You are on page 1of 28

CHECKLIST

SOALAN
STRUKTUR
PENGAJIAN AM

SEMESTER 2

Study Notes ©
ibnuqadeer@gmail.com

SOALAN BAHAGIAN A SEMESTER 2


1. Berikan empat petunjuk negara maju
2. Jelaskan dua sebab mengapa aspek agama dan kepercayaan dilihat penting dalam usaha
mencapai taraf negara maju.
3. Cadangkan empat petunjuk yang boleh dirujuk untuk mengukur pencapaian usaha meningkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia
4. Nyatakan empat komponen yang menjadi dasar Indeks Kualiti Hidup Malaysia.
5. Kesejahteraan sosial sangat penting untuk member manfaat hidup rakyat. Cadangkan empat petunjuk
yang mengukur pencapaian kesejahteraaan sosial
6. Cadangkan empat petunjuk daripada komponen pendidikan yang boleh dirujuk untuk mengukur
pencapaian usaha peningkatan kualiti hidup dan kesejanteraan masyarakat Malaysia
7. Nyatakant tiga kepentingan negara maju dan sejahtera kepada rakyat
8. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
9. Nyatkan tiga langkah untuk membina negara maju
10. Nyatakan tiga tujuan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) yang ditubuhkan pada tahun
1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei.
11. Nyatakan tiga objektif Rukun Negara
12. Huraikan dua kesan apabila prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara kurang dihayati
dalam kalangan masyarakat
13. Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin mensejahterakan negara
14. Nyatakan tiga rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara
15. Berikan dua kepentingan perinsip pertama Kepercayaan Kepada Tuhan perlu dihayati oleh semua
warganegara Malaysia.
16. Salah satu matlamat Rukun Negara ialah membina masyarakat yang progresif dengan menggunakan
sains dan teknologi. Huraikan dua kekangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
17. Nyatakan tiga cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara.
18. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara
19. Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. Bagaimana prinsip ini
dapat membentuk peribadi masyarakat?
20. Nyatakan empat cabaran Rukun Negara

21. Jelaskan dua prinsip Rukun Negara


22. Nyatakan empat potensi yang ada pada negara Malaysia untuk menjadi negara maju tahun 2020
23. Nyatakan tiga strategi bagi mencapai status negara maju.
24. Cabaran Wawasan 2020 telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Huraikan dua isu tersebut.
25. Jelaskan dua keadaaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat dan budaya
penyayang.
26. Berikan tiga isu kepada cabaran untuk mencapai status negara maju
27. Nyatakan strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan pada tahun 1970 hingga 1990 .
28. Huraikan dua sebab sesuatu dasar negara itu sering berubah-ubah.
29. Nyatakan tiga dasar Pembangunan ekonomi negara.
30. Apakah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dalam merancang rancangan
pembangunan negara ?
2
ibnuqadeer@gmail.com
31. Nyatakan dua dimensi baru strategi Dasar Pembangunan Nasional
32. Jelaskan dua prinsip utama MBE
33. Nyatakan empat tonggak Modal Baru Ekonomi
34. Jelaskan dua cabaran utama gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
35. Nyatakan tiga faktor yang diambil kira oleh kerajaan dalam merancang rancangan pembangunan
negara.
36. Bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dipringkat global ekonomi Malaysia seharusnya
berpandukan?
37. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik
bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada
lapan inisiatif tersebut.
38. Terangkan dua tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020
39. Tranformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah menggariskan 4
strategi.
Terangkan dua daripada strategi tersebut
40. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
41. Jelaskan dua cabaran dalam menjayakan RMK 10
42. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
43. Apakan empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju?

44. Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara
maju.

45. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
46. Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju
47. Huraikan dua objektif dasar penswastaan
48. Jelaskan dua bentuk penswastaan
49. Nyataka tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan.

50. Nyatakan empat objektif Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam Negara

51. Jelaskan dua matlamat Dasar Pandang ke Timur


52. Huraikan dua implikasi positif pelaksanaan Dasar Kependudukan menjelang tahun 2100.
53. Nyatakan juga dua implikasi negatif pelaksanaan Dasar kependudukan kepada negara.
54. Berikan empat objektif Dasar Automatif Nasional
55. Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara
56. Nyatakan empat cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian
57. Berikan empat objektif Dasar Pertanian Negara 3
58. Jelaskan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara 3
59. Berikan tiga objektif Dasar Agromakanan.
60. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga
61. Berikan tiga cabaran Dasar Peranian Negara.
62. Nyatakan tiga objektif Dasar Agro Makanan
63. Nyatakan empat teras Dasar Agro Makanan
3
ibnuqadeer@gmail.com
64. Nyatakan empat teras kedayasaingan
65. Terangkan dua Teras Dasar Agromakanan (2011-2020).

66. Berikan empat teras daya kemampanan


67. Berikan tiga objektif Dasar Jaminan Bekalan Makanan
68. Nyatakan empat strategi Dasar Jaminan Bekalan Makanan
69. Kekurangan bekalan makanan di peringkat global menyebabkan kerajaan memperkenalkan Dasar
Jaminan Makanan. Nyatakan empat strategi Dasar Jaminan Bekalan Makanan.
70. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang salah
satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.
71. Nyatakan tiga matlamat Pelan Induk Perindustrian Ke Tiga ( PIP – 2006 -2020)

72. Nyatakan empat teras pembangunan di bawah Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3)
73. Nyatakan tiga daripada 5 teras Pelan Induk Perindustrian 3
74. Berikan tiga ciri Sogoshosha
75. Nyatakan tiga objektif Dasar Sogoshosha

76. Jelaskan dua strategi Pelaksanaan Sogososha Malaysia


77. Berikan tiga objektif Dasar Sosial Negara

78. Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar Sosial negara .
79. Nyatakan empat strategi Dasar Sosial Negara
80. Senaraikan empat dasar awam yang memupuk nilai-nilai murni demi kesejahteraan negara
81. Jelaskan dua kategori sukan di bawah Dasar Sukan Negara
82. Berikan tiga objektif Dasar Sukan Negara
83. Nyatakan tiga objektif Dasar Alam Sekitar Negara
84. Nyatakan empat cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara.
85. Pembangunan alam sekitar terus menjadi agenda penting dalam beberapa dasar negara.
Nyatakan empat dasar tersebut.
86. Berikan empat perinsip Dasar Akam Sekitar Negara
87. Nyatakan tiga langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan Teknologi Hijau.
88. Nyatakan empat tunggak Dasar Teknologi Hijau

89. Jelaska dua faedah pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau

90. Nyatakan empat teras dasar Bioteknologi diperkenalkan oleh kerajaan


91. Jelaskan dua cabaran biodiversi
92. Jelaskan dua fungsi Rancangan Fizikal Negara.
93. Nyatakan tiga tema Rancangan Fizikal Negara
94. Nyatakan tiga strategi Dasar Wanita Negara
95. Huraikan dua objektif dasar Wanita Negara.

96. Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan wanita di negara ini.

97. Nyatakan empat teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


98. Nyatakan tiga objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

4
ibnuqadeer@gmail.com
99. Jelaskan kepentingan dua langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia
100. Nyatakan empat dasar kerajaan yang membentuk perpaduan
101. Nyatakan empat objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan

102. Nyatakan tiga strategi penggubalan Dasar Pendidikan Negara


103. Konsep 1 Malaysia bersandarkan prinsip teras yang mampu mengukuhkan perpaduan nasional.
Huraikan dua prinsip teras perpaduan tersebut.
104. Berikan tiga usaha kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
105. Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum
106. Nyatakan tiga perinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
107. Jelaskan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum
108. Nyatakan tiga objektif pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

109. Nyatakan dua strategi dalam melaksanakan dasar Kebudayaan Kebangsaan


110. Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara
111. Nyatakan tiga usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
112. Nyatakan empat aspirasi Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia
113. Huraikan dua ciri murid agar berkeupayaan bersaing diperingkat global.
114. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan beberapa bidang
utama untuk dicapai. Berikan empat bidang tersebut.

115. Huraikan dua aspirasi sistem pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
116. Nyatakan empat bidang keberhasilan ekonomi Negara (NEKA)
117. Senaraikan empat buah koridor pembangunan wilayah di Malaysia yang memberikan tumpuan
kepada pembangunan ekonomi mapan dan secara saksama.
118. Nyatakan tiga bidang yang menjadi fokus utama yang di bawah oleh Wilayah Pembangunan Pantai
Timur (ECER)
119. Nyatakan empat kesan pelaksanaan pembangunan Lima Korodor Wilayah Ekonomi
120.Nyatakan empat matlamat utama Belanjawan 2013
121. Fokus utama Bajet 2013
122. Nyatakan empat daripada 6 bidang tumpuan NKRA dalam program transformasi kerajaan
123. Berikan tiga tujuan pelaksanaan NKRA
124. Jelaskan dua sasaran Pelan Integriti Nasional
125. Jelaskan dua faktor yang menjejaskan integrity
126.Berikan empat langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar
127. Huraikan dua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh orang ramai untuk
memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
128. Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegag teguh kepada agama dan kepercayaan
masing- masing.
129. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan
130. Nyatakan tiga cara kerajaan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan awam.
131. Nyatakan tiga cabaran negara akibat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)
132. Nyatakan tiga ciri-ciri kilang atau sistem yang tergolong di bawah Industri 4.0

5
ibnuqadeer@gmail.com
133. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan persediaan masyarakat dalam
menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
134. Berikan tiga misi Pelan Antirasuah Nasional 2019 – 2023 (NACP)
135. Nyatakan empat bidang yang menjadi keutamaan Pelan Antirasuah Nasional
136. Nyatakan dua objektif Kemakmuran Bersama 2030
137. Berikan empat objektif Pendidikan Khas.
138. Huraikan dua strategi yang dirancang kerajaan untuk memperkasakan belia negara
139. Nyataan tiga ciri yang mesti dimiliki oleh golongan belia sebagai persediaan memimpin negara
140. Berikan tiga langkah untuk melahirkan masyarakat kepada penyumbang kepada pembangunan sains,
teknologi dan inovasi

DISEDIAKAN OLEH
NAPI BIN AB KADIR
SMK TOK JANGGUT
PASIR PUTEH
KELANTAN
22/6/2022

6
ibnuqadeer@gmail.com
CHECK LIST BAHAGIAN A SEMESTER 2
1. Berikan empat petunjuk negara maju
- Tingkat pendidikan tinggi
- Tingkat pendapatan perkapita penduduk tinggi
- Tingkat kesihatan tinggi
- Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupI
- Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
- Dapat mengatasi masalah kependudukan
- Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat
- Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
- Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan
- Kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan
terhadap hak asasi manusia

2. Jelaskan dua sebab mengapa aspek agama dan kepercayaan dilihat penting dalam usaha
mencapai taraf negara maju.
- Berfungsi sebagai alat kawalan sosial- mencegah jenayah, konsep dosa dan
pahala, karma
- Berfungsi sebagai alat pendidikan – mengajar nilai baik, pembangunan modal
insan/ disiplin/ bermoral dan beretika
- Sumber ilmu – kitab-kitab agama mengandungi ilmu tentang cara hidup, alam
semesta, dan metafizik.
- Melahirkan pemimpin yang berwibawa – didikan dan penghayatan agama
menjamin pembangunan modal insan yang cemerlang
- Mengeratkan perpaduan kaum – nilai kasih sayang dan hormat menghormati
sesama manusia dapat mengeratkan perpaduan, membolehkan negara aman dan
berdaya maju.
- Menjelaskan ketidakpastian dalam kehidupan manusia – agama mengandungi
penerangan tentang kewujudan dunia dan manusia
3. Cadangkan empat petunjuk yang boleh dirujuk untuk mengukur pencapaian usaha meningkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia
- Pendapatan perkapita yang tinggi
- Tingkat pendiddikan relatif tinggi
- Tingkat kesihatan penduduk tinggi
- Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
- Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat
4. Nyatakan empat komponen yang menjadi dasar Indeks Kualiti Hidup Malaysia.
- Pendidikan
- Pengangkutan dan komunikasi
- Perumahan
- Kebudayaan dan liburan
- Pendapatan dan Pengagihan
- Keselamatan awam
- Kesihatan
- Penyertaan sosial
- Alam sekitar
- Kehidupan berkeluarga
- Persekitaran kerja
5. Kesejahteraan sosial sangat penting untuk memberi manfaat hidup rakyat. Cadangkan empat
petunjuk yang mengukur pencapaian kesejahteraaan sosial
- Pendapatan perkapita negara yang semakin meningkat
- Kemudahan fizikal dan prasarana yang baik

7
ibnuqadeer@gmail.com
- Keharmonian masyarakat melalui perpaduan, politik yang stabil
- Kebebasan melakukan sesuatu
6. Cadangkan empat komponen pendidikan yang boleh dirujuk untuk mengukur pencapaian usaha
peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia
- Kadar celik huruf
- Kadar penyertaan prasekolah
- Kadar penyertaan sekolah rendah
- Nisbah guru-murid sekolah rendah
- Nisbah guru-murid sekolah menengah
- Peratusan guru siswazah

7. Nyatakant tiga kepentingan negara maju dan sejahtera kepada rakyat


- Memberikan kehidupan rakyat yang selesa.
- Memberikan kehidupan yang aman / harmoni.
- Meningkatkan pendapatan rakyat.
- Meningkatkan taraf hidup rakyat.
- Meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
- Meningkatkan tahap pendidikan rakyat

8. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
a.Mewujudkan peluang pekerjaan
- Upah yang tinggi
- Rakyat hidup dengan lebih selesa
b.Meningkatkan keselamatan Negara
- Politik yang stabil
- Rakyat hidup aman
c.Menyediakan pelbagai kemudahan sosial
- Infrastruktur/ prasarana mencukupi
- Rakyat hidup sejahtera

9. Nyatkan tiga langkah untuk membina negara maju


- Melakukan penghematan dan memperketatkan perbelanjaan negara
- Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
- Memperkukuh asas dan funda mental ekonomi negara, serta mencipta bidang-bidang
pertumbuhan baru
- Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan sistem birokrasi yang rumit terutama
dalam bidang pelaburan akan menjadi lebih baik dan cepat
- Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, elektrik dan penyediaan air bersih

10. Nyatakan tiga tujuan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) yang ditubuhkan pada tahun
1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
- Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
- Mengembalikan pemerintahan negara yang lebih cekap, licin dan sempurna
- Mengembalikan keadaan harmoni dan saling mempercayai antara kaum
11. Nyatakan tiga objektif Rukun Negara
- Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
- Untuk memelihara cara hidup demokratik
- Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
- Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
- Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunaakan sains dan teknologi

8
ibnuqadeer@gmail.com
12. Huraikan dua kesan apabila prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara kurang dihayati dalam
kalangan masyarakat.
a.Keharmonian hidup rakyat terjejas
- Kurang pegangan agama sebagai panduan hidup
- Kurang toleransi antara agama.
b.Meruntuhkan jati diri rakyat
- Rakyat mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
- Tidak dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.
c.Lunturnya sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat
- Wujudnya persengketaan.
- Pengabaian golongan tua / kanak-kanak / wanita.
d.Berleluasanya masalah sosial.
- Mudah terjerumus dalam masalah sosial kerana pegangan agama yang lemah.
- LGBT, sumbang mahram dan pembuangan bayi rasuah.
e.Meningkatnya kadar jenayah.
- Kes jenayah akan bertambah.
- Konsep / matlamat menghalalkan cara.

13. Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin menyejahterakan rakyat.
- Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu – membentuk negara bangsa
- Membentuk masyarakat yang proaktif – penghayatan prinsip kepercayaan kepada Tuhan
membina peribadi/insan yang berpandangan jauh dan mendahului zaman.
- Membentuk masyarakat yang liberal – penghayatan prinsip kesopanan dan kesusilaaan
- Membentuk masyarakat yang adil – berlandaskan Perlembagaan dan undang- undang yang
berkuatkuasa
14. Nyatakan tiga rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara.
- Wujud situasi yang menggugat perpaduan negara
- Wujud tindakan yang menggugat institusi beraja
- Wujud tindakan yang mempersoalkan perlembagaan
15. Berikan dua kepentingan prinsip pertama Kepercayaan Kepada Tuhan perlu dihayati oleh semua warganegara
Malaysia.
- Menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang berdaulat
- Membentuk keperibadian sesuatu bangsa

16. Salah satu matlamat Rukun Negara ialah membina masyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi. Huraikan dua kekangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

a. Kurang pendedahan kepada penggunaan teknologi terkini


- Masih menggunakan teknologi lama menyebabkan masyarakat tidak dapat meningkatkan pembangunan
diri
b. Kurang mengikuti perkembangan teknologi terkini
- Menyebabkan masyarakat tidak mengetahui perkembangan teknologi untuk kegunaan seharian
c. Kurang pengetahuan maya secara menyeluruh
- Kurang menguasai pengetahuan tentang teknologi maklumat (ICT)

17. Nyatakan tiga cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara.
- Mematuhi undang-undang negara (elak perlakuan jenayah)
- Menghormati institusi perundangan dan kehakiman negara
- Memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang negara
- Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi
- Menghormati lambang-lambang negara
- Mengenang jasa pejuang / tokoh-tokoh negara
- Mengelakkan penyebaran maklumat yag menjejaskan imej negara

18. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara


- untuk mencipta masyarakat yang adil
- untuk memelihara cara hidup demokratik

9
ibnuqadeer@gmail.com
- untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
- untuk membentuk satu sikap masyarakat liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
pelbagai
- untuk membina msyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

19. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. Bagaimana prinsip ini
dapat membentuk peribadi masyarakat?
- Menjadi benteng daripada tingkah laku yang negatif
- Membantu masyarakat memikirkan bahawa mereka mempunyai amanah yang besar
- Memberi kekuatan untuk bersabar dalam melakukan sebarang tindakan
- Melatih masyarakat supaya sentiasa bersyukur
20. Nyatakan empat cabaran Rukun Negara
- Rakyat tidak mengamalkan ajaran agama
- Rakyat mempersoalkan kedudukan dan kuasa raja-raja
- Rakyat menyalahgunakan media sosial untuk memburukkan negara
- Rakyat melakukan jenayah dan melanggar undang-undang negara
- Keruntuhan moral dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda
- Rakyat yang mementingkan diri sendiri

21. Jelaskan dua prinsip Rukun Negara


1

- Kepercayaan kepada Tuhan - Menjadikan bangsa dan negara berdaulat kerana semua agama
menyeru penganutnya berbuat kebaikan
- Kesetiaan kepada raja dan Negara - Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan YDPA sebagai ketua negara merupakan lambing perpadua dan
kedaulatan negara
22. Nyatakan empat potensi yang ada pada Malaysia untuk menjadi negara maju.
- Teknologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
- Ekonomi Malaysia hari ini berpandukan eksport melalui industri bertkknologi tinggi
berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
- Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada
komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
- Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpaksikan modal insan,
inovasi dan idea
- Pendidikan dan latihan adalah diberi keutamaan dalam pembangunan di bawah rancangan
pembangunan Malaysia

23. Nyatakan tiga strategi bagi mencapai status negara maju.


- Melakukan inovasi pendidikan/transformasi pendidikan
- Meningkatkan sumber modal insan / tenaga manusia berkemahiran atau berpengetahuan
- Memajukan sektor ekonomi berasaskan perindustrian
- Meningkatkan pembangunan infrastruktur / kemudahan moden
- Meningkatkan pembangunan sains dan teknologi
- Memajukan pembangunan di luar bandar
- Memperkasakan perpaduan dalam kalangan masyarakat

24. Cabaran Wawasan 2020 telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Huraikan dua isu tersebut.
a.Pembentukan sebuh negara bangsa Malaysia
- Prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa pemikiran terhadap satu negara dan bangsa,
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
- Konsep perpduan, kesetiaan negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan
diamalkan.

10
ibnuqadeer@gmail.com
b.Mewujudkan sebuah negara perindustrian.
- Mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian
- Melibatkan sektor perdagangan dan komersial – modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga
kerja
c.Keadilan ekonomi dan sosial
- Perlu diwujudkan supaya tidak ada satu golongan rakyat yang memiliki segala-galanya
sedangkan satu golongan lagi tercicir.
d.Moral dan etika
- Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
e.Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan
- Keluarga dan masyarakat mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin
25. Jelaskan dua keadaaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang
dalam kalangan penduduk Malaysia.
a.Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan
- Nilai bekerjasama, prihatin dan hormat-menghormati dilupakan..
- Bersifat individualistik, materiakistik…
b. Wujudnya pelbagai gejala sosial
- Penagihan dadah, bohsia, merempit, jenayah remaja
- Mengamalkan budaya yang bertentangan dengan budaya timur
c. Kegiatan anti-sosial yang berleluasa
- Sentiment prasangka antara kaum, budaya, agama..
- Sering mengungkit isu-isu perkauman yang memecahbelahkan masyarakat
d. Pengabaian warga emas dan golongan orang kelaian upaya
- Hidup tersisih daripada keluarga dan masyarakat
- Dianggap membebankan, dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua
e. Penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
- Hak kanak-kanak diabaikan
- Bayi dibuang
- Kanak-kanak didera, diculik, diperdagangkan
f. Peningkatan keganasan rumah tangga
- Penderaan dan kekerasan oleh pasangan
- Secara fizikal & mental
g. Pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam
- Hutan dimusnahkan, udara dan sumber air dicemari
- Vandalisme berleluasan terutamanya terhadap harta benda awam
- Mementingkan keuntungan, kepentingan dan keselesaan sendiri
26. Berikan tiga isu kepada cabaran untuk mencapai status negara maju
- Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
- Mewujudkan sebuah negara perindustrian
- Keadilan ekonomi dan sosial
- Moral dan etika
- Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan

27. Nyatakan strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan pada tahun 1970 hingga 1990 .
- Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan
- Menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum tidak lagi berasaskan aktiviti ekonomi

28. Huraikan dua sebab sesuatu dasar negara itu sering berubah-ubah.
- Respons kepada perubahan zaman/perubahan di peringkat global – terdedah
kepada keadaan ekonomi dunia
- Mengatasi masalah semasa yang timbul/menyelesaikan masalah rakyat – seperti
penambahbaikkan pengangkutan awam/tambah bilangan hospital dsb
- Merencana program/strategi baharu yang lebih sesuai dengan keperluan rakyat –
seperti teknologi baharu dalam bidang pertanian
11
ibnuqadeer@gmail.com
- Menambahbaik strategi pelaksanaan dasar- menggunakan kaedah-kaedah
pelaksanaan yanglebih sesuai/berkesan
- Mengatasi kelemahan dasar sebelumnya – objektif dasar tidak tercapai
sepenuhnya, perlu perancangan dan pelaksanaan yang lebih baik.
- Menambah baik kualiti hidup rakyat – kehidupan rakyat lebih sejahtera

29. Nyatakan tiga dasar Pembangunan Ekonomi Negara.


- Dasar Ekonomi Baru(DEB) 1971 -1990
- Dasar Pembangunan Nasional(DPN) 1991 - 2000
- Dasar Wawasan Negara(DWN) 2000 - 2010
- Model Baru Ekonomi(MBE) 2011 -2020

30. Apakah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dalam merancang rancangan
pembangunan negara ?
- Kewangan
- Sumber manusia
- Politik
- Masa dan tempoh
- Teknologi

31. Nyatakan dua dimensi baru strategi Dasar Pembangunan Nasional


- Membasmi kemiskinan serta mengurangkan kemisikinan relatif
- Meningkatkan penyertaan pihak swasta dalam penyusunan semula masyarakat
- Menumpukan perhatian kepada pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera.
- Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika

32. Jelaskan tiga prinsip utama Model Baru Ekonomi


- Ekonomi Berpendapatan Tinggi- menyasarkan pendapatan perkapita penduduk setiap rakyat
AS$15000 - AS$ 20 000
- Kemampanan – memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang
dengan mengambil Kira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran
- Keterangkuman - membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya

33. Nyatakan empat tonggak Model Baru Ekonomi


- Rakyat Didahulukan Pencapaian Dutamakan
- Program Transformasi Kerajaan(PTK)
- Program Transformasi Ekonomi(PTE)
- Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMK-10)(2011-2015)
34. Jelaskan dua cabaran utama gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
- Cabaran mencapai perpaduan negara-dalam masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai
adapt budaya yang dihormati
- Cabaran untuk memenuhi aspirasi rakyat-agar tidak ada pihak yang terpinggir dari semua
aspek samaada pendidikan, ekonomi politik dan social

35. Nyatakan tiga faktor yang diambil kira oleh kerajaan dalam merancang rancangan pembangunan
negara.
- Kewangan
- Sumber manusia/tenaga kerja
- Masa atau tempoh/jangka pendek atau jangka panjang
- Teknologi
36. Bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dipringkat global ekonomi Malaysia seharusnya
berpandukan?
- Pasaran
- Memiliki tadbir urus yang baik

12
ibnuqadeer@gmail.com
- Berintegrasi serantau
- Keusahawanan dan berinovatif
- Ekonomi berpendapatan inggi
- Mapan
- Penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat
- Semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama

37. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik
bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada
lapan inisiatif tersebut.
- Menyuburkan kembali peranan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
- Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kpd
pekerja asing
- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
- Memperkukuhkan sektor awam
- Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
- Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
- Meningkatkan sumber pertumbuhan
- Memastikan pertumbuhan yang mapan
38. Terangkan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020
- 1Malaysia-Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan
- Program Transformasi Kerajaan
- Program Transformasi Ekonomi
- RMK-10 (2011-2015)

39. Tranformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah menggariskan 4
strategi
Terangkan dua daripada strategi tersebut
- - Mendaya kembali pelaburan swasta-sektor awam perlu bekerjasama dengan sektor swasta
yang akan menjadi pemacu manakala kerajaan sebagai pemudahcara akan meransang
pertumbuhan ekonomi negara
- Membangunkan modal insan-berkualiti, berkemahiran dan inovatif dan aspek pendidikan
disusun semula

40. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
- Mentransformasikan sistem penyampaian kerajaan
- Mentranformasikan ekonomi
- Mensejahterakan hidup
- Membangun dan mengekalkan modal insane bertaraf dunia
- Mewujudkan persekitaran kondusif kearah mempertingkatkan kualiti hidup

41. Jelaskan dua cabaran dalam menjayakan RMK 10


- Memperkasa modal insan - agar berkemahiran dan berintegriti tinggi yang boleh menyumbang
kepada produktiviti negara
- Mengurus hutang - memastikan keadaan ekonomi negara berkembang
- Memantapkan urus tadbi r - memperkasakan sistem penyampaian kerajaan

42. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
- Membangunkan modal insan
- Meningkatkan pembangunan infrastruktur
- Meningkatan pembangunan infostruktur
- Meningkatkan pelaburan

13
ibnuqadeer@gmail.com
43. Apakan empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju?
- Membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu padu
- Membina masyarakat yang berjiwa bebas
- Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
- Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
- Mewjudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif
- Menwujukan masyarakat yang penyanyang dan berbudaya menyayangi
- Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
- Mewujudkan masyarakat yang makmur
44. Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara
maju.
a.Meningkatan pendidikan yang berkualiti
- Mentransformasikan sistem pendidikan
- Menghasilkan modal insan yang berkualiti
- Merupakan asas kepada k-ekonomi
b.Meningkatkan kemahiran
- Menyediakan pusat-pusat latihan
- Memberi pendedahan kemahiran luar negara
c. Meningkatkan tenaga pakar negara
- Membawa pulang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar negara
d.Meningkatkan nilai dan etika kerja
- Menerapkan nilai-nilai integriti
- Mengukuhkan jati diri
45. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
- Membangunkan modal insan/melahirkan modal insan yang berkualiti
- Meningkat/menambahkan kemudahan pendidikan
- Meningkatkan kemudahan infrastrukutur
- Meningkatkan kemudahan infostruktur
- Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baru
- Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan
46. Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju.
- Pendapatan perkapita tinggi
- Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi
- Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi
- Saiz ekonomi berintensif/berasaskan pengetahuan
- Kreativiti dan inovasi berkembang
- Kadar peratusan pelajar ke IPT meningkat
- Tahap kesihatan tinggi
- Prasanana yang lengkap dan moden
- Kecekapan pengurusan alam sekitar
- Penggunaan optimum sumber
47. Huraikan dua objektif dasar penswastaan
- Mengurangkan peranan kerajaan dalam aktiviti sosio ekonomi negara dan mengurangkan
beban Kewangan kerajaan
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui penggunaan sumber-sumber kekayaan
negara secara optimum oleh syarikat swasta
48. Jelaskan dua bentuk penswastaan
- Secara kontrak-Pihak swasta diberi peluang untuk membantu kerajaan melaksanakan projek
jangka pendek seperti kontrak mengutip sampah oleh syarikat Alam Flora
- Secara perniagaan-pihak swasta mengendalikan sesuatu projek yang melibatkan kepentingan
orang ramai
- Secara pajakan-memberi khidmat dengan tidak memiliki apa-apa hak milik seperti penswastaa
tempat letak kereta

14
ibnuqadeer@gmail.com

49. Nyataka tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan.


- Mengurangkan beban kewangan kerajaan
- Mempercepatkan pencapaian matlamat pencapaian Dasar Ekonomi Baru
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
- Mengagihkan sumber dan kecekapan/pembahagian sumber serta meningkatkan kecekapan

50. Nyatakan empat objektif Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam Negara
- Mengawal kadar inflasi
- Mengurangkan defisit belanjawan negara
- mengukuhkan kedudukan kewangan negara
- Mengawal pertumbuhan hutang awam
51. Jelaskan dua matlamat Dasar Pandang ke Timur
- Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara - Mencontohi amalan kerja
yang baik dari negara Jepun dan Korea Selatan supaya prestasi pengurusan sektor
perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan
- Mewujudkan nilai dan etika kerja yang positif-melalui pelaksanaan program seperti Perubahan
Struktur (Kad perakam waktu,Tanda nama, Fail meja dll)

52. Nyatakan dua implikasi positif/kebaikan pelaksanaan dasar Dasar Kependudukan menjelang tahun
2100.
- Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
- Mengurangkan penggantungan terhadap buruh asing
- Pasaran tempatan yang luas
- Pertahanan negara yang kuat
- Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan akan meningkat
53. Nyatakan juga dua implikasi negatif pelaksanaan Dasar Kependudukan .
- Kekurangan peluang pekerjaan - pengangguran berlaku
- Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas terhadap penduduk
- Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar
- Peningkatan masalah sosial
- Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan
- Masalah perumahan
54. Berikan empat objektif Dasar Automatif Nasional
- Memastikan pembangunan industri automotif terancang
- Mewujudkan persekitaran pelabur yang kondusif
- Meningkatkatkan daya saing negara
- Menggalakan pembangunan teknologi
- Meningkatkan penyertaan bumiputera
- Meningkatkan standard keselamatan

55. Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara


- Peningkatan daya saing industri automatif negara
- Kewujudan Malaysia sebagai hub serantau sebagai industri kereta
- Peningkatan kualiti kereta nasional
- Peningkatan kemahiran keusahawan industri kereta

56. Nyatakan empat cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian
- Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh
- Keperluan untuk menjamin bekalan makanan mencukupi
- Keperluan untuk menggunakan sumber yang terhad yang sedia ada (tanah,air)
- Keperluan untuk meningkat penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran makanan

15
ibnuqadeer@gmail.com
57. Berikan empat objektif Dasar Pertanian Negara 3
- Meningkatkan sekuriti makanan
- Mewujudkan sumber pertumbuhan baru
- Memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan
- Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain

58. Jelaskan dua pendekatan yang digunakan dalam DPN 3


- Pendekatan perhutani- integrasi pertanian dan perhutanan bertujuan memberi perhatian
kepada masalah kekurangan sumber
- Pendekatan berasaskan produk- memberi penekanan kepada keperluan citarasa pengguna
serta pasaran seluruh dunia

59. Berikan dua objektif Dasar Agromakanan.


- Menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan
- Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara
- mewujudkan sumber pertumbuhan baharu

60. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga
- Mengoptimum/memaksimum penggunaan sumber-Menggunakan sumber-sumber asli secara
mapan
- Membangunkan secara bersama kegiatan perhutanan dan pertanian -Membolehkan
pengeluaran pertanian dan pembalakan dari tanah yang sama
- Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas -Dapat memajukan teknologi dalam sektor
pertanian dari sumber-sumber pertanian yang lain
- Memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna -Penghasilan produk pertanian yang bermutu
dan bernilai tinggi
- Meluaskan pasaran pertanian keseluruh dunia - Meningkatkan promosi dan menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara lain

61. Berikan tiga cabaran Dasar Peranian Negara.


- Menjamin bekalan makanan
- Meningkatkan pelaburan swasta
- Keperluaan penggunaan buruh
- Memperkukuhkan daya saing
- Merubah sektor pertanian kecil
- Memastikan pembangunan pertanian

62. Nyatakan tiga objektif Dasar Agro Makanan


- Menjamin bekalan mencukupi
- Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar
- Menyumbangan kepada pendapatan Negara

63. Nyatakan dua teras Dasar Agro Makanan


- Kedayasaingan
- Kemampanan

64. Nyatakan empat teras kedayasaingan


- Pertanian bernilai tinggi
- Pengeluaran yang produktiviti
- Penglibatan pihak swasta

65. Terangkan dua Teras Dasar Agromakanan (2011-2020).


(a) Teras Kedayasaingan
- Penerokaan pertanian bernilai tinggi

16
ibnuqadeer@gmail.com
- Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
- Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan
- Pengukuhan penyelidikan dan pembangunan dan inovasi

(b) Teras Kemampanan


- Penyediaan menghadapi impak perubahan iklim
- Perluasan amalan mesra alam
- Pengurusan bahan sampingan/buangan
- Pembangunan sumber manusia berkualiti
- Pemakanan untuk kesihatan

66. Berikan empat teras daya kemampanan


- Perubahan impak
- Amalan mesra alam
- Sumber manusia berkualiti
- Pemakanan dan kesihatan

67. Berikan tiga objektif Dasar Jaminan Makanan


- Meningkatkan pengeluaran dan produktivii sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara
diri.
- Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
- Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan setimpal bagi menjamin
pengeluaran tidak merosot

68. Nyatakan tiga program dan projek yang dilaksanakan kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan
makanan
- Projek perataan tanah sawah luar jelapang
- Projek tanaman kekal pengeluaran makanan
- Insentif pengeluaran
- Program bumi hijau
- Program pembangunan tanah terbiar
69. Kekurangan bekalan makanan di peringkat global menyebabkan kerajaan memperkenalkan Dasar
Jaminan Bekalan Makanan. Huraikan dua strategi Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

- Peningkatan pengeluaran beras – Pelaksanaan pengeluaran berskala besar dengan


melibatkan usahawan tani
- Pewujudan stok penimbal beras – Mengimport bekalan beras supaya sentiasa mencukupi
- Pengurusan tanah terbiar – Menebusguna tanah-tanah lombong yang terbiar
70. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang salah
satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.
- Peningkatan pengeluaran beras
- Mewujudkan stok penimbal beras
- Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
- Melaksanakan Program Bumi Hijau
- Membangunkan tanah terbiar
71. Nyatakan tiga matlamat Pelan Induk Perindustrian Ke Tiga ( PIP3 – 2006 -2020)
- Merapatkan jurang antara kaum dalam 3 teras ekonomi, iaitu pengeluaran, perkhidmatan
dan pertanian
- Mengurangkan jurang antara etnik dalam bidang keusawanan, pemilikan asset produktif dan
pekerjaan
- Meningkatkan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindudtrian Bumiputra yang
berdaya tahan dan berdaya saing
- Melahirkan masyarakat yang saintifik dan teknologi bumiputra dengan sokongan
kementerian dan bantuan agensi-angensi kerajaan.
17
ibnuqadeer@gmail.com
72. Nyatakan empat teras pembangunan di bawah Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3)
- Membina asas tenaga kerja berpengetahuan
- Memperbanyakan inisiatif Sains dan Teknologi dan Penyelidan dan Pembangunan
- Mempercepatkan pembangunan infrastruktur
- Menstrukturkan kewangan semula
- Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan
- Menggalakkan sektor swasta
- Mengolah sektor awam semula
- Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika

73. Nyatakan tiga daripada 5 teras Pelan Induk Perindustrian 3


- Meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan
- Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi perkhidmatan terpilih
- Memperkemas sokongan institusi bagi pembangunan sub-sektor yang dikenakpasti

74. Berikan tiga ciri Sogoshosha


- Mempunyai rangkaian antarabangsa
- Mengendali barang dagangan yang banyak
- Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar

75. Nyatakan tiga objektif Dasar Sogoshosha


- Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada pengguna
baru
- Menggalakkan eksport bukan tradisional
- Menggalakan pelaburan usahasama di sector industry di Malaysia untuk keperluan dalam
negeri dan luar negara
- Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru
- Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negara.

76. Jelaskan dua strategi Pelaksanaan Sogososha Malaysia


- Galakan Kredit- diberi kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan utk
melaksanakan kegiatan eksport
- Galakan cukai- Pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan
- Galakan khidmat sokongan- penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Mlaysia di luar
negeri

77. Berikan tiga objektif Dasar Sosial Negara


- Memastikan keperluan asas individu, keluarga,masyarakat dipenuhi.
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
- Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
- Menjana sinergi multisektor.

78. Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar Sosial Negara.
- Mendapatkan keperluan asas-Makanan, pakaian dan perlindungan
- Peluang untuk membangun potensi dan keperluan diri -Latihan dan pendidikan
- Menikmati keperluan/khidmat keperluan social-Rumah anak yatim/orang tua, pusat
pemulihan akhlak Serenti
79. Nyatakan empat strategi Dasar Sosial Negara
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
- Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
- Menjana sinergi multisektor
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial

18
ibnuqadeer@gmail.com
80. Senaraikan empat dasar awam yang memupuk nilai-nilai murni demi kesejahteraan negara
- Dasar Sosial Negara
- Dasar Belia Negara
- Dasar Wanita Negara
- Pelan Integriti Nasional
- Dasar Warga Tua Kebangsaan
- Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
- Dasar Sukan Negara
- Dasar Alam Sekitar Negara
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dasar Orang Kelainan Upaya Kebangsaan

81. Jelaskan dua kategori sukan di bawah Dasar Sukan Negara


- Sukan Massa - Meningkatkan kesihatan rakyat melalui aktiviti sukan
- Sukan untuk kecemerlangan – Sukan unuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa

82. Berikan tiga objektif Dasr Sukan Negara


- Membentuk masyarakat yang sihat, berdisplin dan bersatu padu
- Menyediakan peluang dan kemudahan bagi memenuhi asasi sosial, psikologi .dan fisiologi
individu
- Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan
- Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa

83. Nyatakan tiga objektif Dasar Alam sekitar Negara


- Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.
- Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi
- Cara hidup dan pola penggunaan yang lestari.

84. Nyatakan empat cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara.
- Mengamalkan 3R (mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula)
- Memperbanyakkan penanaman pokok/mengurangkan penebangan pokok
- Mengurangkan penggunaan bahanapi fosil / menggunakan sumber altenatif
- Mengelakkan pembakaran terbuka
- Menggunakan penggangkutan awam
- Menjaga kebersihan alam sekitar
- Menyokong/menyertai badan-badan yang memperjuangkan alam sekitar
- Menyokong/menyertai kempen alam sekitar
- Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan plastik

85. Pembangunan alam sekitar terus menjadi agenda penting dalam beberapa dasar negara. Nyatakan
empat dasar tersebut.
- Dasar Alam Sekitar
- Dasar Pertanian Negara
- Dasar Teknologi Hijau
- Dasar Bioteknologi
- Dasar Perhutanan Negara
- Dasar Sains dan Teknologi
- Dasar Kepelbagaian Biologi
86. Berikan empat perinsip Dasar Akam Sekitar Negara
- Pengawasan alam sekitar
- Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
- Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
- Penggunaan mapan sumber-sumber asli
19
ibnuqadeer@gmail.com
- Membuat keputusan bersepadu
- Peranan sektor swasta
- Komitmen dan kebertanggungjawaban
- Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

87. Nyatakan tiga langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan Teknologi Hijau
- Memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Nasional
- Memperhebatkan aktiviti kesedaran awam
- Memajukan pembekalan dan penggunaan Teknologi Hijau.
- Memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan Teknologi Hijau
- Mengekalkan sumber tenaga.
- Membina bangunan hijau

88. Nyatakan empat tunggak Dasar Teknologi Hijau


- Tenaga - mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga
- Alam sekitar - Memulihara dan meminimum kesan kepada alam sekitar
- Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi hijau
- Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

89. Jelaskan dua faedah pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau


- Menjimatkan tenaga dan sumber asli-menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui
- Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
kehidupan

90. Nyatakan empat teras dasar Bioteknologi diperkenalkan oleh kerajaan


- Pembangunan bioteknologi pertanian
- Pembangunan penjagaan kesihatan bioteknologi
- Pembangunan bioteknologi perindudtrian
- Penyelidikan dan pembangunan serta pemerolehan teknologi
- Pembangunan modal insaniah
- Pembangunan prasarana kewangan
- Pembangunan kerangka kerja perundangan dan peraturan
- Memperkukuhkan strategi
- Komitmen kerajaan
91. Jelaskan dua cabaran biodiversiti
- Kegiatan pembagunan dan eksploitasi ekonomi manusia mengubah habitat dan keseimbangan
biodiversiti
- Perubahan iklim dunia dan faktor semulajadi (bencana alam) menyebabkan kemusnahan
kepelbagaian bio daratan dan akuatik dunia

92. Nyatakan dua fungsi Rancangan Fizikal Negara.


- Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
- Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
- Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan.
- Membentuk polisi perancangan fizikal.

93. Nyatakan tiga tema Rancangan Fizikal Negara


- Pembentukan kerangka spatial negara.
- Peningkatan daya saing ekonomi negara.
- Pemodenan sektor pertanian.
- Pengukuhan pembangunan pelancongan..
- Pengurusan petempatan manusia.
- Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar..
- Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
- Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.

20
ibnuqadeer@gmail.com
94. Nyatakan empat strategi Dasar Wanita Negara
- Mewujudkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan hal- ehwal wanita.
- Pertimbangan dan implikasi tehadap wanita diberi perhatian semasa menggubal dasar dan
tindakan .agensi kerajaan.
- Meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita.
- Meningkatkan bantuan dan penglibatan badan bukan kerajaan dalam persatuan wanita.
- Mewujudkan dasar kesihatan keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita.
- Mempertingkatkan peranan wanita dalam pekerjaan.

95. Huraikan dua objektif dasar Wanita Negara.


- Membolehkan kaum wanita berkongsi dengan kaum lelaki dalam menerima faedah dan
peluang pembangunan pembangunan negara
- Mengintergrasikan kaum wanita di dalam semua sektor pembangunan negara selaras
dengan kemampuan dan keperluan mereka untuk meningkatkan kualiti kehidupan
- Menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan
maklumat
96. Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan wanita di negara ini.
- Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara - Dari segi sumbangan dan
faedah
- Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi - Dari segi perjawatan. Gender
tidak diambil kira
- Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan - Penglibatan dalam jawatan-
jawatan strategik

97. Nyatakan empat teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010)
- Teras 1 : Membina Negara Bangsa
- Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
- Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
- Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
- Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
- Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

98. Nyatakan tiga objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025)
- Memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan terbaik-berasaskan keperluan semasa dan
masa hadapan yang mencabar
- Mewujudkan misi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan
- Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan
99. Jelaskan kepentingan dua langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia
- Pengkoporatan universiti- meningkatkan pembiayaan unversiti
- Perubahan sistem pendidikan-dapat memenuhi keperluan semasa negara
- Memperbaiki sistem peperiksaan-agar dapat menguji keupayaan murid secara menyeluruh
- Dapat mengatasi masalah penghijrahan pensyarah (brain drain)- kepakaran dan pengalaman
meningkatkan kualiti pengajaran dan professionalisme
- Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan-memenuhi tuntutan dan sokongan kepada
perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan
100. Nyatakan empat dasar kerajaan yang membentuk perpaduan
- Dasar Ekonomi Baru/Dasar Pembangunan Nasional/Dasar Wawasan Negara
- Dasar Sukan Negara
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dasar Pendidikan Negara

21
ibnuqadeer@gmail.com
101. Nyatakan empat objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Menyatupadukan semua kaum
- Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan terlatih
- Menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
- Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan harmoni demi kesejahteraan negara
102. Nyatakan tiga strategi penggubalan Dasar Pendidikan Negara
- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
- Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
- Menwujudkan sistem peperiksaan yang sama
- Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
- Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun
- Meningkatkan muu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu
-

103. Konsep 1Malaysia bersandarkan prinsip teras yang mampu mengukuhkan perpaduan nasional.
Huraikan Dua prinsip teras perpaduan tersebut.
- Penerimaan - menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
dengan kepelbagaian amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain
sebagai rakan setia
- Kenegaraan - konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas
pembentukan 1 Malaysia
- Keadilan sosial - memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil
tanpa mengira latar
104. Berikan dua usaha kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
- Melalui Dasar pendidikan Kebangsaan
- Melalui Rukun Negara
- Melalui Dasar Sukan Negara
- Melalui Dasar ekonomi Baru/Dasar pembangunan Nasional/Dasar Wawasan Negara Melalui
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Melalui penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
105. Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum
- Sifat perkauman - Sifat perkauman dalam kalangan anggota masyarakat menyukarkan
intergrasi
- Jurang ekonomi - Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi menimbulkan perasaan
cemburu sesuatu kuam terhadap kaum lain
- Sosial dan Budaya - Ketidakfahaman dan kurang pendedahan terhadap budaya dan adab
sesuatu kaum menimbulkan prasangka/perselisihan
- Penempatan- Penglompokan kaum mengikut kawasan membataskan komunikasi dan
hubungan antara kaum
- Ideologi politik - berdasarkan kepentingan kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum
masing-masing
- Pendidikan - Pengasingan sekolah mengikut kaum
- Teknologi - Penyalahgunaan teknologi menghalang intergrasi kaum

106. Nyatakan tiga perinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan


- Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan asal rantau ini
- Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diterima sebagai Kebudayaan Kebangsaan
- Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

22
ibnuqadeer@gmail.com
107. Jelaskan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum
- Mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan
- Saling menghormati kepebagaian kebudayaan
- Sanggup menerima perbezaan pendapat/pandangan/buah fikiran/idea
- Berkongsi bersama satu gaya hidup
- Mengamalkan nilai-nilai murni yang menjamin perpaduan

108. Nyatakan tiga objektif pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971


- Memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui bersama
oleh semua kaum
- Mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosio ekonomi.
109. Nyatakan dua strategi dalam melaksanakan dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan dan
hubungan budaya
- Memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik
- Membangkitkan semangat nasionalisme
- Menyelidik,memulihkan dan memelihara nasionalisme agar tidak hilang ditelan zaman

110. Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara


- Menarik pelaburan asing/menyakinkan kemasukan pelabur asing
- Menarik pelancong asing
- Menjamin kesejahteraan hidup rakyat/penduduk/warganegara
- Merancakkan pembangunan ekonomi negara
- Menjamin keselamatan negara

111. Nyatakan tiga usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
- Sekolah wawasan
- Program 1 Murid 1 Sukan
- Aktiviti Kokurikulum melalui unit beruniform
- Pertandingan seni dan kebudayaan

112. Nyatakan empat aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


- Akses
- Kualiti
- Ekuiti
- Perpaduan
- Kecekapan

113. Huraikan dua ciri murid agar berkeupayaan bersaing di peringkat global.
(a) Pengetahuan
- Murid perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi di samping subjek teras seperti Sains
dan Matematik.
- Murid perlu didedahkan tentang pengetahuan am mengenai Malaysia, Asia dan dunia melalui
subjek Sejarah, Kemanusiaan dan Geografi.
b. Kemahiran Berfikir -
- Murid diterapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pelbagai disiplin ilmu
- Menguasai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan, pemikiran kreatif
dan inovatif.
c. Kemahiran Memimpin
- Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain sangat penting
- Kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan
emosi dan kemahiran komunikasi berkesan.
23
ibnuqadeer@gmail.com
d. Kemahiran Dwibahasa
- Sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Kementerian menggalakkan murid mempelajari bahasa lain sebagai tambahan.
e. Etika dan Kerohanian
- Membentuk individu penyayang yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian
negara
f. Identiti Nasional
- Terikat dengan prinsip Rukun Negara
- Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan
status ekonomi

114. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan beberapa bidang
utama untuk dicapai. Berikan empat bidang tersebut
- Memartabatkan profesion keguruan.
- Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
- Meningkatkan kualiti sekolah.
- Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
- Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
- Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi
dalam pendidikan (Program Sarana Sekolah)
- Meningkatkan kesediaan murid peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
- Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber.
- Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan

115. Huraikan dua aspirasi sistem pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
a. Akses – 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.
b. Kualiti – Negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
c. Ekuati- 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender)
menjelang tahun 2020.
d. Perpaduan – Sistem pendidikan yang menawarkan pengalaman nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian
e. Kecekapan - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
116. Nyatakan empat bidang keberhasilan ekonomi Negara (NEAKA)
- Minyak, gas dan tenaga
- Minyak sawit
- Perkhidmatan kewangan
- Pelancongan
- Pekhidmatan perniagaan
- Elektrik dan elektronik
- Pemborongan dan peruncitan
- Pendidikan
- Penjagaan kesihatan
- Kandungan komunikasi dan infrastruktur
- Pertanian
- Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang
117. Senaraikan empat buah koridor pembangunan wilayah di Malaysia yang memberikan tumpuan
kepada pembangunan ekonomi mapan dan secara saksama.
- Koridor Pembangunan Sabah (SDC)
- Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE)
- Iskandar Malaysia (WPI)
24
ibnuqadeer@gmail.com
- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
- Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
118. Nyatakan tiga bidang yang menjadi fokus utama yang di bawah oleh Wilayah Pembangunan Pantai
Timur (ECER)
- Pelancongan
- Minyak dan Gas
- Petro kimia
- Pendidikan
- Pertanian
- Pembuatan
119. Nyatakan empat kesan pelaksanaan pembangunan Lima Korodor Wilayah Ekonomi
- Memacu pertumbuhan ekonomi negara
- Meningkatkan pendapatan rakyat dan negara
- Meningkatkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan taraf hidup rakyat
- Mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah
- Meningkatan pembangunan hartanah

120. Nyatakan empat matlamat utama Belanjawan 2013


- Kesejahteraan rakyat melalui peningkatan taraf hidup rakyat di seluruh negara
- Rakyat mendapat perkhidmatan terbaik
- Rakyat mendapat manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek
pembangunan
- Memastikan pertumbuhan ekonomi mapan
- Mengurangkan defisit fiskal negara melalui perbelnjaan berhemah

121. Fokus utama Bajet 2013


- Merangsang aktiviti pelaburan
- Memperkasa pendidikan dan latihan
- Membudaya inovasi, meningkat produktiviti
- Konsolidasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
- Mensejahterakan rakyat

122. Nyatakan empat daripada 6 bidang tumpuan NKRA dalam program transformasi kerajaan
- Mengurangkan jenayah
- Memerangi rasuah
- Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu
- Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
- Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
- Menambah baik pengangkutan awam bandar
123. Berikan tiga tujuan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
- Memastikan elemen kebertanggungjawaban wujud dalam kalangan pentadbiran dan
penjawat awam
- Memaklumkan kepada rakyat akan inisiatif, perancangan, hala tuju pembangunan yang
dilaksanakan oleh kerajaan
- Memberi peluang kepada rakyat untuk memantau dan menilai pencapaian sasaran program
yang dirancangkan.
124. Jelaskan dua sasaran Pelan Integriti Nasional
- Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik-dengan mencapai indek petunjuk utama
(KPI) yang ditetapkan
- Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan-melalui kemudahan laman
web dan urusan secara talian

25
ibnuqadeer@gmail.com
125. Jelaskan dua faktor yang menjejaskan integriti
- Faktor individu - Kurang didikan agama
- Faktor kepimpinan - Tidak menunjukkan teladan yang baik
- Cara kerja/SOP - Kelemahan sistem dan prosedur kerja
- Faktur struktur organisasi - Pertindihan skop tugas
- Faktor Institusi - Institusi yang mempunyai matlamat yang bertentangan
- Faktor budaya - Budaya kerja negatif
126. Berikan empat langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar
- Membangunkan modal insan dalam bidang dalam bidang sains dan teknologi
- Membudayakan sains, inovasi dan keusahawan tekonogi
- Mengukuhkan institusi Penyelidikan dan pembangunan
- Bantuan dan intensif - Modal dan skim
- Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
- Memberi bantuan sara hidup-BRIM, Baucer buku 1M, Bantuan Awal Persekolahan
127. Huraikan dua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh orang ramai untuk
memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
a. Amalkan jarak sosial yang selamat
- sekurang-kurangnya satu meter.
b.-Kerap mencuci tangan
- dengan air dan sabun atau handsanitizer
C. Penggunaan penutup hidung dan mulut/ pelitup muka.
- bagi melindungi diri anda dan orang lain
d. Melakukan saringan kesihatan di pintu masuk premis
- untuk memastikan seseorang itu sihat dan tidak bergejala
e.Menggalakkan transaksi secara atas talian
- mengurangkan urusan secara bersemuka
f. Menghadkan bilangan penumpang dalam kenderaan awam
- mengambil kira penjarakan sosial
g.Keutamaan melindungi kumpulan yang berisiko
- seperti bayi, kanak-kanak, warga emas dan OKU

128. Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan
masing-masing.
- Wujudnya perpaduan
- Masalah sosial berkurangan
- Ekonomi akan berkembang
- Wujudnya masyarakat yang bermoral dan beretika
- Wujudnya negara yang aman dan harmoni
- Jati diri atau keperibadian meningkat

129. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi membudayakan Penyelidikan dan
Pembangunan (P&P) dalam kalangan rakyat di negara ini.
- Mengadakan pertandingan reka cipta
- Meramaikan/meningkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains dan teknologi
- Mengadakan lawatan sambil belajar
- Mengadakan anugerah kepada pereka cipta
- Memperuntukan dana yang mencukupi
- Menyediakan prasarana yang lengkap
- Memberi pendedahan awal berkaitan dengan rekacipta / memperkenalkan pendidikan
rekacipta di sekolah

26
ibnuqadeer@gmail.com
130. Nyatakan tiga cara kerajaan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan awam
- Mengurus pendapatan negara dengan cekap
- Menentukan kriteria penerimaan hasil secara sistematik
- Mengekalkan ketelusan fiskal dalam menerapkan piawaian antarabangsa
- Menmungut cukai menggunakan teknologi moden
- Berbelanja secara berhemat/mengurus perbelanjaan dengan cekap
- Memantau pengurusan kewangan awam
- Mengukuhkan peraturan mengenai pengurusan kewangan awam

131. Nyatakan tiga cabaran negara akibat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).
- Menambahbaik infostruktur/prasarana teknologi dan komunikasi
- Penyediaan tenaga kerja mahir (khususnya berkaitan teknologi digital)
- Perlu menghadapi risiko perubahan pasaran kerja
- Penambah baikkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
- Perlu menjadikan rakyat Malaysia celik IT
- Perlu membudayakan rakyat Malaysia dengan gaya hidup baharu

132. Nyatakan tiga ciri-ciri kilang atau sistem yang tergolong di bawah Industri 4.0
- Interoperabiliti
- Ketelusan maklumat
- Bantuan teknikal
- Membuat keputusan sendiri
133. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan persediaan masyarakat dalam
menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
- Meningkatkan pendedahan kepada teknologi 4IR dalam kalangan generasi ınuda.
- Menggalakkan pertandingan inovasi dan teknologi seperti penciptaan robotik di semua
sekolal di Malaysia.
- Menambah baik kursus berkaitan 4IR di IPT dan Institusi pendidikan
- Meningkatkan latihan TVET melalui reka bentuk dan penyampaian program 4IR yang lebih
baik.
- Memperkasakan pendidikan teknologi dan maklumat di semua sekolah.
- Meningkatkan prasarana digital dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.
- Memperkukuhkan perundangan khusus mengenai keselamatan siber.
- Mendedahkan masyarakat kepada potensi pekerjaan yang berpendapatan tinggi berkaitan
4IR
- Menyokong inovasi teknologi 4IR yang memberi tumpuan kepada penyelesaian isu sosial dan
alam sekitar

134. Berikan tiga misi Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP)


- Menegakkan kedaulatan undang-undang
- Menegakkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan berasaskan tadbir urus yang
baik
- Mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih

135. Nyatakan empat bidang yang menjadi keutamaan Pelan Antirasuah Nasional.
- Tadbir urus politik
- Pentadbiran sektor awam
- Perolehan awam
- Perundangan dan kehakiman
- Penguatkuasaan undang-undang
- Tadbir urus korperat

27
ibnuqadeer@gmail.com
136. Nyatakan dua objektif Kemakmuran Bersama 2030
- Memastikan jurang pendapatan dan kekayaan dapat ditangani
- Mencipta ekonomi yang berstruktur, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi
- Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya
muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

137. Berikan empat objektif Pendidikan Khas


- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan
khas
- Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada murrid-murid berkeperluan khas
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan poten pelajar berkeperluan khas
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
- Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas
138. Huraikan dua strategi yang dirancang kerajaan untuk memperkasakan belia negara
a.Pembangunan ilmu
- Melengkapkan belia dengan pelbagai ilmu sebagai persediaan memantapkan diri
b.Pembentukan sikap
- Menerapkan nilai-nilai murni dan patriotik dalam pembentukan diri
c.Pembangunan kemahiran dan keusahawanan
- Menyediakan kemahiran dan teknologi terkini
d.Pemupukan gaya hidup sihat
- Menggalakan penglibatan dengan ada aktiviti kesukanan dan kesukarelawan
139. Nyatakan tiga ciri yang mesti dimiiiki oleh golongan belia sebagai persediaan memimpin negara
- Menghayati prinsip Rukun Negara
- Mempunyai semngat perpaduan
- Memiliki sifat kepimpinan yang matang
- Menghayati nilai moral tinggi
- Mempunyai taraf keilmuan luas dan mendalam
- Melibatkan diri dalam proses perancangan pembangunan negara

140. Berikan tiga langkah untuk melahirkan masyarakat kepada penyumbang kepada pembangunan sains,
teknologi dan inovasi
- Memperkenalkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
- Menambah baik bidang sains, teknologi, kejuruteran dan Matematik dengan subjek Sains
Komputer (STEM SC)
- Mewujudkan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

DISEDIAKAN OLEH
NAPI BIN AB KADIR
SMK TOK JANGGUT
PASIR PUTEH
KELANTAN
22/6/2022

28

You might also like