You are on page 1of 2

Soalan Kuiz

1. Kerana kejujuran, dia dihargai.


Apakah golongan kata bagi kata dasar pada perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di
atas?
A Kata kerja
B Kata nama
C Kata adjektif
D Kata adverba

2. Ayat yang manakah yang mengandungi apitan ke-...-an sebagai kata nama?
A Alas meja itu ketumpahan gulai.
B Perangai lelaki itu agak kebudakan.
C Wanita itu kesedihan sejak peristiwa itu.
D Banglo di astas bukit itu kediaman rasmi menteri.

3. Yang manakah kata kerja terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata kerja keadaan?
A Mencurigakan, berkesudahan
B Memutuskan, Bersendirian
C Meyakinkan, Berkesedaran
D Meleraikan, berterusan

4. Perkataan berikut merupakan kata adjektif, kecuali?


A Gemilang
B Hidup
C Ringan
D Lampau

5. Yang berikut merupakan kata bantu aspek, kecuali?


A sedang
B masih
C telah
D ingin

6. Yang berikut merupakan kata penguat, kecuali?


A sangat
B amat
C terlalu
D tidak

7. Yang berikut merupakan kata arah, kecuali?


A sudut
B penjuru
C sisi
D dari
Jawapan Kuiz

1. C
2. D
3. C
4. B
5. D
6. D
7. D

You might also like