You are on page 1of 21

960626-11-5159

1.0 ARAH ALIRAN KADAR INFLASI KE ATAS KUMPULAN BARANGAN DI


MALAYSIA DARI TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2012
1.1 ABSTRAK

Tajuk kajian bagi kerja kursus ekonomi ini ialah arah aliran kadar inflasi ke
atas kumpulan barangan di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti objektif utama iaitu mengenal pasti arah aliran kadar
inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2012 dan mengenal pasti kadar inflasi
mengikut kumpulan barang di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2012. Bagi
melengkapkan kajian ini, pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data
tentang kadar inflasi di Malaysia. Kaedah yang digunakan untuk mencari data dalam
kajian ini ialah dengan menggunakan data sekunder. Data sekunder didapati daripada
internet atau laman web seperti Google, Yahoo, dan Mozilla Firefox. Selain itu, data
ini turut diperoleh daripada rujukan buku-buku ilmiah di perpustakaan seperti Buku
Ekonomi STPM Penggal 3 dan juga melalui Laman Web Kementeian Kewangan
Malaysia serta Jabatan Perangkaan atau Unit Perangkaan Ekonomi. Teknik kajian
yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah pengumpulan data atau
pengumpulan deskriptif. Maklumat yang diperoleh akan diaplikasikan dalam pelbagai
bentuk seperti graf, jadual, carta dan sebagainya. Hasil kajian yang dikaji daripada 12
kumpulan barangan mendapati, kadar inflasi yang paling tinggi pada tahun 2006
manakala kadar inflasi yang paling rendah pula pada tahun 2009 berlaku ke atas
kumpulan pengangkutan.

1
960626-11-5159

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini memberi tumpuan kepada inflasi yang berlaku di
Malaysia. Inflasi dapat didefinisikan sebagai kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan
perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan dalam sesebuah ekonomi.Kadar inflasi pula
bermaksud peratus kenaikan tingkat harga umum barang-barang dan perkhidmatan tahun
semasa berbanding tahun sebelumnya.Peningkatan harga barang tidak terbatas kepada barang
tertentu sebaliknya merujuk kepada peningkatan harga secara keseluruhan yang diukur
dengan menggunakan indeks harga pengguna.Inflasi dapat dikelaskan kepada beberapa jenis
iaitu inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi diimport.

Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila permintaan agregat terus meningkat melebihi
keupayaan ekonomi untuk menghasilkan barang semasa ekonomi negara sudah berada pada
tingkat guna tenaga penuh.Kenaikan permintaan agregat ini berpunca daripada kenaikan
perbelanjaan agregat yang juga merupakan kenaikan komponen keluaran perbelanjaan
agregat iaitu perbelanjaan penggunaan, perbelanjaan kerajaan, pelaburan dan eksport
bersih.Kenaikan setiap komponen yang terkandung dalam perbelanjaan agregat akan
meningkatkan tingkat permintaan agregat dalam ekonomi.Selain itu, peningkatan tersebut
juga disebabkan oleh pertambahan bekalan wang yang berlebihan dan tidak terkawal
menyebabkan keupayaan memberi pinjaman meningkat maka kadar kecairan tinggi dalam
ekonomi yang akan meningkatkan permintaan agregat.

Seterusnya, inflasi tolakan kos ialah proses kenaikan harga umum akibat kenaikan
dalam kos pengeluaran.Inflasi tolakan kos berlaku berpunca daripada kenaikan margin
keuntungan firma, kenaikan tingkat upah buruh dan kenaikan kos input. Ini menyebabkan
penawaran agregat akan berkurang kerana tidak mampu menanggung kos pengeluaran yang
tinggi dan bagi menangani masalah tersebut, pengeluar meletakkan beban kepada ppengguna
dengan menaikkan tingkat harga umum. Kebiasaannya, inflasi tolakan kos berlaku ketika
ekonomi sedang melambung tinggi dan firma-firma sanggup membayar upah yang tinggi
kepada pekerja untuk mencegah perpindahan tenaga buruh ke firma-firma lain.Selain
itu,firma menaikkan tingkat upah yang tinggi kepada pekerja kesan daripada kejayaan
kesatuan sekerja menuntut kenaikan kadar upah yang lebih tinggi

Selain itu, inflasi diimport pula berlaku apabila barang yang diimport mengalami
kenaikan harga atau berlaku kejatuhan kadar pertukaran mata wang tempatan.Kejatuhan
kadar pertukaran mata wang tempatan menyebabkan harga barangan yang diimport secara

2
960626-11-5159

relatifnya lebih mahal.Kenaikan harga input barangan import menyebabkan belanjawan yang
diperlukan ke atas barangan import lebih mahal untuk mengimport sejumlah barangan.Hal ini
mendorong kepada kenaikan harga barang yang menyebabkan berlakunya inflasi.

3
960626-11-5159

3.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini melibatkan arah aliran kadar inflasi bagi 12 kumpulan barang dan
perkhidmatan di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2012. Kadar inflasi
yang berlaku sepanjang enam tahun itu menunjukkan peningkatan dan penurunan yang tidak
konsisten manakala kadar inflasi purata yang dicatatkan adalah sama sepanjang tahun itu.
Tambahan pula, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti arah aliran kadar inflasi bagi
kumpulan-kumpulan barang dari tahun 2006 hingga 2012 di Malaysia.Hal ini juga bertujuan
untuk mengenalpasti kadar inflasi yang paling ketara dalam kumpulan-kumpulan barangan
dan bagi mengatasi masalah kadar inflasi yang tinggi.Dalam usaha untuk memastikan kadar
inflasi terus mengalami penurunan tetapi tidak melepasi garis deflasi, setiap komponen
penglibatan dalam ekonomi seperti pengeluar, pengguna, serta kerajaan perlu memainkan
peranan bagi mengatasi masalah inflasi yang berlaku.

4
960626-11-5159

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji arah aliran kadar inflasi ke atas kumpulan
barang di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012. Secara khususnya, kajian ini bertujuan :

1. Mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2012.
2. Mengenal pasti kadar inflasi mengikut kumpulan barang di Malaysia pada tahun 2006
hingga 2012.

5
960626-11-5159

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 KAEDAH DISKRIPTIF

Kajian ini menggunakan data sekunder seperti rujukan perpustakaan, internet, buku
ilmiah, laporan ekonomi, majalah, dan surat khabar. Data sekunder ini mempunyai maklumat
yang lebih tepat dan lengkap. Antara kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini
ialah :

Rujukan melalui internet seperti Laman Web Jabatan Perangkaan Malaysia dan Google
telah digunakan. Di samping itu, data juga dikumpul daripada maklumat bertulis seperti
Perangkaan Ekonomi Malaysia yang di mana data tersebut di peroleh daripada kajian dan
laporan inflasi di Malaysia.

Kajian ini turut dijalankan melalui rujukan di perpustakaan dan juga buku-buku ilmiah
untuk dijadikan sebagai maklumat asas kepada penulisan kajian ini.

5.2 KAEDAH MENGANALIS DATA

Data dikumpul melalui kaedah diskriptif

Data diproses dan di persembahkan dalam bentuk graf, carta dan lain-lain

Penghitungan data pula dengan menggunakan formula seperti formula kadar inflasi.

FORMULA KADAR INFLASI=

(𝑖𝑛𝑑𝑒𝑘𝑠 ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡 − 𝑖𝑛𝑑𝑒𝑘𝑠 ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡 − 1)


× 100
𝑖𝑛𝑑𝑒𝑘𝑠 ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡 − 1

Contoh pengiraan

92.7 − 90.9
𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑖𝑛𝑓𝑙𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 2007 = × 100
90.9

= 1.98%

6
960626-11-5159

5.3 KAEDAH RUJUKAN KEPUSTAKAAN

Saya juga membuat rujukan Perpustakaan Negeri Terengganu bagi memperolehi


maklumat terkini berkaitan kadar inflasi di Malaysia. Melalui kaedah ini, saya telah
memperolehi maklumat tambahan mengenai kadar inflasi ke atas kumpulan barang di
Malaysia. Majalah Dewan Ekonomi merupakan majalah yang telah saya perolehi maklumat
berkaitan kajian yang dijalankan.

5.4 KAEDAH RUJUKAN INTERNET

Saya juga menggunakan kaedah rujukan internet. Melalui kaedah ini, saya dapat mencari
maklumat tambahan berkaitan inflasi di Malaysia. Selain itu, saya juga memanfaatkan
internet ini dengan mencari sebab dan faktor berlakunya peningkatan dan penurunan arah
aliran kadar inflasi pada tahun 2006 hingga 2012. Saya memilih kaedah ini kerana internet ini
membantu saya menambahkan maklumat yang tidak berapa lengkap selain menggunakan
buku teks.

7
960626-11-5159

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 Mengkaji arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012.

Data yang diperoleh menunjukkan indeks harga dan kadar inflasi di Malaysia pada tahun
2006 hingga tahun 2012.

MIN (%)
TAHUN INDEKS HARGA KADAR INFLASI (%)
2006 90.90 3.65 2.60

2007 92.70 1.98 2.60


2008 97.70 5.39 2.60
2009 98.30 0.61 2.60
2010 100.00 1.73 2.60
2011 103.20 3.20 2.60
2012 104.90 1.65 2.60
Jadual 1: Arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006


Kadar inflasi/ min
hingga tahun 2012
6

4
Arah aliran kadar inflasi di
3 Malaysia pada tahun 2006
hingga tahun 2012
2 Min

0 Tahun
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Carta 1: Arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

8
960626-11-5159

Jadual 1 dan carta 1 di atas menunjukkan data bagi mengenalpasti arah aliran kadar inflasi
di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012. Kadar inflasi yang tertinggi dicatatkan ialah
pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5.39%. Namun begitu, kadar inflasi yang paling rendah
dicatatkan pada tahun 2009 ialah 0.61%.

Pada tahun 2006 hingga tahun 2007 berlaku penurunan kadar inflasi. Kadar inflasi pada
tahun 2006 ialah sebanyak 3.65% menurun kepada 1.98% pada tahun 2007, penurunan ini
adalah sebanyak 1.67%. Hal ini disebabkan oleh harga barang dan bahan mentah yang
diimport mengalami penurunan harga. Kenaikan Ringgit Malaysia pada tahun 2007
menyebabkan harga barangan import secara relatifnya lebih murah. Penurunan harga input
yang diimport menyebabkan kos pengeluaran menjadi rendah dan pengeluar menambahkan
output. Hal ini menyebabkan harga barang relatif lebih rendah dan mendorong penurunan
kadar inflasi pada tahun 2007.

Aliran kadar inflasi pada tahun 2007 hingga tahun 2008 menunjukkan peningkatan secara
drastik. Pada tahun 2007 kadar inflasi dicatatkan sebanyak 1.98% meningkat kepada 5.39%
pada tahun berikutnya, peningkatan ini adalah sebanyak 3.41%. Peningkatan secara drastik
ini disebabkan pertambahan dalam perbelanjaan kerajaan akibat dasar belanjawan kurangan
yang dilaksanakan kerajaan. Peningkatan dalam pelaburan juga menyebabkan permintaan
agregat meningkat tetapi penawaran agregat tidak mencukupi sehingga mengakibatkan
kenaikan harga seterusnya belaku kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada tahun tersebut.

Pada tahun 2008 hingga tahun 2009 berlaku penurunan kadar inflasi secara mendadak.
Kadar inflasi pada tahun 2008 ialah sebanyak 5.39% menurun kepada 0.61% yang
mencatatkan kadar inflasi paling rendah sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2012, penurunan
ini adalah sebanyak 4.78%. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar fiskal kerajaan yang
mengamalkan dasar fiskal menguncup iaitu dengan menaikkan cukai tanpa membuat
sebarang perubahan dalam perbelanjaan kerajaan. Kenaikan cukai akan menyebabkan
pendapatan boleh guna menurun sekaligus menurunkan kuasa beli. Ekoran daripada itu
perbelanjaan masyarakat dan permintaan agregat akan berkurang. Ini menyumbang kepada
penurunan kadar inflasi yang sangat besar yang dialami negara pada tahun 2009.

Aliran kadar inflasi pada tahun 2009 hingga tahun 2010 menunjukkan peningkatan. Pada
tahun 2009 kadar inflasi dicatatkan sebanyak 0.61% meningkat kepada 1.73% pada tahun
2010, peningkatan ini adalah sebanyak 1.12%. Hal ini disebabkan kerajaan melaksanakan
dasar kawalan harga terhadap barang-barang tertentu terutamanya barang-barang keperluan

9
960626-11-5159

seperti beras, gula, susu, dan minyak masak. Kesannya, kawalan yang dilaksanakan dapat
mengurangkan tekanan inflasi yang disebabkan oleh kenaikan untung yang disengajakan oleh
pengeluar.

Pada tahun 2010 hingga tahun 2011 berlaku peningkatan kadar inflasi. Pada tahun 2010
kadar inflasi direkodkan sebanyak 1.73% meningkat kepada 3.2% pada tahun 2011,
peningkatan ini adalah sebanyak 1.47%. Ini disebabkan berlaku kenaikan upah pekerja,
sementara pengeluaran tidak dapat ditingkatkan. Hal ini mendorong kerajaan melaksanakan
dasar upah maksimum, iaitu satu tingkat upah yang paling tinggi yang boleh dituntut oleh
pihak kesatuan sekerja. Kawalan ini bertujuan untuk menyekat kenaikan kos pengeluaran
para pengeluar dan seterusnya mengurangkan tekanan inflasi.

Pada tahun 2011 hingga tahun 2012 berlaku penurunan kadar inflasi. Kadar inflasi pada
tahun 2011 ialah sebanyak 3.2% menurun kepada 1.65% pada tahun 2012, penurunan ini
adalah sebanyak 1.55%. Hal ini disebabkan peningkatan permintaan agregat pada tingkat
guna tenaga penuh dan bekalan wang bertambah dengan pesat yang menyebabkan berlaku
inflasi tarikan permintaan pada tahun tersebut. Bagi menangani masalah tersebut kerajaan
telah mengehadkan pengeluaran wang oleh bank pusat. Hal ini menyebabkan halaju aliran
wang akan berkurang dan mengurangkan jumlah urus niaga. Langkah yang di ambil oleh
kerajaan dengan mengehadkan pengeluaran wang melalui dasar kewangan kuantitatif ini
menyebabkan inflasi tarikan permintaan dapat dikurangkan.

Berdasarkan kadar inflasi yang dialami Malaysia sepanjang tahun 2006 hingga tahun
2012, didapati bahawa min yang diperoleh ialah 2.60%. Hal ini menunjukkan bahawa
sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2012, kestabilan tingkat harga dapat dicapai kerana
kenaikan atau penurunan harga kurang daripada 4% sepanjang tempoh tersebut. Ini
menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia masih berada pada tahap yang stabil dan
dapat dikawal.

Berdasarkan carta 2, kadar inflasi purata sepanjang tempoh tujuh tahun iaitu dari tahun
2006 hingga tahun 2012 ialah 2.60%. Di dapati kadar inflasi pada tahun 2006,2008 dan 2011
melebihi kadar inflasi purata. Manakala pada tahun 2007, 2009, 2010 dan 2012 menunjukkan
kadar inflasi kurang daripada kadar inflasi purata.

10
960626-11-5159

6.2 KADAR INFLASI MENGIKUT KUMPULAN UTAMA DARI TAHUN 2006


HINGGA TAHUN 2012 DI MALAYSIA

JADUAL 2: KADAR INFLASI BAGI MAKANAN DAN MINUMAN BUKAN


ALKOHOL, MINUMAN ALKOHOL DAN TEMBAKAU, DAN PAKAIAN DAN
KASUT

KADAR INFLASI ( % )
MAKANAN DAN MINUMAN PAKAIAN DAN
TAHUN MINUMAN ALKOHOL DAN KASUT
BUKAN TEMBAKAU
ALKOHOL
2006 3.34 6.95 -1.32
2007 3.11 7.64 -1.34
2008 8.82 7.34 -0.58
2009 4.05 6.06 -0.98
2010 2.46 3.95 -1.28
2011 4.80 4.60 -0.20
2012 2.67 0.38 -0.60
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2012, kadar inflasi bagi kumpulan makanan dan
minuman bukan alkohol merekodkan kadar inflasi tertinggi dicatatkan pada tahun 2008
manakala kadar inflasi yang terendah dicatatkan pada tahun 2010. Pada tahun 2008, kadar
inflasi direkodkan sebanyak 8.82% iaitu bacaan tertinggi sepanjang tujuh tahun yang
dinyatakan. Hal ini demikian kerana, berlaku kenaikan harga barangan import daripada
negara Thailand terutama barangan berasaskan beras yang merupakan makanan ruji rakyat
Malaysia yang berpunca daripada kadar inflasi yang tinggi dialami Thailand dan kejatuhan
nilai mata wang Ringgit Malaysia pada tahun 2008. Hal ini menyebabkan Malaysia terpaksa
membelanjakan lebih banyak wang untuk mengimport barangan tersebut dan menyebabkan
berlaku inflasi diimport sekaligus menyumbang kadar inflasi tertinggi sepanjang tujuh tahun
tersebut. Kadar inflasi yang terendah dicatatkan pada tahun 2010 iaitu hanya sebanyak
2.46%. Hal ini ekoran daripada pelaksanaan dasar harga maksimum yang dilaksnakan
kerajaan pada tahun 2010. Penetapan harga maksimum terhadap harga barang keperluan
melalui dasar kawalan harga telah berjaya mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan
tersebut secara berterusan dan akhirnya tekanan inflasi dapat dikurangkan.

Bagi kumpulan minuman alkohol dan tembakau pula, bacaan kadar inflasi tertinggi
dicatatkan pada tahun 2007 manakala bacaan terendah dicatatkan pada tahun 2012. Pada

11
960626-11-5159

tahun 2007, kadar inflasi direkodkan sebanyak 7.64% iaitu bacaan tertinggi sepanjang tujuh
tahun tersebut. Kadar inflasi yang tinggi ini disebabkan kerajaan menaikkan cukai bagi
barangan tersebut. Apabila kerajaan menaikkan cukai input dan juga cukai pendapatan
syarikat, kos pengeluaran firma akan meningkat. Ini akan menyebabkan firma menaikkkan
harga bagi barangan tersebut. Kesannya, inflasi tolakan kos berlaku dan menyebabkan kadar
inflasi tinggi pada tahun tersebut. Manakala bagi kadar inflasi terendah bagi kumpulan ini
ialah pada tahun 2012 iaitu sebanyak 0.38%. Hal ini disebabkan kerajaan mengamalkan dasar
fiskal iaitu juga dengan menaikkan cukai, kenaikan cukai akan menyebabkan pendapatan
boleh guna masyarakat menurun. Ini akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan
seterusnya permintaan agregat akan menurun. Akhirnya, harga barangan tersebut menurun
dan tekanan inflasi dapat dikurangkan.

Kumpulan pakaian dan kasut pula merncatatkan kadar inflasi tertinggi sepanjang tempoh
tujuh tahun tersebut ialah pada tahun 2011 dan kadar inflasi terendah pula ialah pada tahun
2007. Pada tahun 2011, kadar inflasi direkodkan sebanyak –0.20%. Kadar inflasi yang tinggi
ini adalah disebabkan oleh lebihan permintaan di pasaran menyebabkan barangan menjadi
terhad. Ini akan memberi peluang firma-firma untuk menaikkan harga barang melebihi
tingkat harga pasaran menyebabkan kadar inflasi meningkat. Manakala kadar inflasi terendah
direkodkan pada tahun 2007 iaitu sebanyak -1.34%. Hal ini demikian kerana kerajaan telah
memberikan subsidi pada tahun tersebut, pemberian subsidi input pengeluaran seperti minyak
petroleum akan mengurangkan kos pengeluaran. Oleh itu, firma akan dapat menambahkan
pengeluaran dan harga bagi kumpulan pakaian dan kasut bagi tahun tersebut dapat
dikurangkan.

12
960626-11-5159

JADUAL 3: KADAR INFLASI BAGI PERUMAHAN, AIR, ELEKTRIK, GAS DAN


BAHAN API LAIN DAN HIASAN, PERKAKASAN DAN PENYELENGGARAAN ISI
RUMAH DAN KESIHATAN

KADAR INFLASI ( % )
PERUMAHAN,AIR, HIASAN
TAHUN ELEKTRIK,GAS PERKAKASAN DAN KESIHATAN
DAN BAHAN- PENYELENGARAAN
BAHAN LAIN ISI RUMAH
2006 1.50 1.09 2.20
2007 1.27 1.08 1.51
2008 1.56 3.00 2.23
2009 1.44 3.71 2.18
2010 1.11 0.70 1.63
2011 1.80 1.80 2.70
2012 1.57 1.96 2.04
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan-bahan lain, kadar inflasi tertinggi
dicatatkan pada tahun 2011 dan kadar inflasi terendah dicatatkan pada tahun 2007. Pada
tahun 2011, kadar inflasi direkodkan sebanyak 1.80% iaitu kadar yang tertinggi sepanjang
tujuh tahun tersebut. Kadar inflasi yang tinggi ini adalah disebabkan berlaku lebihan
permintaan agregat dalam sektor ini kerana berlaku pertambahan kawasan perumahan dan
kawasan perniagaan yang melebihi penawaran agregat oleh syarikat-syarikat utiliti seperti
TNB dan lain-lain semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Lebihan permintaan
agregat ini menyebabkan tingkat harga meningkat dan menyumbang kadar inflasi yang
tinggi. Manakala kadar inflasi terendah dicatatkan pada tahun 2007 iaitu sebanyak 1.27%.
Keadaan ini adalah disebabkan dasar kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan kerajaan
dengan melaksanakan kempen penjimatan elektrik di pejabat-pejabat kerajaan. Hal ini dapat
mengurangkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi dan dapat mengurangkan kadar inflasi.

Kadar inflasi tertinggi bagi kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah
ialah pada tahun 2008 manakala kadar inflasi terendah direkodkan pada tahun 2010. Kadar
inflasi tertinggi direkodkan pada tahun 2008 ialah sebanyak 3.00%. Keadaan ini adalah
disebabkan kebanyakan barangan tersebut diimport dari luar negara dan bercirikan mewah
seperti perabot mewah EMPIRE yang diimport dari Itali mengalami kenaikan kos
mengimport. Kenaikan kos mengimport barang akibat kenaikan kos pengangkutan dan kos
insurans akan menyebabkan harga barangan yang diimport meningkat. Hal ini menyebabkan
inflasi diimport dan menjadi punca kadar inflasi pada tahun ini tinggi. Kadar inflasi terendah

13
960626-11-5159

pula bagi kumpulan ini ialah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 0.70%. Hal ini demikian kerana
kerajaan telah melaksanakan dasar harga maksimum bagi barangan perkakasan dan
penyelenggaraan rumah. Penetapan harga maksimum melalui dasar kawalan harga mampu
mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan tersebut secara berterusan. Akhirnya,
tekanan inflasi dapat dikurangkan.

Kadar inflasi tertinggi bagi kumpulan kesihatan dalam tempoh tujuh tahun ini ialah pada
tahun 2011 manakala kadar inflasi terendah pula ialah pada tahun 2007. Kadar inflasi pada
tahun 2011 ialah sebanyak 2.70%. Situasi ini adalah disebabkan bidang farmaseutikal
mengalami kenaikan kos bahan mentah, kos pengeluaran oleh firma akan meningkat. Ini
menyebabkan farmasi terpaksa menaikkan harga ubat-ubatan tersebut. Kesannya, inflasi
tolakan kos berlaku dan menyebabkan kadar inflasi tinggi pada tahun tersebut. Manakala bagi
tahun 2007 pula, kadar inflasi dicatatkan sebanyak 1.51% yang merupakan kadar inflasi
terendah. Hal ini disebabkan kerajaan menumpukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam bidang perubatan. R&D ini telah berjaya menambahbaik peralatan perubatan dan
teknik pembedahan yang dapat mengurangkan kos sesuatu prosedur perubatan sekaligus
mengurangkan kadar inflasi.

JADUAL 4: KADAR INFLASI BAGI PENGANGKUTAN, KOMUNIKASI, DAN


PERKHIDMATAN REKREASI DAN KEBUDAYAAN.

KADAR INFLASI ( % )
PERKHIDMATAN
TAHUN PENGANGKUTAN KOMUNIKASI REKREASI DAN
KEBUDAYAAN
2006 10.92 -1.44 0.64
2007 2.36 -1.27 1.38
2008 8.82 -0.59 1.89
2009 -9.39 -0.50 1.44
2010 1.63 -0.20 1.63
2011 4.40 -0.30 2.00
2012 1.67 -0.60 1.18
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagi kumpulan pengangkutan, kadar inflasi tertinggi dicatatkan pada tahun 2006 dan
kadar inflasi terendah pula dicatatkan pada tahun 2012. Pada tahun 2006, kadar inflasi
direkodkan sebanyak 10.92% iaitu kadar tertinggi sepanjang tujuh tahun berikut. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan harga bahan bakar, iaitu petroleum dan harga bekalan elektrik.

14
960626-11-5159

Hal ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan bagi mengekalkan margin keuntungan
syarikat pengangkutan, mereka telah memindahkan beban kenaikan kos ini kepada pengguna
dengan menaikkan harga tiket dan caj pengangkutan. Hal ini menyumbang kepada kadar
inflasi yang sangat tinggi pada tahun tersebut. Manakala bagi kadar inflasi terendah pula ialah
pada tahun 2012 iaitu sebanyak 1.67%. Kadar inflasi yang rendah ini adalah diisebabkan
keberkesanan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui pemulihan krisis bahan bakar
dan pemberian subsidi kepada syarikat pengangkutan awam. Hal ini dapat menyebabkan
kadar inflasi pada tahun tersebut rendah.

Kadar inflasi tertinggi bagi kumpulan komunikasi ialah pada tahun 2010 manakala kadar
inflasi terendah direkodkan pada tahun 2006. Kadar inflasi tertinggi direkodkan pada tahun
2010 ialah sebanyak -0.20%. Keadaan ini berlaku apabila terdapat persaingan diantara
syarikat telekomunikasi seperti TM, celcom, maxis dan digi yang menawarkan pelbagai pelan
kepada masyarakat. Hal ini menyebabkan berlaku inflasi pada tahun tersebut. Kadar inflasi
terendah pula direkodkan pada tahun 2006 iaitu sebanyak -1.44%. Hal ini disebabkan oleh
campur tangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan rangkaian telekomunikasi termasuk
rangkaian jalur lebar dan lain-lain. Usaha kerajaan ini dapat mengurangkan lagi kadar inflasi
pada tahun tersebut.

Kadar inflasi yang paling tinggi berlaku pada tahun 2011 manakala kadar inflasi yang
paling rendah berlaku pada tahun 2006 bagi kumpulan perkhidmatan rekreasi dan
kebudayaan.Kadar inflasi paling tinggi mencatatkan sebanyak 2.00 %. Kadar inflasi paling
tinggi bagi kumpulan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan berlaku pada tahun 2007 kerana
berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun ini yang mengakibatkan bayaran bagi perkhidmatan
rekreasi dan kebudayaan tinggi manakala kadar inflasi paling rendah bagi kumpulan
perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan berlaku pada tahun 2012 iaitu sebanyak 0.64%.
kerana kerajaan memberi subsidi kepada kumpulan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
seperti membina pelbagai infrastruktur bagi meningkatkan ekonomi Malaysia.Oleh itu, harga
pengurusan akan menurun dan kadar inflasi turut menurun

15
960626-11-5159

JADUAL 5: KADAR INFLASI BAGI PENDIDIKAN, RESTOREN DAN HOTEL,


DAN PELBAGAI BARANG DAN PERKHIDMATAN.

KADAR INFLASI ( % )
PENDIDIKAN RESTORAN DAN PELBAGAI
TAHUN HOTEL BARANG DAN
PERKHIDMATAN
2006 1.65 3.73 2.27
2007 1.73 3.71 0.89
2008 2.34 6.48 3.30
2009 2.39 2.94 3.73
2010 1.63 1.94 2.77
2011 2.20 5.90 2.40
2012 2.45 2.93 1.95
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Kadar inflasi tertinggi bagi kumpulan pendidikan dalam tempoh tujuh tahun ini ialah
pada tahun 2012 manakala kadar inflasi terendah pula ialah pada tahun 2010. Kadar inflasi
pada tahun 2012 ialah sebanyak 2.45% iaitu bacaan tertinggi sepanjang tempoh tersebut.
Keadaan ini adalah disebabkan berlaku lambakan pengangguran graduan ijazah pertama ke
dalam pasaran buruh dan menyebabkan peluang pekerjaan pada peringkat tinggi gagal
berkembang. Hal ini merendahkan nilai terhadap pendidikan, iaitu sama seperti kejatuhan
nilai mata wang apabila harga umum meningkat, dan di sini disebut sebagai inflasi
pendidikan yang dialami negara pada tahun tersebut. Kadar inflasi terendah pula bagi
kumpulan ini ialah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 0.70%. Hal ini demikian kerana kerajaan
telah menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat sarjana yang memberi impak kepada penurunan kadar inflasi pada tahun tersebut.

Bagi restoran dan hotel pula mencatatkan kadar inflasi tertinggi sepanjang tempoh tujuh
tahun tersebut ialah pada tahun 2011 dan kadar inflasi terendah pula ialah pada tahun 2010.
Pada tahun 2011, kadar inflasi direkodkan sebanyak 5.90%. Kadar inflasi yang tinggi ini
adalah disebabkan kesatuan sekerja mendesak majikan untuk menaikkan kadar upah kerana
kos sara hidup meningkat, maka majikan terpaksa menerima tuntutan tersebut kerana
bimbang sekiranya para pekerja akan berhenti dan berpindah kepada majikan yang baru. Hal
ini menyebabkan berlaku inflasi tolakan kos yang tinggi pada tahun tersebut. Manakala kadar
inflasi terendah direkodkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak 1.94%. Hal ini demikian kerana
kenaikan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan harga bahan mentah yang diimport seperti
udang kara, ketam gergasi dan lain-lagi menjadi relatif lebih murah dan menyumbang kepada
penurunan kadar inflasi pada tahun tersebut.

16
960626-11-5159

Kadar inflasi yang paling tinggi berlaku pada tahun 2009 manakala kadar inflasi yang
paling rendah berlaku pada tahun 2007 bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan. Kadar
inflasi paling tinggi mencatat sebanyak 3.73%. Kadar inflasi paling tinggi ini adalah
disebabkan berlaku lebihan permintaan menyebabkan firma memaksimumkan keuntungan
dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Hal ini menyumbang kepada kadar
inflasi yang tinggi pada tahun tesebut. Manakala kadar inflasi paling rendah bagi kumpulan
ini adalah sebanyak 0.89% iaitu pada tahun 2007. Hal ini disebabkan kawalan harga yang
menetapkan dasar harga maksimum untuk barang-barang pengguna yang tergolong sebagai
barang kawalan. Hal ini mendorong kadar inflasi yang rendah pada tahun tersebut.

17
960626-11-5159

7.0 CADANGAN

Inflasi di Malaysia telah diterima umum sebagai salah satu musuh utama negara. Kerana
sensitiviti rakyat, kenaikan harga umum akan hanya mencetuskan rasa kebimbangan di
kalangan pengguna. Bagi kerajaan pula, langkah-langkah segera perlu diambil untuk
membendung kenaikan dalam tingkat harga umum. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya
mencadangkan agar beberapa langkah perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah
inflasi ini.

Diantara langkah-langkah yang boleh diambil ialah melalui dasar kewangan menguncup.
Dasar kewangan ialah dasar bank pusat dalam mengawal bekalan wang dan kadar bunga di
pasaran. Dasar kewangan menguncup terbahagi kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif
dan dasar kewangan kualitatif. Kerajaan boleh menaikkan nisbah rizab berkanun yang akan
mengurangkan wang tunai di bank perdagangan dan kesannya akan mengurangkan
keupayaan bank perdagangan untuk memberikan pinjaman. Hal ini dapat mengurangkan
jumlah wang yang beredar dalam ekonomi dan seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan
agregat terutama barangan yang menyumbang kadar inflasi yang tinggi seperti kumpulan
minuman alkohol dan tembakau yang mengandungi barangan seperti rokok, arak dan
barangan seumpamanya. Langkah ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan inflasi yang
dialami Malaysia dalam kumpulan barangan tersebut.

Selain itu, bagi mengatasi kadar inflasi yang tinggi dalam kumpulan makanan dan
minuman bukan alkohol. Kerajaan boleh menggunakan dasar fiskal menguncup iaitu dengan
menaikkan cukai pendapatan pengguna ataupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kenaikan cukai akan mengurangkan kuasa beli terutama bagi bagi barangan tertentu seperti
makanan yang diimport dari luar negara. Kenaikan cukai akan mengurangkan pendapatan
boleh guna, semakin kurang perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh masyarakat dan
permintaan agregat akan berkurang. Hal ini dapat mengurangkan kadar inflasi yang tinggi
bagi kumpulan ini.

Di samping itu, kerajaan juga perlu melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media
cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya
mereka boleh mengambil langka-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.
Kempen ini perlulah berasaskan konsep dalam memupuk pemikiran masyarakat supaya
membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan
Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-

18
960626-11-5159

benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung,


mengurangkan pembelian melalui kad kredit, elakkan amalan mencatut oleh para peniaga dan
menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

19
960626-11-5159

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada hasil kajian tentang arah aliran kadar inflasi di
Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2012 dapat disimpulkan bahawa arah aliran kadar
inflasi menunjukkan pola yang tidak konsisten sepanjang tempoh kajian. Hal ini demikian
kerana, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang berlaku keadaan sedemikian yang
menyebabkan ketidakstabilan kadar inflasi di negara ini. Merujuk kepada kajian yang telah
dijalankan, terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti. Antaranya, disebabkan oleh kenaikan
harga barang yang tidak seimbang mengakibatkan berlaku turun naik dalam ekonomi negara
bagi tahun yang dikaji berdasarkan kumpulan barang dalam ekonomi. Daripada pemerhatian
yang dapat dibuat, sesetengah tahun dimana menunjukkan kadar inflasi yang berlaku di
Malaysia berpunca daripada pengangkutan yang merupakan kadar inflasi yang tertinggi
sepanjang tempoh kajian. Hal ini demikian kerana berlaku peningkatan harga bahan bakar,
iaitu petroleum dan tarif elektrik. Hal ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan bagi
mengekalkan margin keuntungan syarikat pengangkutan, mereka telah memindahkan beban
kenaikan kos ini kepada pengguna dengan menaikkan harga tiket dan caj pengangkutan. Hal
ini menyumbang kepada kadar inflasi yang sangat tinggi pada tahun tersebut. Di samping itu,
kumpulan yang mencatatkan kadar inflasi yang terendah di Malaysia ialah kumpulan
komunikasi. Campur tangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan rangkaian
telekomunikasi termasuk rangkaian jalur lebar dan lain-lain menyebabkan kadar inflasi
bernilai negatif iaitu kadar inflasi terendah berbanding kumpulan-kumpulan lain yang
dicatatkan sepanjang tahun kajian. Usaha kerajaan ini berjaya mengurangkan lagi kadar
inflasi pada tahun tersebut.Inflasi yang berlaku meninggalkan banyak kesan yang buruk
kepada komponen-komponen perbelanjaan agregat iaitu perbelanjaan isi rumah, pelaburan,
perbelanjaan kerajaan, serta pengurusan import dan eksport.Ini akan mendatangkan bahaya
kepada negara kerana peningkatan kadar inflasi menyebabkan mata wang negara akan jatuh
dan pendapatan negara merosot. Oleh itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang
penting dalam mengawal kadar inflasi yang berlaku dalam negara dengan memastikan dasar
harga maksimum dan dasar harga minimun dijalankan bagi memastikan harga yang berada di
pasaran sesuai dengan barangan agar kegiatan ekonomi dapat berkembang dengan pesat.

20
960626-11-5159

9.0 SENARAI RUJUKAN

a) Rujukan Karya Penulis


i) Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal
3 Edisi Kemas Kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
ii) Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi Kemas
Kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
iii) Junaidah Ahmad Ghazali, 2011. Majalah Dewan Ekonomi Edisi Jun. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b) Rujukan Surat Khabar


i) Samsiah Ahmad. Karim. “Tekanan Inflasi: Peranan Masyarakat Dalam
Menangani Isu Ini” dlm. Utusan Malaysia, 5 Ogos 2013.

c) Rujukan Internet
i) Bank Negara Malaysia (2010). Laporan Tahunan Bank Negara. Dicapai pada
Disember 30, 2010, from http://BankNegaraMalaysia.gov.com.my.

d) Rujukan Karya Badan Kerajaan


i) Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2012. Laporan Ekonomi 2005-2012.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

21

You might also like