You are on page 1of 1

Konsep jaminan kualiti dalam pengurusan projek adalah seperti berikut:-

a) ISO 9000 telah menjadi satu standard antarabangsa untuk pengurusan kualiti yang
popular digunakan untuk satu jaminan kualiti.

b) Menetapkan Sistem Jaminan Kualiti atau Quality Assurance System (QAS). QAS
adalah melibatkan semua proses kerja seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan
dan pengawalan kualiti bagi semua skop kerja. Sebagai contoh, pihak Konsultan akan
membuat perancangan, menjalankan pemeriksaan dan pengujian serta penerimaan
sesuatu produk berdasarkan berdasarkan Pelan Pemeriksaan & Pengujian.

c) Pelaksanaan pelan pengurusan projek melalui Quality Assurance (QA) iaitu satu
program terancang yang merangkumi polisi, prosedur, tanggungjawab, tindakan
sistematik termasuk pemeriksaan, ujian dan audit yang perlu untuk memastikan
program pengurusan kualiti dan keputusan memenuhi syarat kontrak.

d) Melaksana Quality Assurance Plan (QAP) iaitu pelan yang menetapkan rangka kerja
bagi proses pengurusan kualiti.

e) Menyediakan Pelan Jaminan Kualiti (PKK) yang mengandungi Prosedur Kualiti,


Pelan Pemeriksaan dan Pengujian dan Kenyataan Kaedah Kerja

You might also like