You are on page 1of 10

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Peningkatan tahap ekonomi di Malaysia yang semakin memberangsangkan


terutama dalam sektor industri telah menyumbang kepada pertambahan bilangan
penduduk yang tinggi. Aktiviti kehidupan seharian yang sentiasa berkembang
menyumbang kepada masalah penjanaan sisa pepejal yang tidak terkawal. Apabila
bilangan penduduk bertambah, maka kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan juga akan
meningkat secara automatik dan mengundang pelbagai masalah dari segi ekonomi,
alam sekitar, dan sosial. Kajian yang dijalanan oleh kementerian telah menunjukkan
bahawa kuantiti sisa pepejal semakin meningkat pada setiap hari. Pada tahun 2005,
kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan penduduk di Malaysia adalah 19,000 tan sehari.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah menganggarkan bahawa pada tahun
2020, jumlah sisa pepejal akan mencecah 30,000 sehari. Namun demikian,beberapa
kajian terkini menunjukkan bahawa jumlah sampah sarap serta bahan buangan telah
pun mencecah hampir 27,000 tan sehari. Ini bermakna jangkaan bahawa jumlah sisa
pepejal sebanyak 30,000 tan sehari akan dicapai lebih awal lagi sebelum tahun 2020.
Sisa pepejal yang kita janakan setiap hari perlu diselenggarakan dengan
sempurna bagi mengelakkan masalah pencemaran serta jangkitan penyakit. Masalah
pengurusan dan penjanaan kini bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di
2

kawasan luar bandar, Sisa pepejal biasanya diselenggarakan oleh kontraktor-


kontraktor tempatan seperti Southern West Management, Alam Flora Sdn. Bhd,
Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain lagi yang dilantik oleh majlis pembandaran
tempatan. Namun begitu pihak kerajaan menghadapi kekangan untuk mengatasi
permasalahan ini yang berpunca daripada sikap penduduk yang sambil lewa dan
tidak prihatin terhadap persekitaran yang kondusif. Pada 1 Julai 2015 Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mrlalui perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menguatkuasakan
Sistem Pengasingan Sisa Pepejal fasa pertama bagi menjadikan Malaysia negara
yang bersih, indah dan sejahtera.

Walaupun pihak kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan


melantik syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan sisa
pepejal samaada di kawasan bandar atau kawasan luarbandar namun masih terdapat
segelintir masyarakat yang masih kurang peka di mana mereka masih menguruskan
sendiri sisa pepejal yang dihasilkan dengan cara tradisional iaitu membuang sisa
pepejal di kawasan terbuka seperti sungai, di tepi jalan, di dalam longkang,
membakar sisa pepejal yang mana mencetuskan pembakaran terbuka dan menanam
sisa pepejal mereka. Oleh itu amalan pengasingan sisa pepejal dari rumah untuk
tujuan kitar semula kurang diamalkan oleh isirumah. Keadaan ini jauh dari hasrat
kerajaan untuk mencapai 22% kadar kitar semula pada tahun 2020. Adalah
dianggarkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula di tapak pelupusan sampah
dinegara kita mencapai 2.3 juta tan dengan nilai hampir 900 juta.
3

Pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1


September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara
umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi
sisa pepejal seperti berikut :
i) Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas
computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod,
kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
ii) Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral,
bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol
makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap,
baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,
iii) Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
a) Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman
ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan
sebagainya.
b) Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin
makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur
seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
c) Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon
bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek
elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
d) Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian,
sarung tangan dan sebagainya.
e) Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas
racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
iv) Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering,
ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.
v) Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk,
almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya
4

1.2 Penyataan Masalah

Kesedaran mengenai kepentingan pengasingan sisa kurang, ini menyebabkan


orang ramai mencampurkan pelbagai jenis komposisi sampah dalam satu tong. Atas
faktor ini, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
yang dilaksanakan bermula 1 September 2015 dilihat berpotensi besar mendidik
orang ramai mengamalkan sikap pengasingan sisa. Akta ini mewajibkan orang ramai
mengasingkan bahan sisa pepejal, bahan kitar semula dan sisa makanan.

Penduduk Taman Kotasas telah menghasilkan sisa makanan yang semakin


meningkat dari semasa ke semasa dan ini mengakibatkan kos pengurusan
pengangkutan meningkat setiap tahun dan menjadikan tempat pelupusan sampah
semakin terhad. Oleh itu, sistem pengasingan sisa pepejal seperti sisa domestik dan
sisa pukal telah diperkenalkan bagi mengurangkan masalah ini. Banyak kajian yang
telah dilakukan menunjukkan sisa buangan makanan boleh dirawat dan dikitar
semula sebagai makanan ternakan, digunakan dalam pengkomposan untuk
menghasilkan baja organik serta bahan ramuan untuk menghasilkan biogas.

1.3 Objektif Inovasi

Objektif inovasi ini adalah untuk:


i) Mengenalpasti tahap amalan pengasingan sisa di kalangan penduduk
Kotasas.
ii) Mengenalpasti punca-punca amalan pengasingan sisa kurang diamalkan
di taman Kotasas.
5

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini dijalankan di Taman Kotasas. Kebanyak kan penduduk-


penduduk di kawasan perumahan tersebut terdiri daripada golongan bekerja. Hal ini
akan menyebabkan penduduk di kawasan tersebut lebih kerap membeli makanan di
luar berbanding memasak di rumah. Kajian ini dijalankan melalui borang soal
selidik untuk mengenalpasti tahap amalan pengasingan sisa dalam kalangan
penduduk di Taman Kotasas.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi melihat amalan pengurusan sisa di Taman Kotasas.
Selain itu, dapat melihat sejauh mana peranan isi rumah dalam menjaga kebersihan
kediaman mereka dengan memastikan tiada sampah-sampah yang bertaburan di
merata-rata tempat. Kajian ini juga dapat mengetahui tahap kesedaran penduduk-
penduduk Taman Kotasas mengenai pembangunan lestari serta dapat memperbaiki
polisi pengurusan sisa pepejal di masa akan datang.
6

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
7

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan dalam satu-satu


kajian. Metodologi termasuklah pemilihan teknik-teknik penyelidikan bagi
pengumpulan data, menentukan sampling, menentukan data yang relevan yang mahu
dipungut dan seterusnya mengaitkan data-data ini dengan teori-teori yang menjadi
panduannya. Dengan kata yang lebih mudah, metodologi ini adalah cara kajian yang
logikal digunakan dari awal sehigga akhir bagi memenuhi tujuan sesuatu kajian.
Penyelidik akan memilih sesuatu kaedah penyelidikan kerana ia memikirkan bahawa
kaedah itu sesuai dengan tujuan dan objektif kajian (Abdullah Taib,1981;94). Bagi
mendapatkan maklumat untuk menjayakan inovasi ini, metodologi pengumpulan
fakta dan pemerhatian dijalankan bagi menghasilkan inovasi ini.
8

3.2 Kaedah Pengumpulan Maklumat dan Data

Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data
sekunder.Data primer merupakan data yang utama dan penting dalam kajian. Tanpa
data primer yang lengkap serta teratur, maka matlamat kajian ini tidak tercapai. Data
primer merangkumi borang soal selidik, proses penimbangan sisa dari kawasan yang
terlibat dan temuramah.

Data sekunder pula terdiri daripada kajian terdahulu serta dokumen lain
seperti tesis, buku, akhbar tempatan, internet dan jurnal. Bahan- Bahan ini di baca
dan dianalisa mengikut kesesuaian dan semua data berkaitan kajian akan
dikumpulkan dan rujukan.
9

Mengenalpasti
Tajuk Kajian dan
Penyataan
Masalah

Menentukan
Objektif & Skop
Kajian

Kajian Literatur

Kaedah
Pengumpulan
Data

Data Primer Data Sekunder

Soal Selidik,
Penimbangan Kajian
Terdahulu, Buku,
Sisa &
Internet
Temuramah

Menganalisis
Data

Rajah 3.1 Carta Alir Yang Menunjukkan Carta Alir Kajian


10

3.3 Menganalisis Data

Setelah semua data dan maklumt telah diperolehi, ianya disemak dan dianalisi
dengan lebih terperinci bagi mendapatkan data akhir yang tepat. Data yang telah
diambil sendiri melalui pemerhatian awal, soal selidik, temubual, tesis, dan sumber
internet telah dikumupulkan bagi melengkapkan laporan kajian pengkaji.

Data yang diperolehi dari borang soal selidik akan dianalisis menggunakan
perisisan Statiscal Package for the Social Science (SPSS). Perisian ini akan
memberikan statistik asas seperti peratusas, purata dan hasil analisis. Perisian ini
dapat memudahkan proses menganalisis data.

3.4 Perancangan Kajian

Gantt Chart

You might also like