You are on page 1of 21

Pembentangan

Tema 2 : Laras Bahasa


Penggunaan laras bahasa sukan dalam akhbar Utusan
Sarawak
Abang Irfan
Andy Ngau
Vernon Jarrett
Muhammad Syukri
1.0 Pengenalan
1.1 Laras
Menurut Brian Seaton laras bahasa merupakan satu variasi yang wujud
daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina , atau tajuk perbualan. Laras
juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti kesukanan,kewartawanan, sains, dan
sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk penulisan atau tulisan.
Menurut Reid berpendapat bahawa seorang penutur dalam situasi berbeza-
beza akan menggunakan situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik
menyatakan perlakuan bahasa seorang individu. Jelaslah bahawa bahasa laras
mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri dan penggunaannya adalah mengikut
bidang masing-masing.
1.2 Laras Sukan
Menurut Kamaruddin Husin Bin Siti Hajar Abdul Aziz
bahawa laras sukan ialah wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan
mempunyai istilahnya sendiri. Frasa ayat yang digunakan oleh
pengulas sukan biasanya menggunakan bahasa baku dan suara mereka
harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah tidak
bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah
bahasa rojak.
Selain itu, intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza
kerana perlu menyeimbangkan dengan emosi penonton dan pendengar.
Hal ini demikian kerana, nada suara yang digunakan memainkan
peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan atau
berita sukan.
2.0 Objektif Kajian

• Objektif kajian ini adalah untuk :

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan contoh kosa kata laras sukan

dalam media cetak.

b) menghuraikan ciri-ciri laras sukan dalam media cetak.

c) menilai kesan penggunaan laras sukan terhadap khalayak.


3.0 Kepentingan Kajian
• Hasil kajian adalah penting untuk :

a) Dijadikan sebagai panduan untuk mengetahui laras sukan yang terdapat di dalam
Bahasa Melayu.
b) Dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menjalankan kajian yang lain , khususnya
kajian yang berkaitan dengan laras Bahasa.
c) Dijadikan bahan pengajaran kepada guru dan pelajar.
4.0 Skop Kajian
Kajian ini berfokus kepada laras bahasa sukan dan
kekerapan penggunaan laras bahasa tersebut dalam Utusan
Sarawak. Skop kajian dalam halaman Utusan Sarawak
ialah pada halaman 46 yang bertarikh 14 September 2020.
5.0 Batasan Kajian
Kajian ini menggunakan akhbar Utusan Sarawak.Maklumat
yang berkaitan dengan laras Bahasa sukan hanya dilakukan terhadap
beberapa sumber bertulis sahaja kerana kekurangan sumber yang
berkaitan dengan laras bahasa.Di samping itu, sisipan laras bahasa
ini pula hanya memfokuskan terhadap sisipan yang tertentu
sahaja.Kajian ini juga tidak meliputi keseluruhan akhbar Utusan
Sarawak.Kajian ini hanya berfokuskan terhadap tarikh tertentu dan
muka surat yang dipilih oleh pengkaji.Laras bahasa sukan yang
dikaji hanya pada halaman sukan Utusan Sarawak, muka surat 46
( 14 September 2020 ) dan muka surat 47 (14 september 2020).
6.0 Kaedah Kajian
Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji
mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah
pemprosesan/penganalisisan data dan cara
persembahan dapatan kajian.
6.1 Mendapatkan Data
a) Kaedah Perpustakaan
Pengkaji telah menggunakan kaedah ini dengan merujuk akhbar Utusan
Sarawak yang berada di perpustakaan SMK Baru Miri dan Pustaka Miri untuk
mendapatkan maklumat tambahan dan data.
b) Kaedah Teks
Pengkaji telah mengenal pasti bahawa terdapat laras bahasa sukan yang
digunakan di dalam akhbar Utusan Sarawak halaman sukan mukasurat 46 & 47
bertarikh 14 September 2020.
c) Kaedah Sumber Internet
Pengkaji telah melayari laman sesawang bagi memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan laras bahasa sukan. Selain itu,
sumber yang terdapat di dalam internet ini juga memudahkan pengkaji
menyempurnakan tugasan yang diberikan.
6.2 Menganalisis Data
Pengkaji telah menganalisis perkataan-perkataan
laras bahasa sukan yang terdapat di dalam akhbar
Utusan Sarawak halaman sukan mukasurat 46 dan
47 yang bertarikh 14 September 2020.Kekerapan
penggunaan laras bahasa sukan dipersembahkan
dalam bentuk jadual.
7.0 Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian
berdasarkan objektif kajian iaitu kosa kata laras bahasa sukan
dalam akhbar Utusan Sarawak halaman 46 dan 47, ciri-ciri laras
sukan dalam media cetak dan kesan penggunaan laras sukan
terhadap khalayak.
7.1.1 Kosa Kata Laras Sukan dalam Utusan Sarawak Halaman
46 :
Kosa kata laras sukan yang ditemui adalah:
10. Tendangannya
1. Mempamer corak permainan
11. Gol kenyamaan
2. Tiga gol
12. Lapan minit kemudian
3. Menyamakan kedudukan
13. Tandukan hebat
4. Menjaringkan 14. Sepakan

5. Gol kemenangan 15. Menambah gol


16. Rembatan deras
6. Memenangi gelaran
17. Ke-tiga hasil gol
7. 18 mata
18. Gol keempat
8. Menyempurnakan
19. Sekali gus hatrik
kemenangan
20. Perlawanan
9. Sepakan
21. Barisan pemain
7.1.2 Kosa Kata Laras Sukan dalam Utusan Sarawak Halaman
47 :
Kosa kata laras sukan yang ditemui adalah:
1. Kemenangan pertama 14. Pemain tengah 26. Tiga mata
2. Dahagakan mata 15. Keluar padang 27. Pemain tunggak
3. Kemenangan pertama 16. Terjahan keras
4. Perlawanan 17. Gol kedua
5. Jaringan sulung 18. Minit ke-86
6. Pemain pertahanan 19. Tandukkan
7. Tendangan sudut 20. Kapten pasukan
8. Minit ke-18
21. Jentera serangan
9. Menyamakan kedudukan
22. Mata penyamaan
10. Menutup aksi
23. Keputusan akhir
11. Berbalas serangan
24. Jaringan 2-1
12. Palang gol
25. Tamat perlawanan
13. Melantun
7.2 Ciri-ciri laras sukan dalam akhbar Utusan
Sarawak:
i) Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa

• Dalam Utusan Sarawak bertarikh 14 September 2020 ( halaman 46) , laras sukan
yang ditemui adalah:

• Liverpool sedikit buntu apabila Leeds berupaya menyamakan kedudukan sebelum


peneyrang dari Mesir, Salah menjaringkan gol kemenangan dengan perlawanan
berbaki dua minit.

•Huraian : Peneyrang adalah kesalahan ejaan yang diletakkan pada perkataan di atas dan
perkataan sebenar adalah penyerang dari Mesir pada perkataan di atas.
ii) Mementingkan kesan emotif kepada audiens

Laras Sukan yang mementingkan kesan emotif kepada audiens:

Contoh ayat Huraian


1. Pasukan kendalian Jurgen Klopp menang Pembaca dapat mengeluarkan ekspresi terharu dan
gelaran juara Inggeris buat pertama kalinya sejak teruja setelah pasukan Liverpool kendalian Jurgen
tahun 1990. Klopp berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris
buat kali pertamanya sejak tahun 1990 .
2. Salah menjaringkan gol kemenangan dengan Pembaca dapat memberi ekspresi terkejut apabila
perlawanan berbaki dua minit. Salah dari pasukan Liverpool telah menjaringkan gol
  pada saat akhir babak perlawanan.
3. Salah menyempurnakan sepakan penalti minit Pembaca dapat memberikan ekspresi terharu
ke-4 selepas tendangannya sebelum itu apabila Salah dari pasukan Liverpool telah
terkena tangan Robin Koch. menyempurnakan sepakan penalti dengan mudah.
 
4. Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 Pembaca memberikan ekspresi gelisah apabila pasukan
sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah Leeds telah menambah jaringan di minit ke-30 namun Salah
gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras. telah berjaya menambah jaringan tiga minit Patrick Bamford
  berjaya menjaringkan gol buat Pasukan Leeds.
5. Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Pembaca memberikan ekspresi yang gemuruh apabila Pasukan
Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan Liverpool telah berjaya mengesahkan kemenangan melalui
kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus hatrik jaringan Salah yang meledakkan gol hatrik buat pasukannya di
untuknya minit ke-88. saat-saat akhir perlawanan.
 
6. “Leeds sangat istimewa dan mereka membuktikannya Pembaca dapat mengetahui bahawa jurulatih pasukan tersebut
pada perlawanan hari ini,” kata Klopp yang memuji barisan berbangga dengan pasukan kendaliannya yang bertungkus-
pemain Bielsa. lumus menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris.
7. “Cara mereka beraksi, bertahan dan melakukan cabaran Pembaca dapat mengetahui bahawa jurulatih pasukan itu
sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan. terharu terhadap pasukannya yang berpotensi untuk beraksi
  dengan cemerlang pada malam itu.
iii) Menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan

• Dalam Utusan Sarawak bertarikh 14 September 2020 ( halaman 46) , laras sukan yang ditemui
adalah:

•Mohamed Salah melakukan hatrik ketika Liverpool melancarkan dalam misi mempertahankan
gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-3 yang ketika menentang Leeds di Anfield.

•Berdasarkan contoh di atas, hatrik adalah perkataan penjaringan tiga gol oleh pemain yang sama
dalam satu perlawanan bola sepak. Perkataan hatrik telah digunakan dalam ayat di atas kerana
menunjukkan seorang pemain menjaringkan tiga gol oleh pemain sama. Liga Perdana Inggeris
adalah merupakan tahap teratas dalam sistem liga bola sepak Inggeris. Ditandingi oleh 20 kelab, liga
ini beroperasi sebagai sistem kenaikan pangkat dan penyingkiran dalam Liga Bola Sepak Inggeris
(EPL). Musim liga berlangsung dari bulan Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38
perlawanan (Setiap kelab perlu bermain semua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat
tandang). Sebilangan besar permainan dimainkan pada hari Sabtu dan Ahad.
iv) Menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan

• Dalam Utusan Sarawak bertarikh 14 September 2020 ( halaman 47) , laras sukan yang
ditemui adalah:

•Kemenangan selesa 4-1 diraih Kuala Lumpur ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Premier
di Stadium Kuala Lumpur Cheras, malam tadi,menjadi pembakar semangat untuk skuad “The
City Boys ”mengintai peluang” naik ke liga super pada musim hadapan.

•Berdasarkan contoh di atas, kosa kata biasa tetapi dengan maksud menyegarkan yang terdapat
dalam akhbar ialah kemenangan. Seterusnya, kosa kata biasa iaitu pembakar semangat. Selain
itu, mengintai peluang.
7.3 Kesan Pengunaan Laras Sukan dalam khalayak
1. Khalayak dapat mengenali ciri-ciri laras bahasa sukan dengan lebih mendalam.
2. Khalayak dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang sukan tersebut. Sebagai
contoh, dapat mengenali teknik-teknik sepakan seperti sepakan penjuru, sepakan
percuma, sepakan penalti dan sebagainya.
3. Khalayak akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini
tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu
menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas
selesai melakukan sukan tertentu itu.
4. Khalayak dapat memupuk perpaduan masyarakat. Konsep perpaduan ini dicapai kerana
kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai
oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu.
8.0 Rumusan
Laras bahasa sukan yang terdapat dalam surat khabar Utusan Sarawak bersifat tidak
formal. Laras bahasa sukan yang digunakan dalam surat khabar Utusan Sarawak juga
mudah untuk difahami oleh penyelidik dan berjaya dikaji oleh penyelidik dengan berkesan.
Penyelidik juga telah mengenalpasti dan menyenaraikan contoh kosa kata laras sukan.
Melalui senarai kosa kata ini, penyelidik mampu mengetahui penggunaan golongan kata
yang kerap digunakan.
9.0 Penutup
Melalui kajian ini, penyelidik mampu memaparkan salah satu jenis laras bahasa iaitu laras
bahasa sukan. Penyelidik mendapati bahawa laras bahasa sukan merupakan laras bahasa
yang sering digunakan dalam berita sukan dan jurnal yang berkaitan dengan sukan.
Sebenarnya laras bahasa sukan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan mempunyai satu
disiplin bahasa yang menarik untuk dikaji.

You might also like