You are on page 1of 4

SULIT*

946/1 PERCUBAAN
STPM PENGGAL 1 2018

PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1 PENGGAL 1
(Satu jam empat puluh lima minit)

SMK _____________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 1 2018

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab soalan 2 dalam Bahagian B.

Jawab soalan 3 atau soalan 4 dalam Bahagian B.

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu soalan 3 atau soalan 4 tetapi
hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa.

________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.
1
PERCUBAAN 2018 - 946/1 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 a) Huraikan tiga peranan perniagaaan kepada ekonomi sesebuah negara. [6]

Input X Output

Untung/rugi
Y

Gambar rajah proses perniagaan

b) Berdasarkan gambar rajah di atas, huraikan langkah X dan Y tersebut didalam


proses perniagaan. [4]

c) Huraikan dua peranan sektor swasta kepada perkembangan ekonomi negara. [4]

d) Huraikan dua cabaran yang dihadapi dan cara menangani cabaran tersebut oleh
pengurus pengeluaran. [6]

e) Berikan maksud dan nyatakan tiga tujuan perancangan susun atur proses pengeluaran.
[4]

f) Lukis dan labelkan model gelagat pengguna. [6]

g) Jelaskan dua langkah pertama mengikut urutan dalam proses pembelian produk
pengguna. [6]

h) Jelaskan jenis penggunaan dana mengikut jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. [6]

i) Senaraikan dua faedah berbentuk wang dan faedah berbentuk bukan wang yang
diberikan oleh majikan kepada pekerja. [4]

j) Berikan maksud perhubungan industri dan tiga fungsi Kesatuan Sekerja . [4]

2
PERCUBAAN 2018 - 946/1 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
Bahagian B [50 Markah]
Jawab semua soalan
Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
2. Syarikat Faiza Sdn. Bhd.yang diasaskan oleh Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed
Ahmad dan di tubuhkan pada tahun 1992, menjalankan perniagaan utamanya dalam
pengilangan dan pemborongan beras serta pengilangan dan pemborongan rempah dan lain-lain
produk bukan beras untuk keperluan harian pengguna.

Syarikat itu kini mempunyai lebih 21 jenama beras selain mengeluarkan berbagai jenis rempah
di pasaran. Antara jenama terkemukanya adalah beras Herba Ponni yang berjemama Taj
Mahal, Beras Basmathi berjenama Beras Moghul , Beras Maharani, Beras Khasmir, serta beras
biasa tempatan yang berjenama Beras Faiza Emas, Beras Bunga Raya, dan beras wangi
Thailand berjenama Beras Lagenda. Bagi memastikan lagi pelbagaian produk beras Syarikat
Faiza terus mengeluarkan beras yang bersaiz 2 kilogram antaranya, pulut hitam faiza, pulut
susu faiza, Thai Brown Rice Faiza, Thai Red Rice Faiza, Parboiled Basmasthi, Kohinoor
Basmasthi, Royal Dancer Fragrant, dan Nasi Dagang. Untuk meningkatkan lagi penguasaan
pasarannya Syarikat Faiza mengeluarkan dan menawarkan pelbagai rempah yang dibungkus
dalam 10 jenis berbeza yang melibatkan saiz pembungkusan 25 gram, 220 gram dan
sekilogram diproses di kilang terletak di Johor dengan kapasiti kakitangan 35 orang di bahagian
pengeluaran. Antara produk utama rempah Faiza ialah Faiza Curry, Faiza Raja Curry, Faiza
Beriani dan Faiza Bukhari.

Pada masa sama, Syarikat Faiza mengeluarkan beberapa produk baru selain beras dan rempah
seperti ketupat nasi segera, bihun, kicap dan sos cili, santan serbuk, MSG, bubur, garam,
tepung, air galian, madu import dan mihun segera. Pengenalan produk baru dijangka
melonjakkan lagi jualan kerana syarikat akan menjalankan promosi yang agresif melalui
pengiklanan biarpun produk Syarikat Faizal sudah terkenal dan diyakini halal dan bermutu
tinggi terutama di kalangan masyarakat Islam.

Syarikat Faiza memperuntukkan RM5 juta setahun untuk promosi. Antaranya pengiklanan
dimedia-media tempatan dalam usaha mengukuhkan nama Syarikat Faiza sebagai jenama
produk makanan yang terkenal dengan kualiti tinggi di negara ini. Syarikat Faiza juga turut
menunaikan tangungjawab sosial koperatnya dengan melakukan sumbangan ataupun sokongan
kepada kesejahteraan masyarakat, pendidikan, seni dan lain-lain lagi. Antara program-program
khas yang dilaksanakan ialah memberi bantuan biasiswa kepada pelajar dari keluarga yang
kurang berkemampuan, bantuan kepada mangsa banjir dan pusat-pusat penempatan banjir,
sumbangan produk kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta sempena majlis sambutan
Maulidul Rasul, tajaan mengerjakan umrah kepada pekerja terpilih, pemeriksaan kesihatan
percuma (Random Blood Sugar) kepada orang ramai. Untuk mengekalkan ingatan masyarakat
terhadap jenama Faiza, syarikat turut juga menaja beberapa program, antaranya Program
Bersamamu bersama dengan TV3 selama 7 tahun, MoU dengan National Diabetes Institute
(NADI) selama 3 tahun, Bekerjasama dalam menubuhkan Koperasi Masjid melalui
ANGKASA, Latihan industri kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang terpilih di
seluruh Malaysia dan menyediakan faedah-faedah kepada pekerja syarikat seperti faedah
perubatan, bilik solat, cuti tahunan, anugerah pekerja cemerlang, latihan.

(Disesuaikan daripada http://www.faizarice.com/ dan


http://iksprofile.blogspot.my/2012/05/syarikat-faiza-sdn-bhd.html yang capai pada 4/9/2017)

3
PERCUBAAN 2018 - 946/1 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
Berdasarkan kes di atas,
a) Jelaskan klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh syarikat Faiza Sdn Bhd. [4]
b) Jelaskan lini produk yang diamalkan oleh syarikat dalam memantapkan lagi strategi
pemasaran syarikat faiza. [17]
c) Jelaskan campuran promosi yang diterapkan dalam syarikat faiza Sdn Bhd. [14]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3 atau 4 .

3. Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap pemiagaan primer, sekunder, dan tertiar bagi
penghasilan produk kasut sukan. [15]

ATAU
4. Jelaskan proses pengambilan sumber manusia bagi sesebuah organisasi. [15]

4
PERCUBAAN 2018 - 946/1 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*

You might also like