You are on page 1of 25

Isu-isu Pengurusan Pengeluaran

Moden
2.5.1 Standard Pengeluaran
Definisi Standard Pengeluaran
• Satu ukuran yang konsisten daripada peraturan, garis panduan dan
tindakan dalam menghasilkan sesuatu produk supaya kualiti produk
tersebut boleh diterima secara bersama oleh pihak lain

• Ukuran prestasi yang perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran


sesebuah perniagaan
ISO 9000 (International Organisation for
Standardisation)
• ISO ialah sebuah pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang
menggabungkan agensi khusus terbesar di seluruh dunia di dalam
bidang standardisasi antarabangsa yang bertanggungjawab
mewujudkan standard-standard antarabangsa yang meliputi semua
aspek di seluruh dunia
• Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan pewujudan
piawai antarabangsa
• Pewujudan piawai ISO 9000 adalah untuk memastikan produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara ahli diiktiraf di
peringkat antarabangsa.
• Standard ISO di Malaysia dikenali sebagai MS ISO 9000
ISO terdiri daripada barisan dokumentasi yang berikut:

1. ISO 9001
–Model pengurusan kualiti yang menyediakan keperluan-keperluan minuman bagi
suatu system pengurusan kualiti
2. ISO 9002
– Penghasilan reka bentuk untuk pelanggan dan reka bentuk bagi tujuan
pemasangan dan pengeluaran di lokasi lain
3 .ISO 9003
– Aspek pencegahan daripada pemulihan dan skopnya adalah terhad terhadap
satu-satu proses pengeluaran
4. ISO 9004
– Garis panduan mengenai urusan untuk kejayaan berterusan sesebuah organisasi
(pendekatan pengurusan kualiti)
Kritirea ISO 9000
-Merupakan suatu system pengamalan atau pelaksanaan kawalan
kualiti
-ISO 9000 tidak menggambarkan standard produk yang dihasilkan
-Memerlukan organisasi mendokumenkan setiap proses kerja secara
terperinci
-Menekankan aspek pencegahan, iaitu mengelakkan sesuatu masalah
daripada berlaku melalui proses kerja betul
-Merupakan suatu standard umum yang boleh digunakan oleh semua
organisasi
Tujuan ISO
• Memastikan standard kualiti dan keperluan spesifik dalam kegunaan
organisasi
• Menjadi garis panduan kepada pengeluar dan perkhidmatan
• Menjadi landasan bagi organisasi untuk mengekalkan pencapaian
yang telah dibuat
• Dapat melakukan penambahbaikan jika aktiviti yang dijalankan tidak
mencapai piawaian yang telah ditetapkan
Kebaikan ISO
• Sebuah organisasi dapat membuktikan kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan telah mencapai standard secara bertulis yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa
• Proses audit kualiti lebih mudah dijalankan oleh pihak audit
• ISO dapat mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul
• Dapat mengurangkan tindakan pembetulan
Prosedur Permohonan ISO
1.Komitmen pengurusan atasan
2.Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000
3.Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana
4.Melakukan analisis varians
5.Menyediakan dokumen
6.Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah
didokumentasikan
7.Melaksanakan ISO 9000.
8.Pengiktirafan dan pensijilan.
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality
Management-TQM)
Definisi
• Satu proses pengurusan kualiti yang bertujuan untuk membawa
perubahan kepada organisasi secara menyeluruh
• Memberikan kepuasan yang maksimum kepada para pengguna
terhadap kualiti produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
• Menggunakan asas falsafah kualiti yang berorientasikan pelanggan
dengan melakukan penambahbaikkan secara berterusan
Objektif TQM
• Menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mampu memenuhi
kehendak dan keperluan pengguna
• Menetapkan harga produk yang kompetitif
• Memberikan kepuasan kepada pengguna dengan menghasilkan
produk yang menepati cita rasa pengguna
• Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi
Prinsip TQM
1.Prinsip mengutamakan kualiti produk
-agar produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna
2.Prinsip pengurusan melalui kepimpinan kualiti
-melibatkan pengurusan kualiti produk daripada peringkat pengurusan
atasan kepada peringkat pengurusan bawahan
-kerjasama antara pekerja pada semua peringkat pengeluaran diperlukan
3.Prinsip penyediaan latihan dan pendidikan
-untuk semua pekerja bagi membolehkan mereka menimba kemahiran dan
pengetahuandalam usaha membangunkan kualiti produk
4.Prinsip pencegahan kerosakan
-usaha penambahbaikan dan sentiasa mencari jalan untuk
meningkatkan kecekapan system operasi
5.Prinsip mengutamakan pelanggan
-usaha mencari idea baharu yang dapat memenuhi keperluan
pelanggan dan menghasilkan output yang dapat memaksimumkan
kepuasan pengguna
Kebaikan TQM
-Dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti pada
kos yang rendah
-Pengeluaran yang cekap dan pantas dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna
-Produk yang dihasilkan adalah lebih bermutu daripada produk yang
dihasilkan sebelum pengalaman TQM
-Mengurangkan pembaziran dalam aktiviti pengeluaran kerana produk
dihasilkan pada kos yang minimum
-Menggalakkan pengurusan komunikasi yang berkesan
Konsep-konsep Sistem Pengeluaran
1.Merekayasa
-Proses memikirkan semula atau mereka bentuk semula asas-asas
agresif untuk mencapai kemajuan dalam bidang yang melibatkan kos,
kualiti, perkhidmatan, dan kepantasan
-Pemikiran semula dan tindakan merombak semula keseluruhan proses
perniagaan dan proses pengeluaran dalam melakukan
penambahbaikan dalam aspek kos, kualiti, perkhidmatan, dan
kepantasan
Objektif
1.Mencapai kejayaan dan kemajuandari segi prestasi organisasi dan
dalam pasaran
2.Mereka bentuk produk yang mampu bersaing dalam persekitaran dan
dapat kekal dalam pasaran
3.Mengenal pasti kaedah yang lebih berkesan untuk menyelaras dan
menyepadukan aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran
4.Memfokuskan pada proses perniagaan yang melibatkan aktiviti
penting dan mereka bentuk teknik penghantaran yang kreatif dan
inovatif
Kebaikan
1.Dapat menghasilkan produk berkualiti yang telah direka bentuk
semula pada kos yang minimum
2.Dapat menguruskan aktiviti yang mengurangkan kos operasi dan
pengendalian organisasi
3.Dapat menikmati keuntungan besar dalam jangka masa panjang
Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) dan
Pembuatan Berbantu Komputer (CAM)
Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD)
-suatu system perisian yang menggunakan ilustrasi grafik computer
untuk menghasilkan reka bentuk baharu atau melakukan
pengubahsuaian terhadap satu-satu proses pengeluaran
Perkara utama bagi CAD
-Komputer yang berkapasiti tinggi
-Mempunyai perisian grafik untuk membolehkan kerja memanipulasi
corak geometri dan memperhalus lukisan dalam tiga dimensi yang
boleh dilihat dari pelbagai sudut iaitu bahagian hadapan, belakang, sisi
dan atas dijalankan
Pembuatan Berbantu Komputer (CAM)
-menggunakanautomasi yang boleh diprogramkan dalam proses
pembuatan sesuatu produk
-Pekerja mahir yang mengawal pergerakan mesin diperlukan untuk
membolehkan proses pengeluaran berjalan dengan lancer serta dapat
menjimatkan masa dan kos
-CAM dibangunkan dalam siri computer yang akan mengawal
pengautomasian peralatan dalam setiap perkembangan proses
pengeluaran
Objektif CAD dan CAM
1.Menjimatkan masa pengurusan pengeluaran
2.Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan mengikut jadual masa
yang telah dirancang
3.Memudahkan proses pemeriksaan dan pemantauan aktiviti
pengurusan pengeluaran
4.Memudahkan pengubahsuaian dilakukan terhadap reka bentuk
proses pengeluaran dan produk dengan bantuan teknologi grafik
5.Mengawal kualiti proses dan produk semasa proses transformasi
input kepada output dalam usaha mencapai standard kualiti yang telah
ditetapkan
Kebaikan CAD dan CAM
1.Dapat mengurangkan masa menunggu sesuatu tempahan atau lead time
dalam usaha memperkenalkan produk baharu
2.Membolehkan aktiviti penyemakan dan pengubahsuaian reka bentuk
dijalankan dengan lebih cepat berbanding kaedah manual
3.Membantu mempercepat proses pemasaran produk dalam pasaran dan
membolehkan sebarang kelemahan dan kekurangan pada produk dikenal
pasti dan diatasi dengan segera disebabkan jangka masa ujian dan penilaian
yang lebih singkat tetapi tepat
4.Mengurangkan masa pembacaan dan memudahkan penerimaan arahan
program yang telah disimpan dan digunakan semula telah membantu untuk
meningkatkanproduktiviti pengeluaran
5.Mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh manusia kepada tahap
minimum
Pembuatan Berbantu Komputer
Bersepadu(CIM)
-Frasa yang digunakan untuk menerangkan automasi lengkap kilang,
dengan semua proses berfungsi di bawah kawalan computer dan
bersumberkan maklumat digital yang membantu dalam pengeluaran
dan pengurusan operasi (P/OM)
-CIM merangkumi penggunaan CAD/CAM, reka bentuk/pengeluaran
berbantukan computer, proses perancangan berbantu computer
(CAPP), kenderaan dipandu automatic(AGV), penggunaan robot dan
alat angkut automatic, penjadualan berkomputer dan pengendalian
produksi, serta system perniagaan yang terintegrasi dengan pangkalan
data umum
Sistem Pembuatan Luwes (Flexible
Manufacturing System)
-Suatu system pengeluaran dengan menggunakan mesin yang boleh
menghasilkan pelbagai produk dengan cepat
-Beberapa buah computer digunakan untuk mengawal mesin tersebut
yang menumpu kepada operasi tertentu
-Komputer-komputer tersebut dikawal oleh sebuah computer pusat
-Komputer pusat digunakan untuk menyelaras operasi dan menentukan
jadual pengeluaran yang terbaik secara keseluruhan
Kebaikan
1.Dapat mengurangkan kos buruh kerana tidak memerlukan ramai
pekerja
2.Masa penyediaan (set-up) yang pendek mengurangkan kos
penyediaan dan memungkinkan campuran produk dilakukan
3.Kerja-kerja penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh
computer
4.Dapat meningkatkan penggunaan (utilization) mesin-mesin
5. Dapat menghasilkan output dengan kualiti yang konsisten
Merekayasa Reka Bentuk Pembuatan Pembuatan Sistem
Berbantu Berbantu Berbantu Pembuatan
Komputer Komputer Komputer Luwes (FMS)
(CAD) (CAM) Bersepadu
(CIM)
Mereka bentuk Menggunakan Proses Kesepaduan Mesin
semula asas- ilustrasi grafik automasi penggunaan pengeluaran
asas secara computer untuk pembuatan alat-alat yang boleh
agresif dan menghasilkan sesuatu produk dikawal mengeluarkan
radikal reka bentuk berasaskan komputer pelbagai
teknologi produk dengan
maklumat cepat

You might also like