You are on page 1of 9

Contents

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................3
2.0 DEFINISI SISA PEPEJAL.....................................................................................................3
3.0 SISA MAKANAN....................................................................................................................4
3.1 Peringkat 1: Penjanaan Sisa...................................................................................................5
3.2 Peringkat 2: Pusat Pengumpulan...........................................................................................6
3.3 Peringkat 3: Kutipan Rumah Ke Rumah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).............7
3.4 Peringkat 4: Pemindahan dan Pengangkutan.......................................................................8
3.5 Peringkat 5: Pengasingan, Rawatan dan Pengitaran Semula..............................................8
3.6 Peringkat 6: Pelupusan...........................................................................................................9
KESIMPULAN..................................................................................................................................10
RUJUKAN..........................................................................................................................................10
1.0 PENGENALAN

Pengurusan sisa pepejal dan pelupusan adalah usaha dan aktiviti manusia untuk menjaga
alam sekitar daripada tercemar. Pengurusan sisa pepejal juga merupakan langkah penjagaan
alam sekitar yang sangat penting kerana ia merupakan aset penting kepada kesejahteraan
hidup manusia (Augustine Towonsing, 2017). Ini kerana jika sisa buangan hasil daripada
aktiviti harian tidak diurus sebaiknya maka ia akan memudaratkan sumber sedia ada yang
membawa ancaman kesejahteraan hidup manusia. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan menyatakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa membelanjakan di antara
40 hingga 70% hasil cukai taksiran tahunan bagi tujuan mengutip dan melupuskan sampah.
Di samping itu, PBT juga menghadapi masalah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai untuk
melupuskan sampah yang semakin banyak dibuang itu.

2.0 DEFINISI SISA PEPEJAL

Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), “Sisa
Pepejal” merujuk kepada apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak
dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses.
Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau
selainnya rosak. Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang bertulis
lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan (Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal Dan Pembersihan Awam, 2015).

Sisa pepejal domestik merupakan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesebuah isi
rumah yang dikategorikan mengikut bahan yang dibuang iaitu kandungan sisa yang dibuang
dan potensi atau risiko yang dihasilkan oleh bahan yang dibuang.

Sisa pepejal domestik juga dikenal pasti sebagai sisa pepejal yang dihasilkan oleh isi
rumah berdasarkan kepada aktiviti harian yang berlaku dalam sesebuah isi rumah
merangkumi sisa basah dan kering seperti plastik, kertas, tin, sisa makanan dan sisa taman.
Sisa domestik yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah meliputi kertas, plastik, kaca, bahan
logam, kayu dan bahan sisa taman seperti daun kering, rumput dan sisa hijau yang lain.
3.0 PENGURUSAN SISA MAKANAN

Pengurusan sisa pepejal domestik secara konseptualnya merupakan pengurusan yang


melibatkan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sektor domestik seperti isi rumah dan taman.
Penjanaan sisa pepejal mempunyai sumber yang pelbagai, sekaligus memberikan
kepelbagaian dalam penghasilan sisa. Terdapat pelbagai jenis sisa pepejal domestik antaranya
adalah sisa kertas, sisa plastic seperti botol plastik minuman, sisa baki seperti daun pisang
ataupun pembungkus biodegradable dan sisa makanan.

Menurut Suhaila Shahrul Annuar (2019), rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira


37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap
individu. Jumlah itu dianggarkan terus meningkat seiring pertambahan populasi penduduk
dan lebih membimbangkan, ia akan menyumbang kepada ketepuan tapak pelupusan sampah
di seluruh negara. Dengan kapasiti sampah sebanyak itu, maka pengurusan sisa pepejal
seperti sisa buangan makanan perlu diuruskan sebaiknya.

Laporan My Metro, 15 April 2019, isi rumah atau keluarga adalah penyumbang
terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini setiap hari.
Keluarga menghasilkan sisa makanan paling tinggi 38 peratus berbanding pasar basah (24
peratus), restoran (23 peratus) atau hotel (tujuh peratus). Secara purata sebuah keluarga yang
terdiri daripada empat orang membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari. 3,330
tan sisa makanan yang dibuang setiap hari sepatutnya boleh dielakkan jika masyarakat bijak
mengurus dan mengurangkan sisa makanan. Pembaziran makanan di Malaysia adalah serius
dan perlu ditangani segera.

Maka dengan itu tugasan ini akan menghuraikan proses pengurusan bahan buangan
sisa makanan yang perlu diuruskan bermula daripada penjanaan sisa sehingga proses
pelupusan di tapak pelupusan sisa. Bagi menjelaskan bagaimana pengurusan sisa pepejal
domestik khususnya sisa makanan di uruskan ianya diterangkan melalui beberapa peringkat
seperti di bawah:
3.1 Peringkat 1: Penjanaan Sisa

Peringkat penghasilan bermula pada masa sesuatu sisa makanan tidak lagi boleh digunakan
dan dibuang oleh pengguna. Sisa makanan ini merujuk kepada penghasilan sisa isi rumah
yang merangkumi pelbagai jenis sisa yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah boleh dilihat
dalam bentuk sisa organic. Selain itu juga dalam sisa makanan pula, isi rumah juga
membuang sisa bukan organik pula merangkumi sisa seperti kertas, plastik, getah, kayu,
kulit, logam, besi/keluli, kaca/seramik, dan tekstil. Terdapat juga sisa yang boleh dijumpai
dalam bentuk bahan kimia atau bahan mudah meletup atau terbakar seperti kerosene, cat,
thinner, penyembur serangga dan ubat-ubatan. Melalui pengenalpastian sisa yang terhasil ini,
jelas menunjukkan bahawa penghasilan sisa di peringkat isi rumah adalah pelbagai bentuk
dan sifat.

Di dalam Pelan Pembangunan Pengurusan Sisa Makanan Bagi Sektor Industri, Komersil Dan
Institusi (2016-2026) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
(JPSPN), dinyatakan empat (4) jenis sisa makanan iaitu seperti berikut:

Rajah 1: Kategori Sisa Makanan

Sumber: Pelan Pembangunan Pengurusan Sisa Makanan Bagi Sektor Industri, Komersil Dan
Institusi (2016-2026), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
Sisa buangan manusia mengandungi organisma penyakit yang boleh mendatangkan
penyakit kepada manusia. Pengkomposan sisa manusia memerlukan suhu yang amat tinggi
dalam suatu tempoh masa tertentu. Bagi sisa daging, tulang dan sisa bahan makanan yang
berlemak menarik perhatian haiwan dan serangga perosak. Sisa buangan berlemak pula sukar
untuk diuraikan.

3.2 Peringkat 2: Pusat Pengumpulan

Peringkat ke 2 adalah proses pengumpulan sisa makanan yang mana isi rumah mengumpul
sisa makanan dalam bakul sampah dan meletakkan sisa tersebut di tempat khas pengumpulan
sampah yang disediakan. Pusat pengumpulan ialah satu kaedah bagi membolehkan isi rumah
untuk meletakkan sampah kitar semula di pusat berdekatan. Kini, isi rumah digalakkan untuk
mengasingkan sampah kitar semula daripada sampah yang tidak boleh dikitar semula dan
meletakkan sampah kitar semula di pusat pengumpulan.

3.3 Peringkat 3: Kutipan Rumah Ke Rumah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Peringkat 3 adalah proses pemungutan dan peralihan sisa pepejal dengan menggunakan tong-
tong yang telah diletakan di lokasi tertentu. Pemungut berlesen sampah kitar semula hanya
akan memungut sampah tersebut dari pusat pengumpulan. Terdapat dua kaedah pemungutan
yang diaplikasi di Malaysia iaitu pemungutan sisa pepejal rumah ke rumah dan pemungutan
sisa pepejal berpusat seperti di pasar, dan perumahan apartment. Sisa pepejal perbandaran ini
adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat swasta.

Bagi proses pemungutan di rumah taman, sistem kutipan yang melibatkan majlis yang
mengutip dari rumah ke rumah, proses pemungutan di rumah strata penghuni dikehendaki
untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh
dikitar semula seperti yang telah ditetapkan. Meletakkan sampah kitar semula di tepi unit
untuk dikutip pekerja atau membawa sampah kitar semula ke pusat pengumpulan.
Program penswastaan sebahagian khidmat pengurusan sisa pepejal adalah bertujuan
penambah baikan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang disediakan. Namun,
pihak berkuasa tempatan masih menanggung perbelanjaan pengurusan sisa pepejal yang
tinggi. Pengurusan yang diberikan oleh pihak swasta adalah lebih teratur tetapi memerlukan
modal yang tinggi. Contoh syarikat swasta yang menguruskan sisa pepejal di Malaysia
seperti berikut:
a) Alam Flora Sdn Bhd (Wilayah Tengah danTimur)
b) SWM Environment (Wilayah Selatan)
c) Environment Idaman Sdn Bhd (Wilayah Utara)

Pemungutan melibatkan aktiviti pengumpulan dan pengangkutan sisa ketapak pelupusan,


tapak pemindahan atau pusat pemprosesan. Di Malaysia, terdapat tiga jenis sistem
pemungutan yang digunakan, yang pertama ialah tiada simpanan ditapak, iaitu sisa pepejal
diserahkan terus kepada pemungut. Kedua adalah secara bekas simpanan individu, iaitu sisa
pepejal dari tempat penjanaan diletakkan didalam bekas individu dan ditempatkan dilokasi
yang telah ditetapkan. Dan yang ketiga adalah menggunakan bekas simpanan umum, iaitu
sisa dari setiap penjana dicampur didalam satu bekas umum. Salah satu daripada ciri
pengurusan sisa pepejal yang baik adalah pemilihan laluan pemungutan yang ekonomi dan
berkesan. Aspek yang perlu dipertimbangkan bagi merekabentuk laluan pemungutan
termasuklah lokasi dan kekerapan pemungutan, bilangan pekerja dan kenderaan pemungut,
Teknik pemilihan Kawasan laluan serta penyesuaian masa dengan keadaan trafik.

3.4 Peringkat 4: Pemindahan dan Pengangkutan

Operasi pemindahan dan pengangkutan terpaksa dilakukan apabila jarak dari tapak penjanaan
ke tapak pelupusan terlalu jauh dan pengangkutan secara terus adalah tidak ekonomi. Dalam
kes ini, tapak pemindahan merupakan kenderaan pemungutan yang lebih besar dan mampu
membawa lebih banyak muatan, dimana ianya menerima sisa dari kenderan-kenderaan yang
lebih kecil untuk dibawa ketapak pemprosesan atau pelupusan. Faktor yang menyebabkan
keperluan tapak pemindahan termasuklah kedudukan tapak pelupusan yang terlalu jauh
disamping penggunaan kenderaan pengangkutan kecil yang tidak ekonomi
Seterusnya, Perkhidmatan pemungutan sisa dalam negeri seringnya dibekalkan oleh pihak
berkuasa kerajaan tempatan atau sektor swasta. Jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan
sisa makanan di Malaysia adalah Lori Kompaktor. Kompaktor digunakan untuk mengutip
sisa pepejal dikawasan perumahan, komersial, institusi dan industry kecil dan sederhana. Ia
terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa oleh lori tersebut
sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan12 tan. Lori ini mempunyai system pemampatan
yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan kedalam lori tersebut. Selain itu ia
juga mempunyai tangka leachate bagi mengelakkan tumpahan Ketika aktiviti pengutipan dan
pengangkutan. Pengangkutan sisa ke tapak kemudahan(pemindahan, perolehan semula atau
pelupusan)

3.5 Peringkat 5: Pengasingan, Rawatan dan Pengitaran Semula

Pengasingan: merangkumi pengasingan bahan mengikut komponen sisa pepejal seperti tin
aluminiun, kertas, kaca, dan plastik dikutip dan dihantar ke fasiliti tertentu untuk diproses dan
dijual. Pengasingan sekunder sisa(plastik, kaca, kertas, aluminium). Rawatan dan perolehan
semula bagi aliran sisa-sisa lain. Pemprosesan sisa pepejal di stesen pemindahan berlaku
dengan sisa dirawat atau proses sebelum dilupuskan. Pemprosesan dan guna semula bertujuan
mengurangkan isi padu sisa pepejal yang akan dilupuskan. Bahan yang boleh diguna semula
seperti kertas, plastik, gelas, botol dan kaca diasingkan untuk kegunaan semula atau dikitar
untuk dihasilkan bahan baru atau sebagai sumber penghasilan tenaga.

Perkhidmatan pusat pengumpulan dan pembelian barangan kitar semula.


a) 91 buah pusat pengumpulan dan pembelian barangan kitar semula disediakan di Kuala
Lumpur, Selangor dan Pahang.
b) 59 daripadanya merupakan pusat kitar semula bergerak
ii) Memberi perkhidmatan konsultan untuk program kitar semula di kawasan perumahan,
pejabat, institusi pendidikan dan industri

3.6 Peringkat 6: Pelupusan

Pelupusan merupakan aktiviti pelupusan sisa pepejal yang tidak boleh diproses lagi. Terdapat
dua kaedah yang digunakan, iaitu penunuan dan pelupusan ditapak pelupusan sanitari.
Kaedah penunuan melibatkan proses pembakaran sisa pada suhu tinggi dan menukarkannya
kepada air, gas dan abu. Kaedah ini mengurangkan isipadusisa yang perlu dilupuskan ditapak
pelupusan. Manakala pelupusan sisa ditapak pelupusan sanitari merupakan kaedah
penanaman sampah didalam tanah dengan menggunakan kaedahkejuruteraan dimanaianya
meminimakan kesan negative terhadap manusia dan alamsekitar. Ianya merupakan kaedah
yang popular di Malaysia dengan kos pengurusan yang rendah, tetapi memerlukan
perancangan dan pengurusan yang baik. Terdapat tiga kaedah tapak pelupusan iaitu kaedah
parit, kaedah Kawasan dankae dah kombinasi

Secara umumnya, Malaysia telah menguna pakai pelbagai kaedah pelupusan sisa pepejal
seperti tapak pelupusan sampah dan pembakaran. Namun, penggunaan kaedah tapak
pelupusan sampah adalah lebih popular dipraktikkan di Malaysia berbanding kaedah
pembakaran. Namun, kaedah tapak pelupusan sampah merupakan kaedah menjadi pilihan
paling bawah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal. Melalui kaedah ini, sisa perlu
diasingkan dan dipulihkan berdasarkan ciriciri fizikal, kimia, dan biologikal yang
memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang

Tapak Pelupusan sampah di Malaysia boleh diklasifikasikan dalam jenis kedua iaitu tapak
pelupusan sampah sanitari tertutup. Tapak pelupusan sampah di Malaysia mempuyai masalah
seperti mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berpunca daripada proses penguraian
an-aerobik sisa pepejal, masalah lalat dan serangga perosak

Pengurusan sisa pepejal telah diswastakan dan dikendalikan oleh empat konsortium yang
yang dilantik
1. Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) (beroperasi di Wilayah Tengah/Timur)
2. Northern Waste Industries (NWI) (beroperasi di Wilayah Utara)
3. Southern Waste Management (SWM) (beroperasi di Wilayah Selatan)
4. Eastern Waste Management (EWM) (beroperasi di Malaysia Timur)

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas komponen dalam pengurusan sisa makanan oleh isi
rumah menunjukkan komponen sepenuhnya dalam pengurusan sisa makanan bermula dari isi
rumah sehingga ke pelupusan sisa pepejal. Ini bermakna pengurusan sisa pepejal makanan
merupakan satu pengurusan yang melibatkan pengurusan sisa bermula dari pengasingan,
pengutipan dan akhirnya kepada pelupusan sampah di tapak pelupusan. Menurut Augustine
Towonsing. (2017), Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk menguruskan
sisa pepejal tetapi tahap kesedaran penduduk terhadap kepentingan tanggungjawab individu
dalam usaha ini akan menyebabkan matlamat ke arah pelupusan terbuka sifar dan pengurusan
sisa pepejal bersepadu tidak akan tercapai.

RUJUKAN

Pelan Pembangunan Pengurusan Sisa Makanan Bagi Sektor Industri, Komersil Dan Institusi
(2016-2026), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan


Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Program Pengkomposan Sisa. Buku Panduan.
Augustine Towonsing. (15 April 2017). Penjagaan Alam Sekitar: Cabaran Dan Pengurusan
Sisa Pepejal Domestik. Retrieved from
https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-domestik/

Suhaila Shahrul Annuar - Jun 16, 2019, Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari,
Laporan Berita Harian.
NG LEE SHAN (2015) PELAKSANAAN DASAR PENGURUSAN SISA PEPEJAL
NEGARA DALAM KALANGAN KONTRAKTOR INDUSTRI PEMBINAAN DI PULAU
PINANG, Tesis Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp) (2015), GARIS
PANDUAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL UNTUK PENGANJURAN ACARA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2012), Lab Pengurusan Sisa Pepejal 26
Mac -13 April 2012

My Metro, 15 April 2019, 16,650 tan sisa makanan dibuang setiap hari.

You might also like