You are on page 1of 8

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

STPM
944/3

SMK BENONI PAPAR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENGGAL 3 SESI 2016

EKONOMI MALAYSIA

(SATU JAM)

Arahan Kepada Calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab lima soalan dalam Bahagian A, dan satu soalan Bahagian B.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.

Tunjukkan semua perhitungan dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam bahagian A dan B diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak termasuk muka hadapan

@Unit Ekonomi KPU SMK Benoni Papar


PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

Bahagian A
(30 markah)

Jawab lima soalan sahaja.

1 (a) Apakah maksud pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara?. [2]
Pengangguran geseran : golongan yang tidak bekerja dalam suatu jangka masa
pendek / sementara. [1]
Pengangguran tak ketara : bilangan pekerja yang diambil bekerja melebihi
bilangan pekerja yang sebenarnya diperlukan.[1]

(b) Berikan dua faktor yang menyebabkan pengangguran geseran berlaku dan [4]
dua faktor pengangguran tak ketara berlaku.
Faktor pengangguran geseran
-mencari pekerjaan yang sesuai atau baru dengan kelayakan dan kemahiran. [1]
-terdapat banyak peluang pekerjaan yang lebih baik. [1]
-kurang maklumat. [1]
Faktor pengangguran tak ketara
berlaku kemelesetan ekonomi atau kurang peluang pekerjaan. [1]
kurang mobiliti buruh. [1]
kehadiran tenaga buruh yang berlebihan atau penawaran buruh yang
berlebihan. [1]

2 (a) Berikan maksud indeks harga pengguna dan inflasi, dan apakah hubungan antara [3]
kedua-duanya.
- IHP mengukur perubahan harga umum purata barang dan perkhidmatan pada tahun
tertentu berbanding tahun asas. [1]
- Inflasi pula merupakan kenaikan dalam tingkat harga umum secara keseluruhan dan
berterusan dalam sesebuah negara [1]
- IHP dan inflasi berhubungan secara positif iaitu semakin tinggi IHP semakin tinggi
kadar inflasi dalam sesebuah negara [1]
(b) Berikan tiga kegunaan maklumat indeks harga pengguna dan inflasi. [3]
- mengukur nilai wang benar atau kuasa beli wang sesebuah negara
- menentu kos sara hidup sesebuah negara
- mengukur taraf hidup sesebuah negara
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

3 (a) Nyatakan dua tujuan dasar perlindungan yang diamalkan dalam perdagangan [2]
antarabangsa.

- melindungi produk keluaran tempatan daripada persaingan keluaran asing

- meningkatkan daya saing pengeluar tempatan

- melindungi industri muda

- melindungi industri strategik - PKS, makanan, senjata

- melindungi industri tempatan

- mempelbagaikan ekonomi negara (vil)anti dasar lambakan

- meningkatkan guna tenaga / mencapai guna tenaga penuh

- baiki imbangan pembayaran

(b) Bagaimanakah tariff dan subsidi eksport dapat memperbaiki imbangan [4]
pembayaran negara?

- Tarif - cukai ke atas barang-barang import. Apabila dikenakan harga


barang import lebih tinggi. Kesannya harga barang import secara relatif
lebih mahal dan jumlah import akan berkurangan. Eksport bersih
meningkat

- Subsidi eksport - pembayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar


domestik untuk menggalakkan eksport Harga barang eksport di pasaran
antarabangsa lebih murah / rendah dan eksport akan meningkat. Dapat
membaiki imbangan pembayaran / eksport bersih.

( mesti nyatakan eksport bersih meningkat)


PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

4 Terangkan tiga sumbangan perusahaan kecil dan sederhana kepada ekonomi negara. [6]
(i) Mengurangkan pengangguran dan meningkatkan guna tenaga
 PKS menggunakan kaedah berintensif buruh dlm proses pengeluaran.
 Perkembangan PKS menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan
 Mengurangkan pengangguran

(ii) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi


 semakin banyak produk yg dihasilkan oleh PKS semakin tinggi nilai tambah kpd
pendapatan negara dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara

(iii) Memperbaiki agihan pendapatan Negara


 penubuhan PKS di pinggir bandar dan luar bandar dpt menjana pendapatan utk penduduk
sekitarnya yg diambil bekerja dlm PKS
 Kemiskinan dapat dikurangkan dan jurang pendapatan a tara penduduk bandar dengan
penduduk luar bandar semakin mengecil

(iv) Menjimatkan pertukaran asing


• Brg yg dihasilkan oleh PKS merupakan produk keperluan yg penting dlm kehidupan
masyarakat.
• Pengeluaran produk PKS dlm kuantiti yg banyak dpt mengurangkan kebergantungan pd
brg import
• Kesannya pengliran wang tempatan ke luar negara dpt dikawal

(v) Meningkatkan ekspoort negara


 Barang keluaran PKS boleh dipasarkan ke luar negara. Eksport bertmbah Imbangan
pembayaran bertambah baik
(Pilih mana-mana 3 fakta dan huraian)

5 (a) Terangkan maksud institusi kewangan. [2]


- Institusi kewangan merujuk kepada badan @ Syarikat yang mengumpul Wang daripada
pendeposit, kemudian meminjamkan semula kepada peminjam lain untuk mendapat keuntungan.
(b) Jelaskan dua fungsi institusi kewangan yang berikut;
(i) Bank Pelaburan [2]
- Menerima simpanan dalam jumlah yang besar drp syarikat besar dan badan berkanun
- Memberi pinjaman bersindiket kpd syarikat korporat yang bersaizz besar dab badan
berkanun
- Menawarkan khidmat nasihat korporat ttang pengswastaan penggbungan dn
penngambilalihan syarikat berhad
- Menanggung jaminan terbitan saham
- Menjalankan aktiviti pembrokeran produk-produk pasaran modal
- Menguruskan pelaburan bagi perniagaan besar
(ii) Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) [2]
- Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada prusahaan kecil sederhana
- memberikan nasihat perniagaan kepada PKS
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

6 (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif? [2]


- Kemiskinan mutlak - kekurangan pendapatan untuk memenuhi sara hidup yang minima
atau keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal.
- Kemiskinan relatif - menerangkan kedudukan relatif sesuatu kumpulan dengan kumpulan
yang lain dari segi perbezaan tingkat pendapatan antara kumpulan @ etnik @ strata

(b) Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dengan [2]


kemiskinan relatif.
- - kemiskinan mutlak - diukur berdasarkan pendapatan di bawah garis kemiskinan / taraf hidup yang
lebih rendah danpada pendapatan garis kemiskinan yang ditentukan

- - Kemiskinan relatif - diukur berdasarkan tingkat pendapatan bagi setiap kumpulan isi rumah

(c) Berikan dua langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan mutlak. [2]
- PPRT
- RMT
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Subsidi input (diesel kepada nelayan, baja kepada pekebun kecil)
- Zakat
- AIM
- TEKUN
- KWAM
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

BAHAGIAN B
[10 MARKAH]

Jawab satu soalan sahaja.

7. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna dan pendapatan kasar isi rumah di
Malaysia.

Indeks Harga Pengguna Pendapatan kasar isi rumah


Tahun
(2010 = 100) (RM/bulan)
2012 103.6 -
2013 105.7 4000
2014 111.4 -
2015 112.1 5010
2016 114.0 -
(a) (i) Hitung kadar inflasi dari tahun 2013 hingga tahun 2016. [3]
(ii) Berdasarkan (a) (i), nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut. [2]
(b)
(i) Hitung upah benar pada tahun 2013 dan tahun 2015. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b) (i)? [1]
(c) Berikan kesan inflasi ke atas jumlah perbelanjaan isi rumah. [1]
SKEMA JAWAPAN
(a) (i) Kadar inflasi negara dari tahun 2013 hingga tahun 2016 [3]
Tahun Kadar inflasi (%)
2013 (105.7 -103.6) ÷103.6 x 100 = 2.03
2014 5.39
2015 0.63
2016 1.69

(ii) Arah aliran kadar inflasi tersebut. [2]


Dari tahun 2013 hingga tahun 2014 kadar inflasi meningkat sebanyak 3.36% , manakala dari tahun 2014
hingga tahun 2015 , kadar inflasi menurun sebanyak 4.76%, dan meningkat semula dari tahun 2015 hingga
2016 sebanyak 1.06%

(b) (i) Upah benar bagi tahun 2013 dan tahun 2015 [3]

Upah benar 2013 = 100 x 4000 = RM3784.29


105.7

Upah benar 2015 = 100 x 5010 -= RM4469.22


112.1
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b)(i)?[1]
Upah benar meningkat sebanyak RM 684.93

(c) Berikan kesan inflasi ke atas jumlah perbelanjaan isirumah [1]


Jumlah perbelanjaan isirumah semakin meningkat.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

8. Jadual di bawah menunjukkan nilai sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2012 hingga tahun 2016 di Malaysia.

Sumbangan PKS KDNK


Tahun
(RM juta) (RM juta)
2012 137 000.00 474 049
2013 153 598.83 523 455
2014 171 757.85 574 441
2015 199 677.23 642 049
2016 233 135.58 742 470
(a) (i) Hitung kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS dari tahun 2013 [2]
hingga tahun 2016.
(ii) Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia dari tahun 2013 hingga [2]
tahun 2016.
(iii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan (a) (i) dan (a) (ii)? [2]
(b) (i) Hitung peratus sumbangan PKS kepada KDNK dari tahun 2012 [3]
hingga tahun 2016 di Malaysia.
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b) (i)? [1]

SKEMA JAWAPAN
(a) (i) Kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS dari tahun 2013 hingga tahun 2016.

Tahun Kadar Pertumbuhan sumbangan PKS (%)


2013 12.12
2014 11.82
2015 16.26
2016 16.76

(i) Kadar pertumbuhan KDNK

Tahun Kadar Pertumbuhan KDNK (%)


2005 10.42
2006 9.74
2007 11.77
2008 15.64

(iii) Dari tahun 2005 hingga tahun 2006 kadar pertumbuhan PKS menurun dan meningkat semula dari tahun
2006 hingga tahun 2008
Manakala kadar pertumbuhan KDNK juga menurun dari tahun 2005 dan meningkat semula dari tahun
2006 hingga tahun 2008
Hubungan yang langsung antara Kadar Pertumbuhan PKS dengan kadar pertumbuhan KDNK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 EKONOMI MALAYSIA 2018

(b) (i) Peratus sumbangan PKS kepada KDNK

Tahun Sumbangan PKS kepada KDNK (%)


2012 28.70
2013 28.90
2014 29.40
2015 29.90
2016 31.10

(ii) Peratus sumbangan PKS kepada KDNK semakin meningkat dari tahun 2012 hingga tahun 2016.

You might also like