.1 0.3
Plastik 0.2 0.1 0.3
Kertas 0.2 0.1 0.3
Logam - - -
Kayu 0.2 - 0.2
Kaca - - -
Lain-lain - 0.1 0.1
Organik 0.7 0.5 1.2
TOTAL 2.4


Tarikh: Khamis 20/11/02 Lokasi: K23

Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 0.2 0.3 0.5
Plastik 0.1 0.4 0.5
Kertas 0.3 0.1 0.4
Logam - 0.1 0.1
Kayu - - -
Kaca 0.3 - 0.3
Lain-lain 0.2 - 0.2
Organik 0.3 0.5 0.8
TOTAL 2.8





79
Tarikh: Jumaat 20/11/02 Lokasi: K23

Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 0.4 0.6 1.0
Plastik 0.4 0.4 0.8
Kertas 0.6 0.4 1.0
Logam - - -
Kayu - - -
Kaca 2.4 - 2.4
Lain-lain 0.4 - 0.4
Organik 1.4 0.6 2.0
TOTAL 7.6


Tarikh: Jumaat 20/11/02 Lokasi: K23

Berat Komposisi
Beg 1 Beg 2
Jumlah
(kg)
Polistrene 0.4 0.3 0.7
Plastik 0.4 0.5 0.9
Kertas 0.2 0.5 0.7
Logam - - -
Kayu - - -
Kaca 0.4 - 0.4
Lain-lain 0.2 0.3 0.5
Organik 0.8 0.6 1.4
TOTAL 4.6





80
LAMPIRAN E
(Tong kitar semula)














Rajah 6.9 : Contoh tong kitar semula yang terdapat di UTM

You might also like